Out There We Are One

Semak Saman Trafik AES @PDRMsia Melalui Aplikasi Android


baru2 nie sahabat aku kena saman trafik. memandangkan gambar saman agak jelas, tidak syak lagi nie sume keje AES! hehehe...seram tak? takut tak? wat pe la nak takut kalo bawa secara bhemah kan kan kan... kalo dah ditetapkan limit 110km/j nape bawa melebihi had maksimum? kan kan kan dah tkono :)) contohnye mcm aku sendiri la, dah dpt surat cinta dr abg polis. panas mmg panas, tapi bayar tetap bayar! sob... sob... sob...


berbalik kpd citer saman AES nie, korang leh tgk sendiri gambaran sebenar saman AES tu. gambar kenderaan agak jelas dimana no plate boleh dibaca. tapi aku dah blurkan atas permintaan sahabat aku tu. selain gambar, beberapa info yg tdapat pada gambar saman spt nama, ic, bil saman, no saman, no plate, tarikh, masa, had kelajuan maksima, had kelajuan yg dikesan, lokasi kejadian termasuk kordinat GPS! Fuh! mmg hebat la ko AES weiii....bukti dah ade. mmg x dpt nak lari mn :(( x pasal2 kena blacklist!

citer pasal saman menyaman nie, pihak berkuasa tegas dlm mhukum pesalah trafik. dan lebih tegas bila soal bayaran saman. cuma aku musykil, kenapa pihak berkuasa ala kadar dgn pesalah trafik yg bukan dr Malaysia! mengikut ape yg telah dmaklumkan kepada Dewan Negara, saman tertunggak oleh 'mereka' adalah RM26juta! bukan RM26 tau! sila rujuk sini [saman warganegara asing] untuk lebih lanjut. so, apakata pihak berkuasa tangkap dulu makhluk2 asing nie suruh bayar saman dulu k. x kan nak menyusu anak kera dihutan, anak sendiri mati kelaparan kan kan kan. x baek tau! Allah SWT x suka tau :p

yg mn kureng arif pasal kesalahan trafik nie, leh rujuk [info trafik]. slain tu, saman bgambar mcm AES nie boleh disemak guna smartphone melalui aplikasi android. tablet pun boleh asalkan android. korang leh muat turun aplikasi tersebut mlalui Google Play [Malaysia Police Summons] pastikan anda senyum smbl menunjukkan isyarat peace apabila ade candid camera dari AES :)) hehehe...

Taman Bukit Tawau / Tawau Hill Park #Table

Tawau Hill Park a.k.a Table

tcapai gak hasrat nak mandi manda di kampung mertuaku di Sabah nie :p hehehe... nasib baik biras aku ade transport nak bw kami mandi manda. kebetulan dia keje mlm. cantek sgt ler tu. tmpt mandi paling dkt pun kat Taman Bukit Tawau atau lebih dkenali sbg Table. jgn tanya nape Table, sbb aku pun x tau. maybe mmg nama Table, atau pun ade meja kat situ :)) nanti aku kaji lain kali ;) cuaca pg td agak cerah. tp otw ke sana cuaca dah mendung skit, tp lum hujan lg.

Lebih kureng jam 11 pagi, kami bgerak ke destinasi yg x jauh dr rumah. memandangkan ari nie ari isnin, sume keje + sekolah... So, x ramai yg dtg time2 mcm nie. tenang skit nak mandi manda :p mee goreng, nugget, jagung rebus, kepok lekor & air antara bekalan yg kami bw. mn ler tau kebulur lps mandi kan :p kamera pun x lupa gak utk kenang2an.

kami mandi x lm coz cuaca x mengizinkan. lebih kureng 2-3 jam gak brendam. kami pergi 6 org. wife aku, biras serta adik2 ipar. bwh 18 thn kena byr RM1, dewasa kena byr RM3. Parking kete kat luar aje.

