Out There We Are One

LAKI-LAKI : aku seorang diri, sendirian!


lepas tbongkang shari suntuk dek kepenatan bmandi manda, ditambah pula dengan wifi aku yang problem, aku terus terjah panggung wayang mlm td lebih kurang jam 8:30mlm. memandangkan kepala hotak tgh serabut, so aku beli tiket citer lawak LAKI-LAKI.

smpi aje kaunter aku terus tanya ade seat kosong lg x citer LAKI-LAKI? pekerja tu pun check. belum ade org beli lg encik, katanya. dlm hati aku, maybe awal lg kot. sbb tu lum ade org beli lg.

memandangkan ade 2 jam lg, aku pun lepak kedai makan kat Old Town White Coffee. motif? sbb ade wifi free. hahaha... aku x tau nape line aku x leh connect.  smpi skrg x leh connect.  x kan dah overlimit kot. aku pun dah email kat pihak bkenaan suruh setelkan line tenet aku tu scpt mungkin. memandangkan niat aku nak lepak lebih kurang 2 jam, aku pun order Nasi Kukus Ayam Halia yg amik masa hamper stgh jam utk dimasak. pastu aku order roti sapu krim cekelet. mmg aku makan sopan giler sbb nak abiskan masa smpi kedai tutup. hehehe...

slps hampir 2 jam aku tcongok dlm kedai makan tu, aku pun terus masuk ke panggung wayang. jeng jeng jeng.... aku sorang² aje? pergh... nie la 1st time aku tgk wayang sorang². lyn wayang sorang² tu pkara biasa, tp kali nie aku betul² sorang dlm wayang! mn yg lain? nasib baik la citer lawak, kalo citer seram nie ntah mcm mn ler kan. dah ler gelap gelita. hohoho...


nampak tak kaki aku tu? hahaha... duduk mcm BIG BOSS dlm wayang sbb sorang² kan. hehehe...sori ler sbb gelap gelita. aku masuk pun gelap, keluar pun gelap. maybe sbb aku sorang², diorang malas nak on lampu. sabo aje ler...

pssttt...citer nie better buat drama drpd filem. patut ler x ramai org tgk. x de ler best mn pun. just kelakar gitu² aje. nasib ko la David Teoh oii...

Program terakhir untuk tahun 2013!


curi masa jap. sibuk bebenor aku dibuatnya. kejap lagi dlm beberapa jam, aku dan kengkawan² opis akan jenjalan di Melaka. nie last aku merayau stakat 2013. penat wei! destinasi kali nie di A’Famosa Resort Malacca. tido smlm kat sini sblm bmandi manda di Water Theme Park sok pagi. dah 2x aku mandi kat sini. sblm nie ngan family. malam nie ada sesi melantak sempena student last kat sini. kalau tak silap aku ler. so, segala kos ditanggung oleh student dan juga duit kelab. dah hujung thn nie, kasi perabih saki baki duit kelab. dianggarkan lebih kurang 80 org akan havoc kat sana termasuk lebih kureng 60 student. spt biasa, skali lg aku jadi kelindan a.k.a co-pilot memandangkan x cukup driver. mlm td dah siap beli dvd karaoke & muvi. leh la layan nanti. pape hal nanti aku update k. byk giler entry yg aku KIV. pergh.... Ahad nie aku mesti publish sgala entry sblm aku kehabisan idea utk menulis lg. sementara tu, sila layan bebelan aku kat twitter aje tau. adios amigos! 

Aku sibuk! Giler punyer sibuk!


hampir sebulan aku tak update blog. serius aku sibuk. tak sempat nak perah otak buat ayat dalam blog. bahan dah ada, cuma masa agak terhad. setakat pot pet kat facebook & twitter aje ler. aku akan cuba update sebelum penghujung bulan nie. sempat ke? banyak giler aku nak update nanti. arrggghhhh.... insyaAllah.
"KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH BAPA SEPANJANG MASA."

Tudung Merah Biru (JDT)


selepas hampir sebulan aku tempah, akhirnya siap juga tudung merah biru (JDT). memandangkan aku dah kerja kat Johor, warna tudung haruslah merah biru. hahaha... 

aku tempah tudung nie pun untuk pelatih² dan juga kakitangan di opis asempena majlis konvokesyen yang akan berlangsung awal bulan depan. tapi kenapa aku yang kena tempah. jangan banyak tanya. symp aje. hehehe...

yang penting time tu aku jadi emcee. buat pertama kali aku jadi emcee untuk majlis yang agak grand. rosak majlis. hahaha... tapi tak pe, belum cuba belum tau. so, eden torai ajo la. yg penting teks ucapan disediakan. 

tudung nie akan smpi pada hari Jumaat nie memandangkan ramai yang liat nak bayar duit tudung. nanti aku upload lagi gambar tudung.

harga tudung yang ditempah khas (jahit sendiri) ini adalah RM28 saja. tapi kena beli bundle kalau nak dapat harga nie. kalau beli sehelai, harga cecah RM35 kot.

Program Rumah Idaman Rakyat oleh SPNB

Pembeli adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7,500 sebulan atau pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. Keutamaan diberi kepada pembeli rumah pertama, golongan kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal.

Disarankan PM @NajibRazak seragamkan hari bekerja Ahad - Khamis untuk semua negeri.


