Out There We Are One

Selepas 863 hari, akhirnya kembali ke dunia #VirtualFriends.net


20 March 2010 12:14 AM! hahaha :)) tu last day aku login dlm Virtualfriends.net a.k.a VF :p lebih kureng 2 tahun 4 bulan 10 hari la gak ;) lm gak aku menyepikan diri dr dunia VF nie. btw, aku join VF nie lebih kureng 8 thn yg lalu...dah lama dah ;)

VF adalah salah satu drpd rangkaian sosial yg ade kat Malaysia nie. kukuh shingga skrg. stakat nie lebih kureng 144,157 ahli berdaftar! yg x bdaftar pun boleh tahan ramai :p tp lps muncul FB, terus aku x layan VF. lupa daratan sungguh aku nie ;) hehehe... dlm VF, ahli leh kongsi gambar, status, artikel, chatting & berdiskusi mcm² isu. tp paling aku x suka bl ade isu politik. dah mcm perang saudara dlm VF. tu yg kadang2 buat aku bosan join mende2 nie. sbb politik, kawan leh jd lawan. pastu kena lak dgn mulut longkang... masing2 cuba tegak kebenaran yg belum tentu benarnyer. mcm mn penyokong fanatik bperang kat dlm FB, mcm tu ler diorang bperang dlm VF. jenis x nak ngaku kalah. org tu ckp org nie salah, org nie ckp org tu salah. kalo org tu & org nie salah... sape yg betul? aku kot :p wakaka :))

aku join blk VF nie pun sbb nak up enosmen pasal majlis kawen aku yg dah x lm lg nie. pejam celik pejam celik tinggal sbulan aje lg nie. pergh! cepatnyer ms blalu. x smpt aku nak rileks. maklum ler, lps nikah ari tu dah masuk bulan ramadhan. lps nie syawal...pastu sanding blk. hehehe...


kalo korang nak tau, dlm VF nie la ramai btemu jodoh tmasuk ler aku :p hihihi... dolu² rajin wat xtvt mcm perjumpaan dgn ahli². lebih kureng mcm family day la. tp nie lebih drpd tu. ade xtvt kebajikan, xtvt sukan, xtvt reunion, xtvt perayaan & mcm² xtvt. dl ms muda² aktif la gak bjalan sana sini. skrg nie dah otai, dah mls nak jalan² :p dah kawen nie lg la malas. jalan² ngan bini aje ler :p hihii... otai² VF pun dah slow dlm VF. sbb tu aku pun slow gak dlm VF. tinggal newbie² aje yg meneruskan legasi. hihihi... kalo x de otai, x de la newbie kan kan kan
antara yg menarik dlm VF adalah spt berikut:


kalo korang nak kumpul ramai kenalan & join mcm² xtvt, sila la join VF [Daftar Percuma]. mmg free pun join mende nie. tp kalo korang nak upgrade keahlian (Pakej Keahlian Premium), kena la byr. x de la mahal mn pun. skali seumur hidup. RM35-RM50 aje pun. ahli berbayar ade mcm² kelebihan. konpem korang x kan rugi. cuma bl dah join tu, jgn kerek sgt OK. lu langsi, lu mati. hihihi...nasihat aku kpd kaum² hawa, hati² dlm VF tu coz air yang tenang jgn dsangka tiada buaya :)) hehehe... nasib baik aku bkn buaya tu :p 


selain web VF sendiri, korang leh LIKE di pesbuk. klik aje gambar kat bawah nie ;)


motto utk VF nie adalah Where People Meet atau pun dlm bhs melayunyer... Di mana orang berjumpa :p ye kot :)) wakaka... memandangkan masa dah suntuk, kejap lg aku nak enosmen kat VF. harap² menjadi ler coz 1st time wat mende alah tu :p hihihi... sesape yg dah join, br nak join, blum join... jgn lupa gugel aku dlm VF tu ;) dlm VF aku guna nickname isONE7

#DejavuDiKinabalu @iamTizZaqyah @TheAqasha @NazimOthman . Siapakah 'jantung' hati Nadira? Bazli atau Ammar?


