Out There We Are One

Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran @Denaihati


nak buat blog mmg free, x perlu apa² modal pun. hanya idea... idea... idea... untuk menulis dan terus menulis. kecuali blog yang ada domain sendiri. itu pun tak sberapa sangat yuran tahunan yang perlu dibayar.


ramai yang dah tahu, tapi ada juga yang tak tahu. dengan blog kita boleh buat duit. sama ada kita buat biz online atau pun kita jadi pengiklan seperti Nuffnang. kalau biz online, orang beli kita dapat untung. tapi perlukan modal untuk dapatkan produk yang hendak dijual. manakala pengiklan seperti Nuffnang, sekadar promosi produk² yang disediakan oleh pihak Nuffnang. jika ada orang klik iklan tersebut, kita dapat komisen. tak banyak, tapi sikit² lama² jadi bukit.


itu merupakan 2 contoh saja. sebenarnya banyak lagi teknik yang boleh dibuat dengan blog untuk mendapatkan duit.  aku sendiri sampai sekarang aktif layan 8Share, Says.my & ChurpChurp (sila klik antara 2 link untuk daftar kalau berminat) dimana pernah dapat komisen terkumpul sehingga rm1000 (dah habis pun). dengan komisen itulah aku renew domain setiap tahun blog² aku dan lain² kegunaan yg dirasakan perlu. hehehe...


so, kepada blogger² yang berminat untuk cari side-income sambil berblogging, jom join seminar anjuran Denaihati ini untuk mempelajari pelbagai teknik, tips dan nasihat tentang bagaimana untuk buat duit dengan hanya melalui blog. termasuk aku sendiri memandangkan banyak lagi yang aku tak tau pasal buat duit dengan blog.  insya'Allah... kalau ada kelapangan, aku join seminar ini. lagi pun dah banyak kali miss program anjuran Denaihati atas sebab² yang tak dapat dielakkan. lagi pun ramai otai²... segan pun ada. wakaka :))

Program: Seminar Buat Duit Dengan Blog
Anjuran: Denaihati Network
Tarikh: 19 Mei 2013
Lokasi: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
Bayaran: RM50 (sebelum 5 Mei 2013) RM100 (selepas 5 Mei 2013)



Pic Credit to Denaihati.com

#PRU13 Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 7 selepas DS @NajibRazak?




KUALA LUMPUR, 3 April 2009 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil alih tugas nombor satu negara, mungkin berdepan dengan kesukaran, namun apa jua cabaran mendatang, laluan telah tersedia untuk anak sulung Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein, memacu negara ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada masa yang mencabar apabila ekonomi menuju kepada kemelesetan, dengan eksport dan pembuatan terjejas teruk oleh kelembapan ekonomi dunia.

Keadaan ekonomi semasa yang sukar memerlukan usaha Najib untuk membawa negara melalui masa yang tidak menentu ini.

Dengan latar belakang yang kukuh dalam ekonomi dan disokong oleh pasukan yang kuat, Najib boleh diharap dapat membawa Malaysia melalui krisis ekonomi dunia masa kini dan mencapai pertumbuhan yang lebih teguh dalam proses, kata penganalisis, ahli ekonomi dan tokoh korporat.

Najib, yang merupakan Menteri Kewangan, berjanji akan menggunakan kelembapan ekonomi global semasa untuk merangsang negara sehingga rangkaian nilai ekonomi dan untuk meliberalisasikan sektor perkhidmatan, mengurangkan penggantungan terhadap komoditi dan eksport minyak serta elektronik asas.

Dilahirkan pada 23 Julai, 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib mendapat pendidikan di St John's Institution di Kuala Lumpur dan Malvern Boy's College di Worcestershire, England, sebelum memperoleh ijazah dalam Ekonomi Perindustrian Economics daripada Universiti Nottingham.

Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 6 Jan, 2004. Beliau sebenarnya memegang jawatan itu 47 tahun selepas pelantikan bapanya ke jawatan yang sama.

