Out There We Are One

Kelazatan berganda dengan ESP @ShakleeHQ


secara tak sengaja aku terbeli Energizing Soy Protein (RM150) atau lebih dikenali dengan nama ESP daripada Shaklee Corp nie. hahaha... actually wife aku nak beli mende nie. paham2 aje ler org ppuan nie. nak perfect 100% dimata org. itulah fitrah seorang wanita, x leh nak salahkan diorang gak. kecantikan dah sebati dlm diri mereka. bukan mcm llk... simple aje. asal buleh kan kan kan.

kebetulan sahabat aku yang juga seorang blogger Mama Vogue buat biz part time jual produk Shaklee nie. so, aku order terus ngan dia. dpt la Shaker 2 ketul dgn alasan x mo aku berebut dgn wife aku. hahaha... thanx my dear friend ;)


nie merupakan percubaan pertama aku menggunakan produk Shaklee nie. orang kata produk paling hot adalah ESP. sama ada untuk tujuan kawalan berat badan mahu pun untuk bina otot. kalau org ppuan konpem la nak ctrl berat badan. llk mcm aku nie... nak bg otot pejal. x kan slim kot. hihi...

memandangkan time nie x de susu kat umah, try aje ape yg ade. kebetulan ada skotak soya hitam. ape lagi... ESP+BlackSoy ler sambil shake... shake... shake... rasanya? kelazatan bganda!

aku pernah tanya Cikgu Fitness iaitu Kevin Zahri pasal susu yg sesuai utk otot. katanya better amik Susu Rendah Lemak pastu campur aje dgn mn² supplement. actually leh campur dgn mn² air termasuk air oren ke, air milo ke. yang penting bukan air bkafein!

kalau ikut panduan menggunakan ESP nie, pagi sblm bekpes & mlm sblm tidur. yg penting x lebih drpd 3 sudu besar shari! bukan skali telan 3 sudu tau! tapi utk otot, aku pernah tbaca, cara pengambilan adalah sejam sblm bsenam & sejam slps bsenam. so, 1 produk nie ade 2 kaedah pengambilan... bgantung kpd tujuan kita ambil. ok ler tu, 2 dlm 1. x yah kuar duit byk sgt coz aku leh share ngan wife aku.

susu pun aku dah beli. blk nie sblm bsenam aku nak try campuran susu + esp. harap² selazat soya hitam. hehehe... dah ade produk nie, kena rajin bsenam walaupun kat umah aje pun. kalo x mbazir aje mbeli. hihi...


secara rasminya aku dah jadi SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR atau dalam bahasa melayu PENGEDAR BEBAS SHAKLEE. no ID aku adalah 949402. so, sesape (bukan ahli) nak beli dgn harga ahli kat mana² cawangan Shaklee, guna aje no ID aku tu (diizinkan). hihihi...


yang penting produk ini disahkan HALAL oleh Islamic Services of America (ISA)! nie bukan akta ISA tau. btw, mencari yang HALAL adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang ISLAM. betul x? sblm aku tutup citer, jom baca fungsi produk ESP nie secara ringkas untuk pemahaman pembaca & pengguna. adios amigos!

Energizing Soy Protein (ESP) merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

Tumbuhan protein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.

Membantu mengekalkan kepejalan otot. (nie paling aku suka)


Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.

Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat. (nie penting untuk lelaki)

#OpsDaulat #PencerobohanSabah Mengapa POLIS, bukan TENTERA?



RAMAI yang bertanya mengapa pihak tentera tidak digunakan dalam menangani krisis pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu.

Mereka beranggapan sekiranya tentera digunakan, maka selesailah masalah dengan pantas. Ada yang berkata komando tentera lebih hebat dan lain-lain lagilah!

Namun ada justifikasi atau alasan tertentu mengapa pihak polis digunakan terlebih dahulu. Mungkin semasa tulisan ini dikeluarkan pihak tentera sudah pun menggempur masuk ke kawasan terbabit.