“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.” - Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (22 November 2013)

Alhamdulillah! Akhirnya Johor kembali cuti minggu pada hari Jumaat & Sabtu mulai 1 Januari 2014. Terima kasih DYMM Sultan Johor yang berkenan untuk mengembalikan semula cuti tersebut yang pernah dibuat sebelum tahun 1994 (kalau tak silap).

Setakat ini, cuma negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah saja yang melaksanakan cuti minggu Jumaat & Sabtu. Actually, aku setuju & sokong 100% pelaksanaan cuti minggu ini, terutama hari Jumaat... Penghulu Segala Hari.

Sekurang²nya, kaum Adam sempat mandi sunat hari Jumaat sebelum melangkah kaki ke masjid untuk mengerjakan Solat Jumaat. Dapat pahala. Selain itu, tiada alasan untuk 'tertidur' ketika mendengar khutbah solat Jumaat. Pahala lagi. Selepas imam memberi salam, tak perlu kelam kabut start enjin. Boleh temankan imam mengaminkan doa² sehingga selesai dan bsalaman dengan imam & jemaah yang lain. Dan pahala lagi. Nampak tak berapa banyak pahala boleh kumpul disebabkan kita memberi penghormatan kepada Penghulu Segala Hari?

Sebagai umat Islam, jangan pula kita mempertikaikan kenapa perlu cuti hari Jumaat. Syukur Alhamdulillah. Mungkin agak sukar untuk berurusan apabila waktu kerja/cuti tidak sama di kebanyakkan negeri, terutama di Putrajaya yang menjadi pusat rujukan bagi segala urusan negeri² lain. Memandangkan cuti ini dibawah tanggungjawab negeri masing², mungkin PM boleh memanggil semua MB² dan juga KM² untuk duduk berbincang berhubung penyeragaman cuti minggu Jumaat & Sabtu secara keseluruhan.

Tetapi, buat masa ini, selesaikan segala urusan kerja pada hari Isnin - Khamis, dimana semua negeri bekerja pada hari tersebut. Kalau dah tau, sesetengah negeri cuti hari Jumaat dan juga Ahad, jangan pula kita tunggu hari tersebut baru sibuk nak buat kerja. Gunakan apa yang ada, jangan cari yang tiada. Betul tak?

Lebih kurang 5 kali Jumaat sebelum rakyat Johor dapat menikmati cuti minggu secara rasminya. Aku sendiri tak sabar walaupun buat masa ini agar sukar memandangkan wife aku masih bekerja di Putrajaya. Dengan hari bekerja/cuti tidak sama, kemungkinan perlu ambil cuti rehat jika nak berjumpa tak kira sama ada aku turun sana, atau dia turun sini. Maklumlah, tahun depan cuma hari Sabtu saja yang sama² cuti. Agak padat dan kelam kabut. Buat masa sekarang, dia masih bercuti di Tawau, Sabah. Saja aku suruh dia balik kampung sebab tau dia bosan duduk seorang diri. Kebetulan adik dia dapat masuk Politeknik Sandakan, Sabah. Bolehlah dia uruskan segala. Aku macam biasa. Pandai²lah nak hidup. Rasanya dah sebulan tak jumpa. Maybe lebih.

Minggu depan, 30.11.2013 ada family day di Melaka. Aku dan adik² aku pakat nak celebrate Ulangtahun Perkahwinan mak ayah aku yang ke 34 tahun. Lepak homestay dan mandi manda di A Famosa Theme Park. Kebetulan semua free, memang best bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. Jumaat malam aku pick up wife aku di Putrajaya sebelum bertolak ke Melaka pada Sabtu pagi.





Google Nexus 7² dah boleh kemaskini Android 4.4 KitKat


pagi² nie tablet aku dok upgrade sistem. memandangkan Google Nexus 7² nie milik Google yg juga owner kepada Android, cepat gak la tablet aku dpt update ke Android 4.4 KitKat. simbol android yg baru nie pun mmg sejibik mcm cekelet kitkat. memandangkan aku cuti ari nie, nanti aku godek² tablet nie. nak tgk gak pbezaan slps update sistem. mcm sm aje. mcm x sm aje. hp aku HTC Desire 600 aje x leh nak update ke sistem baru lg. maybe sbb HTC bkn Google punya, so lmbt lg kot dpt update tu. guna aje ler JellyBean tu :p huhuhu...

























































Integrasi blog ke media sosial sangat mudah dengan @IFTTT



sebelum ini aku guna Networkedblogs (klik sini) untuk mewujudkan rangkaian integrasi antara blog, facebook dan twitter. dimana setiap kali aku update blog, secara automatik akan publish di facebook (fanpage) dan juga twitter. selain itu, byk lagi media sosial yg boleh dikongsi blog. byk pilihan yg boleh dibuat.

tapi sejak kebelakangan ini, macam lambat aje... macam lambat aje... maksud aku lepas 2-3 jam aku update blog, barulah Networkedblogs publish kat facebook dan twitter aku. adakalanya macam tak publish langsung. tapi skali dua aje la. aku sendiri pun tak tau nak setting mcm mn lagi. dah abis aku godek sana sini.

pastu tetiba tgerak hati aku nak tanya amanz.my di twitter memandangkan beliau pakar IT. dalam tempoh sejam, beliau pun mberi respon IFTTT If This Then That. blur seketika. tapi malas nak tanya banyak. beliau dah respon pun dah cukup baik. aku pun terus gugel untuk mencari makna disebalik IFTTT yang dimaklumkan oleh Amanz.my

gugel punya gugel, aku pun jumpa laman sesawang IFTTT (klik sini). mula² agak pening gak aku nak setting mende alah nie. serius aku pening. dah mcm code programming lak ada if bagai. hihihi... tapi aku explore lagi setiap ceruk dan paham skit².

