Out There We Are One

UlangTahun Perkahwinan ke 32 Tahun!


30 November 1979... bersatunya dua insan sedang bercinta. hahaha... jiwang pulak ayat aku :p kejap aje ms blalu. pejam celik pejam celik... sudah 32 tahun masa berlalu. dan aku masih celik even bape kali asyik pejam aje :D Alhamdulillah... hari nie UlangTahun Perkahwinan Ayahanda Bonda Yang ke 32 Tahun. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat, dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, gembira, ceria, bahagia dsamping anak², menantu² & cucu².
gambar atas diambil ms sedang hangat bcinta. hehehe...  memandangkan mak aku mcm cina skit. aku pun ala² chinese look gak :p maklum ler... ade bau² bugis mmg mcm tu :p ayah aku lak ade bau² jawa skit. tp aku langsung x tau ckp jawa/bugis. paham pun x =)) hahaha....
kalo ikutkan gambar tu berasingan. dgn teknik superimpose, jd ler mcm tu. cuma silap edit tang ketinggian mak aku coz tinggi sbnr adalah pd paras bahu ayah aku aje :))
actually aku & adik² dah celebrate awal anniversary nie ms bday ayah aku [klik sini] yg lalu merangkap tarikh bersara ;) so... memandangkan hari nie kena time keje, x dapek kt org nak cuti pulang ke kg. maklum ler masing² ade komitmen tugas. tepat jam 12mlm aku org ptama sms ayah wish anniversary :p pastu aku sms adik² aku supaya jgn lupa wish. kang ade yg majok :)) sms aje? hahaha... sll org tanya cam tu. ntah ler... mmg sejak azali aku mmg x reti nak call mak ayah aku. tp mmg sll sms la. yg penting sentiasa bhubung walaupun skadar sms aje :p

p/s: nanti aku upload pic ms celebrate tempoh hari....

50++ sudah... dah ada banner tau!

followers a.k.a bloggers²
dalam diam x diam, sudah 50++ followers rupanyer. "br 50++ followers pun nak kecoh". agak² ade x yg ckp mcm tu :p hehehe... harap² x de la ek. bkn nak kecoh mn pun. ye la, dl aku rasa sorang pun x follow blog aku yg x seberapa nie. sejak aku join dRbuku.com pastu kenal lak ngan salah sorang bloggers dlm tu [sape ek] terus btambah² followers.so... aku 'kecoh' nie sbg tanda phargaan kpd sume bloggers² yg sudi follow blog nie. TQVM! muka sape yg x de dlm pic atas tu... jgn kecik ati k;)

dRbuku.com
kalo nak cari aku kat dlm dRbuku tu, klik aje pic atas nie k. kpd sape² yg x tau pasal dRbuku nie, aku explain skit aje k. dRbuku nie dimiliki oleh tokey besar Herba Prima Marketing iaitu Dr. Rozmey. ala.... yg citer 2 Alam tu :p hehehe... sila la join dRbuku tu OK. support our local product ;) Malaysia Boleh! 

banner
ha! nampak x banner atas nie. dah tentu bkn aku yg buat :)) banner nie atas inisiatif (btul ke aku eja nie) salah sorang blogger sempena tanda phargaan psahabatan antara blogger² dlm dRbuku ;) sape ek? dah 6000++ followers tau! bjanggut aku nak kejar tu..... hahaha :)) skali lg tima kacih utk blogger mia kerana sudi buat banner utk si d0d0l yg x bape nak d0d0l sgt nie :))

sila Like jika suka follow², dRbuku & banner:D

ISLAM pada pandangan penganut lain....