Depan pintu masuk
lebih kureng jam 1 kami pulang. time2 tu la panas terik blk! pergh! bikin panas aje. memandangkan biras aku keje mlm, kami pulang gak. dia pun mo brehat gak sblm berangkat ke bandar. dgr citer diorang plan nak mandi lg. jeng jeng jeng :p

p/s: perut muncit tanda kebahagiaan OK :))

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433H @TawauTown

Alhamdulillah. Kami selamat sampai di Tawau lebih kurang jam 2:30 petang smlm. Inilah first time aku beraya di rumah mertua sebagai suami/menantu :p First time gak aku naik flight MAS! Sblm nie asyik AirAsia aje. Yang penting tak perlu bayar sesen pun coz ditanggung 100% oleh gomen. Maklum ler, isteri org Sabah, automatik aku layak dapat tiket free Kelas Ekonomi. Kalau ikutkan tiket, harga pergi balik utk kami berdua adalah RM4,400! Mahal giler! Nasib baik free :)) Setahun skali aje dpt free. So, guna time raya aje. Hari laun kalo nak blk Sabah beli kat AirAsia aje.

Bab makan kat sini tak perlu risau. Lagi pun dah byk kali dtg sini sejak aku merisik sorang2 2 thn yg lalu. Smlm aje aku mkn ketam, udang, ikan & ayam. hehehe... Nak beli murah aje kat sini kecuali daging lebih kureng RM10 skilo!

Jam 7 pagi tadi kami bgerak ke Masjid Ar-Rahmah, Kampung Pangkalan Asli di Merotai Besar, Tawau. Walaupun masjid tidak sebesar mana, tapi kesejukan smpi ke tulang sum sum! Kuat giler aircond :p Yang penting masjid penuh debgan jemaah.

Jam 2 ptg nanti ade operasi sembelih lembu. Kalau berani aku g tgk ler. Maklum ler lemah semangat dgn darah! wakaka :))

Buat masa skrg just lepak rumah aje. Ada org masjid dtg utk acara sembelih ayam. Bersambung kita nanti...


Samsung Galaxy Ace Duos

Samsung Galaxy Ace Duos
Samsung Galaxy Ace Duos! hp yg aku idam²kan sudah ada dipasaran rupanya. ketinggalan sungguh aku nie. bukan disebabkan jenama. tapi disebabkan ciri² yg ada padanya, iaitu WiFi + Dual Sim! maybe byk lg opsyen lagi baik drpd hp nie. tp yg lain² tu x de ciri² spt yg aku nak ;) memandangkan aku pakai 2 simkad, dual sim mmg sgt sesuai utk aku. actually aku ade 3 no hp. cuma yg lg satu tu x guna sim, cuma satelit aje. hihihi...

smlm ms jenjalan dgn wife aku kat The Mines, tjumpa la hp samsung nie. kebetulan ms tu wife aku nak beli bateri hp yg tunggu masa nak meletup sbb dah tlebih kembung :p sambil² tu aku tgk² koleksi hp yg tsusun rapi kat kedai tu. aku pun tanya staff kat kedai tu, "amoi, u ade jual hp yg ade wifi & dual sim?". amoi tu pun tunjuk 2 model iaitu Samsung & CSL. walaupun CSL tu murah skit drpd Samsung, tapi aku bkenan dgn Samsung dr segi interface & kualiti.

CSL Mi350

kalo nak beli skrg, mmg x dapek den nolong. so, kena la menyimpan drpd skrg. sikit² lama² jd bukit. bl duit simpanan dah mbukit, br leh beli hp nie. hehehe... agak² bape bulan ek br dpt menyimpan ek? maklum ler, zaman ekonomoney skrg nie agak sukar utk menyimpan. mcm² yg nak dbelanjakan. air suam pun dah 50sen. cuba bayangkan (sambil mata pandang atas....) hihihi :D

MBI Q15
actually hp yg aku pakai skrg nie pun dual sim gak. brand MBI (bukan Majlis Bandaraya Ipoh). hehehe.... cuma hp tu x de wifi. 3G lg la x support. nak MMS pun x leh. nak demand lebih2 pun x leh coz harga pun x smpi dua rat :p hihihi... kenapa tak beli 2 hp aje? sbb aku MALAS nak angkut 2 hp ke hulu hilir. buat berat poket suar aku aje. hahaha...
kalo ikut perkiraan aku, hujung thn nie + awal thn dpn bonus masyuk. so, boleh la beli hp idaman aku nie;) hehehe... tp kena menyimpan gak utk kecemasan. mn ler tau kan, tetiba duit bonus kena guna utk perkara yg lebih penting lg. standby... so! tunggu aje ler sm ade keinginan aku nie tercapai ke tidak. sukar tapi tak mustahil kan kan kan :D