apa yang boleh aku bgtau, sangat mudah gunakan IFTTT bila dah tau caranya. serius mudah dan senang. setting skali seumur hidup. pastu automatik jalan sendiri. hihihi...

kalau refer balik pada gambar kat atas, ada 3 coding. coding la sgt kan. huhuhu... coding pertama bmaksud, kalo aku update blog, akan publish kat twitter. coding kedua lak, kalo aku upload pic kat fanpage fb, akan publish pic kat twitter gak. pastu yg coding ketiga, kalo aku update blog, akan publish kat fanpage facebook. haa.....dah pening kan kan kan? hahaha....

so, mcm mn nak buat mende nie sume? mcm nie caranya.... nanti aku cer citer utk entry akan dtg k. ade keje yg perlu aku setelkan. saje curi² ms update blog nie. huhuhu... adios amigos!


Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi


murid2 sekalian, lepas nie jgn tulis atau cakap "Harapkan pagar, pagar makan padi" tau sebab mana ada pagar makan padi kan kan kan. nama burung nie burung pegar. burung apa? burung pegar. burung apa? burung pegar. burung apa? burung pegar. dah macam iklan Petronas lak :p hehehe...
macam pagar aje. macam pegar aje.

Nikmat jatuh terlentang di lantai marmar yang basah

1 set kepala paip berharga RM25

ptg smlm aku cari kepala paip bkembar coz nak pasang kat sinki aku, serentak dgn mesin basuh. 2 dlm 1 memandangkan x byk space utk aku letak mesin basuh. tuan rumah suruh letak luar. x de maknanya aku nak letak luar. kalo hilang sape nak ganti? aku letak aje dlm umah sblh sinki. hohoho

mlm td aku cuba pasang pale paip yg aku baru beli tu. sblm tu aku tutup air kat luar. kang x pasal² menyembur lak air ms aku buka kat sinki. lepas aku bhempas pulas pasang kepala paip, aku pun ke luar rumah utk buka balik air. dari jauh aku dah dgr bunyi air menyembur. ah sudah! bala nie..

tanpa fikir panjang, aku pun terus meluru masuk blk dlm rumah smbl memecut. dr jauh aku nampak, hos getah yg bsambung kat paip dah mcm naga sembur api daa... abis banjir dapur aku!!!

aku sedar dapur aku banjir ms aku dah tlentang bawah sinki. pergh! nikmat giler bila sedang kusyuk blari tetiba gedegang!!! aku tgelincir jatuh tlentang dan terus hentam sinki. aku smpt tahan guna siku. kalo x, kompem kepala aku yg thentak kuat kat lantai. tu pun sakit dow! ms aku dlm keadaan tlentang, aku nampak ext plug kat lantai. nie kalo tetiba air sembur dlm tu ade yg mati karan aku sorang² rumah nie. aku tgk suis atas yg samb ngan ext plug tu on lak. terus aku bgn cepat² dan tutup suis dan tutup paip. Alhamdulillah... hidup lagi budak botak nie. huhuhu...
dah siap pasang. abaikan cadar kat tingkap sinki tu coz x de bajet lagi nak beli langsir. hihihi...

tetiba aku teringat kejadian 21 tahun yang lalu. ms tu aku darjah enam (nasib tak jahanam). org kata belum cuba belum tahu. ms tu kat dapur. aku nampak rice cooker yg masih on sbb masak nasi. kabel rice cooker tu dah koyak skit mcm kena geget tikus. ntah mcm mn tgn aku leh gatal nak pegang coz nak rasa karan. amik kau, betul² aku kena karan. tgn aku dah genggam erat kabel yg tkoyak tu. x leh nak buka. jadi patung seketika sblm tumbang ke lantai dapur. nasib baik aku tumbang, kalo x aku dah jd patung model rice cooker yg hangus. 

ada skali tu masa main papan gelungsur yg jenis kayu tu. papan tu dah tbelah dua. ms aku nak turun, adik aku letak kayu tajam kat tengah². aku dah nampak kayu tu, tapi still nak turun. konon² nak tau ape akan tjadi. taraaaaaa.... magik! kayu tu hilang! pastu adik aku ckp, "along, ada kayu kat bontot." mula² cool, pastu melalak x ingat! satu flat dgr. time tu aku kecik lagi. darjah 2 kot. dlm keadaan kayu yg menusuk ke bontot, aku lari dapatkan ayah. p hospital kena operate. sminggu aku tido meniarap. padan muka aku kan!

x serik lagi? sblm aku naik basikal, aku letak magnet kat spocket rantai basikal. ms dok mengayuh, tgn aku slamba meraba² kat rantai nak amik magnet kat spocket tu. ggggrap! amik kau! spocket yg bgigi tu tembus jari aku! aku reverse balik basikal dan cabut jari aku yg dah tmasuk dlm rantai. kuku sudah hancur wooo... aku x nangis time tu. kuat harimau. terus g sinki buka air laju² tala kat jari yg dah blubang skit tu. nikmat wei kena air. abis merah bdarah sinki. g skolah jari berbalut. jari tengah lak tu. mmg dah mcm tanda f**k sbb 4 jari aje leh genggam. jari tengah lurus aje x leh bengkok. huhuhu....

