Out There We Are One

30 Februari

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad. Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300. Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu. Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata. Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

TAPI! tahukah anda, bulan februari ada 30 hari ;) tak percaya? cuba tgk kalendar dari Sweden pada tahun 1712. aku rasa tu la kali terakhir ade 30 hari dlm bulan Februari kot :p korang leh refer kat website pasal 30 Februari tu [klik sini] hehehe... pasal 29 Februari yg 4 kali setahun tu..... untung ke rugi sbnr nyer kalo tarikh lahir, tarikh ulangtahun perkahwinan & tarikh² istimewa jatuh pada 29 Februari? maklum ler dpt celebrate 4 thn skali. maybe rugi sbb x dpt celebrate stiap thn, tp maybe untung sbb bl celebrate konpem istimewa. mn ler tau dpt hadiah pun 4x ganda drpd biasa :D wakaka :)) btw, nantikan filem muzikal 3D yang pertama daripada KRU Studio hasil buah tangan Edry Abdul Halim yang bertajuk 29 Februari!







Selepas kejayaan filem Magika, pengarahnya, Edry Abdul Halim enggan mendiamkan diri dan memilih untuk mencuba sesuatu yang baru.
Lantas filem 3D stereoskopik berjudul 29 Februari tampil mengetengahkan idea kreativiti barunya dan sekaligus mengangkat karya keduanya itu sebagai yang pertama di negara ini menggunakan teknologi berkenaan.
"Filem ini menampilkan teknologi 3D stereoskopik dan merupakan yang pertama di negara ini menggunakan teknologi tersebut. Ia dihasilkan sebagai tanggungjawab kami kepada industri seni dan bukanlah sebuah hiburan kosong sahaja. Saya bangga dapat menghasilkan filem ini," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Stadium Merdeka, beberapa hari yang lalu.
Dibintangi oleh Remy Ishak dan Jojo Goh selaku pendukung utama, jelas Edry filem berkenaan mengangkat sebuah kisah cinta yang terhalang dek keluarga berikutan berlainan agama.
Namun yang menariknya mengenai filem tersebut ialah ia mengetengah elemen cinta, muzikal dan epik dalam satu pakej.
"Filem ini mengangkat kisah seorang lelaki bernama Budi yang dilahirkan pada tahun lompat iaitu pada 29 Februari. Perkembangan kehidupannya lebih perlahan berbanding orang lain kerana empat tahun orang biasa bersamaan setahun untuk lelaki itu.
"Dari situ bermulalah pelbagai kisah yang dilaluinya dan salah satu tentunya kisah cintanya terhadap gadis cina bernama Lily. Kelebihannya pada filem ini ialah suntikan muzikalnya serta pada masa yang sama kupasan sejarah kehidupan bermula pada zaman 1896 antaranya perang Jepun dan peristiwa 13 Mei ," ucapnya. 
Tambah Edry lagi, penonton juga akan dapat melihat antaranya peristiwa 13 Mei dan perang Jepun yang turut diselitkan dalam filem berkenaan.
Dengan berbajetkan RM 3.5 juta, kata Edry antara cabaran yang dilaluinya dalam menyiapkan filem ini ialah ketepatan fakta sejarah serta ketelitian dalam penghasilannya menggunakan elemen 3D itu sendiri.
"Cabaran utama saya tentunya dari segi fakta sejarah, yang mana tak boleh salah dan tak boleh nak songsangkan sejarah. Sebagai contoh babak 13 Mei dan perang Jepun itu merupakan satu fakta jadi kita tak boleh tipu. Saya tak boleh nak putar belit sejarah.
"Selain itu juga, menerusi penggunaan teknologi 3D ini semuanya perlu diteliti kerana ianya nampak detail. Bayangkan kita menggunakan 3D untuk mempamerkan emosi dan ia bukanlah satu tugas yang mudah," katanya filem tersebut bakal ditayangkan pada 30 Ogos tahun hadapan. - murai
kan best kalo ditayangkan ari nie 29 Februari ;) br kena dgn tajuk :p hehehe...

