Out There We Are One

Kempen Derma Darah VF



selesai sudah Kempen Derma Darah VF! alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. apa yang aku takut2kan selama nie dah bjaya aku atasi. mmg dr dl aku nie takut ngan darah, terutama skali jarum x_x sbb tu smpi skrg aku x suka g klinik/hospital. nak jumpa doktor lg la aku x nak. hehehehehe....
memandangkan aku nie x tau sgt jln ke PPUM, aku kuar umah seawal 7:30 pagi. standby aje...mn ler tau sesat lg. khokhokho...tp mmg aku sesat pun, smpi tlajak kat balai polis brickfield! sabo aje ler. tp jumpa gak jln ke PPUM ;)) cuma kena uTurn blk la. kul 8:30 pagi aku smpi PPUM. lebih kurang sejam gak pjalanan. kalo x sesat, maybe dlm stgh jam kot :P aku antara paling awal yg smpi. aku kontek cikai, dia senyap aje. aku kontek tessa, hp dia off kot. sabo aje ler. last2 aku t'tido kat kerusi pintu masuk tmpt derma darah tu. tgh syok tido, tessa call aku. dia suruh aku masuk dl & daftar. aku org yg ptama daftar utk derma darah. dah ler aku tgh cuak. kena lak yg ptama kena derma darah. huhuhu... lps daftar & amik darah kat jari, aku & tessa jemput budak2 yg br smpi. berikut adalah senarai calon2 pderma darah ;)) khokhokho...

isONE7
tessa
CiKAILah
Narrasis
Hampagas
budak_nakall
riana_sporty
greengrass
SriANisa
Tulipzbiru
Along
Ridam
RazaliRazak
Shamriez
Genki

selain datang utk mderma, ade gak yg dtg mberi sokongan moral. asalnye dtg nak mderma, tp memandangkan masing2 piyed la, tekanan darah rendah la, injured la...sesat pun ade. hahahaha.....nak x nak tpaksa ler dtg sbg supporter :D mereka2 adalah...

Asyaffa - injured (paintball)
me_nOyu - tekanan darah rendah
Mercury - piyed
Teddy_gurlz - piyed
GrommHellScream - kurang berat badan
sharipdol - jalan jem
zaragon - dah abis br nak smpi

memandangkan aku org yg ptama daftar, so...aku ler org ptama yg derma darah....pastu tessa. yg lain isi borang & check darah. lg pun cuma ade 4-5 kerusi aje. so, kena la gilir2. ms tu jantung aku bdegup kencang yg amat. cuak tahap gaban dah nie. dah ler ramai2 dlm tu, btambah2 ler gemuruh! lps aku baring, nurse tu pam tangan aku. x lm tu dia kuarkan jarum! huhuhu....aku x tgk pun dia cucuk. yg tu utk bius. mcm kena gigit semut. x lm lps tu, dia cucuk la tmpt nak sedut darah aku tu kat lengan kanan. aku pun x pasan coz ms tu aku x tgk pun. tau2 aje dah tcucuk smbl tgk darah aku mengalir dlm beg darah. lor...mcm tu aje ke? x de la sakit mn pun. sabo aje ler. aku nie dah sminggu tketar2 menunggu ari nie. proses derma darah amik ms dlm stgh jam. aku rs mcm x puas la pulak. kejap bebenor amik darah aku tu. nak aje aku derma lg sebelah. hihihi....smbl derma, sempat gak aku suruh tedd amik pic aku. byk gak dia snap pic aku. paling best dpt bgambo ngan nurse jepun. huhuhu....cun wooooo. semangat aku nak derma darah lg nie. hahahahaa...lps dah sedut darah aku, nurse tu cabut tiub kat lengan aku tu. dia suruh aku tekan kuat2 tmpt sedut coz takut darah memancut2 kuar. wat suspen tul aje nurse nie. pastu dia lekat ngan handyplast smbl aku brehat jap mnonton kartun. hehehehe...masa dah time utk mkn. aku bedal roti sandwish 5 bungkus. 1 bungkus ade 2...so 10 sandwish aku bedal. org dah sponsor...bedal aje ler:P pastu minum air suam. tp nurse tu suruh minum air manis. aku buat dek aje :P
memandangkan budak2 vf nie tkenal dgn havocnye, kt org dipsilakan buat havoc kat luar dgn hormatnye. muahahaha...dlm hospital pun nak wat bising budak nie. sabo aje ler. bl dah lepak luar tu, smakin havoc ler jdnye. tu lum sesi bgambar. klik sana...klik sini...tlebih sudah. khokhokho.... lps puas mderma & bgambar, kt org sume g cr makan. biasa ler, lps derma darah....lapor aje. lps mkn, aku terus blk umah. yg lain g midvalley...koke ngan sharipdol - samseng kampung dusun. hehehehe....btw, lps nie aku teringin nak mderma darah lg. x de la menakutkan sgt. aku sonok dpt derma darah nie. ari nie mereka perlukan darah kita, sok lusa mn tau turn kita lak memerlukan darah diorang. darah aku jenis O. adik beradik aku sume jenis darah O coz ikut mak aku. ayah aku x tau darah ape. org kata kalo darah O nie leh derma kat sesape pun. tp org yg bdarah O mcm aku nie, just leh terima darah O aje. sbb tu darah O nie kritikal coz x ramai yg ade darah O. yg penting aku dah ada buku merah 'SIJIL PENDERMA DARAH'. lain kali aku leh guna buku tu utk derma darah dmana2 shj. sekian, terima kasih :D btw, thanx tessa coz bg kt org cenderahati serta sponsor makan minum kt org >:D<>

