Out There We Are One

Novel Indie @Terfaktab @BukuHitamPress satu percubaan pertama.


aku bukan kaki novel. bukan bmakna aku x pernah baca novel. kali terakhir aku layan novel, lebih 10 tahun lalu iaitu Lagenda Budak Setan, Katerina & Kasyah Lagenda Berakhir. tapi tu sume novel jiwang. pastu dah tak layan mana² novel sehingga ler yg latest...Bogel Menuju Tuhan, karya pelakon Zahiril Adzim. pastu senyap...


sejak² akhir ini (tahun lepas), semakin banyak novel. tp bkn novel jiwang yg tangkap leleh. aku pun meluat. skrg nie Novel Indie tumbuh bak cendawan slps hujan. aku nak explain ape itu Novel Indie pun x bape nak reti. cuma ape yg aku nampak pbezaan antara Novel Indie dgn lain² novel adalah dr segi tajuk & pengisian novel itu sendiri.

antara Novel Indie yg agak femes skrg adalah drpd Terfaktab, Buku Hitam, Lejen Press, Dubok Press, Fixi, Selut Press, Sang Freud, Rabak Lit, Merpati Jingga, Poket Press dll. diorang aktif kat twitter.

tajuk pun kadang² pelik, unik & abstrak. pernah aku nampak novel tanpa tajuk bwarna hitam smata. ade jugak yg btajuk Sperma Cinta, Ovari Seksis dll. dari segi pengisian, ianya lebih kpd realiti, tak hipokrit dan jujur dlm penyampaian. mmg x cover line. nasib ler sape yg terasa sbb adakalanya ade sindiran yg agak sinis. sape mkn cili, dia yg minum byk air kan kan kan. hahaha... dari segi bahasa, mmg 'pasar' abis sbb itu ler ptuturan kita sharian. maybe penulis nak dekatkan pembaca dgn jln cerita tanpa ayat yg tlalu skema & protokol. pembaca secara automatik dpt merasai, mjiwai dan seolah² berada dlm cerita tsebut. sebab tu, Novel Indie kini semakin mendapat phatian pbaca terutama belia remaja. mak org bapak org pun layan gak.


aku pun baru nak bjinak² dgn Novel Indie. bukan sume org leh masyuk dgn Novel Indie nie sbb ade org kata nampak 'berat'. bkn berat yg timbang kilo² tu tau. aku ade sorang kawan, teman & juga sahabat. even dia dlm kategori mak mak org, tapi bab novel mmg x leh lawan sbb dah leh wat library dlm umah. kadang² aku pun pelik, apsal ler suka sgt layan novel yg pelik² nie. pelik? tanggapan ptama aku dl coz x kenal ape itu Novel Indie.

memandangkan dl aku kerap tolong belikan dia Novel Indie secara online, sedikit sbyk terpengaruh ler skit². setakat beli online nie, aku dah biasa sgt. kalo puan suka beli baju & tudung online, llk mcm aku nie suka beli gajet online. teknologi dihujung jari kan. hihihihi...

2014 aku beranikan diri utk hadap Novel Indie. hahaha... maybe sbb nak hilangkan bosan kot. bosan bila sendirian spanjang masa. balik rumah hadap TV. TV pun bosan hadap aku ari². hehehe... hp pun mcm x bape nak bfungsi. ikutkan ati nak tido aje. tp aku rs mcm ade penyakit Insomnia. aku susah nak tido. dlm shari aku tido cuma 4-6 jam. paling awal aku tido jam 12mlm. dan paling aku x suka dpaksa tido bl x ngantok. maybe sbb dah tbiasa tido lmbt ms studi dl.

so, masa yg aku susah nak tido tu, baik layan novel kan. channel Astro pun repeat ntah bape kali citer yg sm. bosan. nak update blog pun tunggu idea dtg. pastu kena rajin. idea & rajin x boleh dpisahkan. kalo ade idea tp malas, konpem bhabuk blog. hahaha...

untuk percubaan yg pertama, aku try layan novel drpd Kitab Terfaktab & Buku Hitam. memandangkan kebetulan ade promosi, aku beli full set terus. hihihi...

Kitab Terfaktab
1. Definisi Cinta Infiniti
2. Nakal Tapi Halal
3. Sarkastik Cinta
4. Konotasi Rasa

Buku Hitam
1. Kitab Sang Cupid
2. Bukan Dari Jibril
3. Tiket Ke Neraka
4. Lari Dari Syurga
5. Untuk Separa Tuhan
6. Aku Naik Saksi

10 novel untuk aku baca. larat x larat, akan aku gagahkan diri. huhuhu... memandangkan aku suka bmonolog, puitis & sastera bagai, rasanyer x de masalah utk aku masyuk dgn Novel Indie sbb aku bukan budak sains. hihihi...

jam 2 pagi... jom tido! sok samb layan novel :p nampak x bila idea & rajin bgabung, ayat aku mmg panjang giler bl update blog! 

