Out There We Are One

Makna tersirat disebalik ucapan #MerryChristmas


Merry: Jolly and full of high spirits.
Christ: Jesus Christ.
Mas: A holiday, sacred day.

Bila dah boring tahap dewata raya! aku layan @Photoshop!


weekend nie tetiba rasa bosan yang amat. nak update blog x tau nak citer ape. kebetulan wife aku demam coz bjangkit daripada aku yang demam. smpi skrg pun aku still demam lagi. batuk, selsema, panas badan, sakit kepala.... pergh! sabo aje ler. kena pk positif... sakit kan phapus dosa2 kecil :p hehehe... 


biler dah bosan, aku buka lappy dan layan photoshop smpi muntah. aku bukan expert pun. saje mengisi masa lapang edit itu ini. maka tjadi ler hasil spt gambar kat atas. aku bukan design tapi edit. edit ngan design x sm OK. kalo design tu fresh lg. kalo edit tu just ubah skit2 mende yg sedia ada :D gambar atas nie adalah bendera kampung kelahiran aku. siapa tau cer teka :p hehehe... ikutkan yg ori x de ler gambar rimau tu. saje aje aku letak. pastu aku timbulkan corak bulan & bintang. tu aje ler :p hihihi...


nie lg satu... sebut pasal Harimau Selatan mesti sume org dah tau :p terutama bila isu ciplak logo. aku x kisah pun. logo Harimau Malaya pun ciplak, ape ada hal kan kan kan? so aku pun mdesignciplakkan corak baju kat atas nie :)) wakaka... 

bahagian depan ada kesan cakaran, maklum ler... cakar harimau :p bukan yg urut2 suami isteri tu tau :p hehehe... pastu ade logo harimau toleh belakang yg bmaksud... "lu pehal tgk2 gua?" wakakaka.... selain itu aku selitkan 3 bulan bintang. saje aku tambah bulan coz x de ler nampak mcm komunis bintang tiga kan kan kan. lagi pun kat Mahkota kalo x silap aku ade 3 simbol bulan bintang :p

bahagian belakang gambar harimau nak terkam. ye la, tadi dah toleh belakang, kali nie nak terkam lak. sape suruh tgk2 kan? wakaka.... "Luaskan Kuasamu" adalah salah satu lirik dalam lagu Bangsa Johor. itu ler motto untuk team Darul Takzim FC. kenapa hitam putih? sebab aku mmg suka hitam putih :D hehehe...

amaran! aku bukan expert bab photoshop nie. so, jgn tanya aku mcm2 :)) aku try satu persatu. yg pasti sok lusa konpem aku lupa ape yg aku guna satu persatu tu! hihihi...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad @CheDet Yang ke 87 Tahun!


"Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden."
YAB Tun Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember 1925 untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.

Kepada IDOLAku sejak kecil, semoga dipanjangkan usia ,dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup bahagia disamping isteri, anak-anak dan cucu cicit tersayang. Terima kasih atas segalanya.

Member Get Member: @WorldCard_My Membership Application


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Kad Keahlian 'WorldCard' daripada Resort World Genting nie, boleh bagi nama penuh & email kepada saya melalui email [klik sini] untuk tujuan pra pendaftaran. Jangan sesekali bagi maklumat peribadi di ruangan komen untuk elak aktiviti spam di email anda. Apa yang menariknya mengenai Kad Keahlian 'WorldCard' nie?
  • Perolehi mata ganjaran WorldCard di kedai rakan niaga yang mengambil bahagian;
  • Penebusan Hadiah 'On the spot'di kedai rakan niaga yang mengambil bahagian;
  • Nikmati kadar keahlian khas untuk penginapan Hotel, Taman Tema, Pelbagai Acara dan lain-lain lagi;
  • Perolehi mata ganjaran WorldCard apabila anda membeli-belah dalam talian di WorldCard Shopping.
  • Nikmati layanan dan jemputan khas untuk ahli bagi acara, konsert dan pertunjukkan;
  • Pengiktirafan dan penerimaan oleh kedai rakan niaga yang mengambil bahagian di Malaysia, Singapura dan Hong Kong.
  • Dapatkan yang terkini mengenai peristiwa yang berlaku di Genting Highlands Resort;
  • Dan lain-lain lagi... 
Tentu anda semua ada BonusLink, MesraPetronas dan pelbagai kad kesetiaan (loyalty card) dimana setiap pembelian pasti ada mata ganjaran yang boleh ditebus dengan pelbagai barangan. Begitu juga dengan Kad Keahlian 'WorldCard' ini.