aku orang pertama yang derma darah :-bd sangat best 8->

blood donation
kenangan terindah bersama nurse yg come lote :x

Selamat Datang Ke Putrajaya

Putrajaya


alhamdulillah...pmohonan aku untuk bkhidmat di putrajaya berjaya jua akhirnya. surat kelulusan yg aku tunggu2 slama nie sudah berada ditangan aku. sudah hampir 3 tahun aku m'abdikan diri di shah alam nie. i'allah aku akan mula menjadi warga putrajaya bermula bulan April 2009. tlalu banyak kenangan yang akan aku tinggalkan walaupun sukar untuk melupakan setiap apa yang telah berlaku. aku harap segala dugaan yang telah aku lalui slama ini akan memberi aku kekuatan diri dalam meneruskan sisa2 hidup aku untuk masa2 akan datang. yang lepas biar jadi sejarah, masa depan biar jadi hak kita. aku akan buka buku baru ditempat baru ditahun baru. selamat tinggal shah alam...selamat tinggal kenangan...

Ada Apa Dengan Cinta

ada apa dengan cinta. suka atau duka? gembira atau sedih? bahagia atau derita? orang kata kita akan bahagia bila dapat menyayangi & mencintai seseorang yang kita sayang..yang kita cinta...tp bahagiakah sebenar2nya kita? bagi aku kebahagiaan lebih bermakna apabila kita dapat menyayangi & mencintai orang yang menyayangi kita...mencintai kita...lebih daripada perasaan kita sendiri. alangkah bahagianya hidup jika saling menyayangi & mencintai satu sama lain. orang kata 14 februari tu hari kekasih. bagi aku, setiap hari adalah hari kekasih...hari kasih sayang kepada semua orang. yang penting masih ada lagi yang sayang kat aku. sekurang2nya aku masih ada keluarga untuk aku sayang, aku masih ada kawan2 untuk aku sayang & aku masih ada aku untuk menyayangi diri sendiri seadanya. yang penting DIA masih sayangkan aku sbg umatnya even kadangkala aku tleka dgn urusan dunia. sayang aku pada semua orang, cinta aku untuk seseorang. tapi...


cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
mengharap sesuatu yang pasti...
satu cinta yang sejati lagi abadi...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
tercari-cari di mana silapku ini...
dalam mcari phubungan cinta hakiki...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
melihat dia berlalu pergi...
bersama pilihan hati...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
mencari cinta sejati...
demi kehidupan selepas ini...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
adakah masih ada untuk diri ini...
secebis cinta untuk dsemat dihati...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
tertanya-tanya pada diri sendiri...
kenapa tiada cinta untuk diri ini...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
menangis mengenang nasib diri...
hanya senyuman sebagai ganti...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
melihat pasangan berkasih...
sedangkan aku masih sendiri...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
merenung jauh di sudut hati...
menyingkap kembali sinar memori...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
perlukah aku terus menanti...
agar terisi kekosongan di hati...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
sampai bila aku perlu begini...
melihat cinta bersilih pergi...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
aku tidak mahu bersedih lagi...
biar pun cinta tidak ku miliki...

