Out There We Are One

@NajibRazak #MYsyg #merdeka55 Bendera Malaysia Baharu 2012 Sempena Kemerdekaan Yang Ke 55 Tahun


inilah hasilnya bila terlampau 'merdeka'. hehehe... setelah 55 tahun kita mencapai kemerdekaan, 'mereka' ingin menukar bendera Malaysia sedia ada ini 'Jalur Gemilang' kepada salah satu design yg dipercayai dicipta oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. maybe sbb tu design bendera mirip bendera Indonesia.  mcm bendera Singapura pun ya. cuma bendera Singapura ada 5 bintang, mirip kpd bendera China yg juga ada 5 bintang yg mbawa maksud fahaman komunisme :D btul ke x? korang gugel la sendiri k. 

Bendera Indonesia


Bendera Singapura
Berbalik kpd citer Jalur Gemilang, pada 26 Mei 1950 pertama kalinya Bendera Malaysia ciptaan En. Mohamad bin Hamzah, seorang Arkitek Jabatan Kerja Raya Johor dikibar dgn penuh megah & bangga di perkarangan Istana Sultan Selangor. Dan pada 31 Ogos 1997 di Dataran Merdeka, nama bendera Malaysia lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jalur Gemilang adalah nama yang diberi oleh En. Redzuan bin Tamin, seorang pegawai Jabatan Muzium Negara & Antikuiti.

Bendera Malaysia a.k.a Jalur Gemilang
so, selepas 62 tahun... x kan ler kita nak tukar rekabentuk Bendera Malaysia nie pulak kan? nie la akibatnye kalo pale hotak tu dah 100% dipolitikkan! mcm budak2 la diorang nie. pening aku dgn poliTIKUS2 kat Malaysia nie. secara peribadi, sebagai seorang rakyat Malaysia (bukan penyokong kerajaan mahu pun pembangkang), tindakan mereka memang BODOH! ada lagi ayat yang sesuai utk mereka? patut buang daerah diorang nie. x abis2 menyusahkan rakyat.

SALAM KEMERDEKAAN YANG 55 TAHUN | JANJI DICAPATI

Harap Maaf! Tiada temuduga terbuka @LEGOLAND_MY


baru² nie aku ada buat entry pasal temuduga terbuka [klik sini] untuk sesiapa yg nak bkerja di Taman Tema LEGOLAND yg tletak di Nusajaya, Johor. tapi aku dapat teguran daripada pihak LEGOLAND sendiri melalui email agar membuang iklan tersebut. antara kandungan email tersebut adalah spt berikut:

They have been published lots of positions in website/facebook/twitter & it affects our hiring process for Parking section as the candidates will prefer to work in others sections that mentioned in the web. We do not have any open interview in time being, and I wish they able to use their own company name to do the hiring. Do you think this is applicable to do such reports? 

I wish you able to look into the usage of our company logo and Consider to insert the company that doing this hiring. I think it has misleading the public on the job opportunities in our park. 

Rina Ng Siaw Cheen
Manager Human Resources

pergh! speaking london tuuuuu... aku nie dah ler x expert sgt english bagai, tp cuba gak utk paham dgn bantuan pakcik gugel. hehehe... menurut diorang, aku publish tlampau byk jawatan kosong. x silap aku ade 5 jawatan. stiap jawatan ade byk kekosongan. so.. iklan tu mcm mganggu proses pengambilan pekerja kat Seksyen Parkir. diorang risau ade yg beralih arah ke jawatan² lain spt dlm iklan tu. padahal pihak LEGOLAND x buat pun temuduga terbuka mcm dlm iklan tu. maybe ade company lain yg buat. so... diorang suruh aku remove logo syarikat coz diorang x tlibat dlm temuduga terbuka & x nak org ramai keliru. aku sendiri pun keliru, company mn pulak yg offer keje nie?