Selain itu. dengan kempen 'Member Get Member' anda berpeluang untuk mendapat 1 juta mata ganjaran! Dan juga hadiah bernilai RM35ribu untuk direbut!


Antara rakan niaga yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:

Fesyen & Aksesori:
• Bonia
• Tangs
• Lazo Diamond
• Carlo Rino
• Hush Puppies
• Pet Shop
• Obermain
• Poney
• G2000

Gajet:
• SengHeng / SenQ
• BHPetrol
• Lim Tayar
• Siang Hin
• SEC ElectriCare
• TBM

Genting:
• Genting Hotel
• Highlands Hotel
• Theme Park Hotel
• Resort Hotel
• First World Hotel & Plaza
• Awana Genting Highlands Golf & Country Resort
• Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort
• Awana Langkawi Spa & Island Resort

Hadiah:
• Toy City
• Farm House
• Choc Stop
• Colours & Fragrances
• Sky Mall

Kesihatan & Kecantikan:
• iHeal Medical Centre
• Pedas Springs
• Eye Shop

Hotel:
• The Northam
• The Gurney
• 11 Century
• Holidah Villa Subang

Restoran & Cafe:
• Chuai Heng Restaurant
• Grand Imperial Restaurant
• The Coffee Bean
• Chin Swee Vegetarian Restaurant
• Ah Yip Herbal Soup
• Esquire Kitchen
• Canton-i
• Dragon-i
• Baskin Robbins
• Ah Yat Abalone Forum Restaurant
• Causeway Bay Restaurant
• Gu Yue Tien Restaurant
• Starbuck Coffee
• Marche Restaurant
• Gin Ryu Tei
• Sushi King
• Purpe Cane

Perjalanan & Hiburan:
• Resort World Genting
• Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd
• Universal Traveller
• Star Cruises
• Victoria Music Centre
• Resort World Tours

banyakkan? tapi untuk makan, tidak digalakkan untuk orang Islam kerana tidak pasti status HALAL.

Kad Keahlian 'WordCard adalah PERCUMA. Jika berminat untuk dapatkan satu, sila emailkan nama & email anda ke email saya [klik sini]. Mungkin anda bukan yang pertama, tapi pastikan anda bukan yang terakhir. Jika anda orang terakhir, siapa pula anda hendak ajak kan? So, rebut peluang untuk mengajak rakan² anda untuk menjadi ahli. Dengan syarat, anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu. Daftar sekarang! First Come First Serve, But Unlimited:p

Klik gambar ini jika anda sudah daftar. No Ahli diperlukan.

Kerja Hujung Tahun


2-3 minggu nie boleh dikatakan minggu paling sibuk untuk penghujung  tahun 2012! time² nie ler aku boleh jd stress yg amat. dengan keje melambak, ditambah pula dengan  tekanan demi tekanan oleh orang² atasan. ikutkan hati, mau terbalik meja opis nie.

sebenarnya aku tak kisah keje byk mn pun. org dah bg keje, aku buat aje. cuma aku tension yg amat sgt bila orang² atasan terlalu push push push. 

bagi keje tlampau byk, kena siap dlm ms singkat, pastu pot pet pot pet. yg paling aku bengang biler suruh wat keje yg memudahkan mereka sedangkan yg buat keje tu aku, yg tanggung tu aku, susah senang pun aku. so... keje aku, ikut cara aku!

kalo nak tolong, amat² dihargai. kalo x nak tolong, jgn bebel mcm ayam belanda kelaparan. OK la, aku nak samb keje aku yg ntah bl nak selesai. 

adios amigos... 