slain blogwalking, aku rajin gak fbwalking :p hehehe... so, ms fbwalking sana sini... terjumpa komen seorang pelajar perubatan yang merupakan penganut agama kristian di Sabah berhubung Hukum Hudud. agak tkezut jugak bl mbacanyer. komen yang agak mudah difahami. yang penting mudah diterima oleh bukan penganut Islam. TAPI umat Islam sendiri ramai pula yang menentangnya. 
klik untuk besarkan imej
bukan itu saja, di wallnya hampir penuh dengan 'dakwah' walaupun dia hanyalah seorang penganut agama kristian! subjek Islam adalah pilihannya di 'U'. semoga Alvaro Victor diberi hidayah & petunjuk ke jalan yang diredhai Allah SWT... insya'Allah! pandangan? positif!
kita yang lahir sebagai Islam pun 'malas' nak kaji pasal keindahan Islam. tapi bila Islam dihina, pandai pula melenting. kadang² aku sendiri 'malu' bila penganut agama lain mempertahankan Islam terutama hukum Hudud yang ditentang segelintir umat Islam itu sendiri. yg bkn Islam lebih bminat dgn Islam berbanding umat Islam. pandangan? positif & negatif!
aku sendiri akui masih byk yg perlu dperbaiki dlm hidup ini. 3 dekad blalu seolah² hanya sia² saja. tiada pengisian yg spatutnyer. hanya dunia smata². x kan nak tunggu kiamat dpn mata baru nak sedar. slain itu aku tjumpa gak video klip pasal sorang OKU di India kalo x silap aku la. video klip tu btul² buat aku mengalirkan air mata. bkn aku menangis kerana melihat OKU tu buat, tapi aku menangis kerana ape yg aku dah buat slama ini? pandangan?positif!
sll aku dgr, tiada manusia yang sempurna. tp adakah kita akan kekal tiada sempurna slama kite bgelar manusia? jika masih belum sempurna, sempurnakanlah sblm tlewat. lihat saja sekeliling kita, ape yg kita dpt lihat? kita sudah berada di penghujung zaman. tanda² kecil sudah terang, jelas & nyata. mungkin ada masa lg nak tunggu kiamat. tapi masihkan ada masa utk kita terus bnafas? andaikata tetiba ketika ini, saat ini... nyawa kita ditarik? bagaimana nak btaubat kalo dah lena didalam tanah utk slamanye? pandangan? negatif!
sumber: Sinar Harian 28.11.2011
inilah wajah sbnr umat akhir zaman. nauzubillah... smoga kita semua djauhkan sgala bala & malapetaka dariNYA. yg jadi malu bl gambar ini dirakam oleh seorang lelaki berbangsa cina! adoiyai! ntah la... aku mls nak komen lebih². cuma aku harap pihak berkuasa lebih agresif dlm amal makruf nahi mungkar. jgn tunggu Islam dihina baru nak melenting. pandangan? negatif!

1 Muharram a.k.a Ma'al Hijrah



Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarahIslam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
"Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah." Dr Mohd Asri [klik sini]


Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
dibaca selepas solat Asar pada 30 Zulhijjah
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

dibaca selepas solat Maghrib pada 1 Muharram
Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


"Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya ia akan dapati dibumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." surah an-Nisa' ayat 100
sumber: JAKIM, DrMAZA, WikiPedia, YouTube

kawen sudah kawanku...

TAHNIAH!



Selamat Pengantin Baru! selamat sudah akhirnya. pengantin lelaki & famili datang dr jauh.... Tawau, Sabah. pengantin perempuan & famili standby kat Bukit Mertajam, Pulau Pinang. hehehe... 
aku & aweq aku serta sorang rakan bertolak dr KL Sentral menaiki KTM menuju Bukit Mertajam lebih kurang jam 9:30 mlm tadi. tepat 5:30 pagi kt org pun smpi ke destinasi. adik pengantin jemput kt org menuju homestay... banglo 2 tingkat. terbaek! maklum ler, pengapit kan. layanan pun dah mcm pengantin. hahaha....btw, thanx kpd pengantin coz sponsor baju pengapit. hihihi...
lps solat jumaat, lepak2 kejap pastu bsiap sedia menuju ke Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq... lokasi majlis akad nikah. solat asar kejap pastu tunggu tok kadi lak. tunggu punyer tunggu, x smpi2 lg tok kadi nie. pengantin pun dah lupa skrip :)) hahahaha... lebih kureng jam 5 lebih, smpi ler tok kadi bersama motornyer :p gitu gini sign sana sign sini... blangsung ler majlis akad nikah jam 6 ptg. aku pulak yg gemuruh time tu. hahaha... sah sah sah sah...3 kali repeat akhirnya sah jd suami isteri! fuh! lega....
para tetamu dijemput ke rumah pengantin perempuan. jln2 cr makan :p mlm nie... kejap lg kt org nak merayau sekitar penang. aku follow aje. adios amigos! sblm tu jom cuci mata layan 3-4 keping gambar yg smpt aku snap guna hp cap ayam aku tu :p
dlm Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq

pengantin lelaki sempat bgayut :p
antara tetamu yg hadir...
tahlil dl... coz tok kadi dtg lmbt bebenor
sopan aje tok kadi nie menulis, aku pun rs bdebar2 :))
p/s: itu saje coretan kali nie, sori yg amat sgt coz kualiti audio video amat tak memuaskan. hp cap ayam kan....

homoSEKSual

Jangan biarkan sperma anda sesat tanpa arah tujuan!

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.
Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.
Homoseksual merujuk kepada perlakuan seks yang cenderung kepada sesama jantina. Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku.

Ayat 80 - 81, Surah al-A'raf (7), 
(80) "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: `Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?" (81) "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."