cinta datang dan pergi...
aku masih setia di sini...
sekadar menatap potret wajah kesayanganku ini...
agar bisa tersenyum dihati ini...

kadang2 cinta nie seperti bayang2. ia akan ikut kita tanpa kita sedari. ia akan kejar bila kita berlari. nak tak nak, kita kena bsama bayang2 tu. tapi bila kita cuba nak dapatkan bayang2, ia cuba mengelak diri. bila kita kejar, ia blari. ada masanya kita bersatu bsama dengan bayang, tapi hanya untuk seketika. ada masanya kita tpisah dengan bayang, tapi untuk sementara waktu sebelum fajar menjelma. cinta dan manusia sentiasa bersama. cuma kadangkala ada pasang surutnya seperti lautan ombak. ada apa dengan cinta? dalam cinta ada kita, tapi dalam kita belum tentu ada cinta. hargailah setiap cinta yang hadir walaupun kita sendiri tidak pasti cinta itu milik kita atau sebaliknya. tapi bila semua orang tahu menghargai cinta, nescaya cinta kita akan lebih dihargai.

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Kasih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu

semua orang ingin hidup bahagia selamanya. kalau boleh ingin bersama dengan seseorang yang dicintai hingga akhir hayat. tapi kita cuma manusia biasa. kita hanya boleh merancang, tapi bukan kita yang tentukan apa drancang itu menjadi kenyataan. bukan kita yang berkuasa. ajal maut & jodoh pertemuan telah tmaktub. tiada apa yang mampu mengubahnya. kita tidak tahu bila ajal menjemput tatkala maut menjelma. kita juga tidak tahu siapakah jodoh kita walau pertemuan demi pertemuan berlaku.
cinta tidak semestinya bersatu. tapi kita boleh bersatu kerana cinta. kadang2 kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang demi melihat kebahagiaan dia. kita akan bahagia bila kita tahu dia bahagia walaupun dia bukan milik kita. kita takkan menang kalau tidak pernah kalah. kita takkan naik kalau tidak pernah jatuh. kita takkan gembira kalau tidak pernah sedih. kita takkan bahagia kalau tidak pernah derita. pengalaman hidup membuatkan kita lebih matang. cinta ini kadang2 mengajar kita erti sebuah kehidupan. cinta ini mengajar kita erti kesabaran. cinta ini mengajar kita erti kasih sayang. cinta ini mengajar kita erti rindu dendam. cinta ini mengajar kita erti suka duka. cinta ini mengajar kita erti segala2nya yang mana kadang2 kita sendiri tidak mengjangkakannya. siapa jangka kita akan dkecewakan? siapa jangka kita akan derita? siapa jangka kita akan sedih? siapa jangka kita akan ditinggalkan? keseorangan? bersendirian? tapi adakah itu bermakna berakhirnya sebuah kehidupan? kehidupan yang telah kita tempohi selama ini. kehidupan bersama keluarga tercinta. kehidupan bersama sahabat tersayang. kehidupan bersama diri sendiri yang tidak ternilai harganya?
Hidup kita ini umpama anak panah. Kita dah ada sasaran. Tapi bila ditiup angin, anak panah lari dari sasaran. Suka atau tidak, kita kena terima. Bukan semua apa yang kita hajati akan tercapai. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Selagi kita tidak tahu apa yang tuhan tentukan, selagi itu kita mesti merancang tanpa putus asa. Hidup ini mesti berani terima kenyataan. Tanpa keberanian, mimpi tak mungkin menjadi kenyataan. Kita tidak akan sentiasa berada di atas kerana roda kehidupan sentiasa berputar. Kita mesti bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan yang berlaku.

bila kita sayang dia
kita terima saja apa yang dia kata
tapi bila dia kata kita?
hati kata takpe, manusia tak sempurna...

bila kita sayang dia
kita tunggu dia lama pun tak pe
tapi bila dia tunggu kita? dia marah2
hati kata takpe, adatlah ada yang mnnunggu & dtunggu...

bila kita sayang dia
kita tak tidur pun takpe, layan dia yang tengah bosan
tapi bila kita bosan , ada dia layan kita?
hati kata takpe, dia sibuk agaknya...

bila kita sayang dia
kita gaduh dengan dia , kita diam
tapi dia bagitau semua orang
hati kata takpe, dia tension tu...