aku nie x de la suka sgt layan drama² mleleh mcm nie. tapi skali dah layan... susah nak bhenti. ada kelainan skit dlm drama Dejavu di Kinabalu nie :p lepas nie boleh bikin drama Dejavu di Tawau lak :)) wakaka.. aku pasti ramai gak yg layan drama nie sm ade di TV mahu pun di web tonton.


hari nie 26 Julai 2012 adalah hari terakhir utk anda mengundi antara Bazli atau Ammar, siapakah pilihan hati Nadira? pastikan anda undi sblm jam 11.59 mlm ini. aku? aku undi Ammar! jgn tanya nape ;) tapi x kisah pun sape yg jd pilihan Nadira tu, bkn aku dpt kawen dgn Tiz Zaqyah pun :)) wakaka... so, jgn lupa undi! kalo x undi, pasti Nadira akan terlepas ke tangan FBI! Inara tu bkn pelakon Lagenda Budak Setan ke? tetiba off topic lak :p hihihi...


untuk mengundi, anda cuma taip DEJAVU A atau DEJAVU B dan hantar ke 33399. A utk Ammar & B utk Bazli. ada 15 jam lg sblm undian ditutup! nanti korang akan dpt msg nie, RM0.50 Terima Kasih kerana mengundi. Jangan lupa menonton Dejavu Di Kinabalu Isnin-Khamis, 7mlm. Teruskan undian anda! Utk bantuan: 03-79557736


kalo x smpt undi, anda undi aje kat facebook :)) hehehe... bkn kena bayar pun. kat TV3 aje kena bayar 50sen :)) wakaka... klik sini untuk undi :p bila tgk Aqasha blakon, teringat drama Cinta Tiga Musim lakonannya bsama Amy Mastura yg kecik molek tu :p

sedikit sinopsis utk tatapan korang :p copy paste dari TV3 hehehe....

Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.
Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara. 
Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli?

[Tips] Tindakan aggresif jika tayar kereta kena 'clamped'

tayar kena 'clamped' ??? jgn risau....tukar aje dgn tayar spare kat bonet kete blkg korang tu :)) wakaka... pastu pandai² ler korang nak buat ape dgn tayar yg dah kena 'clamped' tu :p yg penting kete boleh bgerak. tindakan ini boleh dilakukan hanya jika satu tayar saja kena 'clamped'. erk? pernah ke sume tayar kena 'clamped' :p hihihi...



Wang kertas baharu @BNM_official untuk dibakar? Digantikan dengan wang kertas saidina?


kalo korang tgk pic nie mesti korang paham ape yg aku maksudkan. so, bukan sesaje aku ckp wang kertas kita nie utk dibakar mcm tu aje. adakah ini suratan atau kebetulan? mcm judul lagu pulak :p hehehe... siapa 'designer' yg dilantik BNM? mesti gaji tinggi melangit coz idea sgt unik :)) wakaka... jgn mare ek :p nanti kurang pahala posa ;)


aku percaya... utk 5 tahun akan datang, wang kertas akan diupgrade skali lagi dari segi design. kali nie maybe design ala² wang kertas saidina :p korang pernah main saidina x? x pernah? kesian... 


raya thn nie kalo dpt duit kertas baharu, jgn terus p bakar k :)) ho ho ho horlick! ho ho ho hotak ko! =)) wakaka...

Hari Pertama Kerja di Bulan Ramadhan


hujung minggu baru2 nie... aku demam teruk. satu badan panas. x tau apa punca. sabtu pagi elok aje aku kemas2 rumah, tetiba aje terus x sedap badan. 2 hari gak tlantar kat umah aje dlm kepanasan. actually... aku x rasa panas sgt pun. tp bini aku ckp satu badan panas. ais pun leh cair bl letak kat badan aku nie :)) nasib baik ler dah ada bini... ade gak org yg mjaga time aku sakit nie. bapak aku ckp... aku kalo sakit mcm budak kecik :)) wakaka... sesaje nak manja2 ngan bini :p

pagi nie dah OK skit. tp lps sahur td aku telan gak solubel. standby jer kot2 demam blk kat opis. dah ler opis aku tu mcm bilik sejuk beku. konpem selsema tahap cendol pulut kalo x tahan sejuk. ikutkan ati mcm nak MC. tp aku nie mmg spesis x suka g klinik/hospital. so, mmg x de MC la kan. bkn check sgt pun doktor2 nie. tu yg malas aku nak jumpa diorang :p