x nak perkara nie bpanjangan, aku pun minta maaf kat pihak LEGOLAND mlalui email sbb kuarkan iklan jawatan kosong yg x berapa nak sahih nie. tp aku reply ckp melayu aje la. kalo aku speaking konpem bterabur. niat aku baik sbb nak tolong org cr keje, skali kena kencing daaaaa... sabo aje ler. aku pun dah remove iklan tu coz x nak ada kes lain lak. kang x pasal² aku pulak yg kena cop penipu. isk isk isk..

menurut pihak LEGOLAND, iklan nie pun dah tsebar kat blog, fb & twitter. tp bukan bpunca dr aku memandangkan aku sendiri pun share info nie coz ada seorang rakan tanya ade x sesape nak keje kat taman tema nie. bl dah jd kes mcm nie, aku try kontek org tu utk minta pjelasan bhubung iklan tu. skali fb dia dah x aktif [klik sini]. jeng jeng jeng... sabo aje ler. sah² ler aku kena kencing nie.

aku harap pihak LEGOLAND x saman aku la pasal iklan palsu nie. actually aku x tau pun palsu :D nasib badan...moral of this story, selidik dulu sahih ke palsu sesuatu berita. kan kan kan... padan muka aku!


SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

Kenali Si Tanggang Moden


oic, inilah Si Tanggang Moden yg tgh kecoh skrg nie. semoga beliau kembali ke pangkal jalan. masih terbuka luas pintu taubat. jgn derhaka pada ibubapa. jangan abai anak² sesungguhnya anak itu amanah yang diberikan oleh Allah SWT. apa guna keje hebat, gaji riban² jika tiada keberkatan? peringatan utk diri sendiri gak. semoga aku mjadi anak, suami & ayah yang bertanggungjawab!

Malam #Merdeka55 layan citer #29Februari @KRUStudios, Filem Streoscopic 3D Pertama Malaysia


memandangkan jumaat nie cuti sempena kemerdekaan yang ke 55 tahun, mmg cantek la filem 29 Februari nie kuar pada mlm merdeka. aku pun terus beli tiket secara online kat GSC. ade byk lg kosong utk tayangan mlm.


Successful! dah lama aku x tgk wayang lps kawen nie :p asyik tperap aje kat umah. smpi bini aku bising apsal lps kawen dah x kuar mlm? hehehe... so, aku pun beli tiket utk tayangan mlm. saje aku pilih jam 10 mlm. abis layan citer tu leh sambut merdeka!


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


merdeka merdeka gak, dosa pahala jgn lupa. jgn main redah aje. time² mcm nie la ramai remaja buat dosa. mende nie dah jd mcm satu rutin. aku pun pasan ade member update status kat fb. "tunggu la 9 bulan lg, ade yg buang anak." kenyataan yang pahit terpaksa untuk kita telan. kita masih belum merdeka. yup! kita masih dijajah. dijajah dari segi mental & budaya. budaya barat semakin menukar dikalangan remaja kita. tapi aku percaya masih ada ramai remaja yang menghargai kemerdekaan dalam erti kata sebenar. merdekanya negara kita tidak bermakna kita merdeka & bebas utk buat ape saja tanpa batasan.


Akhirnya Aku Pasang @AstroOnline & Dapat iPad PERCUMA!


Akhirnya aku langgan gak ASTRO nie memandangkan siaran tv kat umah aku skrg nie buat aku sakit jiwa :p   mau x stress... pakai antena dlm rumah aje yg pacak atas tv tu. hehehe... tp x de la 24 jam tpacak. kejap letak tepi, kejap letak bawah, kejap letak depan. tunggu ms nak campak aje antena tu :)) wakaka...


ikutkan hati malas nak pasang ASTRO nie coz sll sgt problem terutama kalo cuaca x menentu. spesis ikut cuaca. kalo cuaca OK, siaran OK. kalo time tu hujan lebat ribut petir... tutup tv ler nampaknyer. wat ms nie aku just amik pakej yg basic aje. tu yg aku mampu buat ms skrg nie :D hehehe... kalo ade rezeki lebih, nanti aku upgrade ler mn2 channel yg patut. so... agak2 bape lama aku kena tunggu utk pihak Astro datang pasang parabola atas bumbung umah aku ek? harap2 sblm masuk bulan depan sempat x? hehehe....


masa aku register Astro, tnampak ler peraduan nie. 150 iPad tuuuuuuuuuuuu.....shari 5 org dpt iPad. maknanye selama 30 hari iPad dberi kepada pelanggan Astro! peraduan bmula 16/8 - 14/9. smpt lg aku nak join nie. aku dah ade iPad, tapi bini aku punye. so... kena join gak nie kalo nak iPad lagi satu :p kalo korang nak join, klik Astro E-Billing! GoodLuck!