smpi skrg masih ade parut kat bontot aku. begitu gak dgn jari tengah aku. masih ada kesan lubang. hohoho... kecik² mmg nakal skit. dah beso nie aje jd budak baik. baik la sgt. 

ayah aku ckp, aku nie kalo dah nak, mesti nak punya. tapi yg betul² nak la. mcm nak rasa karan tu. kalo korang x pernah kena karan, korang try masuk gameshow Betul ke Bohong? wakaka... tp tu karan skit aje. nak karan byk, try mcm aku. hohoho...

sebut pasal karan nie, nasihat aku... kalo nak on off suis pastikan tgn korang dlm keadaan tbalik. contohnya kalo nak buka mn² suis, aku lebih suka tekan guna blkg jari drpd tekan guna hujung jari. risau kalo kena karan, tgn melekap terus. huhuhu...

yang penting, kalo x ready amik risiko, jgn buat kerja gila. hehehe... berbalik kpd insiden aku jatuh tlentang tu, aku cari minyak gamat nak sapu tp x de lak. yg ade minyak yuyi aje utk baby. bapak budak ke baby ke sm aje coz aku x de rambut mcm baby. wakaka...mn nak cari minyak urut mlm2 kan. minyak masak ade lagi sbotol. kang ada pulak yg suruh aku masuk dlm kuali panas. lawak kejam! huhuhu...

pagi nie bila aku bangun, sakit satu badan. siku aku dah kebiruan. leher aku dah mcm kena lock lak. bahu ada sengal skit. blkg badan pun rasa bisa coz hempasan kuat ke lantai ms jatuh tlentang mlm td. kepala aku ok, cuma kadang2 rasa mcm ade gempa bumi lak.
macam nak kena urut aje. macam nak kena urut aje.

Nasib kau la botak! hehehe...


budak comot: kpala awak memang botak ek??
budak botak: biarlah.. redho!!!

sblm nie x pernah tgk ade rambut, lps nie x pernah tgk budak botak lg :p hehehe....sape ade petua nak lebatkan rambut? wakaka... sblm tu aku nak petua tumbuhkan rambut dl :)) hahaha...

Akhirnya merasa gak Nasi Arab Kambing!


tepat jam 12tghari, kami smpi di Restoran Saba di Cyberjaya. pelanggan pun dah ramai, tapi masih ada seat kosong lagi. aku terus order nasi arab kambeng feveret aku, Mandi Lamb! memandangkan dah lama bebenor aku mengidam, aku order yg beso! tak pk ape dah time tu. aku pantang tgk kambeng! wakaka :))


kambeng sudah mali! pergh... nie mcm mkn utk 3-4 org aje nie. dgn sopannya aku pun melantak skit demi skit. sopan la sgt kan. bab melantak, no protokol ok! selekeh ke, comot ke, aku suka. br nikmat bl hadap rezeki :p


hampir sejam gak aku cuba mhabiskan nasi arab kambing nie. huhuhu... dah ler smlm makan beso ngan famili aku sempena bday ayah aku. ikan siakap 3 rasa! yummy! tu blum kira daging masak merah, sotong goreng kunyit, yong tau foo, otak² & ikan siakap masak stim. rezeki jgn ditolak!



selesai melantak, aku pun bayar. skali x de cash dlm wallet! nasib boleh guna kad debit. harga lebih kurang RM65/= nasi arab kambing aku yg beso tu aje dah RM30/= skali skala ape salahnye kan kan kan

otw nak kuar, aku tgk sume makan guna pinggan bulat yg dsediakan. aku aje makan direct kat pinggan bujur yg beso gedabak tu. patut la aku pasan mcm ade org dok jeling² time aku melantak td. hohohoho.... nasib kau la botak!


memandangkan skrg aku guna caltex (mcm lg jimat drpd shell/petronas), mmg aku cr stesen caltex smpi jumpa. tuu... smpi ke area Seri Kembangan aku cari. hehehe... alang² dah kat area situ, singgah jap kat The Mines coz nak beli cover utk hp HTC aku nie. x minat sungguh ngan cover yg jenis tutup abis, mcm ppuan. tu yg nak tukar cover tutup blkg aje. simple. pastu tukar screen protector jenis anti glare (matte). cover & screen protector yg sedia ada nie kedai bg free aje. nama pun free, yg biasa² aje ler diorang bg. brg free... amik aje. huhuhu...


sesudah anta bini aku blk umah, lebih kurang jam 5 ptg aku pun bgerak pulang ke Johor slps hujan dah reda skit. hampir stgh jam aku lepak dlm kete coz hujan amat lebat time tu. sblm tu, aku smpt singgah petronas utk topup touch n go. pastu beli cekelet skit sbg peneman aku spanjang pjalanan pulang ke Johor. smpi ke sudah aku x mkn cekelet tu. syg nak mkn. pulak dah. sape nak cekelet, sila angkat kening! eh...



smpi RnR Pagoh, lepak minum CoolBlog jap. kebetulan kedai makan pasang drama Love You Mr Arrogant (LYMA), layan la kejap even tinggal x smpi stgh jam nak habis. mmg kerek giler si Irham nie! hohoho... sminggu yg lalu, aku smpt gak borak² dgn penulis asal novel LYMA kat twitter. sila la follow beliau @AlieshaKirana kalo korang minat cite LYMA tu. "Cinta buat aku gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!" ayat mcm kasar, tp jgn salah faham. bukan blagak yg blagak tu. lebih kureng mcm kerek gak la. huhuhu.. aku pun x reti nak explain :p ha! mcm jual mahal la.... oh yeah! puas aku cr makna tsirat blagak tu. hihihi...


lebih kurang jam 9 mlm, slmt smpi di Teratak Chef Dol a.k.a rumah ayah aku daa.... mcm mls nak blk umah sewa aje :p lps keje nanti terus blk.