TASKA: mulut ditampal pelekat & badan dibedung ketat!


aku dah tgk video nie sejak smlm lg. mmg kurang ajar btul pengasuh tu! x kan marah kat majikan, bayi yg jd mangsa. kalo bayi tu lemas mcm mn? sape yg nak btanggungjawab? nak suruh majikan? terang2 korang dah komplot nak kenakan majikan, konpem la korang yg kena. punyer ler bijaksana korang rakam & sebar video nie. nak kata BODOH korang marah, tp korang sendiri tunjuk keBODOHan sendiri nak wat cam ne. dah tentu bekas majikan korang leh report polis coz dia kenal korang. adoiyai! nie mesti x pernah buat jahat kot? jom layan rakaman tersebut....



amacam? kurang ajar kan pengasuh tu! aku tgk pun bikin hati aku panas. apetah lg kalo mak bapak bayi nie yg tgk rakama nie. mau mengamuk diorang tu. mmg patut la majikan buang kerja pengasuh2 tu. agaknyer kalo still keje lg ntah ape nasib bayi tu. sabo aje la. bl dah tgk mcm nie... mesti ramai ibubapa 'seram' nak anta bayi mereka utk jagaan pengasuh. nie bkn kes ptama kali. sblm nie dah mcm2 kes yg melibatkan pengasuh smpi ade yg melibatkan nyawa bayi yg tidak berdosa akibat kecuaian manusia.
kejadian ini dipercayai berlaku di Taska Permata Kota Masai, Johor. tidak pasti sm ade benar atau tak lokasi kejadian coz aku gugel kat tenet x de pulak aku jumpa maklumat mengenai Taska Permata Kota Masai nie. maybe lokasi yg sm cuma nama taska aje yg lain kot.

WAJIB DIMILIKI! Biografi Agung Rasulullah SAW

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini. Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.
aku pun baru saja beli buku nie masa jalan² cari pasal kat area Bangi. kebetulan diorang ada buat Pesta Buku di PKNS. pelbagai genre buku yang dijual. diskaun pun boleh tahan. paling tinggi buku keluaran DBP diberi diskaun 50%. tapi aku paling bkenan dgn buku Biografi Agung Rasulullah SAW. dah lama aku target buku nie. cuma x de kesempatan aje. bl dah ade dpn mata, terus aku sambar. harga sebenar RM65. lps diskaun 10%, dapatlah lebih kureng RM59. serius beb, rasa rugi kalo aku x beli buku nie.sbb tu aku malas nak pk panjang ms beli buku nie. yg penting x kan menyesal bl dah beli. buku yg sgt menarik. kualiti pun tinggi. penerangan yg jelas. gambar² bwarna yg sgt menarik. 100% mmg tbaek buku nie!
kalo beli secara online leh dpt diskaun 20%. tapi untuk 50 yg terawal saje. hehehe... sape cepat dia dapat. actually kalo x de diskaun pun... mmg x rugi beli buku nie. sblm nie aku ade beli paspot Rasulullah SAW [klik sini]. tu pun agak menarik coz bsaiz poket. senang dbawa ke mana². sebagai salah seorang umatnya... mmg wajib ada buku Baginda SAW. skurang²nya kita x kan lupa siapa satu²nya Pemimpin Agung kita dulu, kini & selamanya dihati :D sape² nak beli [klik sini] ;)

Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Jom beli T-Shirt Dragon Force! RM40 aje ;) 3 hari saja lagi...


amacam? gerek seh tshirt DragonForce nie kan ;) hehehe... aku br aje order pg nie. rugi pulak kalo x beli coz nie produk pertama keluaran diorang. hitam, merah, putih... kombinasi kaler kesukaan aku :D kalo ikutkan dah tutup pun tempahan baju nie. tp diorang dah lanjutkan shingga 28hb Feb nie. so... ade ms lebih kureng 3 hari saje lg ;) cepat sementara stok masih ade lg ;) hehehe... nak tempah baju DragonForce [klik sini]


screenshot atas tu chichat antara aku & Dragon Force pasal tempahan baju diorang tu ;) urusniaga hampir selesai :p tunggu masa nak terima baju tu smpi aje. maybe dlm 2-3 minggu kot lps tarikh tutup. ikutkan aku nie pakai saiz M. tapi memandangkan diorang ckp baju tu saiz asia, aku order aje ler saiz L. kalo beso skit pun x pe la. sok lusa lps aku kawen konpem badan aku kembang kan kan kan :)) wakaka....


