Out There We Are One

Tudung Merah Biru (JDT)


selepas hampir sebulan aku tempah, akhirnya siap juga tudung merah biru (JDT). memandangkan aku dah kerja kat Johor, warna tudung haruslah merah biru. hahaha... 

aku tempah tudung nie pun untuk pelatih² dan juga kakitangan di opis asempena majlis konvokesyen yang akan berlangsung awal bulan depan. tapi kenapa aku yang kena tempah. jangan banyak tanya. symp aje. hehehe...

yang penting time tu aku jadi emcee. buat pertama kali aku jadi emcee untuk majlis yang agak grand. rosak majlis. hahaha... tapi tak pe, belum cuba belum tau. so, eden torai ajo la. yg penting teks ucapan disediakan. 

tudung nie akan smpi pada hari Jumaat nie memandangkan ramai yang liat nak bayar duit tudung. nanti aku upload lagi gambar tudung.

harga tudung yang ditempah khas (jahit sendiri) ini adalah RM28 saja. tapi kena beli bundle kalau nak dapat harga nie. kalau beli sehelai, harga cecah RM35 kot.

Program Rumah Idaman Rakyat oleh SPNB

Pembeli adalah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7,500 sebulan atau pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. Keutamaan diberi kepada pembeli rumah pertama, golongan kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal.

Disarankan PM @NajibRazak seragamkan hari bekerja Ahad - Khamis untuk semua negeri.


“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.” - Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (22 November 2013)

Alhamdulillah! Akhirnya Johor kembali cuti minggu pada hari Jumaat & Sabtu mulai 1 Januari 2014. Terima kasih DYMM Sultan Johor yang berkenan untuk mengembalikan semula cuti tersebut yang pernah dibuat sebelum tahun 1994 (kalau tak silap).

Setakat ini, cuma negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah saja yang melaksanakan cuti minggu Jumaat & Sabtu. Actually, aku setuju & sokong 100% pelaksanaan cuti minggu ini, terutama hari Jumaat... Penghulu Segala Hari.

Sekurang²nya, kaum Adam sempat mandi sunat hari Jumaat sebelum melangkah kaki ke masjid untuk mengerjakan Solat Jumaat. Dapat pahala. Selain itu, tiada alasan untuk 'tertidur' ketika mendengar khutbah solat Jumaat. Pahala lagi. Selepas imam memberi salam, tak perlu kelam kabut start enjin. Boleh temankan imam mengaminkan doa² sehingga selesai dan bsalaman dengan imam & jemaah yang lain. Dan pahala lagi. Nampak tak berapa banyak pahala boleh kumpul disebabkan kita memberi penghormatan kepada Penghulu Segala Hari?

Sebagai umat Islam, jangan pula kita mempertikaikan kenapa perlu cuti hari Jumaat. Syukur Alhamdulillah. Mungkin agak sukar untuk berurusan apabila waktu kerja/cuti tidak sama di kebanyakkan negeri, terutama di Putrajaya yang menjadi pusat rujukan bagi segala urusan negeri² lain. Memandangkan cuti ini dibawah tanggungjawab negeri masing², mungkin PM boleh memanggil semua MB² dan juga KM² untuk duduk berbincang berhubung penyeragaman cuti minggu Jumaat & Sabtu secara keseluruhan.

Tetapi, buat masa ini, selesaikan segala urusan kerja pada hari Isnin - Khamis, dimana semua negeri bekerja pada hari tersebut. Kalau dah tau, sesetengah negeri cuti hari Jumaat dan juga Ahad, jangan pula kita tunggu hari tersebut baru sibuk nak buat kerja. Gunakan apa yang ada, jangan cari yang tiada. Betul tak?

Lebih kurang 5 kali Jumaat sebelum rakyat Johor dapat menikmati cuti minggu secara rasminya. Aku sendiri tak sabar walaupun buat masa ini agar sukar memandangkan wife aku masih bekerja di Putrajaya. Dengan hari bekerja/cuti tidak sama, kemungkinan perlu ambil cuti rehat jika nak berjumpa tak kira sama ada aku turun sana, atau dia turun sini. Maklumlah, tahun depan cuma hari Sabtu saja yang sama² cuti. Agak padat dan kelam kabut. Buat masa sekarang, dia masih bercuti di Tawau, Sabah. Saja aku suruh dia balik kampung sebab tau dia bosan duduk seorang diri. Kebetulan adik dia dapat masuk Politeknik Sandakan, Sabah. Bolehlah dia uruskan segala. Aku macam biasa. Pandai²lah nak hidup. Rasanya dah sebulan tak jumpa. Maybe lebih.

