Out There We Are One

[AMARAN] Alien dah mendarat di Malaysia! Tindakan perlu diambil segera!


diharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang kemasukan ALIEN ke Malaysia. kerahkan semua anggota keselamatan terutama pihak tentera bagi memburu spesis ALIEN yang terlepas. pastikan ada pakar bahasa ALIEN kerana orang biasa agak sukar memahami bahasa ALIEN. dari sumber² yang dipercayai, difahamkan bahawa ALIEN² berkenaan saling berhubung sesama sendiri melalui facebook. dan lebih merbahaya ALIEN berkenaan boleh menyerupai apa saja termasuk manusia! gambar di bawah adalah salah satu bukti perbualan ALIEN² di laman sosial baru² nie.


qwertyuiopasdfghjklzxcvbnm! mnbvcxzljhgfdsapoiuytrewq! korang paham x bahasa aku? wakakaka :)) sabo aje ler aku dgn 'belia²' zaman skrg nie. makin maju teknologi, makin mundur sosiologi :p

Sedapnya comolot =p~

lebih kurang jam 2 petang tadi, aku otw ke Alamanda, Putrajaya. bukan nak kuar lunch coz dah abis waktu rehat. tapi aku terpaksa patah balik ke Alamanda sebab tertinggal blazer kat RASA ms lunch td! tu pun aku perasan ms dah smpi dpn pintu opis cari pass nak masuk. pass pulak ade dlm blazer. dlm blazer tu ade kunci motor, kunci kereta dan kunci rumah. pergh! nak x nak tpaksa aku blari blk ke sana. boleh slim aku mcm nie :p

aku bkn nak citer pasal blazer atau pun kunci. tapi aku nak kongsi citer insiden yg blaku ms otw ke lokasi kejadian. ms tu dah dlm alamanda. aku x blari, tapi jln laju mcm Charlie Chaplin sbb nak kejar masa & risau blazer di rembat org. 

so, ms aku bjln laju... ade spasang kapel x jauh dr aku sedang asyik bpelukan smbl bjln. nie la belia negara! jahanam negara kalo bakal pemimpin ms dpn mcm nie! ms aku mhampiri kapel tu, buleh pulak dia bcium². aku x pasti sm ade cium pipi atau pun cium mulut coz aku dr blkg. kalo lm tu cium mulut la kot. pergh! dah mcm omputih diorang nie. kalo kat Acheh... tau ler nasib korang bdua. bl aku bselisih kat sblh... melayu rupanyer. makin layu la nampaknyer belia kita nie. wawasan 2020 mungkin tercapai dari segi kemajuan teknologi, pembangunan dan lain². tp dr segi moral, akhlak, akidah, iman...semakin mundur dlm hati & jiwa manusia.

sebab tu ler tahun nie aku bjaya mhalang diri drpd dtg Himpunan Jutaan Belia terutama time konsert. sbb nie la. mcm² gejala sosial berlaku. dulu Putrajaya bebas dari unsur hiburan. bersih aje aku tgk. skrg dah makin tcemar. mat rempit bsepah². pernah dulu helmet buruk aku pun kena cilok? tu lum tayar kereta kena rembat, kes rogol la, khalwat la. 

skrg dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. akan datang maybe akan ditukar kepada Pusat Hiburan Kerajaan Persekutuan. mmm... nak tunggu tsunami dtg ke br nak insaf???

Siapa RockStar? Siapa Penghibur No.1 Asia?


Jangan lupa Konfrontasi Terakhir diantara 6ixth Sense, Black n Parallax, Go Gerila, Hujan dan Sofazr dalam VERSE di Space U8, Shah Alam pada 1 Jun 2012 (Jumaat) jam 9 malam.  Tetamu undangan Amy Search! Untuk maklumat lanjut [klik sini]


Saksikan Konsert Kenangan Sudirman pada 3 Jun 2012 (Ahad) bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur jam 9 malam. Masuk adalah PERCUMA! Antara selebriti-selebriti yang akan memeriahkan “Konsert Kenangan Sudirman” termasuk Dato’ Ac Mizal selaku hos, Jaclyn Victor, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan and the Typewriter, Didie Alias, pelakon Hoore! Hoore! The Musical, Hujan, Ziana Zain, Osbon dan Dato’ Siti Nurhaliza! [klik sini] untuk maklumat lanjut.

#LEPAT 13 Tahun Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia

Ismail Afiffin a.k.a Lepat
Sebelum ini, kes Lepat dan Sunni mendapat perhatian ramai di seluruh negara selepas dikejutkan dengan berita mengenai Aishah melarikan anak mereka ketika mengadakan pertemuan dengan anaknya atas perintah Hakim Mahkamah Syariah Timur Laut pada waktu itu, Othman Ibrahim.