AES Detector - Install Android Apps

 Lokasi Kamera AES [klik sini],[klik sini] dan [klik sini]
"Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pemandu bagi mengesan Kamera AES yang baru dilancarkan. Sistem ini secara automatik akan mengeluarkan bunyi amaran untuk mengingatkan pemandu apabila ianya dapat mengesan sebarang Kamera AES dalam jarak 500 meter (boleh setting jarak) dari lokasi pemanduan. Pastikan pemandu menghidupkan pembesar suara untuk mendengar bunyi amaran. Aplikasi ini juga membolehkan pemandu mencari lokasi Kamera AES. Walaubagaimana pun, aplikasi ini hanya boleh digunakan dalam MALAYSIA sahaja."


secara peribadi, bagus juga ada Kamera AES nie. skurang²nya dapat mengurangkan kemalangan akibat kelajuan. Aku percaya, jika pemandu memandu dengan penuh berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas serta undang-undang jalan raya, pihak kerajaan takkan sia²kan duit untuk pasang Kamera AES nie. Kerana kecuaian pemandu, kamera AES diwujudkan. Tapi kemalangan yang berlaku bukan disebabkan kelajuan semata². Tapi lebih kepada kecuaian pemandu itu sendiri. Kalau bawa perlahan sekali pun, jika tidak berhati² tetap akan berlaku kemalangan. 

aku sendiri pun kadangkala terbawa laju. bukan apa, bila bawa perlahan menyebabkan aku menjadi ngantuk. itu pun bahaya juga kepada aku dan pengguna jalanraya yang lain. cara yang terbaik untuk hilangkan ngantuk adalah memandu dengan laju, tapi dengan berhati-hati! bukan bawa laju macam pelesit dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. biasanya aku pandu laju ketika jalan tiada kenderaan atau pun sedikit. kalau penuh dengan kenderaan, memang sopan aku bawa. hehehe...

so, kalau rasa² tak nak bayar saman... berhati² ketika memandu dijalanraya terutama 'blackarea' dimana lokasi Kamera AES berada. kalau ada smartphone atau tablet, asalkan android... bolehlah install AES Detector nie. [INSTALL]

Panduan #Islam sembelih haiwan #halal dengan belas kasihan mengikut #Syarak



#TerimaKasih #HappyBirthDay #SteamboatAntarabangsa



[15.10.1980 - 15.10.2012] Alhamdulillah... semalam genap usiaku yang ke 32 tahun. Tahun nie spesel skit coz buat pertama kalinya aku celebrate dengan seseorang yang bgelar ISTERI. pejam celik pejam celik, dah nak masuk 4 bulan aku jadi SUAMI. hehehe...

memandangkan wife aku nie rajin buat felt kat rumah (sila gugel kalo x tau ape tu felt), bday present aku pun hasil kreativiti yg dihasilkan drpd felt. ntah masa bl dia wat pun aku x tau. buat kat opis ler tu. kalo kat umah asyik buat buku A-Z utk anak buah dia :p kalo dah siap nanti aku upload. mn ler tau kot² ade org nak beli ke :p hehehe... sementara tu, aku up dl gambar present sempena bday aku smlm ;)


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! amacam... sgt garang ini kaler. sgt sesuai dgn dia yg garang :)) wakaka... time bday dia dl pun aku wat sendiri kad. tapi guna photoshop. yg nie dia guna tgn. home made katakan :D bukan tu saje, memandangkan aku nie boleh dkatakan suka mkn coklat, tapi x de ler fanatik sgt...dia pun tempah coklat khas utk aku...


memandangkan 'design' coklat tu x memenuhi spesifikasi yg dikehendaki, wife aku x bg aku snap coklat dlm bungkusan tu :p so... aku snap luaran aje la. bukan ape, tukang buat coklat nie design ikut suka suki tanpa psetujuan customer. lain yg disuruh buat, lain yg dibuat. kalo customer suruh bikin coklat bentuk bulat, jgn pula dsbbkan x suka bentuk bulat, memandai ubah bentuk empat segi lak. customer is always right! kan kan kan :p diorang kena paham, wanita nie agak detail. kalo nak tu... tu la yg dia nak. jgn memandai ubah lain. lelaki nie... bedal aje :)) wakaka...