GengBlogger.com


spt biasa, aku curi² ms utk blogwalking sana sini. aku singgah kejap kat blog JustKhai.com coz dia br reply komen aku pasal domain/hosting.  pastu aku tertarik dgn entry dia yg dah stahun lebih tu "Orang Ada Blog, Dia Pun Nak Ada Blog. Tapi Sampah!". marah bebenor Khai pasal ade org plagiat hasil penulisannye tu :p hehehe... abaikan citer pasal Khai coz aku nak citer pasal GengBlogger.com [klik sini]. ape kaitan Khai dgn GengBlogger (GB)?
actually, aku dpt tau pasal GB nie pun mlalui blog Khai even entry tu dah stahun lebih. aku pun br register kat GB td. agak pening skit ms nak daftar coz interface agak bcelaru. register mlalui fb aje. slain tu mcm x de aje. memandangkan aku br join GB, so... nak jd juri x btauliah x leh lg la kan. kena amik ms gak. tunggu aku explore abis²an GB nie.
buat ms nie pandangan aku mengenai GB mmg zero, blank & blur :)) aku pun x paham apekebende ler GB nie. skali imbas, fungsinye lebih kureng mcm NetworkedBlogs. ntah... ye kot. yg aku tau GB tu salah satu port utk blogger² lepak smbl bkongsi citer dlm blog masing².
port lepak blogger nie bagus utk naikkan traffic blog memasing. ye la, bl dah jumpa geng blogger, mesti ade "aku follow ko, ko follow aku". kalo jumpa mn² port lepak blogger, jgn segan jgn malu... lepak aje. lepak kongsi citer, bkn lepak cr pasal tau.
tu aje ler aku nak citer ari nie. maklum ler dah 3 hari aku cuti bkursus. br ari nie masuk opis. otak tepu nak wat keje. nak update blog pun btepu² gak. so... aku bantai aje tulis pape yg tfikir dsaat² ini. hihihi....bosannyer ari nie! OK la, aku nak out dl. gaji dah masuk ari nie. sblm poket tebal mjadi nipis, baik aku undur diri utk bayar duit kete! duit duit.... dimana kau duit!

OKS reply twitter aku!

tetiba aku terpandang salah satu msg dlm inbox email aku. "Coach Ong Kim Swee (@OngKimSwee) replied to one of your Tweets!" jeng jeng jeng.... 


eh... btul la! @OngKimSwee reply twitter aku! @NajibRazak pun liat nak reply komen2 aku kat twitter dia :p maklum ler, komen2 aku agak pedas skit, konpem x layan la kan :D hehehe... lps aku check email, aku try check kat twitter aku lak. saje nak bg sedapkan ati. hihihi....




sah! mmg sah! tidak syak lg! sah OKS reply komen aku kat twitter :)) hahaha... x de idea nak wat entry ape ari nie. tu yg mlalut2 tu :)) tu saje entry aku pd ari nie :p sengal kan ;) mlm nie Harimau akan bdepan dgn Unta. aku mls nak layan, tp aku tetap SOKONG dr jauh. cukup ler jantung aku nak tcabut ms final ari tu :)) actually aku lebih suka layan final aje memandangkan aku agak kurang bminat dgn bola sepak nie. kaki bangku katakan :)) GOODLUCK Harimau! kasi baham la itu Unta. tompok tompok taik Unta. hahahha.... jom layan videk (Video Pendek) mengenai hubungan MALAYsia & INDONesia yg btajuk SatuSidji. renung2kan & selamat beramal :p peace yo!

sila Like jika suka mesej yg dsampaikan dlm videk nie

"They don't respect you, they dont't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen then you are cowards. You much teach them what being Malaysian is all about!" - kata2 semangat Ong Kim Swee sebelum Harimau Muda menentang Sang Garuda tempoh hari... 

Garuda terkam Harimau?

24 jam selepas sepak mula, akhirnya....
TAHNIAH HARIMAU MUDA!
tapi kenapa entry aku tajuk GARUDA TERKAM HARIMAU? hehehe.... actually aku nak refer balik berita yg aku 'peram' yg dikeluarkan oleh pihak Yahoo! News shari sblm final. maybe ada typing error tapi sbg brand yg agak femes tu, mmg sengal la diorang. terutama berita yg dipublishkan tu mbuatkan aku ketawa bguling2 :))
20/11/11 @ 4pagi (waktu Malaysia)
"Indonesia beat Malaysia in SEA Games football final". hahaha... tajuk aje dah bikin panas. suka ati nak buat 'ramalan'. bajet mcm bagus ala2 Paul, si sotong ramalan yg dah 'arwah' pd 26 Oktober 2010 pada usia 2 thn tu kot. huhuhu... dah ler berita tu kuar shari lebih awal menjelang final, buleh pulak tulis INDONesia kalahkan MALAYSIA :)) pelawak! pelawak! pelawak!  adakah ramalan benar belaka? tnyata ramalan meleset sm skali. kalo nak tgk berita tu, sila [klik sini]. itu pun kalo diorang blum delete lg berita sengal tu :p tp ms aku check td...diorang just ubah tajuk berita aje :)) kantoi! muahahaha....