Kenapa harga iPad Mini di Lazada lagi mahal daripada Apple sendiri?


sebelum Ipad Mini dipasarkan secara rasminya di Malaysia, Lazada terlebih dahulu dah buat promosi di laman webnya Lazada.com.my

bagi aku harga RM1,499 agak mahal dengan saiznya yang 'mini' tu. lagi pun dengan spec hanya 16GB + WiFi sahaja, agak tak berbaloi untuk dibeli. 

tetiba tadi aku terbuka laman web Apple.com/my dan terkejut apabila harga yang ditawarkan untuk iPad Mini 16GB + WiFi hanyalah RM999. 

dengan spec yang sama, perbezaan harga adalah RM500! kenapa pihak Lazada jual lagi mahal daripada pihak Apple sendiri? 


aku dengar ramai yang komen pasal penipuan urusan jual beli di Lazada. memandangkan setakat ini aku tak pernah kena tipu dengan pihak Lazada, aku tak berani nak komen lebih. tapi kali ini apa yang aku lihat adalah penipuan secara terbuka oleh pihak Lazada. pihak Lazada menjual iPad Mini 16GB + WiFi pada harga RM1499, manakala pihak Apple menjual pada harga RM999. 


di laman web Apple sendiri pun, harga iPad Mini 16GB + WiFi + 4G pun berharga RM1399. so, dimana rasionalnya pihak Lazada meletak harga sehingga RM1499? harga tersebut langsung tiada dalam senarai pihak Apple.

apa yang menjadi persoalan, adakah sudah ada yang terbeli Apple iPad Mini melalui Lazada sebelum ini? jika terbeli, alangkah malangnya! rugi RM500 begitu saja. 

boleh lihat sendiri perbezaan harga yang ditawarkan berdasarkan sumber di Lazada & Apple. itu pun kalau pihak Lazada tidak buang iklan tersebut secara tiba-tiba.


Pesta makan 200 tan Raja Buah (Durian) di Putrajaya

Tarikh: 6-10 Disember 2012
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Oh kome, deghoyan dah berbunge
(dah berbunge)
Moh kite minang anok dare
(anok dare)
Anok dare, anok dare kote
(dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale
(iye)

Kate deme, sakit jatuh cinte
(jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge
(jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute
(cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe
(rabe-rabe)

* Bile musim deghoyan
Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ramey berani nampor
Ape deme nak heran
Saman boleh bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh
(udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh
(pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk
(dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok
(padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke
(memang gitu)

Finally! Malware Issues on @NuffnangX have been resolved!


sblm nie blog aku tetiba kena attack ngan malware mn ntah [klik sini]. rupa²nyer bukan aku sorang. ramai gak yg kena serangan cyber nie. terutama geng² nuffnangx mcm aku nie. nasib baik masalah dah setel. gara² malware nie, aku remove terus Google Chrome dari lappy & pc aku. wakaka... sabo aje ler :p

pagi nie aku test buka blog aku guna Google Chrome kat pc member aku. Alhamdulillah... dah boleh buka blog kesayangan aku nie. hehehe... risau gak kalo pape tjadi kat blog aku nie. maklum ler, dah 4 tahun aku mjadi penulis x bgaji. actually, penaip sbb aku taip aje kan. kalo tulis baru leh panggil penulis kan kan kan

OK ler, aku nak samb keje 'penting' aku dl. x leh lama ngadap tenet nie. kang x jln keje aku tu. dah free nanti leh samb berblogging. btw, aku tgh dok pk nak edit layout blog aku nie sblm masuk thn baru. tetiba aku sendiri rasa semak dgn blog aku sendiri. hahahaha...

tQ pihak NuffnangX yang bertungkus lumut setelkan problem nie. nanti aku letak balik nuffnangx dlm blog yg aku dah remove gara² malware tu :p jgn ade blk sudah ler ek :D adios amios!