bila kita sayang dia
kita call nak cakap ngan dia
tapi dia gayut dengan orang lain
hati kata takpe, dia ada hal nak cakap dengan member

bila kita sayang dia
kita bcerita dengan dia , cerita dengan tunggul lagi baik
tapi bila dia bcerita dengan kita
kita dengar sepatah2 kita ingat
hati kata takpe, sayang katakan...

bila kita sayang dia
kita dan dia lapar
tapi kita bagi semua makanankat dia
hati kata takpe, jagalah hati dia, sian dia...

bila kita sayang dia
kita sanggup bagi dia rehat bila dia letih
tapi bila kita letih , dia suruh juga kita layan dia
hati kata takpe, bukan selalu pun...

bila kita sayang orang itu
kita jadi macam orang gila dengar dia sakit
tapi bila kita sakit, dia siap kuar dengan kawan2
hati kata takpe, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam...

bila kita sayang dia
kita tak pernah pentingkan diri sendiri
tapi dia hipokrit dengan kita
hati kata takpe, dia memang macam tu, kene lah terima...

bila kita sayang dia
kita sayang nak tinggalkan dia selama2nya
tapi dia tak pernah hargai diri kita
hati kata tau tak betapa kita sayangkan dia?

bila kita sayang dia
kita tak sanggup tengok dia derita
tapi bila kita sakit , dia kata jangan nak manjakan sangat
hati kata macam manalah dia kalau kita dah takde, mesti dia gembira...

bila kita sayang dia
kita sanggup tinggalkan dia selama2nya untuk dia bahagia
tapi adakah dia tahu pengorbanan kita?
hati kata takpe, janji dia bahagia

thanx kengkawan coz buat aku hepi!


Gunung Bujang Melaka @ Perak

06/02/2009

aku amik cuti ari nie coz nak packing barang2 utk camping. sblm tu, aku sempat beli beg hiking yg paras kepala (100lt) coz beg yg ade x cukup beso. dr umah aku amik teksi utk ke komuter shah alam. pjalanan ke kl amik ms lebih kurang sejam. dlm kul 8 mlm, member aku jemput kat kompleks pertama. pastu kt org bkumpul kat UniKL coz aku follow budak2 UniKL. aku cuma kenal 2 org aje. yg lain sume aku x kenal. 6 ppuan & 15 llk kalo x silap aku. kt org bkonvoi 6 kete tmasuk storm (angkut beg hiking).
kt org bhenti rehat kat RnR rawang dlm pkl 9mlm utk makan mlm sblm menyambung pjalanan ke tapah/kampar, perak. pjalanan mengambil ms lebih kurang 3 jam. kt org smpi tmpt penginapan pkl 1 pg. penginapan dsediakan oleh 2 org 'guide' yg akan follow daki gunung. kira ok gak coz ade astro & komputer. tp sbb dah letih sgt, x sempat nak layan astro...masing2 dah tlelap dlm sleeping beg :P ade gak yg x tido lg coz tgh agih2kan barang utk dbahagikan sm rata kat sume org.