"HATI INI TERLALU GILA UNTUK DENGAR KATA"

Selamat Hari Raya Haji & Selamat Hari Jadi


hari ini dalam sejarah. hehehe... poyo :p tapi nak wat cam ne kan. bday aku serentak dgn raya haji ;) 33 tahun yang lalu, lebih kurang jam 6:15 petang... lahirlah seorang putera kacak, macho lagi bergaya di sebuah klinik (dah x wujud) di Muar Bandar DiRaja (Bandar Maharani). dulu kacak, sekarang botak. wakaka.... nasib kau la :p hehehe... 


pejam celik pejam celik, kejap aje masa berlalu. sudah 2 minggu aku bekerja kat negeri kelahiran aku selepas 16 tahun merantau di negeri orang mencari rezeki. kiranya pertukaran aku ke JOHOR adalah hadiah bday aku yg terbaek! seronok woo merantau nie. mcm² peel org leh jumpa. lagi pun aku dah biasa hidup nomad. bukan Nomad penyanyi lagu Tetap Menantimu tu. nak menanti sape ler tu :p hihihi... ayah aku pesara penjara. so, sblm nie sejak kecik mmg dah biasa pindah randah dari negeri lain ke negeri lain. penat? x pun sbb pindah tu pun lori disediakan. barang² banduan yg tolong angkatkan. hehehe... tu sblm ayah aku bsara ler :p
bday kali nie aku celebrate ngan famili. x de la celebrate mn pun coz skali dgn raya haji kan. kebetulan bini aku ade skali coz mc 2-3 minggu atas sbb² kesihatan yg x mengizinkan. kalo x, mmg aku plan nak braya kat Putrajaya aje. huhuhu.. ayah aku masak nasi tomato utk raya haji nie. Chef Dol katakan. ayah masak, anak² melantak. hihihi... masak utk sendiri makan aje. biasanya x braya sgt pun. dok lepak umah layan tv aje.

apa hadiah bday thn nie? sbijik hp HTC Desire 600 Dual Sim drpd bini aku. actually aku dah kumpul duit untuk beli hp nie. tp bini aku paksa terima hadiah dia, aku terima dgn redha dan pasrah. kang muka masam mcuka lak. lg pun bini aku pun beli HTC One. nak tiru ler tu :p wakaka... kaya bini aku nie. aku aje yg kayap. huhuhu... mesti korang pelik nape aku x beli hp HTC One yg power tu. sbb aku suka hp yg support dua sim. sblm nie aku pakai hp Ninetology Insight dan Nokia Asha 210. pastu plan nak pakai SamsungGrand. tapi tpandang lak HTC Desire 600... terus aku book. janji leh masuk dua sim! ketiga² hp tu sume kaler putih! hahaha...btw, tQ to my bini coz susah² sponsor hp yg mahal giler tu ;) jenuh aku nak beli hadiah bday dia thn dpn lak. nie yg aku x suka hadiah mahal² nie! huhuhu...


apa sasaran aku di usia 33 tahun nie? serius... aku nak beli rumah! kalau tpaksa ikat perut pun aku sanggup! harga rumah makin lama makin naik even ‘mereka’ cakap nak bina rumah mampu milik. mampu milik kejadahnya kalau harga dah ratusan ribu. sakit wooo nak bayar bulan². tapi kalau tak beli skrg, nak beli biler kan? harga rumah makin lama makin naik. beli aje terus, pastu pandai² la nak urus kewangan. huhuhu...


ucapan sempena bday aku? semoga aku sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan peroleh kebahagiaan yang aku cari² selama ini. amin.... sendiri punya bday, sendiri wish. nasib kau la botak!


no yg paling aku suka adalah no 7. so, lagi 7 tahun aku akan cecah usia 40 tahun. bak kata org, kehidupan bermula pada usia 40 tahun. ye ke? kita tunggu dan lihat OK!

Kolej Jururawat Masyarakat Kluang, Johor


kena standby spek sbb cahaya lampu byk sgt. huhuhu...

 
hari nie masuk hari yang ketiga aku bertugas di tempat baru. setakat nie, OK sgt. staff mmg jenis pale giler² termasuk boss. serius… 1st time aku tgk boss yg sporting giler ngan staff. siap lepak ngan staff, borak², gelak² & bgurau senda. dah mcm famili. mcm mak ngan anak². tu yg best sgt. aku? budak baru kena skema. lg pun mood pale giler lum smpi seru lg. maybe sbb aku nie seorang yg pemalu lg penyegan. wakaka…

suasana keje di kolej agak berbeza dgn pejabat² lain yg pernah aku keje sblm nie. nama pun kolej kan. aku pun x reti nak explain ape yg berbeza tu. tp mmg beza la. hahaha… yg paling ketara adalah tiada lg deringan tepon yg mbingitkan tinger setiap jam! dah tentu x de tepon kat meja aku nie! mmg aku suka sgt! tp bkn bmakna aku x guna tepon langsung. still guna kalo ade org call utk tempah kenderaan misalnya. x pun boss call ke? konpem x de doktor yg call aku spt sll. hihihi…