Hilang Punca Bila Malware Distributor @NuffnangX Masuk Dalam Blog!

 
google chrome has blocked access to this page on www.d0d0l.com.
content from www.nuffnangx.com, a known malware distributor, has been inserted into this web page. visiting this page now is very likely to infect your computer with malware.
 malware is malicious software that causes things like identity theft, financial loss, and permanent file deletion.
 
tgh mlm td mmg aku angin satu badan. tetiba lak leh jd mcm nie. aku pun x tau ape punca blh tjadi insiden nie. mcm mn malware leh masuk dlm blog aku? yg paling aku konpius bila tertera nama nuffnangx.com! ape kaitan nuffnangx dgn malware tu? aaaaaaarrrrrrggggghhhh!!! stress aku. smpi skrg aku buntu. wat ms nie x leh nak pk pape. byk keje aku nak kena setelkan dulu. so, blog nie tpaksa aku KIV wat sementara waktu. yg penting setting dah byk lari terutama part layout. yg lain aku x smpt nak check secara tperinci.
 
tapi kenapa aku leh update blog nie? tu pun mjadi kemusykilan aku gak. blog aku x leh buka di Google Chrome aje. browser lain buleh pulak. tp kenapa hanya Google Chrome yg boleh detect malware dlm blog aku? pelik sungguh aku. dah ler aku nie x kurang arif pasal mende alah nie sume.

harap ade sesape yg expert boleh mbantu menyetelkan problem aku nie. kalo setakat Google Chrome yg menjadi penghalang... aku OK lg. cuma yg merisaukan aku jika benar malware bkenaan boleh mjahanamkan blog aku yg dah berusia 4 thn nie! silap hb laptop/pc aku pun leh jahanam dek malware nie.

bukan saja menyusahkan aku, tp menyusahkan pembaca blog aku nie. aku x pasti jika diorang buleh buka atau sebaliknya.

dlm tempoh 3 minggu nie aku kena fokus utk siapkan keje aku yg tsgt² la penting & mustahak giler. maybe bulan dpn br aku buat post-mortem kat blog kesayangan aku nie. harap² x de masalah yg kritikal. btw, aku dah backup sgala coding template dlm blog nie sbg langkah bjaga².

slagi aku leh update blog, aku update walaupun hati ini tsangat ler risau :( agak² ade x software utk remove malware dlm blog aku nie? huhuhu...
 

Puding Rumpai Laut (Kolagen)


PudingRumpaiLaut.com merupakan blog terbaharu dari aku, merangkap biz terbaharu dari aku dan juga wife aku. Kami baru saja berjinak² dengan biz rumpai laut nie. Bukan apa, saja² mencari pendapatan tambahan. Nak harapkan gaji bulanan yang tak selari dengan peningkatan ekonomi di Malaysia nie, agak susah nak 'hidup' di kota. Memandangkan wife aku berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, stok rumpai laut pun kebanyakkan import dari sana. Kalau AirAsia buat promosi tiket murah, insya'Allah kami akan pulang ke Sabah. Dan kalau ada sambutan yang menggalakkan, kami akan borong lagi rumpai laut nie.


gambar di atas tu antara yang sempat kami packing. packing yang biasa2 aje. maklum ler, baru nak start biz. maybe lps nie leh kasi cantek bungkusan tu kan kan kan... memandangkan rumpai laut nie kami beli direct di Sabah, x de la mahal sgt bila nak jual kat sini. untuk sepaket 100 gram, kami jual RM25 sahaja. sepaket boleh tahan antara sebulan hingga 2 bulan bergantung kepada penggunaan.


100 gram tu bila direndam seharian akan kembang menjadi banyak. rumpai laut yang kami ambil ini warga agak ungu (purple). memandangkan ianya diambil dari  laut, so ada kesan2 garam yang putih2. sebab tu kena sental kasi bersih sebelum dimasak.


kalau ikut perkiraan, 100 gram boleh dapat 2 bekas mcm kat atas nie. bekas mcm nie aku & wife guna dalam tempoh sbulan untuk makan dan juga masker di muka. so, kalau korang berminat nak try rumpai laut nie.... jgn segan jgn malu utk terjah blog aku yang kedua Puding Rumpai Laut nie. hehehe...



