Out There We Are One

#July7 Ulangtahun Perkahwinanku Yang Pertama

Credit to Ibui Man

ehem... ehem... ehem... memandangkan ini pertama kali & tiada pengalaman, so aku celebrate biasa2 aje :p  7 Julai 2013, genap setahun usia perkahwinan kami. bukan mudah. maklum ler, sorang Selatan (Johor), sorang Borneo Utara (Sabah). sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. tapi gigit lidah masing2 la ek. hihihi... so, mlm sblm hari spesel tu aku bagi kad ucapan. tapi aku selitkan bawah bantal. kunun2 nak surprise. smpi ke sudah dia x pasan kad tu bawah bantal. sabo aje ler... 


pagi tu x de plan nak g mn  utk celebrate. so, aku pun booking tiket wayang. memandangkan aku mmg suka lakonan Johnny Depp sejak zaman 21 Jump Street lagi, aku pun beli tiket citer The Lone Ranger lakonan beliau. 


sblm layan wayang jam 3 ptg, kami g melantak dulu kat DÔME Café di Alamanda coz dia nak makan western style. skali skala apa salahnya kan ;) 


harga boleh tahan. maklum ler first time try melantak kat kedai makan nie. sblm nie ade cadangan nak p melantak Arabian Style kat Mr. Kabab & Biryani (Diplomatik) atau pun Nusantara Style kat Bumbu Desa (Alamanda). last skali pilih Western Style kat DÔME Café (berdepan Bumbu Desa). 


gambar siling yg sempat aku snap. jakun seketika. hehehe.... 


bersedia untuk order. dup dap dup dap...


makanan x smpi lagi, tapi sudu, garfu & pisau dan landing dl. hehehe....


nampak x bini aku tu... erk, bukan kusyuk pilih menu. tp kusyuk men game kat ipad mini dia tu kot. hehehe.... ms kami masuk dlm kedai nie, x ramai org. lebih kurang 3 meja. maybe harga makanan agak WOW. nasib x kena heart attack :p harga tolak tepi, yg penting alang2 dah masuk kedai.... order aje :p


kami cari port tepi skali even pemandangan luar tertutup coz ade renovation. hentam saja ler :p nak mkn aje pun, bkn nak tgk pemandangan kan kan kan. jam menunjukkan jam 2 ptg, sempat lagi utk melantak sblm layan wayang. jom tgk ape kami order....


yg atas nie bini aku order. Spicy Chicken Muchroom Pasta. tapi aku pow skit coz diorang panggang ayam aku lama sgt. rasa pun sedap gak. tapi harga mahal leh tahan, RM25/=


haa... yg nie aku punya. Grilled Chicken in Creamy Turmeric Sauce. sedap sgt! ayam dia byk. jagung bakar pun best. cuma nasi aje kedekut skit. hehehe... harga pun boleh tahan woo... RM26/=


makan kedai 'mewah', tapi pakai selipar? aku mmg jenis yg simple giler tahap dewata raya :)) dah ler nak celebrate anniversary, buleh lak pakai selipar :D ikutkan hati nak pakai selipar kaler purple tu.... baru meriah skit. hehehe... tapi baju kaler biru, ok ler tu :D lps melantak, masa dah time utk layan wayang lak... The Lone Ranger 


Ops! silap poster daa.... nie The Lone Ranger versi asal tahun 50an. hehehe....


haa... nie baru betul. sgt ketara perubahan watak Tonto dulu & skrg kan. siap ade burung gagak mati atas kepala. hehehe... citer mmg best ssgt. aksi, sedih, komedi... sume ade. tapi lebih kpd kelakar ler terutama part Tonto bercerita dari A smpi Z. konpem kelakar giler sbb ade mamat sblh aku nie gelak mcm nak mampus. sore dia paling kuat dlm hall tu. aku pun konpius sape yg kelakar? citer ke mamat tu? smpi satu tahap aku rasa nak hempuk aje mamat nie sbb dia punya ketawa mcm kelakar sgt citer tu. mmg kelakar pun, tp mcm over dos aje aku tgk. kena sawan ketawa br ko tau.


lps tgk wayang, shopping skit pape yg patut. aku beli x byk pun. 3-4 benda aje. maklum ler, lelaki mn ler suka sgt shopping itu ini. hehehe...


Safi Rania Gold. nie bkn bini aku punya. tapi aku punya. hahaha.... korang nak gelak? gelak ler :p ada aku kisah. hehehe... dah stahun aku pakai mende nie. sgt OK la. cuma harga boleh tahan ler. tapi tahan 2-3 bulan. mahal tapi jimat. paham x? kalo x paham, buat2 paham OK. kebetulan stok kat umah nak abis, dan kebetulan gak watson wat sale... terus aku sambar. kepada lelaki diluar sana, jgn segan jgn malu kalau nak pakai produk 'perempuan' nie OK sbb x tertulis pun utk kegunaan lelaki atau perempuan. so, sape2 pun leh pakai. betul x :p ingat Cik Ta sorang aje leh pakai. aku pun boleh pakai tau! comel x kak ton! wakaka :))


