NERAKA: Gambar Hiasan |
aku nie bab agama mmg cetek, tp x de la jahil. baru² nie aku terbaca satu buku mengenai pesanan² Nabi Muhammad SAW kepada umat²nya. antara bab² yg tdapat dlm buku tu adalah mengenai golongan yg masuk Syurga. ada 3 kategori umat. yg pertama umat Yahudi berpecah kepada 71 golongan. hanya 1 golongan masuk Syurga, 70 golongan masuk Neraka. yang kedua umat Nasrani berpecah kepada 72 golongan. 71 golongan masuk neraka, cuma 1 golongan masuk Syurga. manakala umat Nabi Muhammad SAW yakni Islam berpecah kepada 73 bahagian. 72 golongan masuk Neraka, 1 golongan yang dijanjikan Syurga iaitu Ahlu Sunnah Wal Jamaah. golongan ini 100% berpegang kepada Quran & Hadith.
sejak azali aku diceritakan cuma umat Islam saja yg masuk Syurga. x pernah pulak aku dgr pasal yahudi & nasrani masuk Syurga sehingga ler aku terbaca buku bkenaan. nampak sgt byk yg aku tertinggal kan. dunia... dunia... dunia..
adakah maksud ayat tersebut menunjukkan bahawa didalam umat Yahudi & Nasrani itu sendiri ada org Islam? sbb itu 1 golongan daripada mereka akan masuk Syurga? wallahu'alam...
kepada pembaca² yg arif mengenai hal ini, dapatlah bkongsi ilmu bsama² agar tlerai kekeliruan aku slama nie. aku mmg zero, sbb tu aku nak tau pasal nie ;) x de nyer nak malu² dlm mcari ilmu... terutama ilmu agama, betul x?
Tujuh Puluh Tiga Pintu
Tujuh Puluh Tiga Jalan
Yang Sampai Hanya Satu Jalan
ingat x lirik lagu Tanya Sama Itu Hud Hud nyanyian Datuk M. Nasir? so, rangkap 'yang sampai hanya satu jalan' itu adalah golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah...
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com