wat masa nie masih lum ade keje sgt. dan aku sendiri pun x tau nak buat keje ape. tunggu arahan selanjutnya. Cuma aku godek² dl ape yg ade dlm pc nie. pc sini agak laju. printer pun lg beso drpd pc. hahaha… Cuma x de partiotion. so, agak terbuka utk tontonan ramai. hihihi…

ape yg menarik kat sini bila boss dtg keje awal pagi tu akan jumpa staff untuk salah cium peluk laga pipi bagai. perempuan kan? kalo x laga pipi x sah. tapi cuba lelaki buat mcm tu, dikatakan gay la pulak padahal tu sunnah tau. awal bpagi wajib pasang cd zikir terapi supaya segala setan dalam badan nie kuar supaya leh wat keje dgn tenang. hahaha… lps tu layan la hotfm smpi blk keje. huhuhu…

mengenai tugas² yg bakal aku kena buat, lebih kurang 8-9 senarai tugas dlm list. keje utama aku adalah jaga driver. insyaAllah boleh. dl mmg aku malas. malas sbb stress dgn tekanan org atasan yg giler kuasa. harap aku rajin keje kat sini coz dah mcm famili kan. pastu ade ler tugasan² sampingan mcm jd MC ke, baca doa ke, jd pengiring kalo ada sukan ke, jd urusetia time konvo ke. maklum ler, keje kat kolej kan. dengar citer ade yg jd coach utk student. hahaha… aku main bowling pandai ler. kalo bola ke futsal ke… ke laut ler. maaf la ek, mmg aku kaki bangku sejak sekolah. terimalah seadanya. hihihi…

kat sini aku x yah pening nak pk pasal parking kete. sentiasa ade & percuma. staff pun bukan ramai mn. rumah sewa aku pun dekat ssgt lebih kurang 5-10 minit kot. weekend kalo boring aku blk umah ayah aku. yg penting dlm tempoh sbulan nie aku kena kemas kaw² rumah sewa aku tu. pengsan nok!

kat opis sini x de kantin mahu pun café. kena tapau kat luar. tp x de la jauh sgt. Cuma aku malas nak kuar drive kete cari makan. tunggu motor aku dah servis br aku rajin merempit cr mkn. tp mcm sll, aku melantak time pagi aje. thari nie aku jarang mkn. jaga badan la sgt. perut dah ke depan nie. alahai… kalo dulu lunch aje aku tawaf kat alamanda. sini ade aje shopping complex. tp x leh jln kaki ler mcm aku sll g alamanda tu. mesti alamanda rindukan muka aku nie. huhuhu…

ape lg ek aku nak citer pasal tmpt keje br aku nie. kat sini ade kipas siling & aircond. pasang ikut tahap cuaca ler kot. kalo rasa panas kat luar tu, pasang aircond aje. kalo x tahan sejuk, pasang kipas. kalo dah buang tebiat, pasang dua². wakaka…

masih terngiang² di corong tinger aku nie amaran dr boss ms aku mula² start keje tempoh hari. yg ptama, dilarang surf tenet yg x de kaitan dgn keje. contohnya mcm fb ke twitter ke, dll. lg pun tenet kat sini mmg x block pape pun. so, kena tahan dugaan dan cobaan utk surf tenet. time rehat aje ler kalo nak layan tenet bagai. kalo guna hp x pe. hahaha….

memandangkan keje kat kolej nie kena handle student² yg mmg sumenye anak dara belasan tahun, boss dah bg amaran. jgn sesekali menggoda dan tergoda. hahaha… baik boss! saya yang menurut perintah :p

aku rasa setakat nie aje kot citer pasal opis baru aku nie. walaupun di tempat baru, tempat lama x kan dilupakan. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat ..... (sila isi tempat kosong). jasad disini, hati disana. simpan dalam dalam OK. kalo ade citer, nanti aku stori mori OK. sok perhimpunan… standby baca DOA!


p/s actually ade 3 entry yg masih pending. pending sbb nak kena upload byk pic. mmg jd slow la. so, aku update entry nie dl. yg lg 3 entry tu bakal menyusul. huhuhu…. tunggu ye wahai stalkerku sayang! hihihi..

Antara Kerjaya, Zuriat dan Shaklee

kembali ke Johor selepas 16 tahun merantau...

4 hari yang lalu, aku dapat surat. Alhamdulillah! permohonan pertukaran aku ke Johor diluluskan. Ikutkan plan asal, aku mohon tukar ke Sabah. Tapi atas sebab2 teknikal, aku buat pindaan dan seterusnya apply untuk keje kat Johor.  Sepatutnya aku kena mula keje kat Johor pada 2 September 2013. Tapi aku mohon tangguh. Maybe antara 2 minggu atau sbulan. Tpulang pada budi bicara Ketua Jabatan di tempat baru. Kalau boleh, memang aku nak tangguh sebulan. Ada perkara-perkara yang perlu aku selesaikan. Bukan mudah untuk aku tinggalkan begitu saja. Dalam gembira ada sedihnya. Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku ketika ini. Simpan dalam dalam. Dalam hati. Biar hati saling berbicara. Tanpa kata tapi boleh rasa.