ha! nie br betul! Harimau Muda baham Garuda! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! smpi serak aku jerit mlm td. tu pun last minute dpt tgk coz sblm tu aku ade ceramah kursus 8:30mlm - 10:30mlm. nasib baik ler game smlm agak pjg. so, smpt ler aku layan dsaat2 terakhir. 11 orang mampu mdiamkan 100ribu org di Stadium Gelora Bung Karno! Garuda dibaham Harimau Muda melalui sepakan penalti 4-3 slps terikat 1-1. Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebuttapi dlm 100ribu org penonton INDONesia nie, bkn sume perangai x btamadun. tp mcm biasa ler, kerana stitik nila, habis susu sebelanga. cer tgk status salah sorang fan Garuda slps pasukan bola sepak mereka dimalukan dhadapan penonton sendiri ditempat sendiri! malu nie!
"doa orang teraniaya pasti dikabulkan"
x pe la, buang yg keruh... amik yg jernih. tp aku tetap x kenan dgn perangai x btamadun diorang tu! muahahaha... btw, 2 org penyokong Garuda mati lemas ketika bsesak dlm stadium. takziah dr kami rakyat Malaysia. sblm aku mengakhiri coretan kali nie, jom layan VT edisi khas dr aku utk tatapan korang sume :)) muahahaha.... malu wei! saksikan detik2 kemenangan yg sempat aku rakam :)) sila abaikan sore aku yg sumbang mambang tu k. excited punyer pasal aku bantai jerit aje. puas hati garuda kena baham dgn Harimau Muda! Gooooooooool!!!

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!


Harimau Muda kena kalah

Harimau Muda kena kalah kan
Garuda Tua!

mlm nie final bola sepak. skali lagi pasukan Harimau Muda bakal berdepan dengan musuh ketat dalam & luar padang, Garuda Tua :p memandangkan aku ada kursus 3 hari mulai ari nie, maybe x dpt tgk kot. huhuhu... even bab bola nie aku agak kureng skit (nama player pun x kenal), tp Harimau Muda/Malaya tetap mjadi pojaan hatiku! x kira la korang menang ke kalah ke... x kan sesekali aku bpaling tadah dgn menyokong Garuda Tua tu :)) muahahahaha.... 
actually aku x kisah kalo Malaysia kalah. adat la kan ade menang ade kalah. kalo nak menang aje main sendiri la kan. TAPI kalo dgn INDONesia nie mmg aku harap 100% menang! aku akan keciwa skit kalo kalah dgn negara tak btamadun nie. dah ler Harimau Muda terpaksa naik BARRACUDA coz diancam keselamatan, yg terbaru pesilat Vietnam pun kena tibai? mmg konpem x btamadun diorang nie. x pcaya? jom tgk VT bwh nie....


betul x aku cakap? ntah ape2 ler mentaliti diorang nie. sumenyer nak dtibainyer. bikin malu aje. bodoh x leh diajar. ape pun x blh! abaikan pasal diorang tu. buang ms aje. sempena final bola sepak mlm nie, jom kita layan lagu rasmi Harimau Malaya... abg kpd Harimau Muda :p hehehe... dun wori, coming soon mesti ade lagu utk Harimau Muda lak. hehehe... yg penting Selamanya Sokong Malaysia!


ade bran? hehehe...
aku dah pernah post pasal lagu Selamanya nyanyian Ultras Malaya ft. Altimet, Joe Flizzow & Carleed Khaza. nie. korang leh tgk lirik dia kat post sblm nie [klik sini]. sblm tu sila la donlod mp3 lagu tersebut secara percuma [klik sini]. Harimau Muda Boleh! Malaysia Boleh! (cer korang gugel pasal tagline INDONesia BISA... diorang yg maling :p)
Harimau Muda
klik LIKE kalo suka aku bebel pasal nie :p

komen BIRU + LINK di facebook?

eh...eh...eh... bkn komen yg biru yg lucas mcm ulat beluncas tu tau. nie teknik utk buat komen kite tu, tulisannyer kaler biru. hehehe... kodnyer senang aje. buleh dgunakan dmana² saje asalkan dlm pesbuk! dan ini mmg sgt² sesuai utk bloggers yg nak promote fanpage mereka secara tak langsung. wah....menarik, tapi mcm pelik. hahahaha...
pernah x korang nampak kengkawan update kat status suruh masukkan kod mcm nie @+[123456789:0] pastu suruh buang + dan tekan enter? pastu automatik kuar la mcm² ayat. pernah kan? aku pun pernah;) ramai member yg buat mcm tu. biasanye hasil yg kuar adalah ayat² suci alQuran dsbnya. bl masing² dah dpt hasil, masing² ckp 'subhanAllah..', 'kuasa Allah SWT', dan mcm² lg la ayat yg lebih kureng mcm tu. aku bkn nak mptikaikan ayat² yg diorang tulis tu. bagus tau mulut kita sentiasa memuji kebesaran Illahi. tp biarlah btempat.  jgn main redah aje. silap hb leh jd kurafat sbb pcaya sgt dgn benda² ajaib buatan manusia nie. cuba tgk gambar dibawah nie. dah biasa nampak kan? mesti korang pun tjebak skali kan kan kan...heheheh :p

kod² yg dmaksudkan...
aku pun hampir² tbuat gak. tp aku sempat kaji la cam ne leh jd mcm tu. aku tgk member aku wat. pastu aku cuba buka salah satu tulisan biru (link). cuba tgk pic bwh nie.