Minggu depan, 30.11.2013 ada family day di Melaka. Aku dan adik² aku pakat nak celebrate Ulangtahun Perkahwinan mak ayah aku yang ke 34 tahun. Lepak homestay dan mandi manda di A Famosa Theme Park. Kebetulan semua free, memang best bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. Jumaat malam aku pick up wife aku di Putrajaya sebelum bertolak ke Melaka pada Sabtu pagi.





Google Nexus 7² dah boleh kemaskini Android 4.4 KitKat


pagi² nie tablet aku dok upgrade sistem. memandangkan Google Nexus 7² nie milik Google yg juga owner kepada Android, cepat gak la tablet aku dpt update ke Android 4.4 KitKat. simbol android yg baru nie pun mmg sejibik mcm cekelet kitkat. memandangkan aku cuti ari nie, nanti aku godek² tablet nie. nak tgk gak pbezaan slps update sistem. mcm sm aje. mcm x sm aje. hp aku HTC Desire 600 aje x leh nak update ke sistem baru lg. maybe sbb HTC bkn Google punya, so lmbt lg kot dpt update tu. guna aje ler JellyBean tu :p huhuhu...

























































Integrasi blog ke media sosial sangat mudah dengan @IFTTT



sebelum ini aku guna Networkedblogs (klik sini) untuk mewujudkan rangkaian integrasi antara blog, facebook dan twitter. dimana setiap kali aku update blog, secara automatik akan publish di facebook (fanpage) dan juga twitter. selain itu, byk lagi media sosial yg boleh dikongsi blog. byk pilihan yg boleh dibuat.

tapi sejak kebelakangan ini, macam lambat aje... macam lambat aje... maksud aku lepas 2-3 jam aku update blog, barulah Networkedblogs publish kat facebook dan twitter aku. adakalanya macam tak publish langsung. tapi skali dua aje la. aku sendiri pun tak tau nak setting mcm mn lagi. dah abis aku godek sana sini.

pastu tetiba tgerak hati aku nak tanya amanz.my di twitter memandangkan beliau pakar IT. dalam tempoh sejam, beliau pun mberi respon IFTTT If This Then That. blur seketika. tapi malas nak tanya banyak. beliau dah respon pun dah cukup baik. aku pun terus gugel untuk mencari makna disebalik IFTTT yang dimaklumkan oleh Amanz.my

gugel punya gugel, aku pun jumpa laman sesawang IFTTT (klik sini). mula² agak pening gak aku nak setting mende alah nie. serius aku pening. dah mcm code programming lak ada if bagai. hihihi... tapi aku explore lagi setiap ceruk dan paham skit².

apa yang boleh aku bgtau, sangat mudah gunakan IFTTT bila dah tau caranya. serius mudah dan senang. setting skali seumur hidup. pastu automatik jalan sendiri. hihihi...

kalau refer balik pada gambar kat atas, ada 3 coding. coding la sgt kan. huhuhu... coding pertama bmaksud, kalo aku update blog, akan publish kat twitter. coding kedua lak, kalo aku upload pic kat fanpage fb, akan publish pic kat twitter gak. pastu yg coding ketiga, kalo aku update blog, akan publish kat fanpage facebook. haa.....dah pening kan kan kan? hahaha....

so, mcm mn nak buat mende nie sume? mcm nie caranya.... nanti aku cer citer utk entry akan dtg k. ade keje yg perlu aku setelkan. saje curi² ms update blog nie. huhuhu... adios amigos!


Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi


murid2 sekalian, lepas nie jgn tulis atau cakap "Harapkan pagar, pagar makan padi" tau sebab mana ada pagar makan padi kan kan kan. nama burung nie burung pegar. burung apa? burung pegar. burung apa? burung pegar. burung apa? burung pegar. dah macam iklan Petronas lak :p hehehe...
macam pagar aje. macam pegar aje.

Nikmat jatuh terlentang di lantai marmar yang basah

1 set kepala paip berharga RM25

ptg smlm aku cari kepala paip bkembar coz nak pasang kat sinki aku, serentak dgn mesin basuh. 2 dlm 1 memandangkan x byk space utk aku letak mesin basuh. tuan rumah suruh letak luar. x de maknanya aku nak letak luar. kalo hilang sape nak ganti? aku letak aje dlm umah sblh sinki. hohoho

mlm td aku cuba pasang pale paip yg aku baru beli tu. sblm tu aku tutup air kat luar. kang x pasal² menyembur lak air ms aku buka kat sinki. lepas aku bhempas pulas pasang kepala paip, aku pun ke luar rumah utk buka balik air. dari jauh aku dah dgr bunyi air menyembur. ah sudah! bala nie..