sebelum berjalan bramai2 menuju kaki gunung

sebahagian khemah² yang belum dipasang sepenuhnya

07/02/2009

kul 6 pagi masing2 dah bangun memandangkan bilik air cuma ade 1 aje berbanding lebih 20 org! aku sendiri pun mandi kat jamban aje. nasib baik jamban bersih. hehehehe.... ktorg bekpes roti telor aje. x leh mkn berat2, nanti x larat lak nak mdaki. lg pun aku x nak memerut kat gunung. x best woooooooooooo mbuang dlm hutan. x syok! muahahahhaa....
dlm kul 9, kt org bgerak ke gunung. tp dr tmpt penginapan, kt org bjalan kaki aje yg mengambil ms sejam. tu kira warm up gak. hihihi...tp beg2 hiking letak dlm storm. best gak jln ramai2 nie. nak smpi ke destinasi, kt org lalu pekan kampar, pastu masuk kawasan kg, pastu lalu tmpt org asli. sangat best :-bd tenang aje tmpt diorang. yg penting diorang guna air sungai yg sangat sejuk utk mandi-manda. jimat bil air :P hehehehe.... sblm ke base camp, kt org bkumpul dl kat check point...amik beg hiking & makanan. dlm kul 10:30 pg, kt org pun bgerak ke destinasi yg ptama iaitu, base camp. pjalanan mengambil ms 5 jam! fuiyo! sangat penat! sangat letih! tp manyak syok wooooo :-bd
kali nie agak bnasib baik coz x kena gigit ngan pacat even ade ler dlm 2-3 ekor dah naik ke kaki. tp aku sempat cabut. suka suki aje nak isap darah aku. sepak kang. khokhokho...pdakian kali nie agak mcabar gak coz kecerunan yg agak mlampau. slain tu, byk akar2 kayu smpi ntah bape kali aku hampir tsungkur. maklum la aku sorang aje pakai sandal, yg lain pakai kasut. bajet lari woooo :P tp kira ok gak coz byk sgt sungai dlm hutan nie. so, aku redah aje ngan sandal aku tu. yg pakai kasut tu...kena elak coz kalo redah gak, berat ler kasut tu. dlm ms 5 jam tu, byk kali gak take 5. tp kalo bab mdaki nie, x leh rehat lm2, pastu x leh duduk coz nanti cepat pancit. lebih kurang kul 3:30 ptg, kt org pun smpi ke base camp! memandangkan aku nie kira hampir2 org t'akhir smpi ;)) tau2 aje khemah dah siap pasang. ape lg, landing time! best nyer dpt tido. huhuhu...aku tgk ade 2 lg group kat situ tmasuk student poly. lps rehat sketika, kt org plan nak smpi ke puncak time tu gak. so, sok dah leh rileks2. dlm kul 5 ptg, kt org pun bgerak ke destinasi. kali nie x bg beg hiking yg stinggi paras kpale tu. just bw diri aje & sdikit makanan. dr base camp ke puncak amik ms lebih kurang 1 jam. otw nie pun agak mcabar gak cerun ke puncak. smpi aje kat atas, sesi bgambar pun bmula. hehehehe....sambil2 tu kt org makan roti sardin yg dbawa smbl menikmati pemandangan dr puncak gunung. kul 6 ptg, kt org turun ke base camp. ntah mcm mn buleh lak hujan lebat. nasib baik dah nak smpi ke khemah. sblm tu, diorang dah pesan, kalo turun time senja jgn bhenti even penat skali pun coz bkn kite aje yg turun. so..paham2 aje ler.
lps hujan reda, aku ngan budak2 lain pun mandi even ari dah gelap. sangat sejuk wooooo! lps mandi, acara makan mlm pun bmula. mcm2 ada. biskut, kacang, jajan, buah, coklat & mcm2 lg. pastu ade nasi putih & daging masak rendang, pastu sambal tempe/ikan bilis. sangat sedap :-bd memandangkan pinggang x cukup, aku mkn b'alaskan tisu aje. smpi nasi pun mlekat2 kat tisu. hahahaha...sabo aje ler. ade gak yg makan dlm plastik kacang cap pagoda. khokhokho...2 kali aku tambah sbb diorang masak byk. lps mkn, masing2 keletihan & terus tido. lg pun tgh mlm tu hujan turun lebat smpi pg. so....sangat best tido smpi banjir keliling khemas. nasib baik sempat buat longkang :P

dipuncak gunung bujang melaka

di perkampungan orang asli otw nak turun bawah

08/02/2009

keesokkan harinya lps mandi & kemas barang2, kiter org bgambar sblm turun ke bwh. pjalanan kali nie amik ms 6 jam coz kt org jln rileks2 aje. maklum ler, dah x de ape nak dkejar. pastu skit2 nak bgambar ;)) tu yg jg lmbt smpi. aku 4 org aje yg last. yg lain awal2 dah smpi. dkt check point, kiter org balik naik kete...x larat dah nak jln coz bw beg hiking. smpi aje tmpt penginapan, aku mandi coz rs melekit lak mandi air sungai nie. pastu kt org order makanan. diorang tulis dlm kertas sblm bg kat tokei kedai makan. so, smbl kt org mandi & bsiap, buleh la diorang masak awal2. lps sume bsiap, masa dah time nak g mkn. aku mcm biasa...nasi goreng cina + telor mata + air suam. hihihi....pastu diorang order ikan kurap 3 ekor masak ape ntah. bedal aje :P lps bsalam2 ngan sume org, kt org pulang mengikut haluan masing2. pjalanan pulang mengambil ms lebih kurang 3 jam. member aku anto smpi umah coz dah lewat mlm, komuter pun dah x de. aku smpi umah dlm kul 11 mlm. sangat penat, sangat letih, sangat syok :-bd

mandi manda sebelum pulang ke tempat penginapan

bersiap untuk pulang....sangat best!