siapa Dragon Force? diorang nie salah satu drpd skumpulan PENGGODAM @ HACKER made in Malaysia. so, keje diorang hack aje ler. hack website, hack blog, hack email, pendek kata hack sgala mcm la :p amacam? seram x? wakaka... tapi hack bsebab ler. bkn suka ati nak hack. tapi kadang2 aku tgk suka ati diorang pun nak hack :)) wakaka.... jgn hack blog aku sudah ler ek :p kawan2 x mo lawan OK. aku dah beli baju korang, korang jgn hack blog aku yg x seberapa nie tau :p hehehe... lebih afdal korang hack mende2 yg bpekdah spt geng2 murtad kat pesbuk tu :p


kepada hackers2 skalian, "Majulah Hacker Untuk Agama, Bangsa & Negara' :D jgn nakal2 OK! hihihi....


Tudung: Gadis Liberal vs Ustaz

Liberal Gurlz : “Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz : “No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz : “Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz : “Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!” “Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz : “Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz : “Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz : “Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz : “Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz : "Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz : “Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz : “Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz : “Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz : “Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!” “Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz : “Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz : “Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz : “Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz : “Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?” “Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz : “Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz : “Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz : “Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz : “Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

pukullah babi-babi & dapatkan hadiah misteri!

akan datang...
ANGRY BIRDS! erk... ade yg x pernah main game nie ke? hehehe... aku bkn nak citer pasal skill main game nie :p tapi pasal Admin FB Angry Birds yg update status dlm bahasa melayu. pelik tapi benar. pelik sbb FB Angry Birds tu bkn local punyer, tp international punyer. maksud aku official FB utk Angry Birds. x tau la kalo ade Admin org 'kita' sendiri. hehehe... mungkin diorang guna GOOLATE? Google Translate ;) hihihi... cer tgk screenshot kat bwh nie :)) wakaka... statement paling x blh blah, "pukullah babi-babi & dapatkan hadiah misteri"! mmg sengal bl ditranslatekan!

klik untuk besarkan gambar

alang² aku dah citer pasal game nie, meh aku nak cer citer kat korang. game Angry Birds nie juga boleh dimainkan secara online mlalui FB Angry Birds sendiri.

klik untuk main game ;)

Saringan HIV Buat Bakal Pengantin


pg td aku sempat runner ke KK Putrajaya bsama² bakal bini :p utk buat appointment dgn doktor pasal nak amik ujian HIV. memandangkan majlis aku pada awal Julai 2012, so... tarikh yg dcadangkan adalah pada 13 April 2012 seawal jam 8 pagi. tu aje yg paling awal. sblm tu sume dah penuh. nasib baik aku cepat booking. kira OK ler tu. ngam² 3 bulan sblm majlis. x silap aku mende nie valid 6 bulan aje. kalo dah lebih 6 bulan kena buat test smula.
Saringan HIV nie bmula pada tahun 2001 dimana Johor menjadi negeri perintis menjalankan prosedur nie. bangga dilahirkan sebagai anak Johor :p WORLD! wakaka :)) tp skrg nie dah hampir semua negeri mewajibkan pasangan Islam yg hendak bkahwin menjalani ujian HIV.
SINDROM Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) adalah gejala pelbagai penyakit kronik menimpa manusia disebabkan sejenis virus yang disebut HIV (Human Immonodefienc Virus). Virus ini secara perlahan-lahan mereputkan sistem kekebalan tubuh dan dalam tempoh lima hingga 10 tahun penghidapnya mengalami pelbagai gejala penyakit menyebabkan maut.
Saringan HIV nie bkn saje² dbuat. ade sebab² kenapa ia perlu dilaksanakan. antaranya adalah kerana:
Virus HIV/Aids amat menakutkan berbanding penyakit lain dan menyerang dunia secara perlahan-lahan melemah, mengaibkan keluarga dan menghapuskan nasab manusia;
  • Memenuhi tuntutan Maqasid Syariah, salah satunya ialah menjaga kesucian nasab bagi mewujudkan generasi yang sihat;
  • Mencegah kemudaratan yang ada pada individu dan mengelakkan kemudaratan kepada orang lain;
  • Menutup punca kemudaratan (Saddu az-Zaraa’i) supaya tidak mendatangkan kemudaratan lebih besar kepada manusia;
  • Sebagai kempen kesedaran penjagaan kesihatan. ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.
so, x de ape yg perlu dirisaukan. aku sendiri pun x tau mcm mn prosedur spanjang saringan HIV dbuat. just tunggu & lihat. stakat cucuk jarum, aku dah biasa sgt ms derma darah. cuma kali nie sm ade sakit atau x aje la. harap² jgn ler beso bebenor jarum suntikan tu :-ss
sumber: JAKIM