Sambutan Harijadi @AirAsia! Tambang dari 11 sen sahaja! @MyBigShots

Syarikat penerbangan terkemuka Asia ini ditubuhkan dengan impian untuk membolehkan semua orang terbang. Sejak tahun 2001, AirAsia telah memecahkan kebiasaan industri perjalanan sedunia dan meningkat dengan pantas untuk menjadi syarikat penerbangan terbaik di dunia. Dengan rangkaian laluan yang meliputi lebih daripada 20 buah negara, AirAsia terus mengorak langkah untuk penerbangan tambang murah melalui penyelesaian yang inovatif, proses yang cekap dan usaha yang bersungguh-sungguh dalam perniagaan. Bersama-sama syarikat sekutu kami iaitu AirAsia X, AirAsia Thai, AirAsia Indonesia, Philippines' AirAsia Inc. dan AirAsia Japan, kami bersedia untuk membawa penerbangan tambang murah ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan dasar kami, "Kini Sesiapapun Boleh Terbang".

Sempena ulangtahun AirAsia ke 11 tahun, promosi tiket kali ini adalah serendah 11 sen sahaja. Tapi itu semua tak termasuk caj tersembunyi serendah RM26. Kena pandai pilih tarikh dan masa. Promosi ini bermula esok sehingga 2 Disember 2012. Ini bermakna hanya seminggu sahaja tempoh promosi. Siapa cepat dia dapat! Btw, tempoh penerbangan adalah seawal 3 Disember 2012 sehingga 31 Mac 2013. 4 bulan pusing 1 dunia :D hehehe... Siapa yang bernasib baik, dapatlah tiket 11 sen. Siapa kurang bernasib baik, dapatlah harga mahal walaupun ianya tetap harga promosi. Dan siapa yang tak bernasib baik, mungkin tiket habis... cuba lain kali OK! aku sendiri pun susah nak dapat harga promosi. sabo aje ler :p

Kepada pemegang kad BIG, ada mata ganjaran menanti anda :D Tukar Mata Ganjaran BIG anda kepada penerbangan percuma dengan Program Kesetiaan BIG AirAsia. Daftar secara PERCUMA sekarang!
NANTIKAN JAM 12 MALAM INI! PASTIKAN LINE INTERNET LAJU! PASTIKAN ADA FULUS YANG CUKUP! PASTIKAN ANDA SABAR... SABAR... SABAR...
p/s: rasa mcm nak balik rumah famili mertua di Tawau awal tahun depan :D hujung tahun nie balik rumah famili sendiri :p hehehe... duit duit... dimana kau duit!

Simbol Tangan Star Trek adalah fahaman Yahudi Laknatullah

Antara selebriti yang bersimbolkan Vulcan Salute termasuk Barrack Obama

gaya tangan nie dipanggil Vulcan Salute yang popular dalam cerita Star Trek. simbol ini berasaskan huruf Ibrani Shin (ש) iaitu Shaddai yang bmaksud 'Yang Maha Kuasa' iaitu merujuk kepada Tuhan bagi orang Yahudi. Leonard Nimoy atau Spock dlm Star Trek mpkenalkan Vulcan Salute dalam Star Trek musim kedua pada tahun 1967. Leonard Nimoy dikatakan pendatang Yahudi Ortodok dari Iziaslaf, Ukraine.

Leonard Nimoy ~ Pelakon asal Star Trek sebagai Spock
Ketika kecil, dia selalu dibawa datuknya ke rumah ibadah Ortodok. Dari situ dia mengenali simbol tersebut. 'Live Long and Prosper' adalah tagline bagi simbol tangan tersebut. Ianya sebagai ucapan salam bangsa Vulcan dalam Star Trek.


Nimoy telah lama aktif dalam aktiviti masyarakat Yahudi, dan dia boleh bercakap dan membaca bahasa Yiddish. Pada tahun 1997, beliau membukukan dokumentari A Life Apart: Hasidism in Amerika, mengenai pelbagai mazhab Yahudi Hasidic Ortodoks.