Hari ini, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam, dalam satu peralihan kuasa yang diatur rapi yang mengambil masa setahun. Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan berkenaan selepas lima setengah tahun berkhidmat.

Abdullah, 69, memilih Najib sebagai timbalannya tiga bulan selepas memegang jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Oktober 2003. Dr Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri keempat negara selama 22 tahun sejak 1981.

Najib secara rasminya dilantik sebagai Presiden Umno pada 26 Mac lepas pada Perhimpunan Agung parti yang memberi laluan kepada beliau untuk menjadi perdana menteri. Sudah menjadi kebiasaan, Presiden Umno akan memegang jawatan sebagai perdana menteri negara sejak 1957.

Pada ucapan dasar terakhirnya sebagai presiden parti, Abdullah yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2004, menyeru anggota Umno memberikan sokongan padu mereka kepada Najib dan membantu beliau membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Semasa menyambut baik peralihan kuasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali, berkata: "Kami menanti kepimpinan baru di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan memerlukan bimbangan, kebijaksanaan dan arahan beliau dalam membawa Malaysia melalui peralihan dan mengharungi satu daripada persekitaran ekonomi yang sukar."

Beliau berkata MSC Malaysia, yang diasaskan Dr Mahathir, terus menikmati sokongan kukuh di bawah kepimpinan Abdullah setelah beliau membawa Malaysia ke era pengetahuan atau K-ekonomi.

Najib, kata Badlisham, sentiasa menjadi pemacu teguh dalam membawa MSC Malaysia melalui pengumuman program Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), dengan objektif meningkatkan kadar penembusan jalur lebar seluruh Malaysia.

"Kami percaya ICT mempunyai peranan penting dalam banyak bidang termasuk mewujudkan kekayaan dan pembangunan modal insan. Kepentingan segera ialah bagi MSC Malaysia memacu pewujudan pekerjaan, peluang latihan, pembangunan industri kreatif dan penyumberan luar perkhidmatan sebagaimana yang disebutkan dalam bajet mini baru-baru ini yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib," katanya.

Sebagai pemacu kepada MSC, Badlisham berkata MDeC juga akan terus memberi sokongan kepada inisiatif negara untuk mengubah Malaysia kepada ekonomi yang berasaskan pengetahuan melalui ICT.

Semasa memetik Najib, beliau berkata: "HSBB akan menjadi inisiatif infrastruktur utama negara yang akan membolehkan Malaysia meningkatkan daya saing ekonominya di rantau ini, membantu menarik FDI (pelaburan langsung asing) ke negara serta mempercepatkan agenda dan aspirasi teknologi tinggi dan ICT negara melalui peningkatan pengetahuan modal tenaga kerja."

Dengan memanfaatkan Inisiatif Jalur Lebar Negara, Najib juga telah mewujudkan Pasukan Petugas Kandungan Dalam Talian Bersepadu (ICON), yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dengan Sekretariat bersama MDeC dan Unit Pemodenan Tabdiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), kata beliau.

ICON ditubuhkan untuk mempercepatkan bekalan kandungan tempatan dengan itu meningkatkan peluang kepada usahawan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan, membawa Malaysia kepada K-ekonomi.

"Sejajar dengan usaha HSBB, Datuk Seri Najib juga memainkan peranan dalam membawa pelaburan asing untuk syarikat ICT besar mendirikan pangkalan di MSC Malaysia, menyediakan ribuan pekerjaan nilai tinggi kepada rakyat Malaysia dalam bidang ICT," katanya.

Pengarah urusan kumpulan BIMB Holdings Bhd, Johan Abdullah, berkata sebagai permulaan, pakej rangsangan RM60 bilion baru-baru ini perlu dipantau dengan teliti dan dilaksanakan secara berkesan, terbuka dan menyalurkan komunikasi yang konsisten kepada orang ramai mengenai usaha yang ingin dicapai.