tanpa fikir panjang, aku pun terus meluru masuk blk dlm rumah smbl memecut. dr jauh aku nampak, hos getah yg bsambung kat paip dah mcm naga sembur api daa... abis banjir dapur aku!!!

aku sedar dapur aku banjir ms aku dah tlentang bawah sinki. pergh! nikmat giler bila sedang kusyuk blari tetiba gedegang!!! aku tgelincir jatuh tlentang dan terus hentam sinki. aku smpt tahan guna siku. kalo x, kompem kepala aku yg thentak kuat kat lantai. tu pun sakit dow! ms aku dlm keadaan tlentang, aku nampak ext plug kat lantai. nie kalo tetiba air sembur dlm tu ade yg mati karan aku sorang² rumah nie. aku tgk suis atas yg samb ngan ext plug tu on lak. terus aku bgn cepat² dan tutup suis dan tutup paip. Alhamdulillah... hidup lagi budak botak nie. huhuhu...
dah siap pasang. abaikan cadar kat tingkap sinki tu coz x de bajet lagi nak beli langsir. hihihi...

tetiba aku teringat kejadian 21 tahun yang lalu. ms tu aku darjah enam (nasib tak jahanam). org kata belum cuba belum tahu. ms tu kat dapur. aku nampak rice cooker yg masih on sbb masak nasi. kabel rice cooker tu dah koyak skit mcm kena geget tikus. ntah mcm mn tgn aku leh gatal nak pegang coz nak rasa karan. amik kau, betul² aku kena karan. tgn aku dah genggam erat kabel yg tkoyak tu. x leh nak buka. jadi patung seketika sblm tumbang ke lantai dapur. nasib baik aku tumbang, kalo x aku dah jd patung model rice cooker yg hangus. 

ada skali tu masa main papan gelungsur yg jenis kayu tu. papan tu dah tbelah dua. ms aku nak turun, adik aku letak kayu tajam kat tengah². aku dah nampak kayu tu, tapi still nak turun. konon² nak tau ape akan tjadi. taraaaaaa.... magik! kayu tu hilang! pastu adik aku ckp, "along, ada kayu kat bontot." mula² cool, pastu melalak x ingat! satu flat dgr. time tu aku kecik lagi. darjah 2 kot. dlm keadaan kayu yg menusuk ke bontot, aku lari dapatkan ayah. p hospital kena operate. sminggu aku tido meniarap. padan muka aku kan!

x serik lagi? sblm aku naik basikal, aku letak magnet kat spocket rantai basikal. ms dok mengayuh, tgn aku slamba meraba² kat rantai nak amik magnet kat spocket tu. ggggrap! amik kau! spocket yg bgigi tu tembus jari aku! aku reverse balik basikal dan cabut jari aku yg dah tmasuk dlm rantai. kuku sudah hancur wooo... aku x nangis time tu. kuat harimau. terus g sinki buka air laju² tala kat jari yg dah blubang skit tu. nikmat wei kena air. abis merah bdarah sinki. g skolah jari berbalut. jari tengah lak tu. mmg dah mcm tanda f**k sbb 4 jari aje leh genggam. jari tengah lurus aje x leh bengkok. huhuhu....

smpi skrg masih ade parut kat bontot aku. begitu gak dgn jari tengah aku. masih ada kesan lubang. hohoho... kecik² mmg nakal skit. dah beso nie aje jd budak baik. baik la sgt. 

ayah aku ckp, aku nie kalo dah nak, mesti nak punya. tapi yg betul² nak la. mcm nak rasa karan tu. kalo korang x pernah kena karan, korang try masuk gameshow Betul ke Bohong? wakaka... tp tu karan skit aje. nak karan byk, try mcm aku. hohoho...

sebut pasal karan nie, nasihat aku... kalo nak on off suis pastikan tgn korang dlm keadaan tbalik. contohnya kalo nak buka mn² suis, aku lebih suka tekan guna blkg jari drpd tekan guna hujung jari. risau kalo kena karan, tgn melekap terus. huhuhu...

yang penting, kalo x ready amik risiko, jgn buat kerja gila. hehehe... berbalik kpd insiden aku jatuh tlentang tu, aku cari minyak gamat nak sapu tp x de lak. yg ade minyak yuyi aje utk baby. bapak budak ke baby ke sm aje coz aku x de rambut mcm baby. wakaka...mn nak cari minyak urut mlm2 kan. minyak masak ade lagi sbotol. kang ada pulak yg suruh aku masuk dlm kuali panas. lawak kejam! huhuhu...

pagi nie bila aku bangun, sakit satu badan. siku aku dah kebiruan. leher aku dah mcm kena lock lak. bahu ada sengal skit. blkg badan pun rasa bisa coz hempasan kuat ke lantai ms jatuh tlentang mlm td. kepala aku ok, cuma kadang2 rasa mcm ade gempa bumi lak.
macam nak kena urut aje. macam nak kena urut aje.