Bicara Minda Bersama Che Det (Tun Dr. Mahathir Mohamad)


lebih kureng sminggu aje lg program Bicara Minda Bersama Che Det yg bakal diadakan pada minggu dpn iaitu 24 Februari 2012 bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC bermula jam 8:30 pagi sehingga jam 1 petang. lps tu leh bjemaah solat jumaat di masjid jamek ;) hehehe...
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia & dihebahkan melalui VYReC (Virtual Youth Resource Center) khas untuk belia2 yang berusia 18 thn - 40 thn ;) penyertaan ini adalah PERCUMA!. hanya 1000 orang saja yg layak. sijil penyertaan akan disediakan. so, sape cepat dia dapat! yg penting sila apply cuti dgn BOSS dl OK coz program nie dbuat time keje :p
jika berminat, korang leh isi borang kehadiran [klik sini]. slps itu korang kena sahkan kehadiran dlm pesbuk kat event diorang [klik sini]. pakaian adalah formal. smart & macho OK! wakaka :))
kalo korang rasa mcm blur2, better korang kontek terus dgn person in charge nie:
  1. Cik Nurul Adibah - 017-4191190
  2. En. Mod Nadzri - 013-3479063
  3. En. Asrul - 03-88713294
  4. Cik Marcella - 012-6746640

aku x tau lg sm ada dpt join ke x coz br aje lps cuti 2 minggu. x kan nak cuti lg kan. kebetulan ade kursus hari yg sm. dlm pale hotak aku nie 50-50. dah ler Tun Dr. Mahathir tu idola aku :p free pulak tu! adoiyai! dlm dilema sungguh! sementara aku dlm dilema nie, baik korang apply secepat yg mungkin OK! kalo ade rezeki, aku join. kalo x de rezeki... lain kali aje ler nampaknyer aku jumpa idola aku yg sorang nie :D

cak! kejap ada... kejap x ada :p

Mas Kahwin di Malaysia





Alexa Traffic Rank melonjak dalam tempoh 2 bulan selepas beli domain!


terus terang aku ckp, aku x de la paham bebenor ape tu 'Alexa Traffic Rank' (ATR) nie. tp bl smakin lama smakin mengecil angka ATR, buat aku semakin teruja utk berblogging ;) hehehe... so, hari nie aku nak bkongsi sedikit mengenai angka ATR slps aku beli domain tempoh hari ;)
sblm aku beli domain d0d0l.com nie, ATR aku adalah 5,448,507 di peringkat global & tetiba ATR aku mjadi 'No Data' sebaik saja aku beli domain ;) mls aku nak citer pjg lebar, korang leh rujuk blk n3 aku yg lps [klik sini] hehehe....

pejam celik pejam celik, sudah 2 bulan berlalu. br aku pasan ATR aku dah melonjak ke angka 991,221. ini bmakna blog aku nie berada pada kedudukan di bawah 1juta :p bl la nak melonjak ke angka 1 kan ;) hihihi... OK ler tu dlm tempoh 2 bulan melonjak hampir 5juta angka ATR. caiyok! caiyok! caiyok! x sia² ler aku beli domain :p  utk domain .com bharga rm35 aje stahun...

jom check kedudukan blog korang di Alexa Traffic Rank! hehehe...

