Out There We Are One

#LEPAT 13 Tahun Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia

Ismail Afiffin a.k.a Lepat
Sebelum ini, kes Lepat dan Sunni mendapat perhatian ramai di seluruh negara selepas dikejutkan dengan berita mengenai Aishah melarikan anak mereka ketika mengadakan pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Timur Laut pada waktu itu, Othman Ibrahim.


Pada 1 April 1997, mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.



Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.



Malah, insiden itu bukan yang pertama kerana pada Februari 1996, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.


Ahmad Azli & Siti Aminah
Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 16, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin untuk kali kedua pula dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan mereka, Siti Aminah, 4, serta Ahmad Azli Ceasar, 8 bulan.

Difahamkan, Sunni kini aktif menyertai pertandingan tarian dan pernah layak ke pertandingan akhir rancangan popular di United Kingdom (UK), Got To Dance, bersama kumpulannya, Jukebox Juniors yang dianggotai sembilan kanak-kanak cilik dan remaja.

Kumpulannya cukup dikenali di UK, malah pernah menjadi juara pertandingan tarian hip hop dan dia kini dikenali sebagai Sunni Brummitt.

Lepat yang menyara hidup sebagai pelukis dan pemain muzik jalanan di Bremen termasuk menerima bantuan skim saraan diri oleh kerajaan negara itu, mengakui dia sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada ‘berbual’ dengannya.


Sunni Bremmit berbaju hijau

### Dengar citer, anak lepat si Sunni Bremmit nie 'murtad' coz telah dilarikan ibunya ketika masih bayi lagi. Sejauh mana kebenarannya... wallahu'alam. Jika benar, semoga Sunni akan kembali ke pangkal jalan...


jom layan kisah hidup Lepat di YouTube [klik sini]

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com