Out There We Are One

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


4 hari lepas aku terima surat daripada SPA. mula² aku ingatkan surat tawaran kerja. sekali surat untuk exam jawatan PPTM F29. Alhamdulillah... mudah²an ada rezeki utk pengantin baru nie :p hihihi..

nak kata excited tu, x de la sgt coz sblm nie pun aku pernah g tduga jawatan yg sama. tp x lepas sbb x dpt nak jwb soklan drpd panel tduga tu. aku nie dl studi major in multimedia. tp time tduga tu diorang tanya pasal programming la, pasal network la... konpem la aku blur nak jwb. kalo tanya pasal multimedia tu buleh la aku jwb skit². bkn x de subjek programming & network ms studi dl. ade... tp basic aje ler. so, kali nie aku redha & tawakal aje la. tapi dalam ms yg sama tetap mharap. 


aku start keje tahun 2004. maknanye dah 9 tahun aku keje. selama 9 thn tu ler aku punyer Diploma tu mcm x bape nak laku. frust? mmg frust pun! rasa mcm nak buat frame aje Diploma aku tu kat dinding rumah. aku rs sijil SPM aku tu lebih bnilai drpd Diploma even SPM free aje pun kalo nak banding ngan Diploma tu yg kena byr beribu² lemon. smpi skrg dok byr hutang kat MARA aje. memandangkan gaji aku ciput, aku byr bulan² kat MARA pun ciput la. kalo ikut perkiraan aku, dijangka tamat byr hutang time aku pencen nanti. wakaka :)) 



btw, ramai aje pemegang Diploma yg keje guna SPM. tak tkira ramainyer tmasuk aku ler salah sorang mangsa keadaan. tapi nak wat mcm mn kan. lum ade rezeki. zaman skrg nie x leh nak memilih keje sgt. zaman dl keje cr org, zaman skrg org cr keje. so... dah dpt mn² keje tu sambar aje. tentu ada hikmahnya Allah SWT bagi rezeki stakat tu aje buat ms skrg. maybe ada rezeki yg lebih baik utk ms2 mdatang. kena sentiasa pk positif :D ngeeee


berbalik pasal exam, tarikh telah ditetapkan pada 29 September 2012 (Sabtu) & pusat exam adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Seremban, Negeri Sembilan. mangai! apo jauh bebenor tompek den amik exam nie? dah x do jauh laie ko? tp x pe... leh jln² cari pasal kat Seremban :)) wakaka... lg pun dah lm aku x turun Seremban. maklum ler, aku studi kat Seremban, start keje pun kat Seremban. member pun ramai kat Seremban. bini aku pun nak follow skali. nak shopping ler tu. maklum ler, time tu br lps gaji. tp x leh nak boros sgt sbb bulan dpn nak blk Tawau, Sabah coz raya haji. 


bl aku gugel, ramai gak yg tcari² info pasal exam nie. ok gak tu, leh btukar2 pendapat sblm tiba hari exam tu. kalo refer blk pada surat SPA tu, ada 2 seksyen iaitu Seksyen A: Pengetahuan Am & Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah. Seksyen A diberi masa 40 minit utk jawab 50 soklan bkaitan ICT, isu semasa...maybe ada pasal politik skit kot. Seksyen B lak ade 3 bahagian iaitu Kemahiran Menggunakan Logik, Kebolehan Menginterpretasikan Data & Konsep² Matematik dlm tempog 45 minit. alahai... bab kira² nie yg buat aku lemau. kena studi blk nie coz soklan bkaitan algebra & geometri :D pastu ade lg, tp bkn exam kot. nie lebih kureng mcm nak test personaliti diri, iaitu Penaksiran Personaliti. ada 185 soklan & masa yg dberikan hanyalah sejam! pergh! total keseluruhan adalah 3 jam 25 minit! pastu shopping time! terbaek la... wakaka :))


ms aku gugel td ade la beberapa tips yg boleh dikongsi bsama. antaranya pasal Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Perkembangan Gajet² terkini dan juga isu² semasa yang berlaku dalam masa terdekat nie. slain tu, calon² boleh muat turun Panduan Peperiksaan sbg rujukan sblm exam nanti :D kalo ade calon² yg terbaca entry aku kali nie, jgn kedekut ilmu tau. sharing is caring. yg dah pernah amik exam pun amat² dialukan utk bg petua, tips mahupun teknik :D kalo ade soklan bocor lagi cantek! wakaka =))