Kabbalah

Pada bulan Oktober 2002, Nimoy  telah menerbitkan Projek Shekhina, kajian fotografi meneroka aspek kewanitaan berhubung kehadiran Tuhan, yang diilhamkan dari Kabbalah. korang google sendiri OK :p

Simbol tangan ini, "Pendita Rahmat" dibahagikan kepada 28 bahagian yang mengandungi huruf Ibrani yang bermaksud Kekuatan. 2 perkataan dibawah bila disambungkan יהוה membawa maksud Tuhan. Kekuatan Tuhan Yahudi???



kedudukan tangan 'Pendita Yahudi' ketika memberi rahmat kepada penganutnya.


terdapat simbol Vulcan Salute di batu nisan Yahudi Laknatullah.


Kenali 7 nama Tuhan Yahudi Laknatullah:
1. Eloah (God)
2. Elohim (God)
3. Adonai (Lord)
4. Ehyeh-Asher-Ehyeh (I am that I am)
5. YHWH (I am that I am)
6. El Shaddai (God Most High)
7. YHWH Tzevaot (Lord of Hosts)

pssttt... ntah2 nama Kar-El & Jor-El (Superman) pun di ambil daripada nama Tuhan Yahudi kot? kena wat research lg nie :p akhir kata dari aku, jgn suka suki tiru tanpa periksa. Yahudi Laknatullah nie mmg bangsa yang bijak. tapi kita pun kena bijak dengan taktik2 kotor mereka nie terutama dalam bab jajah mental. so, bhati2 la ek agar tak tpedaya :D nie saje yg mampu aku huraikan. selebihnya, korang google sendiri OK. kalo nak citer pasal Yahudi Laknatullah nie mmg bjela2 panjangnyer.

"BARANGSIAPA YANG MENYERUPAI SESUATU KAUM, MAKA IA TERMASUK GOLONGAN MEREKA"

Mustajabkah Doa Orang Yang Dizalimi? - @realDrMAZA


"Saya menghadapi tekanan di tempat kerja saya. Ada seorang individu yang sering membuat berbagai tuduhan kepada saya. Macam-macam cerita yang bukan-bukan diada-adakan. Dia macam mahu orang lain membenci saya. Saya tahu diri saya. Demi Allah, semua yang dituduh itu tidak benar. Saya amat tertekan. Sehingga saya berfikir ingin berdoa agar Allah memberikan bala kepadanya. Tapi ada orang beritahu saya tidak boleh berdoa macam itu sesama muslim. Saya amat sakit dengan kezalimannya. Bolehkah saya doa supaya Allah beri balasan kepadanya?"

7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.


Majikan & pekerja ditangkap khalwat 8km dari pejabat! @KKMPutrajaya @LiowTiongLai


Tajuk kecil "Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua pembaca Kosmo!" Tajuk besar, "Ketua Pengarah Kesihatan mengaku berkhalwat". apa nak jadi dengan umat akhir zaman nie. dalam kita hendak menyambut hari yang mulia, tercemar dengan perilaku yang sukar dimaafkan. ingatkan makin tinggi tahap pendidikan seseorang itu makin tinggi IQ, tapi nampaknya aku silap. bila terlampau pandai, adakalanya otak menjadi bengap. bila dah bengap, inilah jadinya.

“Saya bertanggungjawab atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang dan saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,” kata Hasan.
Sabda Rasulullah SAW, "Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang perempuan dari suaminya."

sebagai majikan, sepatutnya memberi nasihat kepada pekerjanya berhubung masalah rumahtangga. bukannya mengambil kesempatan di atas masalah yang dihadapi. sebab itu seboleh²nya jangan cerita masalah rumahtangga kepada orang luar terutama yang berlainan jantina. sudah menjadi trend si suami akan mengadu kepada kawan perempuan dan si isteri akan mengadu kepada kawan lelaki. jika iman tidak kuat, syaitan akan take over dan kesudahannya berlakulah kecurangan dan seterusnya membawa kepada penceraian.


