Out There We Are One

Anda boleh diharap jika...

gambar sekadar hiasan

"apabila pihak musuh tercari² dan memerlukan anda, itu bermakna anda boleh diharap. tapi apabila pihak sendiri tak cari dan tak perlukan anda, itu bermakna anda memang tak boleh diharap."

Masih ingatkah tragedi #Tsunami2004 sedekad yang lalu? #AlFatihah


Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindilepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besartsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini. Gempa bumi ini mengakibatkan tsunami yang menelan korban nyawa yang sangat banyak. Angka sebenar korban kali ini mengkin tidak akan dapat diketahui namun sekurang-kurangnya 182,000 orang telah maut. Kebanyakan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.

Sumber: Wikipedia

#DoakanPantaiTimur #DoakanMalaysia

@TanSriAseh Hiburan Diutamakan, Agama Diketepikan


Benarkah program Islamik, Karnival Raudhah dibatalkan untuk memberi laluan kepada program Hiburan, Ambang 2015? Sejauh mana kebenarannya? Wallahu'alam.


Tapi jika benar, perkara ini sangat mendukacitakan. Tahun 2014 boleh dikatakan tahun malang buat rakyat Malaysia. Pelbagai tragedi berlaku sepanjang tahun ini. Yang paling tragis adalah kehilangan MH370 yang masih belum ditemui sehingga kini dan MH17 yang jatuh terhempas ditembak musuh mengorbankan semua penumpang termasuk nenek tiri Najib Razak & Hishammuddin Hussein. Selain itu, beberapa penonton maut akibat pengambilan dadah ketika menyaksikan konsert Future Music Asia Festival. Begitu juga kes penculikan di Sabah oleh pemberontak Filipina. Yang terkini adalah banjir di beberapa negeri terutama pantai timur yang hampir darurat akibat terputus hubungan darat. Itu belum kira jenayah yang kian menjadi².

Sepatutnya penutup tirai 2014 di adakan aktiviti² keagamaan memohon keampunan, perlindungan dan keberkatan dariNYA. Tapi hiburan pula yang diagung²kan demi mengaut keuntungan tanpa menghiraukan sensitivi masyarakat. Dalam keadaan bersedih dan berduka, mereka masih ada hati dan perasaan untuk berhibur?


26 Disember 2004, sejarah hitam tercipta apabila berlaku tragedi tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa di beberapa negara termasuk Malaysia. 10 tahun lalu, Dia dah bagi amaran. Nampaknya masih tidak serik². Leka, lalai dan alpa dengan duniawi. Program hiburan semakin menjadi². Program agama tidak selari.

Banjir yang berlaku sekarang ini hanyalah bala sekecil zarah dariNYA. Ia sebagai peringatan dan amaran kepada semua umat manusia. Adakah kita mahu diuji bala tsunami lagi?

Kepada pemimpin² yang diamanahkan, hormatilah mereka² yang tidak bernasib baik. Hentikanlah hiburan. Salurkan bantuan. Banyakkan program keagamaan. Jika Allah SWT hendak turunkan bala, tiada seorang pun yang terlepas. Kamu yang membuat kemungkaran, kami rakyat biasa menjadi mangsa tempias akibat kejahilan kamu yang tiada penghujungnya.


Lenovo A850 untuk ayah


Alhamdulillah. baru² ini aku beli hp baru. plan asal nak beli hp Asus Zenfone 4. tapi last minute tukar plan beli Lenovo A850. bukan untuk aku. hp baru ini untuk the one and only, iaitu ayah aku. duit pakat collect ramai². bukan apa, bulan depan rezeki berganda. gaji masuk, br1m masuk, bonus masuk. so, apa salahnya belikan sesuatu untuk ayah. zakat pendapatan jangan lupa. lebih berkat gaji yang kita dapat. kalau ada rezeki lebih, hulurkan bantuan ke wakaf² dll.

harga tak mahal sangat. murah pun tak juga. tapi tak jauh beza dengan Asus Zenfone 4. cuma spec Lenovo A850 lagi OK. mudah digunakan terutama untuk warga pencen macam ayah aku.