Nasib kau la botak! hehehe...


budak comot: kpala awak memang botak ek??
budak botak: biarlah.. redho!!!

sblm nie x pernah tgk ade rambut, lps nie x pernah tgk budak botak lg :p hehehe....sape ade petua nak lebatkan rambut? wakaka... sblm tu aku nak petua tumbuhkan rambut dl :)) hahaha...

Akhirnya merasa gak Nasi Arab Kambing!


tepat jam 12tghari, kami smpi di Restoran Saba di Cyberjaya. pelanggan pun dah ramai, tapi masih ada seat kosong lagi. aku terus order nasi arab kambeng feveret aku, Mandi Lamb! memandangkan dah lama bebenor aku mengidam, aku order yg beso! tak pk ape dah time tu. aku pantang tgk kambeng! wakaka :))


kambeng sudah mali! pergh... nie mcm mkn utk 3-4 org aje nie. dgn sopannya aku pun melantak skit demi skit. sopan la sgt kan. bab melantak, no protokol ok! selekeh ke, comot ke, aku suka. br nikmat bl hadap rezeki :p


hampir sejam gak aku cuba mhabiskan nasi arab kambing nie. huhuhu... dah ler smlm makan beso ngan famili aku sempena bday ayah aku. ikan siakap 3 rasa! yummy! tu blum kira daging masak merah, sotong goreng kunyit, yong tau foo, otak² & ikan siakap masak stim. rezeki jgn ditolak!



selesai melantak, aku pun bayar. skali x de cash dlm wallet! nasib boleh guna kad debit. harga lebih kurang RM65/= nasi arab kambing aku yg beso tu aje dah RM30/= skali skala ape salahnye kan kan kan

otw nak kuar, aku tgk sume makan guna pinggan bulat yg dsediakan. aku aje makan direct kat pinggan bujur yg beso gedabak tu. patut la aku pasan mcm ade org dok jeling² time aku melantak td. hohohoho.... nasib kau la botak!


memandangkan skrg aku guna caltex (mcm lg jimat drpd shell/petronas), mmg aku cr stesen caltex smpi jumpa. tuu... smpi ke area Seri Kembangan aku cari. hehehe... alang² dah kat area situ, singgah jap kat The Mines coz nak beli cover utk hp HTC aku nie. x minat sungguh ngan cover yg jenis tutup abis, mcm ppuan. tu yg nak tukar cover tutup blkg aje. simple. pastu tukar screen protector jenis anti glare (matte). cover & screen protector yg sedia ada nie kedai bg free aje. nama pun free, yg biasa² aje ler diorang bg. brg free... amik aje. huhuhu...


sesudah anta bini aku blk umah, lebih kurang jam 5 ptg aku pun bgerak pulang ke Johor slps hujan dah reda skit. hampir stgh jam aku lepak dlm kete coz hujan amat lebat time tu. sblm tu, aku smpt singgah petronas utk topup touch n go. pastu beli cekelet skit sbg peneman aku spanjang pjalanan pulang ke Johor. smpi ke sudah aku x mkn cekelet tu. syg nak mkn. pulak dah. sape nak cekelet, sila angkat kening! eh...



smpi RnR Pagoh, lepak minum CoolBlog jap. kebetulan kedai makan pasang drama Love You Mr Arrogant (LYMA), layan la kejap even tinggal x smpi stgh jam nak habis. mmg kerek giler si Irham nie! hohoho... sminggu yg lalu, aku smpt gak borak² dgn penulis asal novel LYMA kat twitter. sila la follow beliau @AlieshaKirana kalo korang minat cite LYMA tu. "Cinta buat aku gila sebab cintakan kau yang berlagak gila!" ayat mcm kasar, tp jgn salah faham. bukan blagak yg blagak tu. lebih kureng mcm kerek gak la. huhuhu.. aku pun x reti nak explain :p ha! mcm jual mahal la.... oh yeah! puas aku cr makna tsirat blagak tu. hihihi...


lebih kurang jam 9 mlm, slmt smpi di Teratak Chef Dol a.k.a rumah ayah aku daa.... mcm mls nak blk umah sewa aje :p lps keje nanti terus blk.

"HATI INI TERLALU GILA UNTUK DENGAR KATA"