Sakit itu penghapus dosa kecil


dah hampir seminggu aku x bape nak sihat since start cuti lg. tp aku gagahkan diri gak even akhirnya aku tumbang. paling teruk mlm td bl dah tahap muntah coz suhu badan aku panas melampau. ditambah pula dgn pale yg bdenyut² dek kepanasan.

aku mmg spesis x suka mkn obat, tp kalo tdesak... mmg aku bedal aje. dlm sminggu nie aje dah hampir 3-4 papan obat aku telan. mlm td lps muntah aku telan 4 biji, sblm terus tido mati.

maybe cuaca panas buat tekak aku perit yg amat. anak tekak terasa bengkak. biji mata pun terasa panas. skrg nie pun dok tbatuk² smpi rasa pedih anak tekak. ada masanya mcm nak garu dgn jari. Org tu ckp kena mkn gula2 kalo sakit tekak. dah spapan gula aku kemam. kurang skit la sakitnya.

sok dah plan nak g Stadium Larkin secara bjemaah dgn adik beradik aku lyn 1st game JDT. sejak ade JDT nie, aku dah x pandang kelab bola sepak luar negara. syabas TMJ.

btw, smoga aku cepat sihat coz dah bpapan² obat aku telan. x seronok sbnrnye bcuti atau bjln time demam nie. rs moody aje spanjang ms. moody² aku pun jenis cool. diam itu pintar. stgh org moody, mulut pun jln. pot pet pot pet. smpi yg sihat leh jd sakit.

bg aku simple aje. kalo x suka lebih baik DIAM. drpd merungut itu ini, bkata yg sia². kan dosa tuu..

ok la, meleleh dah 'cendol' aku nie. erm :( khutbah jumaat pun nak start. jom lyn sblm solat Jumaat bjemaah!

#Tutorial @IFTTT Kongsi entri blog di facebook, twitter dan sebaliknya..


IF This Then That atau lebih dikenali sebagai IFTTT. Ianya boleh dikatakan sebagai salah satu medium perantaraan yang menghubungkan pelbagai platform media sosial. 


Sebagai contoh, jika anda ingin menjual sambal udang kepada orang ramai, di mana sambal udang itu perlu dihantar sampai depan pintu pelanggan. Pelanggan mungkin terdiri daripada sekolah, pejabat, kilang atau pun pasaraya. Anda tidak perlu bersusah payah menghantar sendiri dari pintu ke pintu. Oleh yang demikian, anda menggunakan perkhidatan despatch untuk menghantar sambal udang ke mana-mana lokasi pelanggan secara serentak. Anda cuma perlu buat sambal udang sahaja. Penghantaran, biar despatch yang buat. Semudah itu.


Begitu juga dengan IFTTT. Jika anda seorang blogger seperti saya yang ingin berkongsi setiap entri blog ke facebook dan juga twitter, maka IFTTT adalah penyelesaiannya. Anda cuma update dan publish entri blog, biar IFTTT yang kongsikan entri tersebut secara automatik ke mana-mana media sosial mengikut ketetapan yang anda telah buat. Dalam masa beberapa minit (maksima 15 minit), entri anda sudah diupdate di facebook dan juga twitter anda.

JOM KITA BUAT!


Langkah Pertama

Buka laman sesawang IFTTT di https://ifttt.com dan klik Join IFTTT


Langkah Kedua

Isikan username, email, password dan klik Create account untuk daftar


Langkah Ketiga

Klik Username, pilih Preferences dan Profile. Pilih senarai Channel seperti Facebook, Instagram & Twitter (FIT) untuk diaktifkan. Pastikan anda telah login (FIT) terlebih dahulu. Ikuti langkah demi langkah untuk proses activated sehingga selesai


Langkah Keempat

Klik Username (seperti Langkah Ketiga) dan pilih Create. Klik perkataan this di Create a Recipe dan pilih Trigger Channel. Ianya adalah punca kuasa di mana ia bermula. Sebagai contoh, jika anda ingin entri blog anda di update ke twitter atau facebook, pilih Trigger Channel jenis Blogger. 


Langah Kelima

Sebagai contoh, jika nak upload gambar Instagram ke Twitter, pilih Trigger Channel jenis Instagram daripada senarai yang ada.


Pilih 'Any new photo by you' sebagai arahan kepada Instagram dan klik Create Trigger.


