Out There We Are One

UNDILAH dibanned!

KAMPUNG GAJAH: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata klip video ‘Undilah’ tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.- Berita Harian -

Klik gambar untuk lihat video klip UNDILAH

Maybe kalau Datuk Seri Dr Rais Yatim sendiri berlakon dalam video klip 'Undilah' barulah lulus tayangannya kot? Aku tengok biasa aje video klip tu. Kat mana yang dikatakan "mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masayarakat"? Dalam video klip tu menteri dalam kerajaan ada, menteri dalam pembangkang pun ada. Siap bjoget tau. Kalau aku disebelah pihak kerajaan, aku rasa OK aje & kalau aku disebelah pihak pembangkang skali pun, aku tetap rasa OK. So. aku tak rasa pun video klip tu berat sebelah. Sindiran ditujukan kepada kedua² parti coz dua² ada masalah. Masalah yang menyusahkan semua rakyat jelata! Itukan suara rakyat secara keseluruhan! Video klip pun nak dipolitikkan? Nasi lemak 2.0 lulus pulak? mmmmmmm....


punca kenapa menteri2 melenting:-
1. headline paper harakah "BN TIRU BUKU JINGGA" ms KuLi ckp negara kita byk masalah :p
2. lokasi2 kejadian dlm video klip tu kebanyakkan di lokasi perhimpunan haram BERSIH 2.0 termasuk hospital berkenaan :D
3. ada maskot dpn poster DS Najib Razak :))
4. korang cari sendiri OK

Saman! Saman! Saman!

nie la 1st time aku kena saman 'speeding'! muahahaha.... x de la laju sgt coz kena saman rm150 aje. kalo x...konpem kena rm300. kalo ikutkan tarikh saman, 14/8/2011 di subang jaya. ntah ms bl pulak aku p subang jaya! tp membe aku ckp maybe otw ke shah alam pun dkira subang jaya. so... time tu ari ahad. konpem time nie teman aweq aku shopping baju raya kat shah alam. x pun p pasar tani kat stadium tu. aku rs aku bw slow aje time tu. laju lg ms aku blk johor time raya ari tu. memandangkan sudah 2 bulan berlalu, saman terus up jd rm200! peerrrgggghhhhh...... mangkuk ayun tul polis nie. suka suki aje naik harga saman. dah ler sume barang naik. harga saman pun nak naik gak. bkn x nak bayar, tp bg ler ms utk aku kumpul duit skit2 nak bayar saman tu. ingat aku gaji mcm menteri ke? menteri bw laju pun x pernah kena saman tau! persoalannye.... kemana kesemua duit² saman tu ek? aku tgk tiap² thn kalo ade pembentangan bajet, mesti peruntukan utk polis dpt mcm². kononnye x cukup sumber kewangan utk memantapkan lg operasi polis. tp kemana duit saman tu pergi? ade pak polisi yg blh tlg jawab kan? lg satu, saman utk pemandu asing naik harga gak ke? korang ade tahan diorang x? korang ade larang diorang masuk Malaysia x kalo yg degil x byr saman? nape rakyat sendiri kena kaw², rakyat asing bermaharajalela? mcm pundek kan? muahahahaha....

melayang duit gaji aku!