Saya ada menerima maklumat mengenai sebab-musabab mengapa kerajaan menggunakan pihak polis dan bukan tentera dalam menangani kancah krisis itu.

Alasannya ialah: Sekiranya tentera digunakan terlebih dahulu bermakna kita sudah mengisytiharkan perang dengan Kesultanan Sulu.

Itu juga bermakna kita telah mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah kerana mengisytihar perang terhadap kita.

Jika ini berlaku ia akan tertakluk kepada Konvensyen Geneva dan beberapa protokol antarabangsa.

Sekiranya polis digunakan sebagai pemerintah dalam operasi itu bermakna, kita masih menganggap 'tentera Sultan Sulu' itu sebagai penjenayah atau penceroboh dan bukan combatant atau tentera perang.

Polis boleh menangkap dan menahan (istilah untuk polis) dan bukan menawan - menawan ialah istilah tentera, dan terdapat perbezaan antara kedua-dua istilah itu.

Pihak penceroboh yang ditahan akan ditakrif sebagai tahanan jenayah dan bukan tawanan perang.

Oleh itu, tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang dibuat ke atas lanun Somalia yang kita tahan kerana mencerobohi kapal minyak negara di perairan Somalia sedikit masa lalu.

Mereka tidak dianggap sebagai tawanan perang.

Jika kaedah polis itu diambil, para penceroboh itu boleh diekstradisikan (dihantar balik) ke Filipina dengan lebih mudah.

Jika tindakan ketenteraan atau kita anggap perang diambil, maka sukar hendak dibicarakan dan di mana hendak ditempatkan atau diklasifikasikan mereka ini?  

Maka terjadilah seperti kisah CIA dan penjara rahsianya (black site) semasa kempen perang menentang pengganas (war on terror) yang mereka laksanakan.

Nyata maklumat itu, adakah jika kita mengambil pendekatan tentera, maka kita kenalah penjarakan mereka di black site seperti di Guantonamo Bay juga?

Oleh sebab itulah, menurut maklumat itu, kita mengambil langkah kepolisan terlebih dahulu.

Namun, sekiranya keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan.

Ini bermakna pihak tentera boleh mengambil alih kawasan Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ia seperti darurat sewaktu ribut banjir di New Orleans dahulu apabila tentera Amerika mengambil alih tugas dan bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia yang diisytihar darurat dan juga bukanlah bermakna peperangan antara kerajaan Malaysia dengan Kesultanan Sulu.

Darurat itu hanya untuk keselamatan sahaja dan di local area atau kawasan setempat dan mungkin bukan seluruh Lahad Datu pun. Ia hanya meliputi kawasan pencerobohannya sahaja.

Nampaknya kerajaan kita cukup berhati-hati dalam menangani hal ini.

Ia mengambil langkah satu persatu, walaupun setakat ini banyak nyawa anggota keselamatan kita yang sudah terkorban.

Maklumat itu juga menambah, dalam kes Al Maunah dahulu, pada peringkat awal operasinya dikendalikan oleh pihak polis.

Kemudian tentera mengambil alih. Tuduhan ke atas Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh. Beliau dituduh sebagai combatant perang.

Mengenai persoalan sempadan kita yang mudah dibolosi, maklumat itu menyatakan: Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur serta luas dan menjadi tradisi penduduk tempatan dan sekitar berulang-alik.

Tiada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar ialah Israel dan Vatican. Israel kerana temboknya dan Vatican City kerana dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta, Amerika Syarikat pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico.

Negara China yang terkenal dengan Great Wall-nya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia nomad atau bangsa padang Steppe yang ulang-alik.

Ia juga serupa dengan kes di Lahad Datu, yang digunakan oleh golongan manusia seperti Bajau Laut yang tidak mengenal batas sempadan.

Apa sekali pun, takziah kita kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam misi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air kita ini. 

Semoga insiden ini menjadi satu pengajaran yang amat bernilai untuk negara kita.

Al-Fatihah.