#QRCode Jom buat 'QR Code' untuk Blog! tQ @MajalahPC

QR Code Blog

"QR Code (Quick Response Code) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan kod dua dimensi (2D) yang mula-mula digunakan dalam bidang automotif oleh syarikat Jepun, Denso Wave pada tahun 1994. QR Code boleh menyimpan lebih banyak data selain daripada pembacaan yang pantas. QR Code terdiri daripada modul hitam (titik persegi) yang disusun dalam corak persegi pada latar belakang putih."


sesape ade hp yg ada fungsi utk scan QR Code, cer scan code di atas tu :p hehehe... pastu tunggu saja destinasinya :p bukan susah pun nak wat QR Code nie. zaman skrg nie sumenyer dihujung jari. yg penting ianya PERCUMA. ade byk website yg menyediakan perkhidmatan mcipta QR Code. x kisah la sm ade utk teks, url mahu pun no hp... sume boleh! QR Code yg aku buat tu melalui website GoQR.


aku dpt tau pasal GoQR nie pun mlalui Majalah PC yg aku tak pernah miss stiap bulan tu :p tu aje la satu2nye sumber IT aku :p maybe ramai yg dah lm dapat tau kot pasal nak buat QR Code nie. x de la susah mn pun. buka aje GoQR, nanti kuar interface mcm kat bwh nie.


ade 5 kategori, iaitu Text, URL, Call, SMS & vCard. tp biasanye org guna yg URL tu aje la coz bl scan aje QR Code tu automatik akan buka website yg telah disetkan dlm kod tu. caranya dengan masukka url blog atau ape2 link yg dikehendaki, secara automatik... sistem akan generate QR Code bdasarkan input yg dimasukkan. utk memastikan QR Code yg thasil adalah tepat... boleh test scan guna hp masing2 :D tu pun kalo ade fungsi scan la :p setakat nie yg aku buat sume tepat belaka :D lepas scan laju aje buka website.  saiz boleh diubah2 ikut suka ati. default size adalah 250x250. kalo dah siap, klik download utk save dlm komp masing2.


kalo nak masukkan QR Code dlm forum dll, better buat saiz kecik aje 150x150. pastu klik <embed>. nanti 'HTML-Code akan publish. copy aje kod tu & paste dlm forum. siap sudah!

QR Code Twitter

QR Code Facebook
so, ini saje coretan aku pasal QR Code. jom la pakat ramai2 buat QR Code utk blog masing2 OK. nak buat utk facebook & twitter pun boleh mcm aku buat kat atas nie. hehehe... adios amigos! 

Sejarah Penubuhan #MALAYSIA


Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.



PERCUMA! Tiket @Legoland_My Untuk Blogger oleh @MyMaybank

Why Maybank should give me tickets to Legoland?

Hari nie 15 September 2012, secara rasminya Legoland Malaysia dilancarkan! dan bermula 11 - 30 September 2012 ini, Maybank menganjurkan peraduan buat blogger2 dimana hadiah utama adalah sepasang tiket bermusim ke Legoland Malaysia serta 10 pasang pas harian untuk blogger bertuah. Syaratnya sungguh mudah!
Pertama, blogger buat satu entry yang simple bertajuk 'Why Maybank should give me tickets to Legoland?' pastikan tidak lebih drpd 500 patah perkataan.
Kedua, kriteria merangkumi kreativiti, keaslian dan unsur humor.
Ketiga, blogger dibenarkan memasukkan gambar dan juga video bagi menampakkan blog tersebut lebih menarik.
Keempat, bila dah publish, blogger kena emailkan maklumat penyertaan seperti Nama, No KP, Alamat, No HP dan URL entry blog tersebut ke social@maybank.com.my
amacam? mudah kan? mmg beruntung la blogger2 yang dah pernah pergi Legoland baru2 nie coz leh masukkan gambar/video korang skali. aku sendiri pun x sempat nak g sana lg. kalo nak masukkan gambar pun, amik aje la mn2 gambar Legoland yg ade kat tenet tu. tapi kalo gambar sendiri lg menarik kan kan kan :p


so, ada masa 2 minggu lagi sebelum peraduan tamat. sape2 rasa nak tiket free, leh la join. belum cuba belum tahu. aku pun nak try gak. tp kalo bab omputih nie, aku nie agak failed skit la :)) wakaka... tpaksa minta bantuan pakcik gugel utk translate :p tgk la mcm mn tahap kerajinan aku nak wat karangan omputih nie ;) hihihi