BB1M: Baucar Buku 1 Malaysia untuk dijual!


ada sesape nak beli BB1M? wakaka... jangan harap aku nak jual :)) sori to say la, mmg kurang cerdik la sape yg jual BB1M tu? langsung tak bersyukur dgn apa yg diperolehi. dah bagi, gatai nak p jual. bila x dpt, pandai pulak merungut. bkn senang nak beli buku smpi harga rm200 tau.


selepas lebih kureng 2 minggu aku dpt BB1M tu, ms lunch hour ptg smlm aku terjah MPH di Alamada, Putrajaya. sblm nie aku dah survey buku2 yg bakal mjadi milik aku apabila ditukar dgn BB1M nanti. hehehe... so, td aku terus amik buku2 yg dah ade dlm list aku tu.


cer teka buku ape yg aku beli dlm plastik beg atas nie :p hehehe...dgn baucar rm200, aku dpt beli 6 buku. Alhamdulillah... nak tau buku ape? jom terjah!



nampak x? itulah 6 buku yg aku beli mgunakan BB1M. semuanya buku2 islamik. antaranya adalah Muhammad Rasulullah (passport), Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus, Imam Muda, Indahnya Hubungan Suami Isteri, Perang2 Yang Benar dan Aku Terima Nikahnya. memandangkan lebih kurang 4 bulan lagi aku bakal bergelar suami orang, buku2 Islamik yang paling sesuai untuk aku baca :D jom kita terjah satu persatu secara ringkas OK ;)


Muhammad Rasulullah adalah sejenis 'passport' yang mengandungi pelbagai kisah Nabi Muhammad SAW yang serba ringkas tapi padat. saiz berukuran passport memudahkan kita membawa kemana2 saja utk dbaca bl ade kelapangan. harga rm29.90


Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus. hensem x UIA nie? hehehe... buku nie mengandungi himpunan jawapan UIA berhubung pelbagai masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini. maybe soalan2 diambil sedikit drpd pesbuk UIA [klik sini]. jgn lupa website beliau [klik sini]. spt yg tertera dibuku ini, 'Mudah & Ringkas'. harga rm15.00


Imam Muda... sesuai sgt utk bakal2 'Imam' dalam keluarga seperti aku nie. cuma aku dah x bape nak muda sgt :p hehehe... alangkah indahnya hidup jika dapat berjemaah bersama keluarga. lebih indah jika dapat menjadi imam kepada mereka. mudah2an aku mampu mjadi seperti itu. Insya'Allah...niat yg baik pasti Allah SWT makbulkan. harga rm20.00


Indahnya Hubungan Suami Isteri ;) hehehe...kalo ikut cop merah tu, Khas Untuk Suami Isteri Sahaja. tapi aku kan nak jadi suami ;) so... boleh aje beli :D Sabda Rasulullah SAW, "Baiti Jannati" yg bmaksud Rumahku Syurgaku. bkn mudah utk mjaga rumahtangga agar mjadi 'syurga' sesebuah keluarga. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ;) hehehe... semoga Masjid yang bakal aku dirikan kelak diredhai & dirahmati olehNYA... insya'Allah. harga rm25.00


selama nie kite dsogokkan dgn citer perang dr barat. kunun2nyer merekalah hero, merekalah hebat. sampai kita lupa jasa & pengorbanan tokoh pahlawan Islam pada zaman dahulu kala. meh layan buku Perang-perang yang benar! yg mn ade anak2 tu, didiklah mereka dgn hero2 Islam. jgn biar mereka bangga dgn Superman, Spiderman, Batman & mcm2 man lg la. citer pasal perang nie, teringat kata2 Saidina Umar bin Khattab, Khalifah Islam Kedua yg mengatakan, "Ajarkanlah anak-anak kalian berenang, memanah, seni mempertahankan diri dan menunggang kuda." x silap aku, diakhir zaman nanti segala teknologi akan lumpuh. kita akan kembali ke zaman awal. bperang secara tradisional dgn pihak musuh, kafir laknatullah. ketika itulah gunanye ape yg telah disampaikan oleh Saidina Umar bin Khattab tersebut... wallahu'alam. rm55.00


4-5 bulan lagi, Aku Terima Nikahnya... hihihi :D mmg sesuai sgt dgn aku buku nie :D titipan erti sebenar perkahwinan, medan memberi yang paling mulia :D so sweet ;) rm55.00


begitulah penerangan ringkas mengenai buku2 yg aku beli hasil daripada pemberian BB1M. syukur Alhamdulillah... kepada sesiapa diluar sana yg TERNIAT nak jual, lebih baik batalkan saja niat tu. gunakan peluang yg dberi utk dmanfaat sepenuhnya dgn bijaksana ;) tak kiralah korang nak beli buku ape skali pun, yg penting semaikan minat mbaca dlm diri. beli buku, dpt ilmu... kekal dlm dada smpi bl2. dpt duit... abis mcm tu aje. dgn rm200, aku dpt beli 6 buku pada harga rm199.90 ;) sposen tu keep the change :p hihihi...