Pada 1 April 1997, mahkamah mengeluarkan perintah membenarkan Aishah bertemu Sunni setiap pagi Sabtu di pekarangan Balai Polis Lebuh Pantai, Georgetown.



Bagaimanapun, Aishah mengambil kesempatan daripada perintah itu dengan merancang melarikan Sunni ke luar negara menerusi sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.



Malah, insiden itu bukan yang pertama kerana pada Februari 1996, Aishah pernah melarikan Sunni ke negara asalnya sebelum Lepat berusaha ‘merampas’ anak sulungnya itu ketika sedang tidur di kediaman keluarga mentuanya di Devon, England.


Ahmad Azli & Siti Aminah
Kini, pasangan yang sudah berpisah itu membawa haluan masing-masing dengan Aishah, 38, menetap bersama Sunni, 16, di Devon, manakala Lepat yang berkahwin untuk kali kedua pula dengan rakyat Jerman dan kini tinggal bersama isterinya, Nor Azlina Ceasar Abdullah, 27, yang juga penuntut peringkat sarjana bidang psikologi di Universiti Bremen dan anak perempuan mereka, Siti Aminah, 4, serta Ahmad Azli Ceasar, 8 bulan.

Difahamkan, Sunni kini aktif menyertai pertandingan tarian dan pernah layak ke pertandingan akhir rancangan popular di United Kingdom (UK), Got To Dance, bersama kumpulannya, Jukebox Juniors yang dianggotai sembilan kanak-kanak cilik dan remaja.

Kumpulannya cukup dikenali di UK, malah pernah menjadi juara pertandingan tarian hip hop dan dia kini dikenali sebagai Sunni Brummitt.

Lepat yang menyara hidup sebagai pelukis dan pemain muzik jalanan di Bremen termasuk menerima bantuan skim saraan diri oleh kerajaan negara itu, mengakui dia sangat merindui Sunni dan beberapa kali pernah cuba berkomunikasi dengannya melalui laman sosial, facebook tetapi anaknya itu seperti mengelak daripada ‘berbual’ dengannya.


Sunni Bremmit berbaju hijau

### Dengar citer, anak lepat si Sunni Bremmit nie 'murtad' coz telah dilarikan ibunya ketika masih bayi lagi. Sejauh mana kebenarannya... wallahu'alam. Jika benar, semoga Sunni akan kembali ke pangkal jalan...


jom layan kisah hidup Lepat di YouTube [klik sini]

1 Bulan 1 Minggu 1 Hari


pergh! apsal mcm cepat aje ms blalu nie. insya'Allah hujung minggu nie aku dah leh masuk rumah sewa. sblm nie dok bjemaah bramai². lps nie dok bdua aje ler :p hehehe... harap² umah tu x de masalah besar sgt. sabtu nie operasi mbersihkan rumah. kalo ade masa aku cat ler umah tu. pening aku tgk dinding kaler hijau daun pisang tu. ape punyer taste ler diorang nie. buat ler warna warni skit. br ler meriah. nie satu umah kaler hijau daun pisang. mmg terbaek la! muntah hijau aku dbuatnyer. 


sminggu lg maybe perabot² yg aku beli akan smpi. nasib baik ler ade fulus skit. kalo x konpem kosong aje umah tu. silap hb tidur beralaskan tilam toto :)) wakaka... 2 minggu lg angkut barang² umah aweq aku lak. aku x tau la nak sewa lori beso mn utk angkut barang² dia tu. maklum ler, dah 7-8 thn bkampung kat rumah tu. konpem mcm² harta benda ade dlm rumah tu. barang² aku kat umah sewa lama angkut guna kete aje :D org laki kan simple aje. ppuan nie agak complicated kan kan kan :p


ape yg penting skrg... lg 1 bulan, 1 minggu, 1 hari... aku akan mhadap tok kadi! alahai... rasa mcm byk mende lum setel lg nie. ape yg lum setel ek? kena check blk nie. dah ler nak ke Sabah naik flight. bkn leh patah blk sesuka hati kalo tertinggal barang. kena wat checklist sblm berangkat ke sana. blank... blank.. blank... maklum ler, 1st time nak kawen kan. kalo dah 2-3 kali kawen x pe la gak. ops! tlebih sudah :D