#BahasaJiwaBangsa sahaja? saja? saje? aje? jer? jew?



ha! nampak x? bermula dengan perkataan SAHAJA, lama kelamaan menjadi pendek dan terus pendek. aku sendiri pun x de la guna bahasa baku sepenuhnya terutama dlm blog atau pun ptuturan seharian. tp kalo smpi over sgt ayat tu smpi susah nak paham, apekejadahnyer? manusia2 yg gedik sll guna perkataan yang ada W. contohnye mcm 'inat tenan kew titew na bacew? tutah taw' rs mcm nak bnanah aje tinger aku nie. aku kalo dgr ayat gedik nie rs nak bg sedas dua pelempang kat mulut tu biar tebal skit bibir. dah elok dilahirkan normal, nak gak jadi cacat buatan sendiri. 

tapi dalam byk2 pkataan, aku nak fokus yg satu nie. spt tajuk kat atas tu... ayat last, iaitu JEW. jgn kata x de org guna. sll aje manusia2 gedik guna pkataan tu tanpa sedar. maybe ramai yg x pasan ape yg ade pada JEW tu? cuba buka kamus dwi bahasa & cari ape maksud JEW. 


kalau dah paham ape tu JEW, jgn sesekali sebut, tulis atau taip pkataan tu lg OK. hek eleh! mende kecik pun nak kecoh! ye la...ramai yg akan ckp cam tu. sume mende nak anggap kecik aje. sume mende nak anggap remeh. secara peribadi, ape yg aku boleh ckp... tepuk dada tanya iman :D

Tarian Kuda Shuffle Korea ditonton hampir 60 juta di YouTube!


jangan mare ek :p aku pun layan gak video nie terutama tarian yg ala2 kuda nak shuffle :)) wakaka... kat youtube pun dah bsepah video parody lagu nie. nak tunggu versi Malaysia lak... ade bran? hehehe...

Perut kekal kempis sepanjang Syawal :p



2-3 hari lg akan berakhir sudah puasa sebulan. aku percaya ramai diantara kita 'balas dendam' di hari raya dengan melantak x ingat dunia. pendek kata, mentekedarah! lps tu mengomel sorang2 perut dah buncit la, berat dah naik la, cutting dah lari la. ingat! kita raya bkn sbb nak balas dendam, tapi nak meraikan kemenangan kerana bjaya mengawal nafsu sepanjang ramadhan. bkn nafsu makan minum aje, tp sgala nafsu yg ade dlm diri. kat sini ade beberapa tips pjagaan perut kesayangan korang tu.

### Makan makanan yang betul
Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau. 

### Tinggalkan makanan ringan
Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. 

### Berhenti makan lewat malam
Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar. 

### Kurangkan minuman bergula dan soda
Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari. 

### Jangan berulam air ketika makan
Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit. 

### Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Kredit: Tupai.com.my

# korang pasan x? kalo iklan diet la, slim la bagai, time ade gambar lelaki... diorang just fokus gambar perut aje. tapi kalo gambar perempuan...dari paras dada smpi ke peha diorang fokus... x cukup kain lak tu!

@PDRMsia Suspek bakar teman wanita pengikut FREEMASON?

Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan saspek berhubung kejadian remaja perempuan 16 tahun yang di bakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi semalam.
Nama: MOHD AMIR BIN MOHD ANUAR
Umur: 18 TAHUN
Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-2115 999 atau SMS POLISKL ke 32728.

apa la nak jadi dengan umat akhir zaman nie. skit² nak bakar? skit² nak bunuh? bulan Ramadhan lak tu? ade Syaitan Iblis yang terlepas ke? atau pun binatang yang bertopengkan manusia? kepada ibubapa diluar sana, kongkong la hidup anak anda. jgn beri kebebasan spenuhnye walaupun kite nie dah merdeka 55 tahun. org² dulu OK aje kongkong anak, OK aje bantai anak.. akhirnya jadi manusia berguna. sekarang manja sgt. tu yg naik lemak smpi hilang hormat pada ibubapa sendiri.



[Gambar] Ahmad & Fizi di #amkrew bersama DJ² @hotfm976


comel aje budak 2 org nie ;) tapi bila layan iklan BERNAS sempena raya nie... alahai sideh giler! boleh gugur air mata jantan :p tapi feel kat dlm youtube aje la. dlm tv dah x rasa sideh coz dah byk sgt cut sana cut sini. kepada sesape yg lum layan, meh layan iklan kat bwh nie :( sideh woooo...


pesanan aku kepada mereka² diluar sana, hargailah pengorbanan ibubapa selagi mereka masih ada. jgn jd anak yg derhaka. yg penting bsyukur kerana dilahirkan sempurna. jgn merungut x hensem la, x cantek la, gemuk la, kurus la, keding la, mata sepet la, tinger capang la, itu la ini la. tau x, stiap kali anda merungut...bmakna anda mptikai pberian Illahi. terima la seadanya sm ada diri sendiri mahu pun org lain. 
"JANGAN MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN DALAM DIRI ORANG LAIN SEDANGKAN DIRI SENDIRI BELUM TENTU SEMPURNA"

Takziah! Al Fatihah buat Allahyarhamah Sabturiah Faisal, Kampung Merotai Besar @myTawau


Innalillahi wa inna ilayhi raji'un! tersentak aku pepagi nie bl tbaca berita mengenai seorang gadis yg dirogol & dibunuh! kenapa di bulan Ramadhan yang mulia ini masih ada lagi Iblis yang terlepas? kenapa manusia akhir zaman lebih kejam dari binatang buas? sudah la lg 3-4 hari kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFitri. Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan ini.

yg aku tau sejak dl lg balakong tu boleh dkategorikan sbg BLACK AREA. x tau nape, maybe kejadian jenayah ini salah satu drpdnyer. 

Kampung Merotai Besar merupakan tempat tinggal mertua aku di Tawau, Sabah. so... secara tak langsung, aku terasa gak biler kejadian ini menimpa org2 dsana even aku x kenal pun. 

btw, ade something wrong dgn undang² kat Malaysia nie yg perlu dberi phatian. jenayah smakin mjadi². ntah mn silapnyer. adakah undang² ciptaan manusia takkan pernah menjadi? aku rasa mmg x mjadi sgt pun. sbb tu jenayah berulang meskipun dah keluar masuk penjara, melainkan hukuman gantung smpi mati.

sudah tiba masannye Malaysia sbg sebuah Negara Islam menjalankan hukum HUDUD.  undang² yg tiada cacat celanyer. undang² yg paling sempurna. undang² yg mberi keadilan kepada semua manusia sejagat. undang² daripada Allah SWT. menolak hukum HUDUD, sm spt mengingkari perintahNYA.

kenapa perlu takut untuk laksanakannya jika ia memberi kebaikan? kenapa takut dikenakan hudud jika tak buat salah? bagus juga kalau takut, skurang²nya serik nak buat salah. itulah tujuan hukum HUDUD. undang² buatan manusia nie kadangkala x menyerikkan org ramai. dah buat salah, buat lg. dah masuk penjara, masuk lg. segalanyer berulang tanpa serik. sbb ape? sbb mereka tidak takut dgn undang² manusia. 

Sumber: Kosmo Online 
AL FATIHAH...