"renung2kan & selamat beramal"

14 Februari 1942: Gugurnya Left. Adnan Saidi & 42 Askar Melayu di Bukit Candu


ADNAN BIN SAIDI atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.

Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungei Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' .

Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di Seremban dan Johor), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan Singapura.

Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama.

Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu dan tindakan pantas tentera Jepun memaksa Tentera British berundur ke Singapura. Pertempuran-pertempuran akhir mempertahankan Singapura termasuk pertempuran di Pasir Panjang yang lebih dikenali sebagai Pertempuran Bukit Candu. Bukit Candu dinamakan sempena kilang memproses candu yang dahulunya terletak di kaki bukit tersebut.

Pertempuran sengit telah berlarutan beberapa hari sebelumnya. Tentera Jepun yang biasa bertempur dari ketumbukan Tentera ke 25 yang terkenal berjaya mengatasi kedudukan pertahanan strategik di Singapura. Bukit Candu menandakan sempadan pertahanan terakhir. Ia merupakan kedudukan pertahanan penting di Singapura berasaskan dua alasan strategik; ia boleh melihat bahagian utara Singapura dan selain itu, sekiranya pihak Jepun mengawal permatang, ia memberikan mereka laluan langsung ke kawasan Alexandra. Kawasan Alexandra merupakan tapak depoh bekalan peluru dan bekalan utama, hospital tentera dan kemudahan utama Tentera British. Dengan itu, permatang tersebut perlu dipertahankan bersungguh-sungguh.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C' . Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2 Melayu, bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya Brigade) Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura - Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam. Kompeni 'C' dan Lt. Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah (Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di Celah (Gap).

PADA TENGAH MALAM 14 FEBRUARI 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.

Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran sehingga ke mati. Walaupun Leftenan Adnan terkorban,namun lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan regimennya.

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.

Korporal Yaakob, yang mendapat Pingat Keberanian Medal of Gallant, merupakan salah seorang daripada mereka yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Dalam kacau-bilau pertempuran, beliau yang cedera jatuh di atas mayat mereka yang terkorban. Beliau terselamat dengan berpura-pura mati disamping mayat rakannya dan melihat kematian mengerikan Adnan Saidi. Musuh yang menang berjaya menawan Lt. Adnan. Akibat perasaan dendam kerana keberaniannya melawan Jepun, ketua platun itu diseret sebelum diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan kakinya pada pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah menikamnya dengan bayonet berkali-kali. Dalam kejadian lain disebut lehernya telah dikelar. Kejadian ini dilihat oleh Koperal Yaakob. Selepas pertempuran, pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan, dan tiada seorangpun yang berani. Malah menurut beberapa sumber, tubuh Lt. Adnan Saidi yang dicacatkan itu dibakar menjadi abu.

Beberapa tahun lalu, Haji Burhan Muslim, yang tinggal berhampiran Bukit Candu, teringat telah memanjat bukit dengan sepupunya beberapa hari selepas pertempuran tersebut. Dalam salah satu rumah banglo yang terdapat di bukit Lorong Pepys, dia melihat mayat askar Melayu yang dipancung merata-rata. Dalam salah satu bilik, terdapat mayat seorang tentera Melayu yang lehernya dikelar. Pakaian seragamnya basah dengan darah. Melihat kepada lencana yang terdapat pada pakaian seragamnya, Haji Burhan percaya bahawa dia adalah pegawai berpangkat. Dia percaya bahawa mayat tersebut mungkin mayat Lt. Adnan Saidi, (mungkin membuktikan mayat Lt. Adnan Saidi tidak dibakar).