minggu nie nak x nak kena pos gak barang² ke sana. mcm nie la bl nak kawen dgn org obersi :)) wakaka... sume mende nak kena pos tmasuk ler barang² hantaran. nasib baik sparuh dah bw ke sana ms blk ari tu. cuma ade skit lg brg perlu dipos tmasuk kad kawen. kat sana ckp mulut & byhand aje. maklum ler... kaw ceruk kampung mmg mcm tu. jiran² dah mcm famili. masuk kampung sini, keluar kampung sana. tu yg best dok kat persekitaran kampung. kat bandar nie, jiran sblh pun susah nak tegur. silap hb x kenal jiran sblh. 
memandangkan lebih kureng sbulan aje utk aku flight ke sana, kena la standby fizikal & mental. maklum ler, adat disana bsanding dr pagi smpi tgh mlm. kalo x tahan... boleh pitam aku dbuatnyer :p nak kawen punyer pasal, pitam pun pitam ler :)) wakaka.. 1 bulan 1 minggu 1 hari... arrggghhhh!!!!! tetiba fobia aku tgk angka tu! huhuhu...

Alhamdulillah... sekadar membantu walaupun dalam kesusahan


semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar. jika ianya menjadi kenyataan, aku tumpang gembira :D actually seronok jika dapat membantu orang lain walaupun hakikatnya aku sendiri pun bermacam2 masalah yang tak sudah. tak setel lagi masalah, datang lagi masalah. dugaan demi dugaan. maybe orang nak kahwin macam tu kot? darah manis katakan :p btw, kena sentiasa fikir yang positif ;) 

aku pun malas nak menambahkan lagi stress yang aku sendiri dah memang tengah stress. semoga dipermudahkan segala urusan. tak kiralah urusan aku atau pun urusan mereka...

tetiba lak mr wong call aku suruh datang. i'm coming! adoiyai... jangan la mcm2 ek mr wong. aku sudah pening pale. jgn ko peningkan lagi pale aku nie. ade yg aku pitam time sanding nie! adios amigos :p

[WWW1] Tahniah @HRHJohor2 ;) Akhirnya milik DYMM Sultan Ibrahim!


Proud to be JOHORean!

TAHNIAH kepada DYMM Sultan Ibrahim kerana berjaya membida no plate WWW1 pada harga RM520K. WOW! setengah juta tu! bestnyer jadi orang kaya :D aku nie nak bayar hutang kereta pun semput, inikan no plate kereta :D janji ada kereta. nak beli rumah tak tau la bl leh mampu beli :D ada sesiapa nak tolong belikan rumah untuk aku x? hehehe...




jom layan senarai 9999 individu/syarikat yang berjaya mendapatkan no plate WWW. makin kaya ler JPJ. x reti² ke nak bagi diskaun saman :p duit² yg dpt tu p mana ek? ade sape² yg tau nak bgtau aku x? aku btul² nak tau kemana hala tuju duit² no plate yg dijual tu....

*******

update terkini (28/5/2012 @ 8:44pm) daripada TMJ berhubung pembelian no plate WWW 1 coz ade mulut longkang yang bsuara mempertikaikan sumber kewangan Sultan Johor mbeli no plate yg bharga setengah juta ringgit tu.


ha! kan TMJ dah murka ;) aku suka statement nie, "before you open your mouth, do your research." korang pun tau kan ayat nie dituju kpd sape kan kan kan... hehehe...

[ROCKMELT] WOWser yang ROCK! mmg mcairkan :p


best gak guna RockMelt nie. mmg WOWser la :p hehehe... lebih kureng mcm Google Chrome coz ext pun guna Chrome punyer... tapi lebih best kot. cuma mula² agak pening skit dgn layout RockMelt nie. kalo dah lama tu ok la. kalo tgk gambar kat atas pun dah tau byk gak function dlm 1 masa ;) so... ape lagi klik DOWNLOAD ler! hehehe...


nanti korang follow aje step by step spt yg diarahkan ;)


pape hal kasi run dulu software nie. jgn korang pulak yg run sudah ler :p


kalo tenet korang laju... berdesup ler proses downloading :p


OK... selesai sudah. korang dah leh tutup browser sedia ada. pastu leh guna WOWser RockMelt nie. amacam? teruja x? pening? hehehe.... sebelum tu pastikan korang login RockMelt guna FaceBook! RM nie joinventure dgn RB :D


yg nie aku dah siap tukar background. nanti korang pilih la ikut suka ati korang. janji sedap mata memandang :p hehehe... page nie ada bila korang buka RockMelt. yang 6 keping gambar tu, sama ada birthday kengkawan fb korang atau pun invitation kat kengkawan korang pasal RockMelt nie. kat menu kiri tu lebih kureng mcm shortcut utk buka facebook, twitter, youtube, gmail dan mcm² application yg korang leh add kemudian. menu blah kanan lak list friend korang dlm fb. kaler hijau tu maknanye diorang sedang online :p 