Selesai sudah #ZakatFitrah untuk aku dan isteri


Alhamdulillah... selesai sudah tanggungjawab aku membayar Zakat Fitrah thari smlm. kali nie lain skit coz aku byr utk 2 org tmasuk isteri aku. sblm nie sendiri² byr aje. hihihi...pejam celik pejam celik dah 9 thn aku byr sendiri Zakat Fitrah nie. maklum ler, 9 thn lalu aku br ade duit sendiri. hihihi... ms jd student, ayah tolong bayar kan :D bl dah keje nie, bukan tanggungjawab ayah lagi utk tolong bayar Zakat Fitrah. 


Pusat Pungutan Zakat (P9, Putrajaya). tmpt aku byr zakat. nasib baik x ramai sgt org. lebih kureng 10 org tunggu giliran. thn nie nilai Zakat Fitrah adalah RM7 utk seorang. so, darab 2 la coz byr utk isteri skali. tapi aku lebihkan skit sbg sedekah. berapa? diam² sudah :D


selepas membayar Zakat Fitrah, aku bukan saja diberi resit, malah diberi sepaket sampul duit raya. Alhamdulillah.. boleh bg anak buah dgn sampul raya zakat tu :p hehehe... tahun nie anak buah aku baru 3 org. bl la nak ada anak sendiri nie. hihihi... pape hal kasi lepas dl majlis aku bln dpn :D


kena isi duit raya dgn duit baru nie :p mesti budak² suka :p leh main saidina ;) hehehe... kepada yg lum byr zakat tu, cepat² ler byr ek. smoga btambah rezeki dbulan yg mulia nie. waktu paling afdal byr zakat adalah slps Subuh di akhir ramadhan sehingga sblm solat sunat AidilFitri. kalo bayar lps solat raya tu.. dikira haram. jgn buat² lupa tau. sbb tu aku byr awal skit coz takut tlupa. maklum ler... bl dah blk kg nanti sibuk urus sana sini.


Zakat Fitrah nie stahun skali aje time Ramadhan, tapi jgn lupa byr Zakat Pendapatan lak. memandangkan gaji dah up skit, aku kena la up gak nilai Zakat Pendapatan aku tu. ade ustaz tu ckp byr lebih x pe coz diangap sedekah. tp jgn byr kurang coz paling minima Zakat Pendapatan adalah 2.5% drpd jumlah gaji, elaun, bonus. ape la sgt nilai 2.5% tu kan. drpd melabur tmpt lain, baik bayar zakat utk fakir miskin dan golongan² yg memerlukan terutama para² asnaf. ade dua cara, sm ade bayar stiap tahun atau pun stiap bulan. tp aku lebih suka byr tiap² bulan melalui potongan gaji. nilai tetap sama. cuma bl bayar stahun skali tu nampak mcm beso pulak jumlahnyer even sm aje kalo campur 12 bulan tu. kalo byr bulan² nampak kecik aje jumlahnyer. hehehe...
p/s ~ lps aku bayar zakat, aku hampir² kemalangan masa otw blk ke pejabat. dup dap dup dap jantung aku dbuatnyer. 2 kereta brake tetiba. yg ptama aku smpt mengelak ke kanan, skali ada lg satu kereta pun brake mengejut lps aku ke kanan. aku rs mcm beberapa inci aje nak cium bontot kete brader tu. tayar aku dah bau hangit sbb kaw2 aku tekan brake. brader tu wat dek aje. nasib baik bulan puasa. aku diam & sabar aje ler. maybe hikmah aku bayar zakat? wallahu'alam...