CUEPACS nafi umur bersara 60 tahun tutup peluang pekerja muda

KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan. CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian. Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.- Berita Harian
Sepatutnya had usia persaraan adalah 50 tahun tak kira sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Mana boleh paksa kerja dalam tempoh masa yang lama. Kena ikut suara majoriti. Sebelum buat cadangan & keputusan, adakah pihak cuepacs sudah bertanya kepada semua pekerja di malaysia? Sepatutnya usia persaraan 60-64 tahun adalah opsyen! Dengan ini apabila usia mencecah 50 tahun, terpulang pada pekerja sama ada untuk teruskan perkhidmatan atau sebaliknya. Andai benar 'pihak tertentu' larat bekerja sehingga usia 100 tahun sekali pun, mereka boleh pilih opsyen untuk terus berkhidmat. Tapi jangan sampai membebankan pihak yang lain. Andai kata usia persaraan diluluskan untuk 60-64 tahun, adakah akan ada masalah jika pekerja itu untuk bersara awal pada usia 50 tahun? Memang ya! Sekarang pun yang mohon bersara awal sukar diluluskan. Cuma 2 pilihan diberi. Sama ada teruskan kerja atau letak jawatan. Adilkah? Selain itu, memang sudah jelas & nyata, cadangan ini menyekat peluang golongan muda. Berapa purata graduan yang keluar universiti setiap tahun berbanding dengan peluang kerjaya yang ada. Kalau ada, kerjaya tidak setimpal dengan akademik. Sebab itu berlambak kerani2 berpendidikan diploma dan juga ijazah! Adilkah? Ada ura2 mengatakan kerajaan akan mansuhkan jawatan gred sokongan (upsr/pmr) untuk dinaiktaraf ke gred sokongan (spm). Adilkah? Walaupun berjawatan kerani, sepatutnya kerajaan membayar gaji mengikut pendidikan. Disebabkan graduan tidak memilih kerjalah mereka menjadi kerani! Ada yang sudah 10 tahun menjadi kerani! Apa guna diploma & ijazah mereka? Sekurang2nya jika gaji mengikut akademik, terjaga sedikit kebajikan mereka. Tidaklah pihak ptptn/mara/jpa menjadi 'along' memburu pelajar2 yang tidak bayar pinjaman sedangkan gaji mereka tidak mampu untuk bayar pinjaman memandangkan jadual pembayaran setiap bulan adalah tinggi. Ada suatu ketika pihak mara/ptptn mengatakan bayar serendah rm20 pun tidak mengapa asalkan tidak bayar langsung. Hakikatnya, apabila ada diantara mereka membayar rm20 sebulan, surat peguam yang mereka dapat! Adilkah? Aku bantah sekeras2nya had usia persaraan 60-64 tahun ini! Aku cadangkan had usia persaraan adalah 50 tahun dan 60-64 tahun adalah opsyen! Fikir kebajikan pekerja terutama dari segi kesihatan dan ruang kehidupan mereka bersama famili. Jangan hanya fikir untuk mengejar jawatan besar, gred tertinggi & gaji terakhir saja. Bukan boleh masuk kubur pun!

respon post sblm nie...

tragedi berdarah

hari ini dalam sejarah! muahahaha....mcm siot aje ayat. mcm nie kisahnyer. mlm smlm aku tido awal skit dlm jam 11mlm. sllnyer paling awal kul 12mlm-1pg :D aku tido awal pun sbb dah bosan tahap cipan coz channel astro dah 2 minggu asyik currently not available (mcm pundek). pastu beruk celcom nie pun makin lama makin lembab tahap biawak padang pasir. sedang lena dibuai mimpi (x sempat mimpi), aku dkejutkan dgn kesakitan yg amat sgt. terasa kaki aku dtoreh dgn benda tajam. skali aku tgk ibu jari kaki aku bdarah. byk lak tu. nasib baik aku smpt tadah dgn tgn. kalo x meleleh darah tu kena kat tilam. x pasal2 nanti org kata aku pecah dara lak :)) muahahaha.... aku tgk kat hujung ibu jari aku spt kena toreh skit. ms tu aku langsung x pk tikus gigit ke ape yg gigit ke. aku tgk sekeliling x de mende yg tajam yg boleh jd penyebab ibu jari aku bdarah mcm nie skali. aku tido kat lantai aje beralaskan tilam toto. so...seluas2 tilam tu mmg x de mende tajam pun. aku picit2 ibu jari aku bg kuar darah smpi dah x kuar darah. pastu aku tala kat pale paip. waduh waduh waduh... syoknyer bl part bdarah kena tala ngan air. rs mcm nak aje aku geget pale paip tu pulak. lps aku cuci gitu gini, aku pun sapu dgn minyak. minyak gamat x de, minyak zaitun pun jd ler. so... aku pun samb tido coz ngantuk beb.

ade kesan belahan kat hujung ibu jari

darah yang meleleh x henti2

aku cedera parah!

ms nak g keje, aku balut ibu jari ngan tisu (kapas x de) coz rasa sengal bl pakai kasut. ms citer kat aweq aku, kena tazkirah pagi ade ler. x bsh kaki la ape la. aku siap mandi tau sblm tido tu coz cuaca agak panas. pot pet pot pet... nak aje aku sumbat ibu jari aku kat mulut. suruh keje kat jakim x nak lak. budak2 opis ckp maybe tikus yg geget. pastu bmacam2 cerekarama yg aku dgr. mak tikus bls dendam la. nanti kena virus tikus la. pegawai pun suruh aku g klinik. takut ade implikasi lain. nak x nak kena gak aku g klinik walau pun aku x bape suka sgt g klinik. lg pun darah tgh manis kan... seram pun seram :p hehehehe...

wah.... siap ade barcode utk scan!