Video Raya #AMKrew @Faizal_HotFM @AGHotFM @RealFaFau


AM Krew

wakaka :)) tak boleh blah aku tgk FBI, FaFau & AG wat video raya. lawak tahap gaban. actually diorang tiru gaya 3 orang jejaka jambu yang buat miming lagu raya tu. korang leh tgk video asal kat bawah nie. x pasti yg nie asal ke x kalo gugel dlm youtube dah byk aksi yg lebih kureng mcm nie. hihihi...

Original

amacam? sape lagi lawak? wakaka =)) x boleh blah aku tgk 3 jejaka jambu terutama yg baju merah menyala tu :)) sabo aje ler... tapi AM Krew gak yg tbaek. aku x tahan gelak tgk AG tahan gelak =))

Audio & Lirik Lagu Banana & Potato @DespicableMe



BA BA BA BABANANA BA BA BA BABANANA NA NA NA AHH POTATO NA AH AH BANANA AH AH TO GA LI NO PO TA TO NI GA NI BA LO BA NI KA NO JI GA~ BA BA BA BABANANA. YO PLANO HU LA PA NO NO TU MA BANANA LIKE A NUPI TALAMO BANANA BA BA POTATO HO HOOOOOO TO GA LI NO PO TA TO NI GA NI BA LO BA NI KA NO JI GA BA BA BA BABANANAAAAAAAAA

Credit to

150 iPAD Percuma Untuk Pelanggan ASTRO!

seminggu yang lalu, aku daftar ASTRO secara online. smlm aku dpt msg drpd Astro. cepat juga respon drpd diorang. jgn bl ade masalah nanti, respon jd lembab k :D hihihi...

"Your Astro subscription has been successfully processed and we will be contacting you for an installation appointment."

so, skrg nie aku tunggu pihak Astro call aje. tapi kalo nak pasang dlm ms 3-4 hari nie, x dapek der coz aku cuti sminggu. nak x nak kena tunggu minggu dpn. kalo nak pasang hujung bulan nie pun ok gak. lmbt pun lmbt la. bkn ape, lps majlis nie konpem poket kering :)) nak tunggu poket berisi time gaji masuk ler :p 


kepada pelanggan Astro yg sedia ada, kalo rasa² nak iPad free... meh join peraduan drpd pihak Astro nie [klik sini]. 150 iPad tuuuuu.... tinggal beberapa hari aje lg nie. aku rs aku x smpt kot nak join coz konpem ms pasang Astro dah expired peraduan nie :( x pe la... pakai aje ler iPad bini aku tu dl. 

Komen filem #29Februari versi 3D @KRUStudios

secara jujurnya 3.5/5 bintang diberikan. satu percubaan yang amat baik. tapi perlu diperbaiki lagi. penggunaan 3D yang tidak ketara. ini bermakna tiada bezanya jika menonton tanpa 3D. selain itu pengguna gaya bahasa pada zaman dahulu sepatutnya tidak ikut lenggok pada zaman sekarang. kita boleh lihat bagaimana pertuturan dalam filem P. Ramlee. walaupun babak diserang jepun hanya seketika, sepatutnya kesan pengeboman harus jelas. bila dibom, sudah tentu bangunan banyak yang rosak. mayat penduduk mestilah dalam keadaan ngeri. persekitaran mestilah amat dahsyat. tapi apa yang dipaparkan terlalu simple. dari segi muzikal ok, cuma jgn tlampau muzikal smpi yg tenat & nazak nak mati pun sempat nyanyi. walau bagaimanapun, jalan cerita amat menarik sekali. lain daripada yang lain. lakonan yang hebat daripada para pelakon. lagu kelip-kelip pun boleh tahan best :D diharap apabila ingin membuat filem 3D akan datang, filem aksi lebih sesuai. tQ


aku paling suka lagu Kelip-Kelip nyanyian Remy Ishak nie. boleh tahan sideh gak lagu nie. bila la Remy Ishak nak berduet dgn Tiz Zaqyah lak ek :p hehehe...