kalo korang klik simbol + kat menu kiri atas, akan dipaparkan senarai application utk korang pilih. apps tersebut akan tpapar disepanjang menu kiri tu :p ade paham? x paham? x pe... pelan² kayuh k :D


sebarang update status kat twitter akan kuar satu popup kat bawah kanan. sambil² lyn pesbuk, leh gak jenguk status org kat twitter tu :p andaikata korang ade 2-3 twitter, 2-3 status twitter akan popup mengikut giliran satu persatu :p begitu gak dgn pesbuk. ade aje kuar status terkini drpd kengkawan pesbuk :D


yg paling best adalah... korang leh update status pesbuk atau pun twitter bl korang klik shortcut kat menu kiri tu walaupun korang x buka pun page tu. jimat skit ruang page kat browser korang tu. nak komen pun leh gak :D tu saje yg mampu aku kongsi coz aku pun br pakai mlm td. x abis explore lg nie :p

[FIZIK] Teori Isaac Newton berjaya terungkai selepas 350 tahun oleh remaja 16 tahun!


BERLIN - Teka-teki dibuat oleh Sir Isaac Newton sehingga merunsingkan dunia matematik sejak lebih 350 tahun lalu, akhirnya dirungkaikan oleh seorang remaja berumur 16 tahun di Dresden, Jerman.

Shouryya Ray, berjaya menyelesaikan dua teori dinamik zarah asas yang sebelum ini hanya dapat dihitung dengan menggunakan komputer berkuasa tinggi oleh ahli fizik.

Hasil penyelesaian Shouryya membuka peluang kepada saintis untuk menghitung laluan balingan bola dan kemudian meramal bagaimana ia akan menghentam serta melantun dari dinding ke dinding.

Anak kelahiran Kolkata, India, menyelesaikan permasalahan rumit itu, ketika menyertai lawatan sekolah di Universiti Dresden yang mana gagal dirungkaikan oleh profesor di situ.

Kebijaksanaan Shouryya dikesan sejak dia mula memasuki persekolahan di Dresden empat tahun lalu selepas berpindah dari Kolkata.

[BRUT] anda suka pewangi jenama apa?


aku x tau nape aku suka pakai jenama BRUT nie. dah ler susah nak cari. tak sume tmpt jual produk BRUT nie. kalo ade pun maybe x bape nak ori kot. sblm nie pun aku dah beli 2-3 produk BRUT untuk dibuat barang hantaran aku :p aku dah pakai BRUT nie sejak zaman skolah dl. curi2 pakai ayah aku punyer ler. wakaka :)) so... BRUT nie boleh dkatakan brand otai gak la. bkn setahun jagung punyer brand. memandangkan aku sll curi2 pakai ayah aku punyer BRUT. so, smpi skrg ler aku still minat BRUT walaupaun aweq aku x minat =)) wakaka... actually aku nie mmg x suka pewangi2 nie. konpem pening pale aku dbuatnyer. kalo aku teman aweq aku g shopping pewangi, mmg aku dok jauh2 der. org kata kalo nak hilangkan pening kena bau koko? kopi? ntah ler... aku pun ingat2 lupa. masalahnye bau tu pun aku pening! 


BRUT Classic: Original Spray Cologne! nie br aje aku beli smlm ms jenjalan kat KL. tetiba lak tnampak mende nie. memandangkan x de dlm senarai produk BRUT yg aku beli tempoh hari, aku pun angkat satu. tokei tu ckp yg nie original punyer made in USA. kalo yg lain2 tu bkn ori. so, aku pun x tau yg sblm nie aku beli yg ori ke x :p hehehe... tapi tokei tu ade ckp yg x ori sume made in DUBAI! sbb tu org leh jual murah konon2nye made in DUBAI. jgn ingat bl beli pewangi dari DUBAI dah dianggap WORLD! barang murah x de maknanya nak WORLD :p

itu saje coretan aku di pagi ahad yg agak mbosankan nie :p kejap lg aku nak out utk uruskan something. ptg nie nak tgk rumah sewa. harap2 dah boleh masuk ler. leh aku pindah barang skit2 sblm hujung bln nie. kalo sempat ari nie gak aku kasi cuci itu rumah. kalo x penat ler coz smlm dah shari suntuk jenjalan KL cr barang2 utk psiapan kawen. pergh!

