Out There We Are One

Apple iPad 2 + Smart Case Original untuk dijual (30.06.2012) - RM1400



Model
3G + WiFi

Saiz & Berat
Tinggi: 241.2 mm
Lebar: 185.7 mm
Tebal: 8.8 mm
Berat: 613g

Simpanan
16GB

Rangkaian & Sambungan
Wi-Fi + 3G model: UMTS/HSDPA/HSUPA (850, 900, 1900, 2100 MHz); GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
Bluetooth 2.1 + Teknologi EDR

Paparan
9.7-inch (diagonal) LED-backlit glossy widescreen Multi-Touch display dengan teknologi IPS
1024 x 768 pix resolusi pada (132 ppi)

Lokasi
WiFi
Kompas Digital
GPS
Rangkaian Data 3G
 
Kamera, Foto & Video
Kamera Belakang: Rakaman Video HD (720p) sehingga 30 fps dengan Audio; Gambar dengan  5x digital zoom
Kamera Depan: Rakaman Video VGA sehingga 30 fps dengan Audio;  Gambar VGA
 
Kuasa & Bateri
Bateri Lithium Polymer cas semula terbina dalam
10 jam - Layari internet (WiFi), Video & Muzik
9 jam - Layari internet (3G)
Cas melalui Adapter atau USB ke PC
 
Baru guna 7 bulan, jual dengan diskaun 20% ++  (harga boleh runding lagi...) Motif jual? Nak beli Apple iPad 4 :D Jika berminat boleh email admin[a]d0d0l.com Tiada penghantaran melalui pos. "Datang + Lihat + Beli + Ambil" Lokasi di Putrajaya dan kawasan berhampiran saja. tQ

Mati Syahid, Ulama & Dermawan antara penghuni NERAKA jahanam!

Sekadar Gambar Hiasan
Rasulullah bersabda, “Ada tiga golongan manusia yang pada hari kiamat dihadapkan kepada Allah SWT. Mereka dahulu ketika hidup di dunia adalah orang-orang yang terkemuka dalam hal harta, kedudukan dan Ilmu.

Yang pertama dihadapkan kepada Allah adalah seorang yang mati syahid di jalan Allah. Ketika hidup di dunia, ia ikut berperang di jalan Allah dan mati terbunuh. Setelah dihisab, Allah SWT berkata kepada malaikat-Nya, “Lemparkan ia ke neraka.”

Hamba Syahid itu berkata, “Ya Allah aku dahulu berjuang dijalan Engkau hingga aku mati membela agama Engkau. Semua itu aku lakukan untuk mencari keridhaan Mu.”

Para malaikat yang menjadi saksi berkata, “Dia berbohong ya Allah.” Allah SWT kemudian berkata, “Engkau dahulu ingin mati syahid agar manusia memujimu sebagai pahlawan yang gagah berani, sehingga orang-orang yang datang sesudah mu selalu memuji dan mengenang mu. Tidak ada tempat di surga bagi orang-orang yang riya.”

Yang kedua dihadapkan kepada Allah adalah seorang yang memiliki ilmu yang sangat tinggi. Seorang ulama pada zamannya. Ia selalu mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada manusia-manusia lainnya. Pengikutnya banyak dan ia amat disegani dan dihormati oleh para pengikutnya. Setelah dihisab, Allah SWT berkata kepada malaikat-Nya, “Lemparkan ia ke neraka.”

Hamba yang ulama itu berkata, “Ya Allah aku dahulu mengajarkan ilmu yang bermanfaat bagi hamba-hamba Mu. Semua itu aku lakukan untuk mencari keridhaan-Mu.”

Para malaikat yang menjadi saksi berkata, “Dia berbohong ya Allah.” Allah SWT kemudian berkata, “Engkau mengajarkan ilmu kepada manusia agar mereka memandangmu sebagai seorang ulama besar. Orang-orang mencium tanganmu, memuji dan mengenang mu.”

Yang ketiga dihadapkan kepada Allah adalah seorang yang sangat dermawan semasa hidupnya. Ia banyak menafkahkan hartanya di jalan Allah untuk membantu orang miskin, anak yatim, tempat ibadah, rumah-rumah pendidikan dan lain sebagainya. Ia sangat dikenal orang-orang pada masanya sebagai seorang dermawan dan sangat disegani. Setelah dihisab, Allah SWT berkata kepada malaikat-Nya, “Lemparkan ia ke neraka.”

Hamba yang dermawan itu berkata, “Ya Allah aku dahulu banyak menafkahkan harta yang Engkau berikan dijalan-Mu. Semua itu aku lakukan untuk mencari keridhaan-Mu.”

Para malaikat yang menjadi saksi berkata, “Dia berbohong ya Allah.” Allah SWT kemudian berkata, “Engkau menafkahkan hartamu agar engkau selalu dipuji dan dikenang sebagai seorang dermawan.”
Rasulullah melanjutkan, “Demikianlah ketiga-tiganya adalah ahli neraka. Allah memandang kepada hati kalian dalam setiap perbuatan.” (HR Bukhari)
Kredit: Badar Smai

Bila bateri kong... fulus pun melayang²...


pagi tadi lebih kurang jam 9:30 pagi aku keluar rumah untuk membeli sarapan untuk wife aku memandangkan aku kena datang pejabat untuk uruskan beberapa kerja yang belum selesai. lepas beli nasi lemak, aku singgah kedai runcit untuk beli telur.