Langkah Keenam

Klik perkataan that untuk memilih Action Channel yang merupakan tindak balas terhadap Trigger Channel yang telah dipilih sebelum ini. Apa yang berlaku bila upload gambar di Instagram? Kongsi di Twitter? Satu langkah bijak memandangkan pihak Instagram & Twitter ada masalah peribadi di mana gambar Instagram tidak dapat dilihat di Twitter seperti sebelum ini.


Langkah Ketujuh

Pilih Twitter sebagai Action Channel dan klik Post a tweet with image untuk kongsi gambar Instagram di Twitter. 


Langkah Kelapan

Tambah teks sendiri dan arahan di butang tambah (Add Ingredient) di kekotak What's happening? Teks ini akan terpapar di Twitter sebagai status. Manakala kekotak Image URL sebaik²nya diletak Image Source URL sahaja. Klik Create Action bila selesai.


Langkah Kesembilan

Jika dah selesai, klik Create Recipe


Anda boleh mencipta pelbagai arahan untuk mendapat hasil yang pelbagai. 


Langkah Kesepuluh (terakhir)

Cuba upload gambar di Instagram, dan tunggu di antara 1 minit hingga 15 minit untuk mendapatkan hasil seperti di atas.


Jika berlaku kelewatan melebihi 15 minit, klik Username dan pilih My Recipes yang terdiri daripada pelbagai arahan yang telah dibuat selepas Create Recipe (Langkah Kesembilan). Klik button play mana² recipe yang berkenaan. Klik butang Check untuk refresh agar arahan dapat dilaksanakan.

#FYI short url ift.tt merupakan link kepada url seperti blog

SEMOGA BERJAYA!


Terima kasih kepada Amanz.my yang kenalkan IFTTT kepada saya.

Aktiviti di cuti minggu pertama hari Jumaat


semalam merupakan cuti minggu hari Jumaat yang pertama bagi seluruh rakyat Johor. rasa janggal skit la sbb sll time rehat di opis terus ke Masjid utk solat Jumaat. adakalanya lps solat sume kelam kabut nak kuar makan coz kejar masa nak masuk opis. skrg nie ada masa utk mandi sunat sblm ke Masjid. pahala bganda tuu...


xtvt aku di petang Jumaat adalah servis & cuci kereta. memandangkan minggu nie aku blk rumah ayah aku, aku anta aje kat bengkel bdekatan. actually dah tlajak tempoh utk servis kete. kebetulan bonus br dpt, terus servis kete. kalo tangguh lg, jahanam kete aku lak...


memandangkan bulan lepas tsgt bz, aku x smpt nak mandikan kete aku tu. dah comot bebenor aku tgk rupanyer. sblm wife aku dtg minggu dpn, lbh baik aku kasi bersih sbersih dl kete nie. kang mbebel mengalahkan ayam belanda lak. hahaha...


utk xtvt ptg smlm aje, hampir rm300 melayang. kereta oh kereta. x servis nanti majok lak kete aku nie. alololo... sian motor aku tu. dah 2 thn x servis. huhuhu... hari nie dah Sabtu. sok Ahad dah keje. agak² syok x keje ari Ahad? hehehe.... mesti x byk urusan kot sbb cuma 4 negeri aje yg keje.

xtvt ari nie? tido kot sbb dah hampir jam 5 pagi aku x tido² lg. konpem ting tong pale aku jap g nie. selamat pagi bulan dan bintang. zzzzzzz

Mungkin ada rezeki aku di tahun 2014 ... insya`Allah

Al Fatihah... maafkan Abi. maafkan Umi.

mungkin masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2014. pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. ini merupakan entry aku yang pertama untuk tahun ini. actually banyak entry aku yang ter KIV dek kesibukan aku di penghujung tahun 2013. dalam tempoh sbulan aje, hampir 4-5 kali aku outstation. seronok memang seronok. tapi penat. cuma yang tak berapa seronok bila kerja tertangguh. tak cukup rehat lagi, esok aku dah sibuk lagi. tadi pun dah maghrib baru dapat balik. permulaan tahun 2014 yang agak OK. insya'Allah. 2013... terlalu banyak kenangan terindah buat aku. walau pun masa terlalu mencemburui, tapi aku cuba sedaya upaya untuk menghargai setiap saat yang ada. umpama di medan perang, berjuang hingga ke titisan darah terakhir. orang kata dah konpem kalah, kenapa nak teruskan perjuangan? sekurang2nya tidak menyerah sebelum kalah. walau pun dikatakan membuang masa... membazir masa, bagi aku... apa yang kita buat adalah suatu kepuasan. kepuasan yang orang lain sukar untuk merasainya jika tak melaluinya. mungkin suatu hari nanti akan ada yang memahami kenapa hati ini terlalu degil. hehehe... tutup buku lama, buka buku baru. tapi buku lama simpan diam-diam, dalam-dalam.
entry aku kali ini mengenai rezeki. maksud aku rezeki zuriat. aku pasti majoriti masih belum tahu perkara sebenar. ini kerana mmg aku sendiri cuba rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan sesiapa. maybe aku tak ready nak bgtau lg. 