[GiveAway] pilih mana² 10 hadiah yang anda suka!


sempena ulangtahun SAYS.my yang ke 4, korang pilih ler mn² 10 hadiah daripada 30 hadiah yang ditawarkan dalam tempoh 30 hari. 5 hadiah utama + 5 hadiah saguhati. mn ler tau kot² korang terpilih. rezeki jgn ditolak ;) hehehe... sblm tu pastikan korang dah jadi warga SAYSmy. kalo belum, sila register dulu [klik sini]. lps tu korang leh pilih hadiah mcm yg aku pilih kat bwh nie ;)


5 hadiah utama pilihan aku spt kamera DSLR, tiket AirAsia, Apple MacBook Air, makeover IKEA bernilai RM1000 dan juga iPAD terkini. nasib ler kalo ade lg coz aku tgk byk dah tulis 1 left :p sape cepat dia dpt :D jgn risau, ade lg byk hadiah utama utk dipilih.


mn ler tau x de rezeki nak dpt hadiah utama, hadiah saguhati pun jadi ler. antara yg mjadi pilihan aku adalah baucar al-ikhsan bernilai RM100, kredit Groupon bernilai RM50, Baucer Parkson bernilai RM50, Petronas Petrol Kad bernilai RM100 & Thumbdrive SAYSmy 4GB. 


harap² aku dpt ler 1 drpd 10 hadiah pilihan di atas nie. mn ler tau rezeki org nak kawen nie. wakaka :))

Garis Masa Perjalanan Hidup Rasulullah SAW



[Khidmat Masyarakat] Jom Klik! Tabung Jantung Yayan perlukan RM47ribu!


ini adalah blogger YAYANSMUM a.k.a YM bersama anak kecil kesayangannya yayan (Ahmad Dhani Aryan Muhammad Syukri). disebalik kecomelan yayan ada kisah duka disebaliknya. yayan mengalami masalah jantung sejak dilahirkan. sehingga kini sudah 3 kali pembedahan dibuat. dan seperti kita semua sedia maklum, tiada yang percuma di dunia ini.


ini adalah gambar yayan masa pembedahan pertama sewaktu berusia 2 hari. masa kecil lg time nie. tangannya mgenggam erat jari ibunya.


sewaktu berusia 6 bulan, yayan menjalani pembedahan kali kedua.kali ini jelas kelihatan bekas pembedahan di dada yayan :( aku sendiri pun terasa ngilu melihat gambar ini. bagaimana agaknya yayan rasa sewaktu itu


setahun slps pembedahan kedua, skali lagi yayan menjalani pembedahan. aku percaya korang pun x sanggup nak tgk lama² gambar yayan yg penuh dgn wayar serta jahitan di dada akibat pembedahan demi pembedahan.


yayan masih perlukan pembedahan buat kali terakhir dalam masa 2 tahun lg. walaubagaimana pun, kos yg dperlukan lebih kurang RM47ribu! satu jumlah yg agak byk. tapi tak ternilai dgn nyawa si kecil ini. semoga dipermudahkan segala urusan... amin.

aku tercari² juga dimana Tabung Jantung Yayan (TJY). dlm pale hotak aku TJY nie maybe dlm bentuk sumbangan wang ke akaun bank dan sebagainya. tapi TJY yg dimaksudkan oleh YM adalah iklan dlm blog spt milkdeal, nuffnang, churpchurp dll. iklan dlm blog merupakan salah satu kaedah buat duit dmana stiap kali klik, akan dpt sedikit imbuhan. blogger x bape femes mcm aku nie susah skit nak dpt income lebih. stakat cukup² mkn utk renew domain boleh ler :p hehehe... tapi sekurang² YM ada inisiatif demi meringankan penderitaan anak kecil kesayangannya itu. kepada yg sudi bantu, rajin² ler klik iklan dlm blog YM tu ek. klik pejam mata aje... dgn niat nak mbantu. tapi jika ada hamba Allah yg ingin memberi sumbangan peribadi... maybe boleh kontek terus dgn YM sm ade melalui facebook, twitter, blog atau pun email.

walaupun aku x kenal siapa YM, tapi sebagai kenalan blogger... aku doakan semoga yayan dapat menjalani kehidupan normal selepas ini. semoga segala urusan yang diusahakan oleh kedua ibubapa yayan dipermudahkan. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. sedikit sebanyak aku dapat rasakan kesedihan yang dialami oleh YM sekeluarga memandangkan aku sendiri pun masih bersedih dengan tragedi yang menimpa anak buah aku baru² ini [klik sini]. tidak pasti dimana silapnya. si kecil yang baru berusia beberapa hari mengalami masalah tulang belakang & tulang kaki yang agak kritikal. maybe terpaksa semen kaki atau bedah utk betulkan tulang! semoga anak² kecil ini diberikan kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang...amin! Al Aqil Shahqim & Ahmad Dhani Aryan... anda berdua hero di hati kami!