satu lagi isu yang perlu diambil perhatian berhubung masalah rumahtangga ialah apabila masalah diluahkan di rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. gaduh aje update status, marah aje update status. adakah ianya membantu menyelesaikan masalah? TIDAK! mendatangkan lagi masalah ada ler. peringatan utk diri aku juga. Nauzubillah... minta dijauhkan. jangan sesekali meluahkan masalah rumahtangga di alam maya. lebih baik meluahkan masalah kepada yang benar2 pakar atau ahli keluarga terdekat. lagi pun berdosa besar mengaibkan pasangan kita secara terbuka di alam maya. suami kena jaga aib isteri. isteri kena jaga aib suami. kalau kita jaga aib orang lain, nescaya Allah SWT akan jaga aib kita di akhirat kelak... insya'Allah. walaupun teruk mana sekali pun pasangan kita, jangan sesekali kita mengaibkan mereka terutama dihadapan rakan². bila dah kahwin, masing2 perlu jadi pelindung diantara satu sama lain. sama² pertahankan alam rumahtangga yang dibina. sama² menjaga aib dan maruah diri serta pasangan.


Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bagi seorang mukmin, setelah bertakwa kepada Allah s.w.t tidak ada sesuatu yang terbaik, selain daripada isteri yang soleh, iaitu isteri apabila disuruh, dia mentaatinya, apabila dipandang menggembirakannya, apabila diberi janji, diterimanya dan apabila ditinggalkan pergi, dirinya dijaga dengan baik begitu juga harta suaminya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)


Dalam sebuah hadis lain, daripada Saad bin Abi Waqqas dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang soleh, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

Please RT #PrayForGaza #MalaysiaSupportsPalestine

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight





#ApoKonoEhJang80an vs #ApoKonoEhJang2012


Versi Lama

Versi Baru

Dua² aku layan, dua² menghiburkan. Ikut selera telinga masing². Memandangkan aku pernah stay di Jelebu dan juga Seremban hampir 5-6 tahun, so... aku mmg suka loghat nogori nie :p hehehe... masa aku kerja di N9, mmg suka sgt pasang cd lagu nyanyian AllyNor & Mastura. sanggup beli tuu.... wakaka :)) x de masalah nak pasang lagu tu coz dikelilingi oleh kengkawan nogori. lagi diorang suka ade ler...

Versi baru pun boleh tahan. Ada pulak si AC Mizal yang suka ckp loghat nogori,walaupun dia nie sama tmpt kelahiran dgn aku, iaitu Muo Bandar DiRaja (dulu Bandar Maharani). bila loghat nogori dirapkan... mau terbelit lidah dbuatnyer. aku x tau la kalo kuar versi karaoke nanti... ade yg kekurangan oksigen time nak rap. hihihi...

mcm yg aku cakap, taste masing2 la kan. bagi aku, dua² versi lagu nie mmg terbaek dari ladang! tiada yang lama pasti tiada yang baru. cuma ada sedikit Anjakan Paradigma dlm lagu nie. lagi pun aku mmg minat AC Mizal sejak zaman 4U2C lg. tapi ada satu perkara aje yg buat aku bengang dgn dia nie smpi rasa nak karan aje :)) wakaka... biarlah rahsia. bak kata Jeff Sepah, "barang yang lepas jangan dikenang".
PEACE YALL!

Selamat Tahun Baru Islam 1434 Hijrah



@Streamzoo better than @Instagram??? Terbaek dari ladang!

betul ke Streamzoo lagi best daripada Instagram? tepuk dada tanya diri sendiri :p sblm nie aku guna Instagram. mcm biasa, iPad wife aku jadi mangsa. setakat hp cap ayam aku tu, sms boleh ler ;) hehehe...   Streamzoo mahu pun Instagram, dua2 sm aje dari segi fungsi. snap gambar, pastu share di facebook & twitter. cuma dari segi kesan khas kepada gambar, maybe bagi aku Streamzoo lagi OK kot? selera masing2 la kan.


gambar atas adalah contoh snap guna Streamzoo. view dari atas rumah mertuaku di Tawau, Sabah. byk lg kesan khas yg boleh digunakan slain drpd pelbagai fungsi lain. salah satunya, jika kita taip #Malaysia di bahagian deskripsi gambar, gambar tsebut akan tmasuk dlm kategori Malaysia jika pengguna search & filter stream #Malaysia. walaupun br shari mgunakan aplikasi Streamzoo, mmg puas hati la. Instagram mmg OK, tp Streamzoo lg OK. mcm aku ckp td, selera masing2 la kan. hihihi...


so, tpulang kpd pengguna sm ade nak guna Instagram atau pun Streamzoo. tiada paksaan dlm memilih. yg penting korang puas hati dgn hasilnyer. try la install dl OK. [klik untuk install Streamzoo]



Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 59 Tahun!