Keberanian Lt. Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt. General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942:
"Selepas dua jam dibedil dengan meriam dan motar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah (Permatang Pasir Panjang)..." 
"After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
Di tapak bersejarah ini, pertempuran bagi pertahanan terakhir Singapura telah berlarutan selama 48 jam, berakhir dengan satu-satunya pertempuran jarak dekat tangan-ke-tangan (yang direkodkan) dengan Tentera Jepun.
AL-FATIHAH

Kenapa Umat Islam Dilarang Sambut Valentine's Day

"Amalan merayakan hari kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut." - Jawatankuasa Fatwa
Kenapa Umat Islam Dilarang Sambut Valentine's Day?

1. Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

2. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

3. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

4. Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

5. Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

6. Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

7. Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

8. Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.




amacam? dalam fatwa pun dah sebut pasal hukum sambut Valentine's Day nie. kenapa perkara yang dilarang... suka sgt nak buat. tapi bila perkara yang disuruh... punyer ler liat nak buat. maybe ramai yg x tau pasal hukum hakam meraikan sesuatu perayaan spt Valentine's Day nie. bukan sume buleh kite rai sewenang2nyer. so... yg dah tau nie, x yah ler sambut OK. Islam mengajar kita berkasih sayang sesama umat pada setiap saat, setiap masa, setiap waktu, setiap hari. bukan pada hari2 tertentu. kasih sayang antara ibu & bapa, ibubapa & anak2, adik-beradik, sahabat, saudara mara dan juga kepada jiran tetangga yg non muslim. tapi yg kapel2 tu jgn lebih2 pulak nak bkasih syg. 
setiap kali tiba Valentine's Day, mesti ade komen spt ini, "dlm tempoh 9 bulan nie mesti ade kes buang bayi". yg sidehnye kebanyakkannyer adalah melayu Islam. korang x sideh ke tgk bayi yg x bsalah dbuang mcm tu aje? ntah ape yg diorang mkn pun aku x tau la smpi hilang sifat kemanusiaan. kadangkala aku tgk binatang lebih kepada sifat kemanusiaan, manusia pula bsifat kebinatangan! dunia akhir zaman...
cuba tgk kat fanpage FB atas nie. bape ribu org yg support usaha utk mboikot Valentine's Day? Alhamdulillah... skurang2nya ada kesedaran di antara mereka2 itu. setakat yg aku post ari nie, 11031 orang yg support tmasuk aku. korang bila lagi? sila klik LIKE kat fanpage 'Boikot Hari Kekasih @ Valentine's Day' jika korang support usaha nie. jika korang setuju 100% dgn n3 aku pada kali nie, sila like post aku nie k. tQ


"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kaum tersebut."

Dasar Privasi Baharu Google Berkuatkuasa 1 Mac 2012


tadi masa aku klik butang follow kat blog someone, tpaparlah satu laman mengenai Dasar Privasi Baharu Google yang akan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2012 nie. memandangkan blogger dibawah google, aku x pasti perubahan2 yg akan berlaku kelak.


ape yg penting dr segi perlindungan privasi pengguna masih kekal iaitu maklumat peribadi pengguna tidak akan dijual atau dikongsi kepada umum tanpa kebenaran pengguna melainkan melalui undang2 atas kes2 tertentu. antara ciri2 dalam dasar privasi baharu nie adalah seperti berikut:

Mudah untuk dikendalikan merentasi produk
Disesuaikan untuk anda
Mudah untuk dikongsi dan diusahakan bersama

sesape yg kurang paham mengenai perkara nie, bolehlah rujuk terus dgn soalan lazim yg telah disediakan oleh pihak google [klik sini] dan [klik sini]. aku sendiri pun kureng jelas sgt dgn pkara nie. pape hal kite tunggu saje perubahan yg berlaku pada 1 Mac 2012 nie.