terima kasih kepada blogger mamavouge yang sudi berkongsi kisah sedih ini. kepada YM, tabahkan hati, cekalkan jiwa. semoga tenang menghadapi dugaan ini. sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji umatNya diluar kemampuan. memandangkan bakal isteri aku orang Sabah mcm YM nie, satu aje aku nak ckp... BULIH BAH KALAU KAU :D
nota kaki: gambar² dalam blog ini diambil daripada blog & facebook YM

[mfrapps.com] Akhirnya masalah selesai!


pergh! akhirnya setel gak masalah problem aku nie :p 2 hari x leh nak buka blog dgn 'sempurna'. letih aku gugel cr term mfrapps.com tapi x jumpa jln penyelesaian. yg aku jumpa hanya blog² yg mengalami masalah yg sm mcm aku nie. lps tu aku compare blog aku dgn blog² yg bmasalah. psamaan yg aku perasan adalah sama² guna widget kalendar hijrah [klik sini]. aku pun buang widget tu. jeng jeng jeng... setel sudah masalah problem aku :D domain lain yg expired, domain aku yg jd mangsa. sabo aje ler....


tanpa membuang masa, aku pun sound direct secara bhemah di facebook kalendar hijrah [klik sini] supaya mereka dapat fix sgala problem yg menyebabkan blog² x leh nak buka dgn 'sempurna' :D nie mesti kes lupa nak renew bayaran domain. sabo aje ler ;) hehehe...

[mfrapps.com] korang boleh buka blog aku tak?


pergh!!! kenapa blog aku x leh buka nie? alahai... masalah ape lak kali nie! setiap kali aku try buka blog aku, x smpi sminit automatik direct link ke mfrapps.com mcm dlm pic kat atas nie! buleh pulak ckp domain aku dah expired ptg smlm! mmg bikin aku panas aje. sejak bl aku beli domain guna mfrapps.com pulak? mengong sungguh! pc aku yg problem ke atau domain aku yg problem nie???

mmg blog aku x leh buka. tapi aku kena tekan butang ESC sblm melencong ke mfrapps.com tu. sbb tu aku leh post entry nie. x kan ler stiap kali buka blog kena tekan butang ESC lak :(( x pe ler... tunggu smpi petang nie mcm mn. kalo x ok gak... tpaksa kontek pihak yg bkenan utk selesaikan masalah problem aku nie :D

pg nie cuba setelkan keje urgent utk disiapkan sblm lunch hour. ho ho ho... stress aku! mmmm... korang boleh buka blog aku tak?

Anak buah ada masalah tulang :(


ini adalah anak buah aku yang ke 3. dilahirkan pada 20 Mei 2012 jam 11:15 malam di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. nampaknya anak buah aku semua hero² belaka. tapi malam tadi aku baru dpt tau baby ada masalah tulang. aku dmaklumkan tulang belakang mbengkok atau senget. begitu juga dgn tulang kaki dimana tapak kaki mhadap satu sama lain. ini bmakna baby tersebut tak boleh bjalan jika dewasa kelak. mlm tadi aku kol adik aku. lps tu aku dpt kol dr ayah aku. tetiba ayah aku menangis. aku pun cuba tahan nangis gak. ari nie diorang akan jumpa doktor pakar tulang utk mcari jalan penyelesaian. doktor ckp maybe baby terbelit ms dlm perut lg. ntah ler... adik aku ckp diorang sentiasa check-up tp x de masalah. time lahir aje masalah. aku andaikan doktor tu tarik kuat baby tu kuar. mmmm... semoga Al Aqil Shahqim dijauhi dari segala kesulitan :( mood sideh tapi buat² hepi :D

Kelebihan Puasa Sunat di Bulan Rejab


Shaikh Yusuf al-Qaradhawi:

a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:

Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya (surah al-Taubah, ayat 36), iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.

b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adalah dha‘if dan maudhu’. Shaikh al-Qaradhawi menyambung:

Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama’ mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.

c) Oleh itu, lanjut Shaikh al-Qaradhawi, kita sebagai orang Islam wajib mengetahui darjat hadis yang didengar atau dibaca. Tidak boleh bersikap remeh dalam hal ini kerana sudah sedia terdapat buku-buku di pasaran yang menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku-buku yang hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.

Shaikh al-Sayid Saabiq

Shaikh al-Sayid Sabiq dalam karyanya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah menyebut:

Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang melebihi bulan-bulan lain melainkan sesungguhnya ia daripada bulan-bulan Haram.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram semuanya memiliki fadilat yang sama darjatnya.

Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?

Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”

Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.

Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:

Dari sudut syara’, dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya’ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban.