4 November 1953 - pejam celik pejam celik dah 59 tahun usia ayah aku. genap setahun pencen sbg warder ;) ikutkan hati nak pencen 60 thn. tp memikirkan kesihatan mak aku yg x mengizinkan, nak x nak tpaksa pilih opsyen 58 tahun. hobi baru ayah aku adalah tanam bunga diperkarangan rumah;) konpem boring bl dah x de keje. hehehe... dl keje jg banduan, skrg boleh fokus 100% jg mak lak.

skrg nie aku masih berada di Tawau, Sabah... rumah mertuaku. 11 hari sudah aku kat sini. bukan honeymoon, tapi cuti raya haji. memandangkan masa cuti raya puasa lama di rumah famili aku, kali nie lama di rumah famili wife aku. baru adil kan kan kan


sempatlah aku beli something utk famili aku terutama rumpai laut a.k.a kolagen yg tgh femes skrg nie. murah skit kalo beli direct ngan pbekal coz sumber pun mmg dr sini. kalo dah masuk semenanjung, harga pun cekik darah.


flight kami jam 3:20pm, so 7 jam lagi sblm terbang pulang ke destinasi. kan best kalo rumah famili aku & rumah famili mertua dok sebelah2 aje. lg best kalo ade pintu doraemon! wakaka :)) tp lps kawen dgn wife aku nie, dah semestinya dpt tiket pergi balik MAS percuma setiap tahun. tp skali aje stahun. ok la tu leh guna utk blk raya ;) 

Semak Saman Trafik AES @PDRMsia Melalui Aplikasi Android


baru2 nie sahabat aku kena saman trafik. memandangkan gambar saman agak jelas, tidak syak lagi nie sume keje AES! hehehe...seram tak? takut tak? wat pe la nak takut kalo bawa secara bhemah kan kan kan... kalo dah ditetapkan limit 110km/j nape bawa melebihi had maksimum? kan kan kan dah tkono :)) contohnye mcm aku sendiri la, dah dpt surat cinta dr abg polis. panas mmg panas, tapi bayar tetap bayar! sob... sob... sob...


berbalik kpd citer saman AES nie, korang leh tgk sendiri gambaran sebenar saman AES tu. gambar kenderaan agak jelas dimana no plate boleh dibaca. tapi aku dah blurkan atas permintaan sahabat aku tu. selain gambar, beberapa info yg tdapat pada gambar saman spt nama, ic, bil saman, no saman, no plate, tarikh, masa, had kelajuan maksima, had kelajuan yg dikesan, lokasi kejadian termasuk kordinat GPS! Fuh! mmg hebat la ko AES weiii....bukti dah ade. mmg x dpt nak lari mn :(( x pasal2 kena blacklist!

citer pasal saman menyaman nie, pihak berkuasa tegas dlm mhukum pesalah trafik. dan lebih tegas bila soal bayaran saman. cuma aku musykil, kenapa pihak berkuasa ala kadar dgn pesalah trafik yg bukan dr Malaysia! mengikut ape yg telah dmaklumkan kepada Dewan Negara, saman tertunggak oleh 'mereka' adalah RM26juta! bukan RM26 tau! sila rujuk sini [saman warganegara asing] untuk lebih lanjut. so, apakata pihak berkuasa tangkap dulu makhluk2 asing nie suruh bayar saman dulu k. x kan nak menyusu anak kera dihutan, anak sendiri mati kelaparan kan kan kan. x baek tau! Allah SWT x suka tau :p

yg mn kureng arif pasal kesalahan trafik nie, leh rujuk [info trafik]. slain tu, saman bgambar mcm AES nie boleh disemak guna smartphone melalui aplikasi android. tablet pun boleh asalkan android. korang leh muat turun aplikasi tersebut mlalui Google Play [Malaysia Police Summons] pastikan anda senyum smbl menunjukkan isyarat peace apabila ade candid camera dari AES :)) hehehe...