Out There We Are One

Selamat Hari Raya Haji & Selamat Hari Jadi


hari ini dalam sejarah. hehehe... poyo :p tapi nak wat cam ne kan. bday aku serentak dgn raya haji ;) 33 tahun yang lalu, lebih kurang jam 6:15 petang... lahirlah seorang putera kacak, macho lagi bergaya di sebuah klinik (dah x wujud) di Muar Bandar DiRaja (Bandar Maharani). dulu kacak, sekarang botak. wakaka.... nasib kau la :p hehehe... 


pejam celik pejam celik, kejap aje masa berlalu. sudah 2 minggu aku bekerja kat negeri kelahiran aku selepas 16 tahun merantau di negeri orang mencari rezeki. kiranya pertukaran aku ke JOHOR adalah hadiah bday aku yg terbaek! seronok woo merantau nie. mcm² peel org leh jumpa. lagi pun aku dah biasa hidup nomad. bukan Nomad penyanyi lagu Tetap Menantimu tu. nak menanti sape ler tu :p hihihi... ayah aku pesara penjara. so, sblm nie sejak kecik mmg dah biasa pindah randah dari negeri lain ke negeri lain. penat? x pun sbb pindah tu pun lori disediakan. barang² banduan yg tolong angkatkan. hehehe... tu sblm ayah aku bsara ler :p
bday kali nie aku celebrate ngan famili. x de la celebrate mn pun coz skali dgn raya haji kan. kebetulan bini aku ade skali coz mc 2-3 minggu atas sbb² kesihatan yg x mengizinkan. kalo x, mmg aku plan nak braya kat Putrajaya aje. huhuhu.. ayah aku masak nasi tomato utk raya haji nie. Chef Dol katakan. ayah masak, anak² melantak. hihihi... masak utk sendiri makan aje. biasanya x braya sgt pun. dok lepak umah layan tv aje.

apa hadiah bday thn nie? sbijik hp HTC Desire 600 Dual Sim drpd bini aku. actually aku dah kumpul duit untuk beli hp nie. tp bini aku paksa terima hadiah dia, aku terima dgn redha dan pasrah. kang muka masam mcuka lak. lg pun bini aku pun beli HTC One. nak tiru ler tu :p wakaka... kaya bini aku nie. aku aje yg kayap. huhuhu... mesti korang pelik nape aku x beli hp HTC One yg power tu. sbb aku suka hp yg support dua sim. sblm nie aku pakai hp Ninetology Insight dan Nokia Asha 210. pastu plan nak pakai SamsungGrand. tapi tpandang lak HTC Desire 600... terus aku book. janji leh masuk dua sim! ketiga² hp tu sume kaler putih! hahaha...btw, tQ to my bini coz susah² sponsor hp yg mahal giler tu ;) jenuh aku nak beli hadiah bday dia thn dpn lak. nie yg aku x suka hadiah mahal² nie! huhuhu...


apa sasaran aku di usia 33 tahun nie? serius... aku nak beli rumah! kalau tpaksa ikat perut pun aku sanggup! harga rumah makin lama makin naik even ‘mereka’ cakap nak bina rumah mampu milik. mampu milik kejadahnya kalau harga dah ratusan ribu. sakit wooo nak bayar bulan². tapi kalau tak beli skrg, nak beli biler kan? harga rumah makin lama makin naik. beli aje terus, pastu pandai² la nak urus kewangan. huhuhu...


ucapan sempena bday aku? semoga aku sihat walafiat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan peroleh kebahagiaan yang aku cari² selama ini. amin.... sendiri punya bday, sendiri wish. nasib kau la botak!


no yg paling aku suka adalah no 7. so, lagi 7 tahun aku akan cecah usia 40 tahun. bak kata org, kehidupan bermula pada usia 40 tahun. ye ke? kita tunggu dan lihat OK!

4 comments:

  1. happy bezday abg botak..
    smoga sihat n ceria slalu..
    smoga kebahagiaan tetap mlik kamu abg botak..
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. pasti rindu kamu sll sang perempuan. hihihi... tQ

    ReplyDelete
  3. huntungla sangperempuan ader yg rindu....huhuhu

    ReplyDelete
  4. sgt huntung lor

    ReplyDelete

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com