Out There We Are One

@JPNM_Official #PerlembagaanPersekutuan Perkara 24: Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.



Perkara 24: Pelucutan kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.

(1) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan) maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(2) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

(3) (Dimansuhkan).

(3A) Tanpa menjejaskan keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan politik di sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan penggunaan yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan bagi maksud Fasal (2), seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan* oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud Fasal ini—
(a) memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui; atau
(b) menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan, hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu. 
(4) Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.

Sekadar Gambar Hiasan



#CNY di Taiping, Perak

malam tadi famili aku tiba dari Johor. Alhamdulillah selamat tiba. seperti yang dirancangkan, pagi nie kami akan bgerak ke Taiping, Perak. bukan nak celebrate #CNY pun kat sana. tapi nak singgah rumah adik aku no.3. lg pun dah lama x jumpa anak buah aku tu. rindunyer nak gomol2. hehehe...

adik aku tu dpt transfer ke PD,N9. jumaat depan kena lapor diri kat sana. sok sempat la singgah umah dia. lg pun nie 1st time dtg umah dia. kira last time gak la sblm diorang bpindah.

actually bkn skadar singgah aje. plan nak mandi manda kat Sunway Lost of World Tambun. kiranya mcm family day la nie coz sume ade.

ok la... masa dah time utk bsiap2. bilik air 1 aje. yg nak mandi 8 org. sabo aje ler... hehehe :D

semoga kami tiba ke destinasi dgn selamatnya...amin. harap2 x jln x jem. maklum ler, #CNY katakan. adios amigos...

Beli Tiket Online @ Sunway Lost World of Tambun


Alhamdulillah... tiket ke Sunway Lost World of Tambun di Perak berjaya dibeli secara online. Kiranya ini family day coz lebih kurang 12 orang akan bmandi manda minggu depan yang kebetulan jatuh pada hari cuti Tahun Baru Cina. Mesti ramai giler orang datang mandi. 

Transaksi pembelian tiket secara online

RM346.65. OK ler tu harga untuk 12 orang termasuk 2 org anak buah aku yg masih kecil. Lagi pun masing2 baru dapat BONUS. so, skali skala nak berfamily day apa salahnya. bukan dgn org lain pun. Pelan asal nak melawat adik aku yg menetap di sana. Alang2 dah ke sana... singgah ler mandi manda. Pakat adik-beradik utk sponsor spenuhnya utk mak & ayah. Kiranya mak & ayah just follow aje bw diri :D hihihi...

Lokasi dalam Pakej Tiket

Kalau ikutkan pakej untuk tiket yang aku beli tu, termasuk ke Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Tin Mining dan Hot Springs & Spa. Sempat kot nak merasa semua tu dari jam 10 pagi hingga 6 petang? hehehe... Lupa nak bgtau, tiket tu sah 30 hari saja mulai tarikh pembelian :p

Sunway Lost World of Tambun

OK... ada masa 7 hari lagi sebelum konvoi bramai2 ke Perak. Sblm tu, famili aku konvoi dulu dr Johor dan bmlm shari sblm btolak keesokkan harinya. Harap semuanya berjalan dengan lancar... insya'Allah.

Peta Tambun
Beli tiket secara online DI SINI

#SayNoToValentinesDay - February 14


FEBRUARI menjelma kembali. Bukan untuk mengingatkan, tapi lebih kepada peringatan. Bukan sekadar nasihat, tapi lebih kepada amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT dan RasulNya, Nabi Muhammad SAW kepada kita sebagai khalifah di bumi Allah SWT. Jangan berputus asa dalam menyampaikan dakwah (sahih) walaupun kita bukan pendakwah.

Sabda Rasulullah SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Jika anda sayangkan Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan Islam... jauhilah perkara yang dilarang lagi dibenci. Mudah2an kita mendapat keredhaan dan keberkatan dalam hidup yang sementara ini. Insya'Allah.

Aznil Nawawi @AznilNawawiHM kini bergelar Datuk - @501Awani


sumber: Astro Awani