Out There We Are One

7/10 The Drain Team @ Bowling 'Mines Playzone'


selesai sudah tournament bowling anjuran opis aku kat 'Mines Playzone' The Mines, Seri Kembangan petang tadi. dah berbulan lamanya aku tak layan bowling. skali layan, datang gian lak nak main lagi. hahaha...

aku x nak citer byk. game tadi lebih kurang 40 orang main. 1 team 4 org, so.. ade 10 team sumenye. keseluruhan, team aku dpt no. 7 drpd 10. wakaka :)) boleh la drpd dpt yg tcorot :p lupa lak nak bgtau. nama team aku THE DRAIN TEAM! nie member aku punya idea la nie. sabo aje ler.

dlm 3 game tadi, cuma dpt strike 4-5 kali aje. nampak sgt dah lm aku x pegang bola bowling. hehehe.... hentam saja ler. janji dpt lps gian main bowling.

Insya'Allah lps raya ade lagi tournament bowling anjuran portal komuniti Virtualfriends. kalo tiada aral melintang, aku akan join. tp tgk la mcm mn. 

ok la, mata aku dah rabak giler. pg nie kena bangun awal sbb nak g Hotel Singgahsana kat Petaling Jaya. ada event #SBDdB13 antara blogger anjuran Denaihati. lebih kurang 150 blogger akan join seminar nie. nie 1st time aku join event yg melibatkan blogger. segan la pulak nak lepak dgn otai2. hihihi... memandangkan aku nie mudah sesat jalan, bantuan GPS amat2 diharapkan. tp kadang2 x leh harapkan. tu yg GPS jadi Guna Pun Sesat :)) wakaka... adios amigos!


KENAPA SAYA SUKA BACA BLOG TOW MATER? @MsBlurry30



Actually, aku x kenal pun apekebende ler Tow Mater tu? Ingatkan sejenis tomato. Padahal ade aje gambar beso gedabak kat blog mama hakim tu :p maklum ler, dah tua² nie mn layan sgt citer kartun. Kalo layan pun, x de keje nak hafal nama watak² dlm kartun tu. Rupa²nya Tow Mater tu nama watak dlm citer Cars. Trak tunda kalo x silap aku. 

Saya ler Tow Mater yang sebenar :p hehehe...

Berbalik kepada tujuan asal entry kali nie iaitu, KENAPA SAYA SUKA BACA BLOG TOW MATER? so, disini aku bg list². x byk mn pun. kalo byk nampak sgt nak bodek kan kan kan :)) wakaka... antara sebab²nya:

  • syg sgt dgn Mama Hakim nie. Hahaha…. gurau aje la :p actually dah lama kenal dgn Mama Hakim nie since 2006 lg OK. So… dah 7 thn lamanya. dolu² dia suka bebel guna mulut, skrg bebel guna blog. kurang skit telinga nie nak bnanah :)) wakaka... ya ampun!
  • bday dia sm dgn bday my lil bro, 23 April 1983. ingat bday adik, ingat bday dia. so, x de sbb utk lupa bday dia. hehehe… SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 30 TAHUN. SEMOGA DIPANJANGKAN USIA, DIMURAHKAN REZEKI, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA AKHIRAT DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK SERTA HIDUP BAHAGIA BERSAMA SUAMI & ANAK. Amin…. 

  • selain perkembangan pemilik blog, aku suka baca pkembangan hakim. dah lama x jumpa. rasanya skali aje kot dpt jumpa si hakim nie. Ms tu kecik bebenor.  skrg dah beso pjg. dah jd hero mama. 

  • dah tentu update terkini pasal Shaklee! Maklum ler, aku pun terlibat sama dgn biz Shaklee nie. Memandangkan aku masih junior lg, so… kena follow mama hakim yg dah senior nie. 
  • rajin update blog! from zero to hero. aku pun kalah. padahal aku yg suruh dia buat blog ms mula² dl :))