ade 2 entry yg spatutnye aku update dlm blog. tp ntah ler, sejak kawen nie... agak limit masa utk aku update blog :p mmg mcm nie ek lps kawen? hihihi... ditambah pula dgn keje opis yg nonstop sejak aku abis cuti kawen tempoh hari. nak wat cam ne kan... "saya yang menurut perintah" aje ler :p

aku harap hari pertama keje di bulan puasa nie... sume nye OK. jgn ler selsema kat opis nanti. konpem aku jd moody :| masa dah time utk aku g keje.... adios amigos! 






30 Kelebihan Terawih adalah Hadith PALSU!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. 

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

sumber: JAIS

Qiyamu Ramadhan & QPR



seperti yang semua sedia maklum, malam ini bermulalah solat terawih yang pertama. Terawih juga dikenali sbg Qiyamu Ramadhan. ini kerana esok semua umat Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. segala setan² btanduk mahu pun setan gondol akan diikat. tp ade aje 'setan' kat luar sana yg terlepas. harap² kita semua bukan dlm golongan setan yg tlepas tu OK... insya'Allah.

dan rasanya semua dah tau, malam ini juga berlangsungnya perlawanan bola sepak antara Kelantan menentang QPR. agak² bape kosong ek? tempoh hari Sabah dah kena balun 5-0 ngan QPR. sabo aje ler. sepatutnya hantar pasukan Harimau Malaya utk menentang QPR baru syok :p QPR nie pasukan kelab aje pun... tapi kenapa mcm pasukan negara ek ;) maybe FAM leh jawab soklan cepukmas nie :)) hehehe

tapi kenapa perlu diadakan perlawanan pada malam dimana semua umat Islam sedang mengerjakan solat terawih? memang ler sepak mula jam 9:30 mlm. tapi aku percaya, sblm maghrib masing² dah tcongok dpn stadium. 

pihak stadium ada menyediakan ruang utk penonton solat terawih. tapi aku percaya ruang tersebut adalah terhad dan bkn sume penonton boleh solat terawih serentak melainkan dbuat ditengah padang sblm sepak mula. ape² pun... sentiasa berfikiran positif. insya'Allah peminat² bola sepak pasti takkan melepaskan peluang untuk mengerjakan solat terawih yang pertama di Stadium. cuma jgn gelojoh sudah ler gara² nak tgk bola k. ada yg tau, dan ada yg kurang tau bahawa solat terawih boleh dilakukan bukan saja slps isyak, malah ianya boleh dilewatkan sehingga sblm subuh. so, byk masa yg diberikan oleh Allah SWT kepada umatNYA dalam mengerjakan amal ibadah. Islam itu mudah kan ;) cuma lebih afdal jika dilakukan secara berjemaah. time berjemaah selalunya adalah selepas solat isyak kan. tapi kalo nak bersendirian pun boleh....

sukan² juga... amal ibadah jgn sesekali dilupakan walaupun ianya sekadar sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut). gomo kelate gomo!

Bajet 2013 - Apa yang anda mahukan dari @NajibRazak?


"Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak Kerajaan Persekutuan selaku Menteri Kewangan. Pada saya, adalah penting agar Rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi. Kepada anda yang berminat untuk menyuarakan pendapat anda, inilah peluangnya." DS Najib Razak

teks ucapan penuh. klik kalau rabun :p hihihi
ha.... nie la masanyer korang nak bsuara kat Perdana Menteri kite. time nie ler korang leh mintak mcm². tp bkn sume permintaan dlayan. tp mintak aje ler... mn ler tau PM bkenan. hehehe... pastikan cadangan korang tu bernas. jgn demand ikut emosi lak. konpem x layan. memandangkan ade masa lebih kureng 2 bulan lg sblm PM bentang bajet, cepat² ler bg cadangan kepadanyer...