tulisan biru (link)
sbg contoh, aku buka link I ♥ ALLAH...
http://www.facebook.com/pages/I-ALLAH/75497391389
cer tgk url pesbuk tu. so...dah dapat jawapan! actually x 'ajaib' pun. apabila kita taip @[75497391389:0] akan mhasilkan I ♥ ALLAH. nampak x? fungsinye spt 'tag'. actually.... mmg 'tag' pun tp ini mgunakan ID facebook. ID nie kite boleh tgk sm ade kat profile atau fanpage yg belum disetkan username. korang punyer fb pun ade ID ler. kalo aku x add fb korang pun aku still leh tag korang. hahahaha.... cam ne ek? nanti aku bgtau lain kali k. janji :p
kesimpulannya @[75497391389:0] adalah sm dgn @I ♥ ALLAH. dah pahamkan. so, jgn pcaya sgt slagi x mkaji OK. takut tkurafat scara x sengaja. nauzubillah!

klik untuk besarkan gambar
berbalik kpd tajuk entry kali nie (tadi baru mukadimah), mcm mn nak buat tulisan biru + link kat komen pesbuk? cuba korang klik gambar kat atas nie. nampak x tulisan biru tu? tulisan tu bukan 'tag fanpage'. tulisan tu just tulisan aje tapi kaler biru & ade link ke page yg kite kehendaki. lebih kurang mcm letak link kat tulisan tu ler. hahaha... aku nie bab buat ayat mmg failed skit. sori k. kalo tgk pd gambar atas tu, mcm senang aje. mmg senang giler bl dah tau kod la. kalo x tau kod mcm mn nak senang kan. hihihi... caranya masukkan kod + teks, pastu enter. ---> @@[0:[ID:0:TEKS]] <---
@@[0:[244552995585851:0:saya seorang blogger! saya suka blogging!]]
cuba korang taip balik kod atas nie kat status pesbuk korang. pastikan jd mcm nie kat pesbuk korang k!
saya seorang blogger! saya suka blogging!
tapi ayat tu...ikut korang la nak taip ape asalkan korang bahagia. hehehe... kod nie tpakai kat mn² pun sm ade kat status korang atau pun status member korang. cuba kena rajin taip kod aje ler even ayat pendek aje. hihihi... itu saje aku nak kongsi ari nie. nanti aku kongsi cam ne nak dapatkan ID pesbuk...profile/fanpage. selamat mencuba!
hujan lebat pulak dah kat luar sana.... tkandas aku kat opis nie smpi mlm agaknyer :((
klik LIKE kat bwh nie kalo suka ape yg aku kongsi nie :p tQ

Selamanya Harimau Malaya... Sokong Malaysia!


SELAMANYA - Ultras Malaya ft. Altimet, Joe Flizzow & Carleed Khaza

jom kite nyanyi ramai2 bg semangat kat pasukan negara kite! hey le le le le le le la... oohh, oohh... hey le le le le le la... Aaahh, aaahh... sungguh best lagu nie ;) i like it! jom nyanyi! sumbang pun sumbang la! muahahaha...


selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!

hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh

harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya
harimau malaya

hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh

inilah tanah tumpahnya darahku
negara pasukan biarlah hanya satu
harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju
harimau kami cekap gelecek
pertahanan lawan tumbang sederet
bila turun padang berumahkan gelanggang,
kalau berani mari bersandang

selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!

hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh

harimau malaya
harimau malaya

semua berlari hingga tiada keringat,
gol pertama untuk negara
kedua untuk pingat
bila atas padang main tak ingat,
tiap hantaran kemas
tiap gerak ligat
pernahkah ada harimau yang jinak
jawapannya tidak
semestinya lincah
penyokong ke stadium beranak-pinak
untukmu Malaysia kami ceria

selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!

hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh

harimau malaya
harimau malaya

hey, nari kita, semangat
hitam kuning terpahat
mari kita berjuang,
tempur berperang di padang
sekali lagi, maju lagi,
serang lagi, gagah berani sebati
tidak gentar
tenang, dengar sorakan gemilang,
harimau malaya pasti menang!

selamanya, selamanya,selamanya,
harimau malaya!
selamanya, selamanya,selamanya,
sokong Malaysia!

hey le le le le le le la
oohh, oohh
hey le le le le le la
Aaahh, aaahh

harimau malaya
harimau malaya


semangat wei! walaupun aku nie x bape minat bola, tapi aku sokong giler ngan Harimau Malaya / Harimau Muda & Manchester United. hahahaha... sempena musim Harimau Malaya mengaum jom muat turun mp3 secara percuma [klik sini] dan set kat hp korang sbg ringtone! ade bran? hihihi....

tQ to ERAfm utk sumber2 yg dberikan :p klik LIKE kat bwh nie kalo suka lagu nie :p

tipah tertipu lagi!