memandangkan ayah aku rabun macam anak² dia, aku pun adjust paparan hp supaya senang ayah aku nak baca. huruf & ikon aku besarkan. so, tak perlu kanta pembesar. hehehe...


gambar di atas selepas aku modified apa² yang patut. aplikasi pertama yang aku pasang adalah whatsapp dan juga telegram. senang nak berhubung anak beranak. jimat sikit kredit. kredit yang jarang guna dan susah nak habis, beli plan internet serendah RM20 sebulan. cukuplah kalau ayah aku yang guna. aku pasang aplikasi yang penting² saja termasuk aplikasi Digi & Hotlink. memudahkan ayah aku semak kredit dan lain². bukan layan internet pun. kalau aku memang tak cukup.

apa yang aku dapat lihat, bateri lenovo agak tahan lama. setakat 2-3 hari tak caj & on wifi, masih ada baki bateri lagi. hp htc aku tak sampai separuh hari dah kena caj. tukar hp? nanti dulu kot. setel mana yang lagi penting dulu. tapi kalau ada rezeki lebih, sasaran aku Lenovo Vibe Z2 Pro a.k.a K920.


pergh! memang dah jatuh cinta dengan K920 nie! paling penting dwi-sim. tapi mahal siot! kena menyimpan setahun baru mampu beli. buat masa sekarang, mampu tengok. lebih kurang macam Rumah Mampu Milik. hakikatnya Rumah Mampu Tengok.

berbalik kepada hp ayah yang terbaru nie, aku kena buat kursus touch screen. maklumlah, ini pertama kali ayah aku pakai smartphone. sebelum ini jenis tekan². nanti pening bila tak jumpa keypad. hahaha...

kalau dah anak² termasuk cucu dah pakai touch screen, takkan otai pakai hp tekan² lagi kan kan kan. nanti boleh masuk macam² dalam tu. setakat nie aku dah masuk macam² video Mawi. ayah aku peminat Juara AF3 tu. hehehe... lagu² nasyid pun ada termasuk Zikir Terapi Hafiz Hamidun. gambar² dalam proses nak masuk, termasuk gambar arwah mak aku. terubat sikit rindu ayah kat mak nanti.

2 bulan lagi nak wat tahlil untuk arwah mak. pejam celik pejam celik, hampir setahun berlalu. nasib baik ayah dah OK sikit. anak² saja jadi penguat semangat. pernah juga usik soalan cepu emas, taknak cari pengganti ke? taknak kahwin lagi ke? tapi ayah aku cakap, dia belum puas bermanja dengan masjid.

kebanyakkan lelaki akan kahwin bila dah kembali solo. tapi ayah aku nie macam tak berminat. maklumlah 24 jam berkepit jaga arwah mak yang berbelas tahun sakit. tak semudah yang disangka.

Alhamdulillah, ayah dah ada geng² masjid walau pun nampak rockers dengan rambut panjang. cuma aku saja yang botak. hahaha...

tak sabar nak bagi Lenovo A850 kat ayah. hadiah tahun baru daripada anak² dan menantu. harap dia suka walau pun risau kalau dia tak dapat biasakan diri dengan teknologi moden. otai masih berbisa... Chef Dol!

Tuan Haji Saiful Nang kata Tun Dr. M tolak hukum #Hudud. Benarkah?


Aku tak nak cakap banyak, cukuplah aku mengatakan bahawa "Iman tak dapat diwarisi dari seorang hamba yang bertakwa." Kalau tak faham, sila fahami lirik lagu Raihan. Itu pun kalau layan lagu nasyid. "Bapa borek anak rintik." Itu pepatah orang orang melayu, bukan orang Islam. Pepatah melayu banyak menjahanamkan melayu itu sendiri. Kita saja ada pepatah bagai. Bangsa lain pun guna pepatah melayu. 