Rakyat Malaysia ke Angkasa Lepas dengan bayaran RM300ribu sahaja


Pada 2015 nanti, rakyat Malaysia dan di rantau Asia bakal berpeluang mengembara ke angkasa lepas menerusi projek yang bakal dilaksanakan di Jasin, Melaka. Menerusi projek itu, sebuah ‘space pod’ akan dibina dan mereka yang berkemampuan boleh menaikinya untuk dilancarkan di angkasa lepas dan berada di sana selama 10 minit.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata, projek itu dijangka dimulakan Disember ini. “Melalui perbincangan dengan kerajaan negeri, kita sudah mendapat tanah yang sesuai dan pelabur juga ramai yang berminat dengan projek ini,” katanya yang ditemui selepas majlis iftar angkasawan negara bersama 45 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Salam, Chow Kit di Restoran Rebung Chef Ismail, di sini, semalam.
Menurutnya, mereka yang berminat perlu membayar sebanyak USD100,000 (RM300,000 dan perlu mengikuti kursus pendek.
“Saya yakin projek ini mampu mempertingkatkan industri pelancongan kita malah mempromosikan pelancongan angkasa yang semakin mendapat tempat sekarang. Malah dengan usaha sebegini, kita mampu mengurangkan kos orang ramai mendapatkan pengalaman hebat ke angkasa lepas. Bagi saya, semua orang harus mengambil peluang ini,” katanya.
Menurutnya, platform projek itu diusahakan Persatuan Pelancongan Angkasa Malaysia manakala beliau berperanan sebagai peneraju. - MyMetro


amacam? best x? tapi 10 minit aje la di ruang angkasa lepas ;) berbaloi ke dengan bayaran RM300ribu tu? memandangkan projek nie bmula bulan Disember 2012, ade masa 2 tahun lg sblm dilancarkan pada 2015. so, leh start menabung dari sekarang. paling kurang kena simpan RM400 shari! wakaka :))

Siapa punya kuku panjang nie???


jijik? aku pun jijik! kuku sape ntah tetiba muncul dlm rumah aku! satu beso, satu kecik. pergh! nak kata kuku aku, aku x bela kuku smpi pjg mcm nie. bini aku pun x bela kuku. kuku nie bini aku jumpa ms nak bersihkan vakum. 

pelik aku. nie bukan 1st time rumah nie kena vakum. dah byk kali vakum. sblm nak pindah masuk rumah nie pun dah cuci habis rumah nie. so, cam ne lps sbulan dok rumah nie tetiba ade kuku nie? kuku org ke kuku setan nie? musykil nie... cam ne leh ade dlm rumah aku! hairan bin ajaib. pelik tapi benar. mustahil la time bersihkan rumah dl tlepas pandang kuku yg pjg nie. isk isk isk... heran sungguh aku!

Kad Raya -vs- Kad Kahwin


lagi seminggu nak raya, makin sibuk orang hantar kad raya. walaupun sekarang segalanya dihujung jari, cara tradisional tetap menjadi pilihan walaupun dah berkurangan. 

aku? aku sendiri dah lm x anta kad raya nie. bkn dsbbkan sgalanya dihujung jari coz kad raya hujung jari tu pun aku x guna :p hehehe... biasanyer nak raya nie konpem bderet2 msg aku terima wish raya. nak mudahkan keje, aku just reply blk msg yg sm aku terima tu :p wakaka :))


setakat nie lebih kureng 80 kad kahwin yg aku pos. tp utk kengkawan punyer aje la. utk sdara mara lak, famili aku yg uruskan. nie pun utk mereka2 yg dah bg nama & alamat utk aku pos kad kawen. kalo x silap aku, isnin nie last kena hantar kad coz POS MALAYSIA bagi tempoh smpi isnin aje. kalo slps tu... kad akan smpi kpd penerima slps raya. almaklum ler, posmen pun nak cuti raya gak. 

so... kalo yg bg nama & alamat slps isnin nie... lps raya aje ler aku pos kan ;) aku pun nak blk kg cuti2 raya gak :p hehehe... drpd 1000 kad yg aku tempah, ade balance lebih kureng 20 keping. siapa cepat dia dapat :p


normal price 60sen setem utk anta kad. raya punyer pasal, POS MALAYSIA bg diskaun, cuma 50sen aje. kalo 10sen lagi bagus. hehehe... maybe tu salah satu punca nape kad raya dah kurang dpt sambutan. harga setem kadang kala lg mahal dr harga kad raya! cer citer cer citer

kalau dl dapat kad raya drpd kengkawan, konpem gantung buat hiasan kat rumah. sambil2 tu leh baca tulisan2 dlm kad tu. tp bl dah kurang dpt sambutan, tpaksa ler beli kad raya kosong & gantung wat hiasan. hihihi...

aku harap kad2 yg aku pos nie smpi ke penerima sblm raya nie. kalo smpi slps raya pun x kisah coz majlis aku pun time hujung2 raya :p hehehe...