Gores & Rugi
haaiiisssshhhhh! br aje aku update pasal gores & menang 2 hari lps [klik sini], dah ade lg sorang kena kencing! kali nie kena kencing rm2ribu. nasib baik bkn rm2juta mcm sblm nie kan. rm2ribu pun duit gak! sabo aje ler. x kira la melayu ke, cina ke, india ke, serani ke... kalo dah bebal mmg senang kena tipu. 'pengalaman mendewasakan aku'. aku mmg benci giler dgn penipu terutama bl libatkan duit nie.
insiden kali nie blaku di selatan tanah air. sorang nenek berusia 60 thn kena kencing dgn aweq muda berusia 20an thn. nenek nie menang rm150ribu. TAPI dgn syarat kena byr rm6300 sbg cukai. cukai pekejadahnyer? dah menang leh pulak kena caj cukai. dsbbkan masih x mcukupi, nenek nie disuruh wat personal loan sbyk rm6ribu. peerrrggghhhh.... mmg giler babeng diorang nie. buleh pulak suruh customer pinjam duit! mmg hawau diorang nie. agaknyer dah tdesak, company tu amik gak rm2ribu tu, manakala nenek tu cuma dpt ketuhar x bjenama yg ntah bape nilainyer. alahai nenek, rm2ribu tu leh beli ketuhar brand antarabangsa tau!
namun, company tu tabur janji palsu dgn mengatakan akan bg batu jed korea bnilai rm12ribu jika nenek tu bg rm6ribu! nasib baik last minute nenek tu 'bijak' & buat laporan polis. kalo x melayang duit rm2ribu + rm6ribu = rm8ribu! dapat ketuhar aje? muahahaha.... gelak2 gak, tp jgn abaikan peringatan nie OK!
Boi Ing Sooi @ Ooi Geok Eng, 60 (Tebrau, JB)

Harimau Muda naik Barracuda!

Kenderaan Anti Huru Hara
kalo korang nak tau, itu ler 'kereta kebal' yang terpaksa dinaiki oleh pasukan bola sepak negara setiap kali berkunjung ke Indonesia. ini bukan kali pertama. sblm nie pun ade gak. puak² Indon nie mmg anti giler babeng dgn org kita. ntah ape ler masalahnyer.
insiden terbaru adalah slps perlawanan mlm td antara Harimau Muda dan Garuda Tua. hehehe... memandangkan harimau berjaya membaham garuda, penyokong garuda x puas ati dgn kekalahan tersebut. kalah ditangan musuh ketat. mereka dah standby disetiap pintu kuar stadium smbl melalak mcm beruk dgn melaungkan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya"dll. ntah ape² ler diorang nie. 
'kereta kebal' Barracuda
memandangkan situasi ketika itu agak kritikal, akhirnya skali lg pasukan kita dbawa kuar dgn menaiki 'kereta kebal' Kenderaan Anti Huru Hara atau lebih dkenali dgn nama Barracuda! smpi mcm tu skali teruknyer perangai puak² Indon nie kan.
kita aje masih bsopan santun bl diorang dtg ke sini! tp x pe... skurang²nya itu mbezakan kita dgn mereka yg x btamadun! biarlah mereka dgn perangai beruk mereka. kite dgn sikap manusia yg btamadun. Malaysia Boleh! Harimau Muda Boleh! Harimau Malaya Boleh!
Indon? ape pun x blh! muahahahaa....

15 perkara sebelum bala

Imam al-Tirmizi meriwayatkan sepotong hadis yang panjang daripada Rasulullah SAW berkenaan keadaan manusia akhir zaman. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, maka mereka akan ditimpa bala."
Ada orang bertanya: "Apakah perkara-perkara itu wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab:
  1. Apabila harta negara dibolot oleh satu golongan sahaja
  2. Amanah dianggap peluang untuk mengaut keuntungan duniawi
  3. Membayar zakat dianggap satu kerugian
  4. Lelaki patuh kepada isteri
  5. Lelaki derhaka kepada ibunya
  6. Mengutamakan kawan
  7. Menjauhkan diri daripada bapa sendiri
  8. Meninggikan suara di dalam masjid (bertengkar dan gelak ketawa duniawi)
  9. Pemimpin dipilih daripada kalangan orang yang hina dan jahat
  10. Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya
  11. Ramai orang meminum arak
  12. Ramai lelaki yang memakai sutera
  13. Penyanyi perempuan digemari
  14. Alat-alat muzik digemari ramai
  15. Orang yang kemudian daripada umat ini melaknat generasi terdahulu

"Apabila berlaku perkara-perkara ini, maka tunggulah ketibaan angin yang panas ataupun gerhana ataupun suatu perubahan yang besar." (Riwayat al-Tirmizi, No.2210)
Disini, terselit satu pengajaran tersirat iaitu kebenaran risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Walaupun perkara ini diungkapkan lebih 1400 tahun yang lalu , ia terbukti benar-benar menjadi realiti.