gambar td cover dpn kad bday. yg atas nie blah dlm lak. ade love², ade kek, ade cupcake, ade kotak hadiah. angka 32 pun ade. kira muda lg ler tu slagi x cecah usia 40 thn :p


jutaan terima kasih kepada wife atas pemberian hadiah yg x tnilai nie. hasil tangan amat bernilai drpd hasil beli. kena hargai lebih skit. bkn senang nak jahit tanpa mesin nie. hihihi...

curi pic kat blog Marissa Qaisara
MISI BELUM BERAKHIR! lepas balik keje, mlm tu kami bgerak ke Bandar Baru Bangi. Destinasi adalah Steamboat Antarabangsa yang terletak di bersebelahan Hotel Amani. Memandangkan wife aku teringin nak makan steamboat, tu yg aku bawa makan kat sini. harga utk 1 kepala adalah RM25. kalo budak2 RM10. bawah 3 tahun free aje. harga tu utk makan malam.

EAT ALL YOU CAN

dengan harga RM25 seorang, makan la selagi boleh makan. terlebih dahulu sori ssgt coz x sempat nak snap ape2 pic pun spanjang kami melantak kat sana. maybe sebab teruja sgt nak melantak smpi lupa nak snap pic. lg pun makin lama makin ramai pulak yg datang. Restoran tu pun x de la beso sgt, kecik pun x, sederhana aje. So, bila dah ramai datang nampak padat la kan.

kami smpi lebih kurang jam 8 mlm. masa tu cuma 2 meja aje yg ade org. x smpi stgh jam... penuh terus meja. majoriti pelanggan yg datang adalah LELAKI. mmg sesuai la kan. ppuan nie kalo mkn tmpt mcm nie agak mbazir aje. bkn ape... mkn skit & sopan. kalo llaki, hentam sajalah. dah bayar mahal2 kan ;) hehehe....

memandangkan x de gambar, aku just bcerita aje la ek. korang leh skodeng gambar kat blog budak opis aku yg kebetulan pernah makan kat sana & snap pic skali [klik sini] menu? pergh! mcm² ada! serius wooooo.... smpi x tau nak mkn ape. segar bugar lak tu. ketam, udang, ikan, kambing, ayam, daging, kerang, kepah, meatball dan yg swaktu dgnnya. byk giler smpi aku x tcerita. makan kat sini x de limit. nak tambah 10 kali pun boleh slagi korang larat nak makan. masa aku pergi, ada nasi goreng, mee goreng, jeruk, buah²an, air dan juga ais krim! 3 mangkuk ais krim aku tambah! tabur kacang skit... nyum nyum nyum=p~

SETIAP PEMBAZIRAN 100 GRAM 
AKAN DIKENAKAN CAJ RM10

mmg leh melantak byk kali, tapi pastikan korang melantak smpi licin tau. kalo x konpem kena caj! nie bukan cobaan, nie btul2 punyer. siap ade notis tampal kat dinding! satu inisiatig yang sgt bagus utk mdidik masyarakat supaya jgn mbazir. mbazir kan amalan setan :D hehehe... aku pun x ingat bape kali aku tambah. tapi byk kali gak la. paling byk aku makan ayam & daging. wife aku makan skit aje. aku aje yg melantak x ingat dunia :D habis aje aku tambah, habis aje aku tambah. pelan² kayuh. jgn gopoh. x lari ke mana lauk² tu sume. orang tamak sll rugi. buatnyer korang ambil byk giler, pastu x abis. dah nak kena bayar caj pembaziran. skit² lama jd bukit. x caya... lps korang melantak.. cer tgk perut masing². mbukit tak? wakaka... lebih kureng jam 9:30 malam, kami pun beransur pulang. so, hampir sejam stgh melantak kat restoran tu. mmg berbaloi giler la dgn harga RM25 tu. yg penting wife aku banje sempena bdayboy yg dah x bape nak boy lg dah :p

bhampiran meja kami, ade skumpulan jejaka. student kot. lebih kureng 5-6 org dok meja bulat. satu pinggan satu menu! bayangkan satu pinggan penuh dgn daging aje. satu pinggan penuh dgn ayam aje. aku yg tgk pun naik seram. nasib baik diorang leh habiskan. hehehe...



sblm kami blah, aku sempat gak melantak ais krim lg. mcm² perisa ade. rugi lak kalo x makan coz sume tu tmasuk dlm pakej.