2 bar tu dah ngandung ek :p

sehari selepas itu, aku dikejutkan dengan lagi satu berita. Awal2 pagi bini aku tunjukkan sesuatu. Aku tengok benda itu. Ada 2 garisan. Dengan selamba aku tanya bini aku, “mengandung ke?”. Memang muka aku seposen time tu. Maklum ler baru bangun tido nak mandi untuk bersiap pergi kerja. Bukan aku tak teruja, bukan aku tak gembira. Maybe aku tak jangka. Kalo org lain maybe dah melompat2 kot sbb tlalu gembira. Tapi aku selamba dek aje. Maklum ler, bkn sbulan dua kami kawen. Sudah stahun lebih aku bgelar suami. Nak kata ada perasaan putus asa, ada ler skit. Sebab tu aku hanya berserah padaNYA. Kalo ade rezeki tu ade ler. Maybe kalau sbulan dua kawen lain macam kot perasaannya.


konpem!

Memandangkan kami sendiri antara percaya dengan tak, lepas balik kerja terus check kat klinik. Sah! Mmg sah! Tak syak lagi! Doktor cakap bini aku mengandung 2 bulan! Pergh… 2 bulan tu. Apsal leh x pasan dlm tempoh 2 bulan nie. Yang penting syukur Alhamdulillah diatas zuriat yang DIA kurniakan untuk kami. Bini aku siap sound, lps nie dia jadi pemalas! Dia dah bagi hint kat aku ler tu suruh buat segala kerja dalam rumah nie. Aku OK aje. buat² rajin :p tgn aku rajin bl mulut diam. kalo mulut bising automatik aku jd malas. Hehehe….


SID: 949402

Shaklee ESP, Alfalfa Complex, Vita-Lea, GLA dan juga Zinc Complex. Cuma time puasa ari tu aku try Shaklee Cinch. Dapat la gak turun berat badan 2-4 kg. Itu antara produk yang aku amalkan sejak aku jadi Shaklee Indepent Distributor lebih kurang 4 bulan lalu setelah diperkenalkan ex opis aku dl iaitu Puan Raha a.k.a Mama Hakim. Tak pasti sama ada suratan atau kebetulan… maybe itu adalah salah satu punca ‘melekat’ kot sehingga dikurniakan zuriat. Wallahu’alam…. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan. Syukur Alhamdulillah! Actually… aku x merancang pun. Maksud aku, aku makan produk2 Shaklee nie pun bkn plan nak zuriat coz mcm aku ckp sblm2 nie… ade ler skit perasaan putus asa. Dlm erti kata lain, malas la. Maklum ler dah stahun lebih. X de ler nak harap pape pun. Hahaha…. So, aku amalkan Shaklee nie lebih kepada kesihatan aku sendiri. Bagi aku kesihatan amat penting coz aku x suka sakit. Dan aku percaya, tiada siapa yang suka sakit kan. Dan aku percaya juga yang korang pun tak sanggup tengok orang yang disayangi sakit. Mak dan Ayah aku pun dibekalkan produk Shaklee. maklum ler, masing2 dah berusia. penyakit pun mcm2 ada. kadang kala aku angin skit kalo org yg amik ringan bab kesihatan nie. nanti mula ler mbebel mengalahkan doktor. hehehe... Bagi aku… kesakitan dia, kesedihan aku.


nama budak comel nie mikail :p

So, bagi yang sukar untuk dapat zuriat, aku cadangkan korang try amalkan produk2 Shaklee nie. Kontek aku kalo nak order. hehehe.... sempat lak promosi :p Belum cuba belum tahu. Aku yang tak plan pape pun dah dpt keberkesanannya setelah mengamalkan hampir 4 bulan. Bayangkan kalau plan…. jeng jeng jeng. 



actually, ramai yg lum tau pasal kami dah jd ABI & UMI nie coz aku sendiri pun x tau mcm mn nak mulakan. hihihi... yg tau cuma dia, famili, pembaca blog nie (yang tgh baca ler nie...hihihi). tgk la mcm mn. sok lusa nanti aku bgtau. x pun nanti diorang tau sendiri. jgn mare :p lg pun 11 September 2013 baru jumpa doktor gomen coz time tu br ade 1st checkup kat klinik gomen. paham² aje ler gomen nie, kena ada temujanji dl. kalo swasta... redah aje, tp kena bayar la serat dua. hihihi...

btw, sori lmbt update coz famili aku dtg dr jauh. agak bz coz kena bg service tbaik utk mereka. terima kasih coz sudi mbaca blog nie. dah lama x update. huhuhu...

#July7 Ulangtahun Perkahwinanku Yang Pertama

Credit to Ibui Man

ehem... ehem... ehem... memandangkan ini pertama kali & tiada pengalaman, so aku celebrate biasa2 aje :p  7 Julai 2013, genap setahun usia perkahwinan kami. bukan mudah. maklum ler, sorang Selatan (Johor), sorang Borneo Utara (Sabah). sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. tapi gigit lidah masing2 la ek. hihihi... so, mlm sblm hari spesel tu aku bagi kad ucapan. tapi aku selitkan bawah bantal. kunun2 nak surprise. smpi ke sudah dia x pasan kad tu bawah bantal. sabo aje ler... 


pagi tu x de plan nak g mn  utk celebrate. so, aku pun booking tiket wayang. memandangkan aku mmg suka lakonan Johnny Depp sejak zaman 21 Jump Street lagi, aku pun beli tiket citer The Lone Ranger lakonan beliau. 