Garuda Tua dibaham Harimau Muda



"ha! nie makan dia! nie makan dia!", kata seekor harimau sambil meluku kepala seekor burung garuda yang sombod itu."
 #sombod = sombong + bodoh

Amukan Gores & Menang

kan dah kena 'gores' kat muka!
hahaha... kan dah kena! padan muka! tu ler... sape suruh tipu org lg. x pasal2 kena 'gores' kat muka smpi bdarah :)) yg bwh meja tu wat pe? tau takut :p nanti aku up lg gambar2 yg menarik k. credit to MyNewsHub [klik sini] atas info2 nie.
menurut info yg tdapat di MNH, insiden ini berlaku di Kepong smlm. nie bkn cobaan.... nie btul2 punyer. bkn lakonan smata2 k.yg kena tibai tu adalah staff company gores & menang. yg tukang tibai pula mangsa gores & menang. molek bebenor ler tu. br tau langit tinggi ke rendah.
actually, insiden nie (snap gambar) x drancang pun. kebetulan PPIM & CRTF dtg utk diskus dgn company tbabit bhubung aduan penipuan gores & menang nie. tu yg dpt snap beberapa gambar sewaktu misi tibai-menibai puak2 penipu nie.
dikatakan yg kena tibai lebih kureng 5-6 org aje berbanding tukang2 tibai seramai 10-15 org! hahaha.... lunyai x lunyai la kena tibai kaw kaw punyer. aku tgk gambar pun ade yg mcm koyak mata aje :-ss yg tukang2 tibai nie mengamuk sakan coz diorang dah kena kencing sbyk rm2juta! peerrrgggghhhhh! bkn rm2 beb! rm2juta tuuuuuuuuu.......
yg penipu tu mmg la dah sah2 keje menipu org. masalahnyer yg kena tipu nie... nape mudah sgt kena tipu? smpi rm2juta tu??? giler weiiiii..... ape yg korang gores & menang smpi bjuta2 hinggit tu? konpius aku! kot ye pun nak kaya cepat, berusaha lebih skit... bkn ikut shortcut. jd mcm nie ler...kaw kaw kena cut! dua2 bsalah, baik yg menipu, baik yg ditipu. aku rs dr dl lg dah diwarwarkan yg gores & menang nie byk tipu org. nape nape masih pcaya lg? isk isk isk...
so... lps tgk pic nie, dharap jgn la tertipu lg k. tipah tertipu! jom layan.....zasssssss...
akuarium dipecahkan....
kad gores & menang agaknyer
skit aje tu...
ape nie tayang montot x_x
cer teka diorang kena sound ape?
“Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,”
# untuk berita penuh di MyNewsHub sila [klik sini




cuaca dalam gMail?

cuaca dalam gMail? ape tu? x pernah dgr pun. tp maybe ade yg pernah dgr. aku pun dl x pernah dgr. tp budak opis aku yg bnama 'anne yg cantek' bgtau aku pasal tu :p hihihi...
tenang sungguh cuaca hari nie :p
cer tgk pic kat atas tu. itu adalah gambaran cuaca dlm gMail aku pg td. yup! pg td cuaca molek² belaka. hehehe... maklum ler smlm dah hujan lebat giler smpi banjir. tp tmpt aku x banjir la. so, kpd yg x tau...dlm gMail ade fungsi utk maklum kat kite pkembangan cuaca semasa. bkn ramalan cuaca tau. kalo ptg nanti hujan lebat, so cuaca dlm gMail pun akan btukar secara automatik mengikut cuaca tersebut. kadang² lmbt loading...kena refresh la. depend kpd connection gak. cam ne ek nak buat? mula² korang daftar kat gMail [klik sini]. tp kalo dah ada blog konpem la ade gmail kan terutama yg guna blogspot tu. 
options > mail settings > themes
lps korang buka setting utk themes, korang cari pulak theme dlm kategori classic. dlm classic, korang cari pulak theme 'tree'. bak kata hazama, "tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang.." hahaha....
theme tree
lps dah pilih tree, korang kena pilih jenis tree lak. hehehe... x de la. gurau aje :p korang kena set lokasi kat mana.
lokasi bandar
korang taip aje ape² nama bandar merujuk kpd lokasi korang. sblm tu pastikan korang pilih country/region sbg Malaysia. jgn set negara lain pulak. hehehe...sistem akan automatik detect nama bandar yg korang taip tu. kalo betul dari segi ejaan akan kuar simbol 'right'. kalo salah, akan papar msg "abcde is not a valid city". sudah setting? pastikan save. pastu tgk la hasilnyer. hihihi...pastikan korang sentiasa alert dgn cuaca semasa k. br nampak perubahan dlm gMail tu nanti.

update jam 5:30 pm....
hujan lebat ribut petir buat aku tkandas kat opis :((
aku br try theme tree, yg lain lum try lg. so, x tau fungsi² stiap theme tu. rajin² ler try ek :p