XPDC akan datang.... Gopeng-Cameroon, Kayak @ Jeram

Jamming & Ice Skating (01/02/2009)

Jamming @ HotSound Studio ---> Bedos

lps dinner, aku & kengkawan g kuar lepak kat mn ntah...lupa lak aku:P
lps dah puas bgambar, kiter org lepak minum jap sblm bgerak ke destinasi masing2. aku, sha, KM, muzz, ayang, linda, zureen, taka & kurt follow bedos g studio dia kat wangsa maju. masing2 cuba mnunjukkan skill. ade yg main gitar, ade yg main drum, ade gak yg melalak. aku? jd penonton yg setia la. hehehehe...walaupun psembahan agak sumbang dgn bunyi drum mcm ketuk kuali aje (sape la ketuk drum tu :-"), pastu bunyi gitar mcm bunyi petik tali tangsi (sape la petik gitar tu :P), pastu mlalak mcm dgr x dgr aje (mmmmm:-?) aku ttp thibur. bkn senang nak tgk persembahan scara live nie. khokhokho....
x lm tu bedos ckp group dia nak performance khas utk kiter org. byk gak lagu yg diorang psembahkan smpi rs nak pecah gegendang telinga aku dbuatnye. hihihi....slain tu, ade gak yg nak menyumbang sore tmasuk muzz, km, ayang, taka & kurt. yg lain2 tu jd backup singer aje :)) hahaha...ade gak yg x abis2 nak posing2. klik sana, klik sini, klik situ. hihihi....hampir 3 jam gak kt org lepak kat studio bedos tu. sblm blk, bedos ajak mkn dl coz lapor siot lps mlalak nie @-)
kt org smpi tmpt penginapan (kem sg besi) lebih kureng kul 7 pagi! muahahaha...sesat x ingat dunia. khokhokho.....KM pun aku tgk dah ilang waras. mengalahkan org tgh piyed. hahahaha...sabo aje ler. kontek carlead mcm kontek bilik mayat! last2 kontek yolz yg ada kat pjaya. dr plaza tol mines, yolz anto kt org smpi ke penginapan. dah smpi kem pun sesat nak cr bilik. adoi! hahahaha....btul2 sume dah weng. nasib baik x tido dlm kete. lps kontel mell, br dpt tido dgn lena atas tilam. hihihi...

kat Studio HotSound, WangsaMaju
Ice Skating @ Sunway Pyramid

t/hari kt org gerak ke destinasi yg seterusnya....sunway pyramid. aku dah gian nak main ice skating. slain sha, kali nie KM, bedos, sham & linda join sm. nie kali kedua aku main ice skating. sha dah 3 kali. yg lain2 tu br 1st time main. aku rs kali nie aku dah leh ctrl coz x byk jatuh berbanding 1st time main smpi bengkak sana sini. cuma aku pelik si sha nie mcm lost ctrl aje even dah 3 kali main. hehehehe....sabo aje ler. yg penting aku dah leh mluncur laju skit. sangat best wooooo :-bd KM pun dah smakin maju even 1st time. bedos pun leh tahan. linda & sham masih perlu blajar. hihihi.....ntah bl la dpt main lg nie.
dlm kul 8mlm, kt org bgerak ke RnR Awan Besar. hajat dhati nak tepungkan si sharkma tu. hehehehe....bkn stakat tepung, skali telor pun kena gak si sharkma. sabo aje la si akim tu. hahaha....tgh bgurau senda ade gak insiden yg x diingini. time2 nie la ade drama sbabak. sabo aje ler. nasib baik dah OK skrg...harap2 mcm tu la :P lps puas bgambar, kt org g minum jap. ade yg g mandi sbb kena tepung. khokhokho....dlm kul 10, masing2 blk umah tmasuk budak2 johor. aku suruh taka & kurt anto aku ke komuter bdekatan. pusing punya pusing, hampir kul 11 :-ss nampak gayanye tpaksa aku tido kat kl sentral lg nie. smpi aje kl sentral, aku terus bgegas g kat pegawai komuter yg btugas. dia ckp ade last train ke shah alam yg tlewat skit. fuh! nasib baik. lebih kureng kul 12 mlm aku smpi umah. penat siot....tp sangat sonok :-bd




cuba perhatikan hero si baju hijau,
nak datang tolong kunun,
tapi tkial2 aku tgk =))
aku gak yg jd hero :P
muahahhaha
...

ice skating sangat best :-bd sangat sejuk :-ss