UNTUK PENGGUNA GPS E: 101.755911 N: 2.959380

kepada kaki melantak, mmg aku suggest tmpt nie utk melantak beramai². harga RM25 tu agak berbaloi & berpatutan dgn hasil yang kita dpt. macam² ada! kalau turun area Bandar Bangi, jangan lupa singgah restoran  Steamboat Antarabangsa. terima kasih kepada semua yang wish bday kat aku termasuk famili aku. paling istimewa buat isteri tercinta.... terima kasih atas segalanya. 4 bulan lagi kita celebrate bday :)) wakaka...



Pengisytiharaan Hari Raya Aidil Adha 2012 di @RTM_Malaysia

"Hari ini 9.00 malam nanti di TV2 dan TV1 ialah Pengisytiharaan Hari Raya Aidil Adha. Adakah anda akan menjalankan ibadah qurban pada Aidil Adha ini?"  - RTM

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik, bersih dan mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat yang diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.


sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Restoran Steamboat Antarabangsa Bandar Baru Bangi

Pix Credited Marissa Qaisara
Insya'Allah kalau tiada aral melintang, malam nanti kami akan melantak disini =p~ sebab apa ek? jeng jeng  jeng... nanti aku cer citer k. harap² tak ramai orang. kalau tak tpaksa cari port lain. huhuhu... memandangkan aku tak sabo nak melantak kat sini, breakfast & lunch td aku makan roti aje. takut kenyang lak malam nanti. kalau x abis, mbazir pulak. mbazir itukan amalan syaitooooooooooooon >:) wakaka... pape hal nanti aku update kat twitter :p

Bagaimana untuk paparkan status @Facebook Page anda di @Twitter anda?


Sekalipun facebook dan twitter tidak memerlukan satu sama lain. Tapi sebagai blogger, memang memerlukan kedua-duanya dalam menyebarkan segala info kepada pembaca blog, sama ada follower twitter mahu pun fan facebook selain blog itu sendiri. Jika dulu, pembaca blog hanya mengetahui melalui blog sahaja. Kini, mereka juga boleh dapat info melalui facebook dan twitter. Ini bukan bermakna segala info blog boleh didapati dalam facebook dan twitter, tetapi sebagai medium perantaraan. Selain itu blogger boleh berinteraksi secara langsung dengan pembaca. Jangan kata facebook dan twitter tak penting bagi seorang blogger OK?


Topik kali ini mengenai 'Bagaimana untuk paparkan status Facebook Page anda di Twitter anda?' Apa yang dimaksudkan disini adalah bagaimana untuk paparkan status facebook page di twitter dalam masa yang sama... serentak. Jika lihat gambar diatas, ianya merupakan setting untuk twitter dimana membolehkan pengguna twitter memaparkan status twitter di facebook profile atau pun facebook page. Apa yang kita tulis di twitter, secara automatik akan publish di wall facebook termasuk page (jika ada)/ Caranya mudah saja. Untuk setting, boleh klik sini.


Berbalik kepada topik kali nie, aku akan explain cara2 untuk setting facebook ke twitter ikut kefahaman aku. Maybe ramai yang dah tahu. Tapi yang belum tahu, boleh cuba selepas ini. Ada 2 kaedah:

Yang Pertama, buka facebook page anda. Klik edit page.


Klik mana2 dalam edit page (Update Info, Manage Permissions, Admin Roles, Manage Notifications). Kemudian klik Resources.


Langkah seterusnya adalah klik Link your page to Twitter.

atau Yang Kedua, yang paling mudah dan cepat... direct link (http://www.facebook.com/twitter). Akan kelihatan 2 opsyen. Satu opsyen untuk Link My Profile to Twitter. Satu opsyen lagi untuk Link a Page to Twitter. Pilih opsyen page dan cari page anda dalam senarai (jika anda buat banyak page).


Klik Link to Twitter untuk page yang dikehendaki. Seterusnya Twitter akan dibuka. Pastikan sebelum itu anda sudah login akaun twitter untuk page berkenaan. Kalau belum, boleh login kemudian. Ini kerana, ada yang buat akaun twitter secara berasingan iaitu satu untuk peribadi, satu lagi untuk blog. Jika ada 2 akaun twitter, bolehlah link page ke akaun twitter untuk blog tersebut. Sebagai contoh aku link Facebook blog ke Twitter blog aku.