tetiba masa aku nak start enjin kereta, hanya keluar bunyi 'ketak! ketak! ketak!' di bahagian enjin. ah sudah! aku nie bab kereta mmg zero skit. tau bawa aje. hehehe... aku call ayah aku di kampung. ayah aku cakap maybe 'bateri' problem. ayah aku tanya bila beli kereta? aku cakap ler kereta nie nak masuk 3 tahun. maybe dah sampai ajal kot bateri kereta aku tu. kebetulan, bengkel kereta betul2 sebelah kereta aku tersadai. nasib baik... kalau tak jenuh aku nak merayau cari bengkel. kebetulan jam 10 pagi, bengkel pun baru buka. 

salah sorang staff bengkel tu bawa alat untuk test bateri kereta. aku tanya, boleh tak caj bateri utk sementara waktu? tapi dia tunjukkan kat aku alat test bateri, ada angka bacaan kat situ yang aku x faham. senang citer bateri tu dah kong! dan perlu tukar bateri baru! pergh! nak tunggu gaji minggu depan. takkan nak biar kereta aku kat sini. dah ler tu satu2 nya transport aku ke opis slps motor aku tenat di wad kecemasan :p

nak tak nak kena tukar bateri gak. harga bateri basah lebih kurang rm150, manakala bateri kering harga rm200. tengok tempat gak & tengok brand bateri. bateri lama jual balik kat kedai dalam rm10. aku pakai duit 'kolagen' dulu. dapat gaji aku ganti balik. duit 'kolagen' tu duit keuntungan buat biz rumpai laut ngan wife aku. kereta aku nie pakai bateri kering. tapi apek tu cadangkan supaya tukar bateri basah coz lagi OK. bab nie pun aku blur gak. tapi paham sikit2 la. yang penting kena sentiasa alert ngan air bateri. bila aku gugel pasal bateri kereta nie, majoriti memilih bateri basah. hanya pakar saja yang tau. yang x tau mcm aku nie, follow aje ler yg pakar :p hihihi...

selain tu, apek tu pesan kat aku, kalau nak tukar minyak hitam, better tukar yang 5k punya. jangan 10k. bukan tak bagus atau tak OK. cuma bila pakai minyak hitam yang 5k, kita akan kerap servis. bila kerap servis, kereta akan OK. kalau dia tipu aku, aku tipu korang la :)) wakaka... tapi kalo ikut logik, betul gak ckp nyer tu :D

sebelum aku blk, aku tanya pasal bateri kereta. betul ke kena tukar tiap2 tahun? dia cakap, sape ckp kena tukar tiap2 tahun? kena tukar bila dah rosak aje. cuma kita x tau bila bateri tu nak rosak kan? so... anggaran dalam setahun setengah hingga 2 tahun penggunaan, standby aje utk tukar sblm kong tetiba mcm kereta aku nie :D hihihi..

hujung bulan nie kena servis kereta lak coz masa dah time! lagi pun bulan depan family day kat perak... lepak umah adik aku. kena ler servis sblm jalan jauh. x nak aku kena tolak kete tgh2 jln. kalo motor ok lg kan :p hehehe...

Imej Baru Tahun 2013 - BOTAK


dah lama aku teringin nak botakkan pale ku nie smpi licin. akhirnya tcapai gak hajat aku nie setelah skian lama :p kebetulan aku blk kg hujung thn. so, sblm masuk thn baru aku cukur rambut aku. actually 2 kali masuk kedai gunting. 

ptama kali masuk, aku suruh cukur guna mesin no.1 aje;) tapi abis pale aku diorang takuk lintang pukang. geram mmg geram. lain yg aku suruh, lain yg diorang buat. kebetulan yg cukur pale aku org tua yg agak rabun. nasib baik kulit pale aku nie dia x takuk skali. aku cuma pasan bl dah smpi umah. 

aku pun masuk kedai gunting kali kedua... tp kedai sblh lak. kali nie aku nekad utk cukur smpi licin! aku g ngan anak buah aku. ramai gak yg Q. maklum ler nak buka skolah nie ramai budak2 gunting rambut. tiba turn aku, ade pakcik tu suruh anak buah aku dok kat kerusi. pada hal aku yg nak gunting. konpius diorang sbb time tu rambut aku br aje lps cukur. tp aku ckp la nak botak licin terus. hihihi.... lg pun aku x kisah sgt. cuma mcm mn nak bdepan ngan budak opis sok :)) wakaka... mesti diorang tkujat kejap bl tgk aku botak licin! tinggal janggut aje aku x usik. saje bagi lebat. hehehe... 

zaman rambut panjang dah blalu. time dolu2 bela panjang smpi paras bahu. dah tua2 nie malas nak jg rambut sgt. lg pun byk dah hilang. alang2 aku hilangkan semua terus. wakaka... aku selesa rambut pendek ala2 askar. x yah pening2 pale nak sikat ke kiri, ke kanan, mahu pun ke belakang. x yah guna sikat pun :D tapi x de la aku nak maintain botak licin smpi bl2. maybe cukup la stakat pendek paras mesin no.1 aje :D 

hampir aku lupa. hari nie adalah tahun baru masihi 2013. stiap kali masuk tahun baru, mesti ada azam walaupun azam yg lepas2 tak tertunai :p hehehe.. so, azam aku tahun nie seiring dgn imej botak licin aku adalah nak jd mcm mamat kat bawah nie :p wakaka... aku minat lakonan aksi Jason Statham nie :p walaupun botak, tapi body mantap woooo...