yang sebenarnya, sudah 3 bulan aku kehilangan zuriat dek keguguran yang dialami oleh wife aku. spanjang tempoh itu juga aku terpaksa berbohong setiap kali kengkawan tanya pasal baby. adakalanya aku cuma jawab OK. adakalanya aku cuba tukar topik. dan bila jumpa kengkawan, aku hanya mampu tersenyum. bila ada sesiapa cuba tanya direct, aku bjenaka, aku ketawa, aku tukar topik. tak semudah itu.

kalau nak diceritakan secara detail, agak panjang. konpem bjela2 aku taip. secara ringkasnya, aku dapat tau wife aku hamil 2 bulan. serius terkejut sebab tetiba dah 2 bulan. almaklumlah, dah setahun lebih kawen. so, tak jangka ler. bila dapat tau usia kandungan 2 bulan, aku rasa tak sedap hati. ini kerana dlm tempoh 2 bulan wife aku makan mcm2, buat xtvt mcm2 termasuk wat keje berat skit. lg pun ini kali pertama & x de pengalaman langsung. adakalanya aku jadi blur. 

bila buat medical check-up pertama kali di klinik gomen, doktor sarankan supaya kandungan digugurkan. katanya tiada nadi, saiz tak sebesar 2-3 bulan. dalam masa yang sama doktor suruh tunggu dulu coz nak tengok jika ada perubahan. bminggu2 juga KIV. kali terakhir saiz semakin mengecut dan kecil. akhirnya doktor suruh buat proses 'cuci'. 

memandangkan macam leceh nak buat di Putrajaya coz terlalu banyak birokrasi, aku ambil keputusan untuk bawa wife aku ke Johor. sebelum ke Johor, wife aku dah pun keguguran sedikit demi sedikit hingga keluar ketulan daging dipercayai janin. selepas basuh & balut dengan kain putih, kami segera pulang ke Johor.

sekali lagi aku membersihkan janin tersebut memandangkan masih ada kesan darah lagi. tanpa membuang masa, aku ambil cangkul dan mula mgali tanah depan rumah dan terus kebumikan janin tersebut. korang boleh tengok beberapa keping gambar yang sempat disnap seperti yang aku letak di atas sebelum entry. 

hampir 2-3 minggu juga wife aku bpantang di Johor. sebelum itu, proses 'cuci' sangat-sangat menyakitkan. cuma mereka yang pernah keguguran saja tahu betapa sakitnya bila dicuci. apa yang boleh aku katakan, ianya lebih sakit daripada bersalin. tapi kena berpantang sama seperti orang bersalin. makan minum kena jaga. 


orang kata "Experience is Best Teacher". pergh... speaking london gitu! hahaha... x pe la, maybe ada sebab kenapa Dia x nak beri lagi rezeki. fikir secara positif. maybe rezeki lagi besar. maybe. insyaAllah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. semoga 2014 ini memberi rezeki yang melimpah ruah. bukan pada aku, tapi kepada semua termasuk yang sedang membaca blog aku ini. mudah2an. insyaAllah.

kepada mereka2 yang baru tahu mengenai perkara ini, aku menyusun 10 jari mohon maaf kerana merahsiakan berita buruk ini daripada pengetahuan korang semua terutama rakan2 pejabat lama dan juga rakan2 alam maya. famili aku sendiri pun last minute aku bagitau. btw, doakan yang terbaik buat kami. 

bab kata Nora Danish, "KITA ENJOY". hihihi... kalau tak gembira, kita buat2lah gembira supaya orang  lain gembira melihat kita gembira walau hakikatnya kita derita. atau pun, kita cuba buat orang gembira kerana kita sendiri akan rasa gembira bila melihat orang lain gembira. walau gembira mana skalipun kita, walau bahagia mana skalipun kita. hati tidak mampu menipu kita. adakalanya kita terpaksa menjadi hipokrit demi kebahagian orang lain. senyumlah... senyumlah... ahai cek mek molek... (bayangkan anda M Daud Kilau yg sedang bgelek2).

2013... pasti rindu. terlalu rindu. amat rindu. rindu serindu-rindunya.

2014... jeling-jeling. kenyit mata. jangan sampai kening ada vibrat OK.