sblm layan wayang jam 3 ptg, kami g melantak dulu kat DÔME Café di Alamanda coz dia nak makan western style. skali skala apa salahnya kan ;) 


harga boleh tahan. maklum ler first time try melantak kat kedai makan nie. sblm nie ade cadangan nak p melantak Arabian Style kat Mr. Kabab & Biryani (Diplomatik) atau pun Nusantara Style kat Bumbu Desa (Alamanda). last skali pilih Western Style kat DÔME Café (berdepan Bumbu Desa). 


gambar siling yg sempat aku snap. jakun seketika. hehehe.... 


bersedia untuk order. dup dap dup dap...


makanan x smpi lagi, tapi sudu, garfu & pisau dan landing dl. hehehe....


nampak x bini aku tu... erk, bukan kusyuk pilih menu. tp kusyuk men game kat ipad mini dia tu kot. hehehe.... ms kami masuk dlm kedai nie, x ramai org. lebih kurang 3 meja. maybe harga makanan agak WOW. nasib x kena heart attack :p harga tolak tepi, yg penting alang2 dah masuk kedai.... order aje :p


kami cari port tepi skali even pemandangan luar tertutup coz ade renovation. hentam saja ler :p nak mkn aje pun, bkn nak tgk pemandangan kan kan kan. jam menunjukkan jam 2 ptg, sempat lagi utk melantak sblm layan wayang. jom tgk ape kami order....


yg atas nie bini aku order. Spicy Chicken Muchroom Pasta. tapi aku pow skit coz diorang panggang ayam aku lama sgt. rasa pun sedap gak. tapi harga mahal leh tahan, RM25/=


haa... yg nie aku punya. Grilled Chicken in Creamy Turmeric Sauce. sedap sgt! ayam dia byk. jagung bakar pun best. cuma nasi aje kedekut skit. hehehe... harga pun boleh tahan woo... RM26/=


makan kedai 'mewah', tapi pakai selipar? aku mmg jenis yg simple giler tahap dewata raya :)) dah ler nak celebrate anniversary, buleh lak pakai selipar :D ikutkan hati nak pakai selipar kaler purple tu.... baru meriah skit. hehehe... tapi baju kaler biru, ok ler tu :D lps melantak, masa dah time utk layan wayang lak... The Lone Ranger 


Ops! silap poster daa.... nie The Lone Ranger versi asal tahun 50an. hehehe....


haa... nie baru betul. sgt ketara perubahan watak Tonto dulu & skrg kan. siap ade burung gagak mati atas kepala. hehehe... citer mmg best ssgt. aksi, sedih, komedi... sume ade. tapi lebih kpd kelakar ler terutama part Tonto bercerita dari A smpi Z. konpem kelakar giler sbb ade mamat sblh aku nie gelak mcm nak mampus. sore dia paling kuat dlm hall tu. aku pun konpius sape yg kelakar? citer ke mamat tu? smpi satu tahap aku rasa nak hempuk aje mamat nie sbb dia punya ketawa mcm kelakar sgt citer tu. mmg kelakar pun, tp mcm over dos aje aku tgk. kena sawan ketawa br ko tau.


lps tgk wayang, shopping skit pape yg patut. aku beli x byk pun. 3-4 benda aje. maklum ler, lelaki mn ler suka sgt shopping itu ini. hehehe...


Safi Rania Gold. nie bkn bini aku punya. tapi aku punya. hahaha.... korang nak gelak? gelak ler :p ada aku kisah. hehehe... dah stahun aku pakai mende nie. sgt OK la. cuma harga boleh tahan ler. tapi tahan 2-3 bulan. mahal tapi jimat. paham x? kalo x paham, buat2 paham OK. kebetulan stok kat umah nak abis, dan kebetulan gak watson wat sale... terus aku sambar. kepada lelaki diluar sana, jgn segan jgn malu kalau nak pakai produk 'perempuan' nie OK sbb x tertulis pun utk kegunaan lelaki atau perempuan. so, sape2 pun leh pakai. betul x :p ingat Cik Ta sorang aje leh pakai. aku pun boleh pakai tau! comel x kak ton! wakaka :))


sblm aku abis bceloteh, aku nak bgtau kat Alamanda td ade sale produk SHARP. kebetulan kami baru sambar TV LED jenama SHARP. meh aku nak kongsi citer skit kat korang. kalau setakat nak tgk channel yg biasa2 aje terutama yg x de astro tu, jgn la mbazir beli TV LED ke LCD ke HD ke. x kisah la jenama apa skali pun. bila kedai promote smart TV nie, diorang pasang dvd yg bkualiti tinggi. sbb tu view cantik giler. salesman tu sendiri ckp yg TV LED/LCD/HD hanya support citer yg bkualiti tinggi. kalo korang ade astro tp x langgan HD, beli TV biasa sudah coz kualiti lagi cantik. tapi kalo dah terbeli TV luar biasa mcm aku nie, nak x nak tpaksa ler langgan HD kat astro tu. kalo x, sakit mata aku tgk tv sbb kualiti mmg down kalo nak compare dgn tv lama yg x de brand langsung tu. nie bukan pasal jenama coz sume sama. kalo nak pakai TV LED/LCD/HD, pastikan korang ade Astro HD. nak beli DVD pun beli yg HD. errmmm... pirate ade HD x? hehehe....

alamak! jam sudah 3:30 pagi! adios amigos.... hepi anniversary yg ptama buat biniku :p sori ler, celebrate biasa2 aje. x de grand mn pun. nak beli kek pun x sempat, nak bgambar bsama pun x smpt. #APTB hahaha :))