maaf ye Mama Hakim sbb sbb dah tlebih 20 patah perkataan la pulak. 5 sebab aje pun. Hehehe… bila dah syok menulis mmg susah nak bhenti. Nasib baik cpt² sedar diri. Kalo x konpem lg panjang bjela. Hahaha… Kepada pembaca blog yg nak join contest Birthday Giveaway daripada Mama Hakim nie, sila la join sblm hujung bulan nie OK. sila klik sini cepat!!! kalo korang nak tau... dia nak borong barang² kat Sabah tu! duit tgh byk tu. masa nie la nak pow dia kaw². wakaka :)) baik punya hasutan! tu lum lagi produk Shaklee. aku nie yg Pengedar Bebas Shaklee pun nak gak hadiah Shaklee tu. org nak bagi free, sape x nak kan kan kan :p hahaha… kalau x ramai join, biar aku sorang bolot sume hadiah tu OK :p hehehe... jom join ramai²... x susah mn pun kan :D ada lebih kurang 2 minggu aje lagi sblm contest nie berakhir!


jgn lupa
follow twitter Mama Hakim di sini
dan juga
like facebook Mama Hakim di sini

Panggilan Temu Duga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27


Alhamdulillah... yang ditunggu2 selama ini telah tiba. 7 tahun menanti akhirnya dapat juga walaupun sekadar panggilan temu duga saja. Kira OK ler tu daripada x de langsung kan. Dengar citer SPA buat temu duga besar2an. Kalau lihat pada jadual, ada 2 peringkat. Peringkat pertama mulai 2 Mei 2013 sehingga 11 Mei 2013, manakala peringkat kedua mulai 12 Mei 2013 sehingga 14 Jun 2013. Aku calon peringkat kedua. Kalau dikira balik, lebih kurang sbulan lebih sesi temu duga nie. Agak lama juga tu. Tapi tak pasti berapa ramai calon & berapa ramai pula yang diperlukan. Yang pasti persaingan amat sengit.


Awal pagi tadi aku dapat email daripada SPA berhubung jadual temu duga aku nie. Rajin sungguh staff SPA nie smpi jam 2:37 pagi hantar email kat aku. hihihi... Syukur ssgt. Bak kata orang, sebelah kaki dah melangkah masuk, tinggal lagi sebelah kaki untuk turut melangkah... insya'Allah. Banyak juga dokumen2 yang perlu aku sediakan nanti. Yang penting resume kena cantek! Memandangkan calon beribu2 orang, x de la aku nak berharap sgt walaupun mmg nak sgt jawatan nie. Kalau ada rezeki tak kemana... Amin. Aku dengar citer gak yang pengambilan ini lebih kepada calon yang ada Diploma. Betul atau tak? wallahu'alam. Kita tunggu dan lihat OK.


Aku dijadualkan pada 22 Mei 2013 (Rabu) bertempat di SPA Putrajaya. So, lebih kurang 2 minggu aje lagi. Aku dah banyak kali temu duga SPA nie, tapi jawatan PPT N27 baru pertama kali. Sejak aku berkhidmat secara tetap 7 tahun yang lalu, mmg aku sentiasa apply jawatan PPT N27 nie. Malangnya tidak memenuhi syarat. Aku tak pasti dimana silapnya. Setiap tahun aku update permohonan walaupun aku tahu ianya tidak memenuhi syarat. Tetiba tahun nie status bertukar layak! Pergh.... syukur Alhamdulillah ssgt. Tetiba terasa berbaloi aku amik Diploma dulu. Kalau dihitung balik, sudah 10 tahun Diploma aku terperap, dah macam bahan arkib kat muzium. berhabuk sudah....tapi masih bernilai OK. 

Sila klik gambar untuk buat semakan layak temu duga

Doakan kami calon2 PPT N27 agar dapat melalui sesi temu duga dengan tenang dan lancar. Agak2nya apa soklan yang akan ditanya oleh panel2 temu duga tu kan? Ada yang bgtau, ada 5 orang panel dalam 1 bilik. Tetiba goyang pulak lutut aku nie. Aku setakat nak jawab soklan, insya'Allah tiada masalah. Betul ke salah ke, yang penting cara kita menjawab setiap soalan yang dilontarkan. Tapi yang paling2 aku risau kalau kena speaking omputih! Bukan setakat goyang lutut, rasa nak tcabut aje pale lutut nie. huhuhu... aku ngaku mmg failed ckp omputih nie. Kadang2 paham la skit2 bila org ckp omputih. Cuma bila nak speaking balik... kelu lidah untuk berkata2. hahaha....

Doa menghadiri Temu Duga - Dibaca sebanyak 25 kali. Mulakan dengan Bismillah...