Berbalik kepada topik kali ini, Benarkah Tun Dr. Mahathir Mohamad tolak hukum Hudud? Benarkah Tun Dr. M mengurangkan kuasa² Allah SWT? Benarkah apa yang dikatakan oleh Tuan Haji Saiful Nang ini? Kurangkan kuasa Allah SWT? Adakah THSN ingin mengatakan Tun Dr. M, seorang manusia biasa yang mempunyai kuasa lebih daripada Penciptanya? 

Dengarkan penjelasan Ustaz Kazim Elias yang berjumpa secara bersemuka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung hukum Hudud.


Benarkah?

Halalkah minyak masak terpakai (kitar semula)?



kalau benar peniaga² pasar malam termasuk restoran² serta kedai makan menggunakan minyak masak terpakai demi mengaut keuntungan yang lebih, aku tak halalkan dunia akhirat rezeki yang mereka dapat. ini menganiaya pelanggan namanya. untuk jangkamasa panjang boleh menjejaskan kesihatan. harga makanan makin mahal. kononnya harga barang naik. hakikatnya guna barang terpakai. 

jika beli baru dan guna semula beberapa kali, itu boleh dimaafkan. tapi beli yang terpakai yang belum tentu tahu dari mana sumbernya, itu tak boleh dimaafkan. jika minyak masak tersebut pernah digunakan untuk goreng daging babi?

ini akibatnya bila harga barang naik, peniaga terdesak guna cara pintas dan pelanggan pula yang menjadi mangsa keadaan.

kepada peniaga² di luar sana, carilah rezeki yang halal, yang benar² diberkati dan diredhai. berlaku jujurlah pada pelanggan. jangan khianat kepercayaanNYA yang telah memberikan rezeki.

Wajarkah gaji suami dipotong 10% sebagai nafkah isteri?

"KUALA LUMPUR 29 Nov. – Kerajaan disaran memperkenalkan satu peruntukan khas sama seperti Peruntukan Paksa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan mengenakan potongan gaji sebanyak 10 peratus kepada setiap kakitangan kerajaan yang akan dikreditkan terus ke akaun bank isteri mereka. 
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, cadangan mewujudkan peruntukan tersebut bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga kakitangan awam selain membela nasib wanita yang tidak mendapat nafkah sewajarnya daripada suami." SUMBER


Abaikan Kerajaan jika anda benci. Abaikan ATM jika anda tak suka. Abaikan UMNO jika anda menyampah. Abaikan Datuk Mas Ermieyati jika anda meluat. Tapi tolong fokus kepada isu paling penting, iaitu Nafkah. Ini bukan isu politik. Ini melibatkan isu agama. Ia adalah kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri. Peruntukan Paksa ATM telah diperkenalkan pada tahun 1975 dan ditambahbaik pada 1 Oktober 2009.

Berbalik kepada isu potongan gaji suami 10% kepada isteri. Sebagai contoh. Jika gaji suami sebanyak RM1000.00, potongan 10% kepada isteri adalah sebanyak RM100. Jika gaji RM2000.00, 10% adalah RM200. Jika gaji RM3000.00, 10% adalah RM300. Islam itu mudah. Tapi jangan ambil mudah dengan Islam. Allah SWT takkan menguji kita di luar kemampuan. Dia tahu setakat mana had kita. Kita takkan tahu. Cuma bila dah akhir zaman, semakin ramai manusia separa tuhan. Lagak bak malaikat.

Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu besar. Kecuali jika suami memang liat nak bagi nafkah kepada isteri. Apalah sangat 10% daripada gaji. Tak banyak mana pun sebenarnya. Jika ada rezeki lebih, boleh bagi lebih. Ikut kemampuan dan kewajaran. Jangan tak bagi langsung. Tak baik aniaya isteri sendiri. 

Secara peribadi, aku sokong 200% dengan cadangan ini agar diperkenalkan kepada semua suami walau pun isteri bekerja. InsyaAllah, rezeki kita lebih berkat. Bertambah berkat jika kita bagi ibubapa tiap² bulan disamping zakat pendapatan yang wajib itu. Jangan buat² lupa OK!