QUNUT: hayati dan fahami...


@JohariPain Kena Kerat Gara² Gangsa #JanjiDiCapati


bersangka baik ;) maybe mamat nie nak bgurau di bulan puasa nie :D tapi gurauan makan diri :p terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata #### binasa ;) wakaka... maafkan aje dia... dapat gak pahala di bulan ramadhan yang mulia ini... insya'Allah! kepada Johari Pain... jangan buat lagi OK. menang kalah adat bertanding. jangan bila menang baru nak puji, bila kalah dikeji. yang penting sokongan padu sebagai rakyat Malaysia kepada pasukan negara. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!

Tahniah kepada Pandalela Rinong
Tahniah kepada AzizulHasni Awang
Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei


Betul ke Yahudi & Nasrani masuk Syurga???

NERAKA: Gambar Hiasan

aku nie bab agama mmg cetek, tp x de la jahil. baru² nie aku terbaca satu buku mengenai pesanan² Nabi Muhammad SAW kepada umat²nya. antara bab² yg tdapat dlm buku tu adalah mengenai golongan yg masuk Syurga. ada 3 kategori umat. yg pertama umat Yahudi berpecah kepada 71 golongan. hanya 1 golongan masuk Syurga, 70 golongan masuk Neraka. yang kedua umat Nasrani berpecah kepada 72 golongan. 71 golongan masuk neraka, cuma 1 golongan masuk Syurga. manakala umat Nabi Muhammad SAW yakni Islam berpecah kepada 73 bahagian. 72 golongan masuk Neraka, 1 golongan yang dijanjikan Syurga iaitu Ahlu Sunnah Wal Jamaah. golongan ini 100% berpegang kepada Quran & Hadith.

sejak azali aku diceritakan cuma umat Islam saja yg masuk Syurga. x pernah pulak aku dgr pasal yahudi & nasrani masuk Syurga sehingga ler aku terbaca buku bkenaan. nampak sgt byk yg aku tertinggal kan. dunia... dunia... dunia..

adakah maksud ayat tersebut menunjukkan bahawa didalam umat Yahudi & Nasrani itu sendiri ada org Islam? sbb itu 1 golongan daripada mereka akan masuk Syurga? wallahu'alam...

kepada pembaca² yg arif mengenai hal ini, dapatlah bkongsi ilmu bsama² agar tlerai kekeliruan aku slama nie. aku mmg zero, sbb tu aku nak tau pasal nie ;) x de nyer nak malu² dlm mcari ilmu... terutama ilmu agama, betul x? 

Tujuh Puluh Tiga Pintu
Tujuh Puluh Tiga Jalan
Yang Sampai Hanya Satu Jalan

ingat x lirik lagu Tanya Sama Itu Hud Hud nyanyian Datuk M. Nasir? so, rangkap 'yang sampai hanya satu jalan' itu adalah golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah...

@DSamyVellu suka statement aku rupanyer :p hehehe



bukan calang² orang yg suka statement aku tu :p status kat twitter aku nie actually merujuk kpd entry sblm nie berhubung isu capati [klik sini] yang dipost sendiri oleh beliau ;) tu yg terus femes ayat Janji Di Capati :p hehehe.. tp aku x heran sgt pun coz sblm nie pun dah byk ayat femes beliau spt 'Derma Dara', 'Hisap Dada' dan mcm² lg la. hilang stress aku seketika. hihi...

ms aku nak tweet nama beliau, risau gak kot² kena sound ke. al maklum ler... sindiran penuh sinis katakan. kang x pasal² kena saman ngan beliau. beliau pun ade ckp nak belanja sume org capati dgn syarat dia masuk blk dlm kabinet :)) wakaka..