AMARAN! JANGAN LUPA TARIKH LAHIR INSAN TERSAYANG!!!


nie makan dia! nie makan dia! nie makan dia! wakaka :)) serius aku ckp, jgn sesekali lupa tarikh lahir pasangan korang. pastikan tepat jam 12mlm korang wish! x kira la korang nak msg ke, nak call ke, nak mms ke, nak ym ke nak pape aje la asalkan pasangan korang tau yg korang mmg tau tarikh lahir dia. kalo x jd mcm aku nie :)) wakaka...kan dah majok. 


haaaaaaaaaaa........ nampak tak gambar atas nie. kalo x nampak pendek umur :)) wakaka... kalo nak tau, kad nie baru aje aku siapkan td setelah lebih kureng 2-3 jam blalu. dgn pale dah mamai, mata pun sipi2 aje... aku gagahkan diri gak utk siapkan Kad Ucapan Hari Jadi utk insan tersayang. maklum ler, lupa nak wish bday kan. tpaksa fikir alternatif lain utk pujuk cara halus :p hehehe... lg pun aku masih jauh diperantauan. tu yg susah nak pujuk jarak jauh nie. kena pula hp diOFFkan :)) btambah susah ler aku nak pujuk :D ahad nie br aku pulang ke home sweet home ;) 
lebih kureng jam 1 pagi tadi aku cuba cari idea utk design kad. sejam slps tlewat wish bday :)) wakaka.... sape2 yg keje designer tau ler azab bl kena perah otak cr idea on the spot :)) kena pulak aku bkn designer... rasa mcm nak masuk otak dlm mesin parut kelapa aje =)) nasib baik ler pg2 buta nie line tenet laju. senang skit aku nak cr bahan utk design kad nie. maklum ler time2 mcn nie sume org tido. aku pulak yg bjaga. padan muka aku!


aku rs ntah bape kali aku repeat wat kad nie. asyik kena reject aje coz x sedap mata memandang. btemankan sbotol air mineral dan sbungkus roti butterscotch smbl layan hotfm, tenaga aku btambah skit. slps beberapa kali aku buang air kecil, akhirnya siap gak kad bday! abis 1.5l air aku telan :)) roti aje ade balance utk bekpes pg nanti :p
lebih kureng hampir ke jam 4 pagi, aku pun post kad nie ke pesbuknyer :p nak mms... hp aku nie lak brand cap ayam :)) harap2 sok pg dia dah cool skit :)) sbb tu aku design kad bday ala2 islamik skit. sejuk mata memandang, sejuk lg hati yg mbacanyer. mudah2an.... hihihi.
sekali lg aku warning kat korang. JANGAN LUPA TARIKH LAHIR INSAN TERSAYANG! wakaka :)) kalo x jd ler mcm aku nie. sape suruh lupa kan? padan muka aku! hehehe...

WordPress


lor... sudah tukar WordPress ke? hehehe... x de la. sesaje test market :p maklum ler blog aku nie kan mgunakan platform blogger, so ape salahnyer kalo aku nak 'studi' skit wat blog guna platform wordpress lak kan :D hihihi...  maka, hasilnyer adalah spt bwh nie.. klik utk besarkan gambar ;)


aku buat simple2 aje coz mmg x de niat nak wat blog pun. yg penting aku x kan update blog kat wordpress tu pun. cukup ler satu blog nie yg kadang2 x tkejar nak update. hehehe...memandangkan x abis studi bab wordpress nie, agak pening gak la. aku nie lak x suka mende yg pening2 kalo dah ade yg mudah2. so, amik yg mudah aje ler spt blogger nie. hehehe... masing2 ade pro & contra. ikut taste masing2. maybe ape yg ade kat wordpress x de kat blogger & begitu ler sbaliknyer.
maybe ade yg perasan, aku dah tukar logo utk blog :D kalo sblm nie aku guna logo lambang 'bumi' coz ms tu aku x tau nak wat logo ape. main tangkap muat aje tu :p skrg nie aku guna logo baru. mesti ade org ckp apsal logo baru aku tu mcm logo blogger aje? mmg pun! hahaha... tpulang la nak ckp aku copy paste ke ape ke, aku jadikan logo blogger tu sbg sumber inspirasi :D 
actually aku nak bgtau yg aku bangga buat blog guna platform blogger ;) buleh x bg alasan mcm tu :)) wakaka...

logo blogger
VS
logo d0d0l
amacam? sama tapi x serupa kan? hehehe... tp aku punyer lg cantek kot :p jgn kena saman sudah ler :-ss ya ampun! kalo rajin, sila la terjah blog kat wordpress tu ek [klik sini]