Klik butang Authorize app untuk memberi keizinan kepada pihak facebook untuk menggunakan akaun twitter anda bagi tujuan link antara satu sama lain. Jika anda tekan butang Cancel, tiada link antara facebook dan twitter.


Selepas pengesahan, laman Twitter akan kembali semula ke laman Facebook untuk beberapa saat.



Pastikan akaun twitter yang telah link adalah seperti yang dikehendaki. Anda boleh ubah setting sama ada nak publish semua aktiviti facebook di twitter atau yang tertentu saja. Klik Save Changes dan anda boleh lihat hasilnya. Cara yang sama boleh dibuat untuk link akaun peribadi facebook anda ke akaun peribadi twitter anda. Selamat mencuba!

Credit to: Michael Gummelt


[BANTUAN] @KamalFnd Hashim, Penganalisis Jenayah menderita #AVM 'ArterioVenous Malformation'


"KAMAL FND HASHIM merupakan penganalisis jenayah terkemuka negara dan juga  yang pertama di Asia. Minat mendalam beliau terhadap jenayah terserlah semasa menjadi wartawan jurugambar. Bertitik tolak dari itu, beliau berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan seterusnya melangkah jauh dengan menyambung pelajaran di United Kingdom di dalam bidang jenayah. Sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Pengerusi Public Education Committee. Kini beliau juga meruapakan salah seorang exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia selain Pengerusi Youth Outreach Committee. Beliau juga aktif sebagai penceramah dan sering dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan jenayah bagi beberapa organisasi antaranya Jabatan Tenaga Kerja, MMHE, UIAM, UiTM dan banyak lagi. Manakala antara program kemunculan beliau di kaca TV dan radio ialah Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, 999, Remaja, Bernama Radio24 dan Hot FM."


Aku rasa ramai yang mengenali beliau bila dikaitkan dgn isu² jenayah. Aku terus msg beliau dalam facebook sebaik saja mengetahui tentang penderitaan yang dihidapinya iaitu 'ArterioVenous Malformation' atau lebih dikenali sebagai AVM. aku pun x pasti apa itu AVM, tapi menurut beliau... ada 'urat lebih' yang wujud dalam kepala sejak lahir tanpa disedari yang mengganggu fungsi otak. Akibatnya selalu sakit kepala dan sukar kawal pergerakkan tangan. Dan menjadi bertambah masalah apabila pihak insurans tidak cover kos pembedahan. Untuk mengurangkan beban, beliau menawarkan diri untuk memberi ceramah/seminar kepada sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatannya demi mengumpul dana bagi menampung kos pembedahan perbelanjaan beliau yang berjumlah RM41,820. Walaubagaimana pun ianya terpaksa ditangguhkan sementara waktu kerana kekurangan dana gara² pihak insurans berkenaan! Kepada yang memerlukan perkhidmatannya, boleh menghubungi saudara Azmil Abdul Aziz (CakapDotCom) di talian 013-6366673. Dan jika ada yang ingin salurkan bantuan  ikhlas berbentuk kewangan, boleh bank-in ke akaun bank beliau, Public Bank 4007 85 2927.


di atas adalah salah satu status di wall fb beliau berhubung penderitaan yang dihidapinya. maybe ramai yang masih ingat lagi pada tahun lepas (6 Julai 2011) beliau berdepan dengan detik mencemaskan apabila diserang dan ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mengamuk. akibatnya beliau cedera di lutut dan juga tangan kanan. walaupun bagaimana pun, penyerang tersebut mati ditembak oleh beliau sendiri demi mempertahankan diri.


tadi aku terima surat jemputan seminar berkaitan motivasi di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada hujung tahun nie dimana salah seorang penceramah adalah saudara Kamal Fnd Hashim berkaitan isu Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. memandangkan opis aku x bape nak sponsor, x dapat la aku nak join seminar tersebut. kalau x, boleh aku jumpa dengan beliau. namun aku tetap berdoa semoga beliau sihat wal'afiat hendaknya agar dapat memberi khidmat kepada masyarakat seperti selalu... amin!