Shaikh Yusuf al-Qaradhawi

Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.

Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya’ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh” selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).

Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.


[Video] Kejam! Bapa sumbat anak dalam mesin basuh!




eh! boleh pulak bgurau mcm tu ek? nasib baik hidup budak tu! buat nyer mati lemas dlm tu? ke lokap ler korang bdua. bila dah panik, tlompat² mcm beruk! agak² ler nak bgurau dgn anak skali pun. akal letak kat pale lutut ke korang bdua nie? isk isk isk

[Video] Kami Cikgu Sekolah versi Anak Kampung




dah mcm2 versi lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat nie aku dengar. yang paling latest nyanyian cikgu2 dari N9 nie;) kebetulan salah sorang cikgu tu adalah member aku gak. nampak x aweq yg pegang mic tu? dia mmg pantang nampak mic :)) wakakaka.... nama dia Cikgu Gja :D nak bkenalan? boleh.... tapi kena mintak izin dgn laki dia dl la ;) hihihi...


sekurang2nyer ade inisiatif utk create lagu nie sbg penghargaan buat semua guru2 di Malaysia x kira ler cikgu kecik ke, cikgu besar ke, ustaz ke, ustazah ke, pensyarah ke even mak bapak skali pun coz mereka juga telah mendidik kita sejak dalam perut lagi smpi la melihat dunia skrg nie :D 

lagu nie sempena Hari Guru pada 16 Mei yang lepas ;) lirik lagu dicipta oleh 3 org guru tmasuk ler Cikgu Gja nie. good job gja! mentang2 ler anak2 murid sume kecik2 belaka.. berani ler nyanyi depan2. hahaha... btw, aku harap ade versi yg lebih clear :D kena wat rakaman semula nie baru syok layan :p

sementara tu, layan ler dulu video nie k. kalo nak kenal Cikgu Gja nie leh kontek kat fb dengan syarat beli sabun yg dia jual dulu [klik sini] wakaka :)) sempat lagi tlg promote tuuuuu :p hihihi...




Kalau mahu menegur suami perlu kena caranya. Jangan membebel sebab kita adalah isteri.

"Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak, membasuh pakaian untukku, menyabung nyawa melahirkan zuriat-zuriatku, membesarkan anak-anakku, dan tempat aku mendapat hajatku?Sabarlah, kerana sesungguhnya keadaan itu tidak lama.Pasti akan pulih sendiri." - Saidina Umar Al-Khattab r.a
ayat di atas adalah sedikit sedutan dr kisah Saidina Umar Al-Khattab r.a yang bersabar dgn bebelan isterinya. panjang kisahnyer, tp mls aku nak copy sume. korang try la gugel k :p kalo x mbebel @ bleter... bkn ppuan namanyer :p hehehe... lelaki hanya mampu mjadi pendengar setia x kira la  kalo dah smpi tahap bnanah telinga mdengarnyer :)) ape yg penting SABAR :D pastu SENYUM. tp sllnyer mmg susah la nak senyum kalo lps kena bebel :p hihihi...

aku nie suka bdiam diri bl org bebel. 24jam mbebel, 24jam bdiam. hehehe... bdiam diri tu pun salah satu teknik mengawal kemarahan dlm diri. bl marah, cuba diam... tarik nafas... lepas... (buka lepas kentut tau...). actually aku nie panas baran. tp bukan jenis yg bantai org. stakat nie x pernah lg bantai org slain adik² aku :)) wakaka... panas baran aku jenis yg suka hempas barang bila tahap amarah dah melepasi 7 lapisan ozon atmosfera. paham x? aku pun x paham :)) wakaka... 

so, mn lg baik? bdiam diri atau hempas barang? jeng jeng jeng... tau x marah tu amalan setan. kalo nak jd setan, sll ler marah² k. setan mesti suka sbb geng dah btambah utk lepak² kat neraka nanti. teh tarik satu siap!
"Sesungguhnya besarnya ganjaran berkadar terus dengan besarnya bala’. Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, Dia menurunkan bala’ kepada mereka. Sesiapa yang redha maka Allah redha kepadanya dan sesiapa yang marah maka Allah murka kepadanya."
aku kawal marah dgn bdiam diri. bkn mudah nak diam diri dlm keadaan marah. diam diri bukan bmaksud pendam perasaan marah tu. tp cuba kawal perasaan marah. kena kasi turun temperature (betul ke aku eja nie...) drpd high level ke low level. pastu lepaskan melalui senyuman :D kalo pendam tu yg bahaya. skali lepas kebabom mcm bom atom yg gugur di.... kat hiroshima ke nagasaki ek? x pe la...abaikan aje. ade org kata kalo marah dlm keadaan duduk, kena la bdiri. kalo bdiri, kena la duduk. tapi kalo tgh memandu? time slow... automatik jadi laju bl marah. begitu ler sebaliknyer ;) hehehe...