aku? konpem aku akan bsuara. tp kena karang ayat dl. dah lama tpendam. hehehe... cadangan ape ek? mmmm... biarlah rahsia :p x de la... aku nak cadang supaya MyKad 'dihargai'. x paham? aku pun x paham ;) tunggu & lihat aje ler ek. lps dah buat karangan, nanti aku tweet PM supaya dia alert dgn cadangan aku tu :)) ada bran? wakakaka =))

kepada sesape nak bg cadangan kepada PM, leh klik sini


Seminggu lagi kita berpuasa! Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak!


pejam celik pejam celik lagi seminggu kita nak berpuasa. Ramadhan datang lagi! oh yeah! ini bermakna puasa bermula 2 minggu selepas aku sah jadi suami org :p hehehe... dapat ler berpuasa bersama isteri tercinta ♥ alololo... nak masak ape ek time sahur & berbuka nanti. x kan ari2 tapau kat bazar ramadhan kan :p selalunyer berlaku pembaziran kalo tapau kat bazar ramadhan nie. maklum ler time posa nie pk lapor aje. tu yg borong byk2. skali x abis... kan mbazir. mbazir amalan setan. setan pun dah kena ikat time posa. erk? sape pulak setan kali nie? jeng jeng jeng.... dah tau ke waktu imsak & berbuka puasa? 


jadual kat atas nie adalah utk Zon Sepang & sewaktu dgnnyer memandangkan kami berada dlm lingkungan Zon tersebut. utk lain-lain Zon, korang leh klik sini Jadual Imsak & Berbuka Puasa Mengikut Negeri/Zon 2012 selamat menjalani ibadah puasa ek sahabat² bloggers skalian alam maya. jom pakat ramai² kumpul pahala OK

Koleksi Gambar Akad Nikah & Persandingan di Majlis Perkahwinanku

Majlis Akad Nikah

Sanding tema Kelabu

Sanding tema Ungu

Sanding tema Merah

Sanding tema Biru
sori la sahabat2 blogger sekalian coz x smpt lg nak update blog pasal majlis kawen aku nie. so, sementara aku cr idea nak wat karangan... ape kata korang layan dulu koleksi gambar kawen aku nie. korang klik aje gambar tu utk ke link koleksi gambar mengikut tema :p nie bkn gambar rasmi. gambar nie sume disnap oleh adik bongsu aku. gambar rasmi masih dlm proses editing oleh jurugambar di tawau, Sabah. maybe slps sbulan baru siap kot. semoga terhibur :p hihihi... kawen gak aku akhirnya! wakaka :))

Belanja Hangus -vs- Pengantin Hangus


Skrg kami berada di Tawau AirPort. tunggu ms aje nak pulang ke semenanjung. line kat AirPort leh tahan. So, smpt la aku update blog skit. cuma x reti lg nak upload pic guna ipad nie. Nak citer apa ek? Nak citer pasal majlis konpem x setel smpi ke sudah. Kena tunggu dah landing rumahku syurgaku br aku cer citer :p

Ade org tanya aku apa tu belanja hangus? Soklan nie bkaitan dgn majlis kahwin gak. Ape yg aku leh jwb mengikut kefahaman aku ler... belanja hangus nie duit hantaran yg diberi oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan akan digunakan utk segala urusan majlis di rumah pengantin perempuan. kira burn la. Kalo x cukup, pandai2 ler tambah sendiri :p hehehe... So, dlm hal nie pengantin perempuan pun kena main peranan... bkn setakat cuci kaki aje ;) hihihi...

tak semua negeri yg amalkan belanja hangus nie. so, nasib badan ler coz kalo x de belanja hangus, konpem pengantin tu yg hangus :)) maklum ler duit hantaran x digunakan utk buat belanja majlis. belanja pun meningkat 2x ganda. btmbah hangus pengantin lelaki biler pengantin perempuan buat dek aje.

so, pilihan ditangan anda. sm ade nak belanja hangus atau pun pengantin hangus :)) wakaka

Selamat Tinggal Dunia Bujangku :p

ari nie last day aku sblm bertukar status single kpd married dgn rasmi nyer :p sok masa dah time utk aku shake hand dgn tok kadi x_x perasaan? ntah ler... maybe sebab tlalu penat urus sana sini, aku x pk sgt pasal sok. ingatkan pengantin leh goyang kaki :p rupa2nyer kena kerahan tenaga gak ;)ari tu pun smpi jam 3 pagi br tido coz jahit langsir untuk bilik pengantin. tgh syok mjahit, rosak pulak mesin jahit! Pergh! tp bkn aku yg jahit pun :p hehehe.... Cuma tolong teman aje.

aku pun x leh nak borak pjg coz slain agak sibuk, line tenet kat sini macam hampeh skit. memanjang aje EDGE! betul2 menguji tahap kesabaran aku. sia2 aku bw beruk banned aku tu. nie pun aku pinjam bini aku punya iPad daaa... ade ler sebaris dua line.