@ChatWing: Free Real Time Chat


sebelum ini aku guna Fibox utk sembang dgn follower dlm blog nie. tp nape tetiba mcm ade problem ngan widget tu. langsung x bfungsi dlm blog. skali website Fibox pun x leh buka. yg kuar cuma msg nie aje...

Its work! This is the default web page for this server. The web server software is running but no content has been added, yet!

lama gak aku tunggu kot2 diorang nak fix problem tu. tp smpi skrg x de pape. tetiba aku terjumpa ChatWing nie. x pasti sejauh mn keberkesanannya. tp x salah kan kalo nak mcuba. kalo OK aku terus guna. kalo KO aku cr lain :p hehehe...



mcm biasa, kena register dl. masukkan email & password, pastu klik butang 'create'. pastu g kat Customize

Chatbox Alias tu lebih kurang mcm user ID. letak la nickname korang. Chatbox Name tu letak aje ape2 nama coz boleh create byk chatbox. pastu g kat Login methods. ada 3 opsyen iaitu Facebook, Twitter & Guest. tp aku set utk Facebook & Twitter aje atas sebab2 keselamatan :D maklum ler kalo pilih Guest, nanti ntah2 sape2 yg komen bukan2 kat chatbox aku tu nanti. amik langkah bjaga2 sblm tlewat. harap2 ianya x menyusahkan pembaca merangkap follower blog aku nie :p hihihi....


utk masukkan chatbox dlm blog, g kat Use chatbox. copy sgala kod dlm Embedded. pastu paste dlm blog (html/java script). sblm save, edit skit kod width="250" kpd width="100%". nanti lebar chatbox automatik akan follow kelebaran blog yg korang nak letak chatbox tu. dah siap! hehehe...


selain boleh buat byk chatbox, korang leh delete chatbox yang korang x bkenan bdasarkan list nama chatbox yg korang pernah buat. slain tu, korang leh delete sume msg skali jalan. tu aje la serba sedikit penerangan ringkas dr aku mengenai chatbox nie. kalo bkenan, sila daftar di ChatWing. aku harap kali nie x de masalah. letih asyik tukar2 chatbox :p hehehe...


rajin2 la explore dlm ChatWing nie. ape yg aku explain nie basic aje. hehehe... gudluck!

Akhirnya! Macam-macam ada! @AstroOnline


dengan rasminya aku TERpasang Astro kat rumah. so, mcm2 ada yg boleh aku layan smpi aku x tlayan. hehehe... sblm nie siaran x clear. paling clear pun TV9. campak ler mana2 mesti clear aje TV9 tu. yg lain hampeh. letih aku dok alih antena tv tu sana sini. last2 amik keputusan pasang Astro aje terus even aku x bape nak layan Astro nie coz femes dgn siaran recycle :p maksud aku byk sgt siaran ulangan. tu belum hilang siaran kalo hujan. dah TERpaksa... pasang aje ler. amik pun yg basic aje. janji leh tgk dgn clear. dah ler mata aku nie rabun :D 


OK ler tu Astro Family. bukan 24jam kat rumah pun. time weekend aje byk ms kat umah. tu pun kalo x kemana2 ler. yg penting aku mampu bayar. kang terover bajet, aku gak yg susah :D hehehe... ikutkan plan aku nak bg surprise kat wife aku pasal Astro nie. konon2 bl blk keje tetiba... eh! dah ade Astro la! skali installer tu buat hal lak. hari yg spatutnye dia pasang, dia leh terlupa bawa dekoder! rosak plan aku! last2 dia dtg pagi tadi. time weekend dah tentu wife aku ade kat umah. x de makna nak surprise mcm tu :)) redha aje ler =)) wakaka


PPTM F29: exam dah setel, tunggu result untuk interview lak


sblm nie aku post entry pasal dpt surat panggilan exam PPTM F29 [klik sini]. kali nie aku nak citer pasal p exam tu. 29 Oktober 2012 (Sabtu), sesudah subuh lebih kurang jam 7 pagi kami bgerak ke Seremban. walaupun sekadar nak p exam, tapi wife aku nak follow gak. maybe dia boring dok umah sorang2 kot. lagi pun exam smpi thari. lps tu plan nak p jenjalan kat area Seremban.