sblm aku abis bceloteh, aku nak bgtau kat Alamanda td ade sale produk SHARP. kebetulan kami baru sambar TV LED jenama SHARP. meh aku nak kongsi citer skit kat korang. kalau setakat nak tgk channel yg biasa2 aje terutama yg x de astro tu, jgn la mbazir beli TV LED ke LCD ke HD ke. x kisah la jenama apa skali pun. bila kedai promote smart TV nie, diorang pasang dvd yg bkualiti tinggi. sbb tu view cantik giler. salesman tu sendiri ckp yg TV LED/LCD/HD hanya support citer yg bkualiti tinggi. kalo korang ade astro tp x langgan HD, beli TV biasa sudah coz kualiti lagi cantik. tapi kalo dah terbeli TV luar biasa mcm aku nie, nak x nak tpaksa ler langgan HD kat astro tu. kalo x, sakit mata aku tgk tv sbb kualiti mmg down kalo nak compare dgn tv lama yg x de brand langsung tu. nie bukan pasal jenama coz sume sama. kalo nak pakai TV LED/LCD/HD, pastikan korang ade Astro HD. nak beli DVD pun beli yg HD. errmmm... pirate ade HD x? hehehe....

alamak! jam sudah 3:30 pagi! adios amigos.... hepi anniversary yg ptama buat biniku :p sori ler, celebrate biasa2 aje. x de grand mn pun. nak beli kek pun x sempat, nak bgambar bsama pun x smpt. #APTB hahaha :))

#CutiKeibubapaan @NajibRazak @KPWKM Contohi Kerajaan Sweden yang memberi Cuti Bersalin 16 bulan, elaun bulanan RM400 & perubatan percuma!


SETUJU 100%! banyak² berita dalam paper, yang ini paling aku suka. Sudahlah cuti lama sehingga setahun 4 bulan, dapat pula elaun sebanyak RM400. Sungguh bertuah ibubapa dan bayi yang baru lahir tersebut. Jauh berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia dimana cuti bersalin diantara 60 hari sehingga 90 hari saja untuk isteri, manakala suami diberi cuti 7 hari saja. Kalau tak cukup 2-3 bulan, terpaksa ambil Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji). Kesian kan?


Baru 2-3 bulan nak kenal ibubapa, terpaksa bpisah sementara kerana tuntutan kerja. Lebih kurang 10 jam, anak bermesra dengan pengasuh. Manakala dalam tempoh 6 jam, baru dapat bmesra dengan ibubapa. Itu pun kadangkala penat selepas hampir 10 jam bekerja. Nasib baik hujung minggu boleh meluangkan sepenuh masa dengan anak². Itu pun bukan setiap hujung minggu ‘free’. Mana ler tahu kena overtime ke ape ke kan kan kan.

Berbalik kepada cuti bersalin di Sweden atau lebih dikenali sebagai Cuti Keibubapaan, untuk tempoh 16 bulan itu boleh dibahagi-bahagi antara suami dan isteri. Ini bermakna, isteri boleh ambil cuti 8 bulan, manakala suami habiskan baki cuti 8 bulan, atau ikut suka hati asalkan tidak melebihi 16 bulan. Tapi bukanlah cuti selang seli, bulan ini isteri cuti, bulan depan suami cuti. Kenalah ambil cuti berturut².



“Kami mengambil cuti kira-kira 16 bulan. Isteri ambil 10 bulan manakala cuti selebihnya saya ambil semata-mata untuk menjaga Liv. Sepanjang tempoh itu, naluri sebagai bapa semakin menebal, malah saya amat terharu kerana menyaksikan sendiri bagaimana bayi membesar bermula pada peringkat pertama meniarap, merangkak seterusnya berjalan.”


Nampak tak kat situ? Sebagai ibubapa mesti perasaan seronok berganda² bila melihat sendiri perkembangan pembesaran anak² depan mata. Dari usia sehari sehinggalah usia setahun 4 bulan.

Aku sendiri tak pasti sama ada Kerajaan Malaysia mampu buat seperti ini. Mesti ada saja alasan terutama dari segi tuntutan kerja dan juga kekangan kewangan. Majikan nak bagi cuti ke kalau sampai 480 hari? Silap hari bulan, tiada pengambilan pekerjaan untuk wanita. Kalau mereka (Sweden) boleh buat, kenapa kita (Malaysia) tak boleh buat?  Tapi aku tetap mengharapkan agar pak menteri dapat celik mata dengan isu ini. Selaras dengan Gerakan 1Malaysia Family First (1MF1st) yang diwujudkan untuk membina keluarga sejahtera , sihat dan resilien dan berperibadi mulia sebagai asas kestabilan sosial.

Amacam? Korang setuju tak kalo Kerajaan Malaysia beri cuti bersalin selama 480 hari / 16 bulan / setahun 4 bulan? Lepas tu dapat elaun bulanan RM400 dan juga rawatan perubatan percuma untuk bayi? Nak tak? Bak kata Chef Ammar, "Suka tak! Suka tak! Suka tak!" hehehe...

#TahukahAnda Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia disambut pada bulan November setiap tahun! So, silalah rancang family day untuk diraikan selepas raya nanti OK!

sumber: Berita Harian