[SharpShooter] Perangkap Laju a.k.a Speed Trap


raya kan nak dekat. konpem ler time² nie ramai yg merempit. x kurang juga yg drift. wakaka :)) bl dah laju tu... kompem ler x ingat pape dah. lupa ler tu ade speed trap :p hehehe... time bonus duit masyuk. time raya duit kuar bg kat anak buah. lps raya duit kuar lg bg kat polis byr saman laju. hehehe... aku punyer saman laju nie pun lum bayar lg :-ss isk isk isk... pelan² kayuh ek abg polis. nanti aku byr bl mampu :p hehehe...

tapi korang tau ke kat mn lokasi sharp shooter nie? kalo dah bw laju mn ler pasan kan? tau² aje kena tembak. tau² aje dpt saman laju. haru biru dbuatnyer ;)

so, aku akan listkan senarai lokasi sharp shooter yg patut korang bhati² tahap dewa. tu pun kalo nak jimat duit raya la. nanti penat aje kumpul, pastu bayar saman. x berbaloi kan kan kan :D

antara lokasi sharp shooter adalah seperti berikut...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

panjang ler pulak :( ape kata korang klik sini utk lihat senarai lokasi. aku update kat fb aje. nanti senang korang nak share ngan kengkawan kat fb kan kan kan. jgn mare :p

[MIGRAIN] Punca dan Rawatannya oleh Pak Hasan!


ms aku blk kg baru² nie aku smpt g rumah pak hasan, tukang urut tradisional kat area skudai. actually bini aku yg nak urut pale dia coz sll sakit pale. pendek kata migrain la. aku & mak aku pun tumpang skaki urut pale.

sakit? mmg sakit dia urut pale coz jari dia kaw2 cengkam pale. tu blum kena tang urat saraf kepala. tp best coz rasa lega lps tu. menurut pak hasan, punca migrain adalah dr dlm perut sendiri gak. maksudnye kalo jenis susah nak berak... konpem sll sakit pale. maybe sakit lain gak coz sgala 'sampah sarap' tkumpul dlm perut.

sbb tu dgalakkan ari² berak! wakaka... tp kalo jenis susah nak berak... masalah ler tu :p hehehe.. aku pernah dgr gak kalo ari² berak, badan sihat coz mende² yg x spatutnyer kuar dr badan. pastu mende baru masuk. lebih kureng mcm kitar smula ler. bygkan kalo x kuar, tp dok masuk aje... pergh! kalo kentut bau tengek!

pak hasan cadangkan supaya telan 2 biji pil julap utk mudahkan proses lawas. pastu telan dgn air kelapa muda. antara brand pil yg dsebut adalah BEACOLUX. kat kedai farmasi ade jual. skotak ade lebih kureng 30 biji. harga pun x smpi RM6. masa bertindak lebih kureng 5 jam slps telan pil tu. so... pandai² ler bajet ms bl nak telan pil tu k.

lagi satu pesan pak hasan, sesape ade migrain... dilarang makan 3 mende nie. yg pertama DAGING, yg kedua, SOS DALAM BOTOL & ketiga MAGGIE dan sewaktu dengannyer. elakkan mkn 3 mende nie terutama bg mereka yg susah nak berak :p

mujarab ke? wallahu'alam... kite hanya mcuba, Allah SWT yg maha penyembuh sgala pesakit. memandangkan pak hasan urut agak best walaupun sakit, maybe aku nak urut lagi bulan dpn sblm majlis aku :p hehehe...

lupa pulak aku. aku urut skali ari tu sbb resdung. so, kaw² dia urut area kepala & juga muka terutama area hidung. cengkam abis smpi rs nak tcabut hidung aku :p lps urut tu pak hasan tanya aku, sll mandi mlm ek? aku senyum aje :D so... lps nie pastikan mandi sblm jam 7. hihihi...

sblm aku stop mbebel, rajin² ler korang berak k :D kasi cuci itu perut. bl dah bersih... kurang skit penyakit ;) wakaka :))


lupa lg aku nak bgtau, pak hasan nie tukang urut tetap mak aku sejak bertahun2 lamanyer. mak aku strok ke, mak aku koma ke, mak aku bisa badan ke... dia la yg urut. Alhamdulillah dengan izin NYA.