memandangkan aku ikut jalan dalam, dlm ms 45 minit dah smpi. tapi aku bawa sopan aje la. maklum ler nak p exam kan. hehehe... lg pun exam start jam 9 pagi. ikutkan hati nak ikut hiway aje. tp GPS aku tu baik hati sgt suruh follow jln dalam, konpem ler smpi ke sudah aku x jumpa plaza tol :)) wakaka... sabo aje ler....

kebetulan hari tu ada Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Kompleks Belia & Sukan Paroi, Seremban. diorang kata pagi tu mmg padat giler. nasib baik aku ikut jalan kampung. mcm tau² aje GPS aku tu yg jalan akan jem :D x sia² dbuat hantaran :)) wakaka

berbalik kpd citer pasal exam tu. ade 3 paper. ketiga² soklan berbentuk objektif iaitu hitamkan A, B atau pun C. wah.... senangnyer! jawab mmg senang sbb cuma hitamkan jawapan aje. kalo betul dpt markah, kalo salah dpt markah gak... markah 0. hahaha :D tapi tang soklan tu yg x berapa nak senang. x de ler susah mn pun. cuma byk guna pale otak utk bfikir secara logik. hihihi...

masa yg dberikan agak kejap. lebih kurang 1 minit utk jwb 1-2 soklan. nak jawab 1 saat pun boleh. tapi nak fikir jawapan tu yg amik ms skit :D soklan agak umum. paper pertama pasal ICT ade. pasal isu semasa pun. tetiba ade lak soklan pasal rakan kongsi Mark Zuckerberg? wakaka :)) nasib baik aku kenal sape Steve Jobs! yg x leh tahan soklan MATEMATIK! yg tu btul2 mcabar minda aku yg dah lm bkarat nie. tu sume dlm paper kedua. x smpt nak berangan pun sbb kusyuk mengira secara manual. maklum ler, kalkulator pun dilarang guna. paper terakir lebih kureng mcm soklan bkaitan dgn personaliti diri. cuma jwb ya atau tidak, benar atau salah. yg tu lagi dahsyat.... lebih kureng 185 soklan kena jawab dlm masa sejam! 15 soklan terakhir ade pulak soklan yg pelik². ade soklan pasal berudu & katak tau! wakaka... hentam sajalah labu!

Alhamdulillah! aku dapat jawab sume soklan. tapi ade gak 2-3 aku tembak sbb masa dah suntuk aku nak fikir :D ramai juga calon PPTM F29 nie. x tau la bape ramai utk seluruh Malaysia. dgr citer jawatan PPTM F29 tu x de la byk sgt pun. sape yg bnasib baik tu... insya'Allah dapat result yg OK. awal bulan November nie br tau sm ade lulus atau gagal. kalo lulus kena g temuduga lak. kalo x de panggilan temuduga tu, maknanya kira kandas la. alahai.... seram sejuk aku dibuatnyer.

ade lebih kureng sbulan aje lagi utk tau result. so, kena standby drpd skrg studi ape2 yg patut utk tduga even x tau result mcm mn nanti. lulus atau gagal exam tu blkg citer. exam nie kira ok la sbb ngadap kertas aje. tp time temuduga tu yg payah skit coz kena ngadap panel temuduga. kena standby dgn soklan yg kaw kaw. dlm paper leh la tembak sana sini. x kan dpn panel temuduga nak tembak. silap haribulan kena tembak balik. hahaha...

lebih kurang jam 6 petang kami pun btolak balik. kali nie ikut hiway. hehehe... sblm tu lepak kat Jaya Jusco Seremban 2. melantak kat sana jap sambil layan video klip Oppa Gangnam Style yg nonstop start aku dtg smpi aku blk. mmg fanatik sungguh kedai tu asyik repeat video tu :)) memandangkan aku nak blk ikut hiway LEKAS, aku singgah jap rumah sahabat lama aku yg kebetulan keje PPTM F29 kat SPA. sahabat aku nie seorang OKU. dah lama bsahabat sejak tahun 2000. dah 12 tahun tau. dia bnasib baik la sbb dpt PTPM F29 lebih awal. tu pun tunggu masa nak jd pegawai memandangkan dia dah abis amik degree. aku aje yg x amik² lg degree. sibuk memanjang dgn keje. pastu kawen. alahai... 

kepada calon² PPTM F29, amacam? OK x exam ari tu :-ss