"Najib perlu mendengar semua peringkat dalam sektor ekonomi (pengguna, pembekal, pembiaya dan sebagainya) dan mengadakan satu "penyelesaian kreatif" untuk meletakkan Malaysia bukan hanya sebagai ekonomi yang kompetitif tetapi bernilai tinggi.

Johan berkata kini bukan persoalan sama ada boleh atau tidak Najib dapat mencapai sasaran ekonomi beliau.

"Apa yang lebih pentingnya, ialah kemampuan membawa mereka yang berkepentingan utama di semua peringkat untuk bergerak bersama dalam mencapai rangkaian nilai ekonomi. Oleh itu, kemahiran dan kecekapan khusus dengan pemikiran kreatif perlu sentiasa diberikan keutamaan.

"Kita perlu membiasakan rakyat bahawa kita semua perlu melakukannya bersama-sama untuk kelangsungan ekonomi kita untuk masa depan," kata Johan.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ekonomi Malaysia diunjur mencatatkan kadar pertumbuhan negatif satu peratus hingga 1 peratus tahun ini dan kerajaan serta bank pusat telah melaksanakan langkah-langkah, seperti pakej perbelanjaan fiskal dan penurunan kadar faedah untuk merangsang ekonomi.

"Langkah ini diunjur mengambil masa untuk berkesan melalui ekonomi dan akan membuahkan hasil pada separuh kedua," kata Dr Zeti semasa mengumumkan Laporan Bank Negara Malaysia 2008, baru-baru ini.

Ahli ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam berkata rakyat mengharapkan perdana menteri baru dapat menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk membawa perubahan positif dan konstruktif yang akan membawa negara ke tahap lebih tinggi.

Navaratnam, yang juga Pengerusi Pusat Untuk Kajian Dasar Awam, berkata Najib mendapat pengalaman yang luas dalam kerajaan sehingga ke peringkat Kabinet sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau menjadi timbalan perdana menteri pada 6 Jan, 2004.

"Dengan banyak portfolio yang dipegang sejak bertahun-tahun termasuk dalam pendidikan, Najib mendapat didikan yang hebat daripada Allahyarham bapanya (sebelum itu)," katanya

"Najib berkelayakan untuk memimpin," kata Navaratnam, tetapi menambah bahawa perdana menteri yang baru mungkin mempunyai pengacau yang boleh menjejaskan usaha beliau dalam membina keyakinan dan membina negara selepas tempoh yang mencabar setelah pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Navaratnam, yang menjangka perubahan di bawah kepimpinan Najib berkata: "Perubahan perlu dalam semua aspek cara hidup rakyat Malaysia.

"Sebagaimana kata PM (Abdullah), kabinet baru perlu berubah sebelum ia diubah.

Kerajaan BN juga perlu berubah sebelum BN diubah."

Pengerusi eksekutif Kumpulan Sazean, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata negara juga menanti-nantikan peralihan ini, terutamanya dengan latar belakang Najib sebagai anak kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, yang bersama-sama dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, meletakkan batu asas kepada kemakmuran Malaysia.

"Malangnya, usaha dan wawasan kedua-dua mereka telah lari daripada landasannya. Hasilnya rakyat Malaysia daripada semua bangsa marah dan bersedia untuk perubahan."

Bagaimanapun, beliau berkata kepimpinan baru menawarkan peluang akhir untuk menyelamatkan negara terutamanya dengan pembangkang tidak dapat bertindak bersama walaupun selepas setahun sejak 8 Mac.

"Kini terpulang kepada Najib untuk menyelamatkan legasi bapanya sendiri untuk negara dan rakyat. Jika negara bersatu dan Menteri Kabinet kita memberi tumpuan kepada kerja mereka serta kekal bersih, kita boleh mengatasi masalah kita dengan mudah.

"Satu daripada alasan kenapa rakyat tidak gembira ialah kerana rasuah yang berleluasa, penyalahgunaan kuasa dan birokrasi," kata Kadir, yang merupakan bekas menteri kabinet.