aku sll gak byk paper yg suami bantai isteri sebab x tahan bebelan. risau gak kalo jadi mcm tu kat aku. tp insya'Allah... kena ikut style Saidina Umar Al-Khattab :D yg mn baik kena la ikut, tul x :D lg pun dah 3 dekad aku hidup... x de lg kes aku bantai org :)) paling cikai pun bantai dgn ayat kaw² aje la :D pedas & panas :p aku tjumpa satu artikel mengenai hukum isteri bebel terhadap suami...
Kata salah seorang penceramah, "Dosa isteri akan terjebak pada suami. Dosa suami dia tanggung sendiri. Dalam erti kata lain, kata penceramah tu, walau apa sekalipun keadaan/sikap suami, kita janganlah menambahkan dosa kita dan dosanya. Walau apa keadaan sekalipun tugas kita adalah taat. Melainkan dalam hal yang melibatkan maksiat. memang sukar, tapi kalau kita membantah, dosanya pada kita, dan pada suami sedangkan suami perlu menanggung dosanya sendiri lagi. Pernah juga seseorang menasihati saya. Kalau mahu menegur suami perlu kena caranya. Jangan membebel sebab kita adalah isteri. Segalanya perlu berhemah. Jangan compare2 suami kita dengan orang lain. Memang sekali fikir, asyik isteri saja yang mengalah. Tapi sebenarnya bukan begitu. Mengalah bukan bererti kalah. Tapi kita mengalah untuk mengelakkan dosa. Antara dosa dan ego mana yang lebih penting? Jadi sebenarnya salah satu jalan yang mudah untuk ke syurga, tetapi tetap juga menjadi laluan yang senang sekali untuk ke neraka. jadi fikir-fikirkanlah."
bagi aku senang aje. bak kata wonderpet, "Apa yang penting? Kerjasama!" hehehe... zaman skrg suami isteri sm2 keje kan. so, dah tentu ler sm2 penat. kena pandai bahagi tugas dirumah. tp x perlu smpi buat jadual giliran lak :D dah mcm budak asrama lak ;) hehehe.. x kira la pihak suami atau pun isteri, bila perlu sesuatu contohnya basuh baju. cuba cakap mcm nie, "Minta tolong basuhkan baju boleh?" kan molek bila mdengarnyer. kena paham, sm2 keje...sm2 penat. org penat bl dpaksa buat something dgn cara x bape molek... ini makan dia! wakaka... contohnya mcm nie, "Nape malas sangat nak basuh baju! Itu pun nak kena suruh ke? Tak boleh harap langsung!" contoh aje tu tau :)) aku rs sape² la yg tgh penat bl kena sound mc tu, agak² mcm mn emosi time tu? btukar hijau kot? wakaka :))

kalo kita tak suka seseorang buat perkara yg kita sendiri tak suka, kita pun jangan buat apa yang seseorang itu tak suka terutama perkara itu kita sendiri tak suka. contoh paling simple, kita tak suka orang tu bebel kat kita. rasa rimas la, boring la, tension la. tapi dalam masa yang sama kita sendiri dok bebel 24 jam kat dia. amacam? rasa oren ke strawberi? off topic jap;) korang pcaya x? lelaki sanggup teman aweq dia shopping shari suntuk, sedangkan wanita belum tentu sanggup teman pakwe dia shopping walaupun hanya beberapa jam saja :D hehehe...

aku mmg suka bebel. tapi bebel aku dalam blog aje :)) tu yg panjang bjela :p wakaka... aku percaya 100%, kalo lelaki kat dunia nie kuat membebel smpi 24 jam, konpem ramai wanita masuk wad ICU =)) jangan mare :p
korang kuat bebel x :p hehehe

[Video] Konsep Glee / High School Musical dalam Majlis Perkahwinan SchAwal! Terbaek dari CST Production!


pergh! kalo aku ade bajet riban2 teringin nak wat cam nie :)) dah ler mamat sengal nie nyanyi live lagu Sedetik Lebih kat minah sengal ms wedding ari tu. mmg tbaek la kapel sengal nie! aku rs nie 1st time aku tgk video perkahwinan yg mgunakan konsep ala2 citer Glee atau pun High School Musical. SchAwal pengantin yg pertama yg buat konsep video nie kat Malaysia. mmg terbaek la CST Production! smakin kreatif hasil keje CST nie. jom layan video pengantin sengal nie! gerek seh!