Ok la, kerahan tenaga bersambung. ari nie actually ade majlis aqiqah & kesyukuran. So, 2 hari bturut2 ade majlis. Mau x penat kan. kambeng sekor dah jd mangsa korban. Hehehe.... gambar? x smpt nak bgambar sebab sibuk siot ;) lg pun aku x reti nak upload pic, copy paste, etc guna iPad nie. nampak aje canggih, tp menyusahkan blogger macam aku nie untuk update blog. Maybe kena mantapkan lg kemahiran mgunakan iPad nie :p

Btw, mmg meriah bila lebih kurang 7 keluarga tinggal serumah! Hampir 30 org tau;) x yah pening2 nak cr homestay la, hotel murah la. Longgok aje sume dlm 1 rumah! br la boleh beramah mesra dgn lebih dkt lg. maklum la, masing2 dok jauh. Ade yg dr sarawak gak. 3 negeri dlm 1 rumah :p Ntah bl famili aku & famili dia dapat jumpa lg x tau la. Maklum ler, tiket mahal wooooo kalo x de promosi.

Mmmmmm.... Aku rs td macam nak stop kan? Ok la, smpi sini aje coretan kali nie. Kalo sempat aku update lps nikah :p sempat la sgt :)) wakaka

"Arghghhhh... Ari Ni Aku Terkena Panggilan Hangit @hotfm976 Dari @REALFAFAU & @faizal_hotfm.... Tenseeennn weehhhh...!!!!" @PenyuX @mohamadtahirmz

tahukah anda sebelum penyuXP dikenali seluruh dunia (gara2 omputih x paham bhs melayu), beliau telah terlebih dahulu popular di seluruh Malaysia. pd hari ini genap 3 thn yg lalu, disebuah lokasi di pulau mutiara, beliau telah dikejutkan dengan panggilan seseorang...



amacam? hangit x panggilan tu >:) muahahaha... nak tau ape respon beliau? sila [klik sini] untuk melihat luahan perasaan sebaik saja tkena panggilan hangit drpd hotFM. anda juga boleh lihat sokongan moral oleh sahabat2 dunia akhirat beliau sbaik saja tkena panggilan hangit [klik sini] antara dialog2 popular yg masih segar dlm ingatan adalah:
1. saya sendiri short rm300!
2. saya bukan lelaki murahan!
3. oh tidak satu malaysia!
insiden ini blaku time Mini Gath Penang Xtreme Race 2009 anjuran Virtualfriends pada 3-5 Julai 2009. ini bermakna panggilan hangit dibuat shari sblm event tersebut. pergh! betul2 hangit =)) pecah perut bila dgr ramai2 mlm tu :p ingin bkenalan dgn beliau? sila [klik sini] hehehe.... satu ayat yg wat aku respect, "saya bukan lelaki murahan"!


AK5740 KL - TAWAU


lebih kureng stgh jam lg kami akan blepas ke Tawau, Sabah. Perasaan? x de perasaan pun :p hehehe : 6 hari lg Akan bertukar status single ke married :p alahai... seram sejuk lak :))

Selama seminggu nie maybe x dpt nak on tenet sgt. So, secara automatik x dpt nak update blog. tp kalo ada ms free & line tenet, aku update ler skit2 ;)

Kpd rakan2 blogger yg dhormati sekalian, doakan semoga dipermudahkan segala urusan kami ini. kalo ada salah & silap, harap dimaafi.

Smpi sini aje coretan aku coz bateri tinggal 50% aje. lg 50% simpan bl dah smpi kat airport tawau lak. Hehehe....

bulih bah kalau kau!