Anak Luar Nikah a.k.a Anak Haram

mengucap panjang aku bila baca laporan berita hari ini. ape nak jadi dgn dunia skrg? ape nak jadi dgn Malaysia skrg? Negara Islam ke mcm nie?
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial. Enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.
utk tempoh 2 thn saja, jumlah anak luar nikah mcecah 152,182 orang! ini bermakna secara purata utk shari seramai 208 anak luar nikah dilahirkan! itu br 2 thn. bagaimana pula dgn thn² sblm nie? bagaimana pula dgn jumlah yg tidak direkodkan? pada tahun 2000  hingga 2009 jumlah anak luar nikah seramai 257,000 orang! saban hari kelahiran anak luar nikah semakin meningkat! Astaghfirullah! nape makin teruk manusia zaman skrg nie! semakin maju teknologi, semakin mundur mentaliti. secara keseluruhan, Malaysia tidak layak lagi menjadi Negara Islam. terlalu byk lg yg perlu diperbaiki. Negara Islam hanya kerana majoriti umat Islam tidak mbawa ape² makna jika Ad-Din tiada dlm diri masyarakat Islam itu sendiri terutama pemimpin² yg memimpin jutaan rakyat ke arah kebaikan yg diredha oleh Sang Pencipta!
inilah bahana seks bebas! yang hidup dilabelkan sbg anak luar nikah. yang tidak bernasib baik, dibuang merata² tempat & dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. dimana sifat kemanusiaan dalam diri manusia itu sendiri. binatang pun sayangkan anaknya. adakah manusia kini bersifat kebinatangan & binatang bersifat kemanusiaan? Nauzubillah!
Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorang pun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.
Gejala sosial smakin menjadi². nak cegah, tapi pusat² hiburan disko/pub masih beroperasi shingga subuh. padahal kat situ punca keruntuhan moral/akhlak remaja skrg. perempuan, dadah, arak, judi... sume ade kat dalam tu. minum arak hukumnya haram, tapi kenapa masih gah lagi kilang Carlsberg di Shah Alam tu? judi pun haram, tapi pusat kasino di Genting Highland seolah² kebal. begitu gak dgn rokok yg dihukumkan haram. kenapa masih dijual lagi rokok secara terbuka? kenapa tidak tutup terus kilang² rokok? mat rempit atau pun samseng jalanan. marahkan mereka sbb bawa motor laju & mbahayakan keselamatan org lain. tapi kenapa tidak dihad kelajuan pada motor tsebut, sbaliknya hadkan kelajuan pada jalanraya. begitu gak dgn lain² kenderaan. lambakan filem berunsurkan seks pun bsepah². film kita ape bezanya? dibuat atas nama kesedaran kpd remaja².
bagaimana kita nak membendung sesuatu masalah jika kita tidak cegah dari akar umbinya? mmg tlalu sukar utk membendung masalah drpd terus merebak krn tiada sekatan diawal kewujudan masalah tersebut. bl virus dah menular ke dalam, penyakit btambah kritikal... baru thegeh² mcari penawar.
ini bukan isu anak luar nikah semata². ini mengenai sgala aktiviti keruntuhan moral & akhlak seseorang individu. pemimpin sendiri seolah² tidak ambil peduli & tiada inisiatif utk bsama² menangani masalah² yg blaku. hal dunia lebih penting dr sgalanya. begitu juga dgn kita sbg rakyat yg seolah² tutup mata. spt sudah menjadi kebiasaan apabila blaku dgn kerapnya.
sejak dari bangku sekolah kita diajar sejarah dunia. begitu juga dgn hiburan dunia. apa saja dr barat diangkat sbg role model utk perkembangan minda anak². siapa presiden amerika? sume org kenal. siapa michael jackson? sume org kenal. adakah anak² generasi skrg kenal siapa tokoh² Islam pada zaman dahulu? adakah anak² generasi skrg tau kebanyakkan saintis barat mcedok penemuan saintis Islam terkemuka suatu ketika dahulu? remaja² skrg lebih seronok meraikan Valentine's Day walaupun mereka tau ape yg blaku dsbalik perayaan tersebut. tapi bl meraikan perayaan² Islam... ala kadar aje. mcm x penting. sgalanya yg penting adalah dunia smata².
utk mlayakkan seseorang melanjutkan pelajar atau pun mendapatkan pekerjaan, seseorang perlu wajib/lulus subjek BM & BI. maybe Sains & Matematik. tapi Pendidikan Islam? x penting ke? Pendidikan Moral? x penting gak ke? disekolah mcm² buku teks ada. tapi dimana Al-Quran? x penting lg ke?
hiburan kite kian melampau². artis pun tanpa segan silu berpakaian seksi. sosial mmg jauh ke laut. tapi segelintir remaja masih mengagung²kan hiburan dunia. majalah² hiburan bangga dgn gambar artis seksi utk lariskan jualan. majalah² fesyen bangga dgn acuan barat yg dedah sana dedah sini. dimana fungsi JAKIM? kenapa tidak dinaiktaraf sebagai satu kementerian utk mengawal secara mutlak urusan hal ehwal Islam tanpa dicemari dgn anasir² luar yg x spatutnye.
salah siapa? pemimpin? masyarakat? ibubapa? atau kita sendiri?
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)
“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)
Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu.”

Sumber: Anak Tak Sah Taraf Mengikut Syara' [klik sini]

Ya Allah Ya Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Mu , Kau yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Kau berikan. Aku kembali kepada-Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa kecuali-Mu Ya Allah.