smpi kat klinik, kena sound ngan nurse coz aku x terus g klinik lps kejadian. aku pun sound blk, "nurse... klinik mn yg buka 2 pagi?". kalo g hospital pg2 buta ingat dia layan sgt ke dgn kecederaan parah aku nie? lg2 hospital putrajaya tu. huh! ms masuk blk doktor, spt biasa doktor mesti tanye sakit ape (diorang mmg malas nak check). aku pun ckp syak kena geget tikus & nak suntikan antibiotik. doktor suruh aku tunjukkan ibu jari kaki. tgk aje ke? sbb tu ler aku mmg x suka g klinik jumpa doktor!
lps tu aku disuruh g bilik sblh amik suntikan. dr jauh aku nampak sorang aweq comel. x pasti doktor atau x. tp maybe MA kot. skali name tag tulis nama AZLAN. cit! mamat jambu rupanye. nie mesti makan jamu mak dara mamat nie. auuwww.... lembut aje suntik aku. sakit tetap sakit. sengal terus bahu aku. diorang suruh balik umah terus coz ubat nie akan bg kesan ngantuk slps stgh jam. aku malas nak blk umah coz ade keje kat opis. MA jambu tu pun kata x de la terus pengsan. buleh aje buat keje kalo x nak blk umah. auuwww....
kat opis pun dah mamai skit2. pastu suruh aku amik minit mesyuarat. elok sgt ler tu. ntah ape yg aku tulis pun aku x tau!

WiFi & mamak

Ali : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Ali : ini kedai punya interner la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugak
Ali : hah??
Mamak : "tajupakale..!"
Ali : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..
Ali : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tajupakale
Ali pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)
Ali : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tajupakale la... sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Ali : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tajupakale
Ali : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la...
Ali : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Ali pun taip)
Ali : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Ali : eh, ye ke... kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
  Ali : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"
Mamak : betul la saya cakap tajupakale..
Ali : %@$#@%#!!!!...

Golongan muda bantah umur bersara 60 tahun

klik untuk info selanjutnya

Tidak kira sama ada sektor awam mahu swasta, had usia persaraan 60 tahun ke atas adalah sangat² tidak sesuai. Saya bantah 100% cadangan yang agak 'bodoh' ini. Sepatutnya usia 50 tahun dah boleh bersara wajib. Jika mereka masih larat berkerja, baru boleh mohon lanjut sehingga 60 tahun atau pun 100 tahun sekali pun. Jika dikuatkuasakan had usia persaraan antara 60 - 64 tahun, ia seolah² seperti memaksa buruh kasar melakukan kerja tanpa rela. Jadikan had usia persaraan 60/64 tahun sebagai opsyen, bukan sebagai mandatori. Adakah untuk tahun² mendatang akan keluar pula arahan had usia persaraan wajib adalah 100 tahun? Ini adalah sangat tidak adil kepada para pekerja. Selain itu, cadangan ini jika dilaksanakan juga akan menjejaskan peluang kerjaya terutama naik pangkat bagi golongan muda & seterusnya meningkatkan lagi masalah pengangguran. Berilah peluang golongan muda untuk menerajui sesuatu organisasi. Bila usia semakin meningkat, kualiti kerja akan sedikit turun walaupun tidak semua orang. Cadangan ini sebenarnya lebih menguntungkan pihak atasan terutama golongan tertinggi yang berhajat untuk mengejar pangkat besar, gred tertinggi selain mata gaji akhir. Alasan supaya golongan berpengalaman lebih ramai adalah tidak rasional kerana golongan muda lebih cepat pick up dengan urusan² perkhidmatan. Golongan² muda ini akan lalui juga usia emas suatu hari nanti. Oleh yang demikian, tak perlu simpan lama². Beri laluan kepada orang baru. Orang lama boleh berehat, tumpukan pada keluarga serta 100% pada amal ibadat. Alasan jika had usia persaraan meningkatkan akan menyenangkan mereka di usia tua adalah kurang munasabah. Kenapa tidak dinaikkan saja gaji mereka? Sekurang²nya mereka mampu membuat simpanan setiap bulan untuk kegunaan hari tua kelak. Lebih baik tumpukan pada isu kenaikan gaji daripada isu had usia persaraan. Kalau boleh menteri² yang dah 'senja' pun sepatutnya ditukar dengan pemimpin² yang muda. Berikan kepercayaan kepada golongan muda. Jika golongan muda sudah berkhidmat seawal usia 18 tahun, adakah tempoh perkhidmatan 32 tahun masih tidak cukup untuk dikategorikan sebagai 'berpengalaman'? Adakalanya 'berpengalaman' akan bertukar menjadi nyanyuk jika terlalu lama berkhidmat. Jangan fikir semua orang 'sihat' selamanya untuk berkhidmat sampai menunggu saat kematian. Sepanjang tempoh perkhidmatan, bermacam² beban yang akan ditanggung terutama bebanan kewangan. Bila dah selalu berfikir, akan menyebabkan pekerja itu 'stress'. Golongan atasan mungkin tiada masalah untuk berkerja lama memandangkan mereka 'mampu' menelan vitamin² yang mampu bertahan lama. Bagi golongan sokongan dimana pendapatan tidak seberapa, maybe 'mampu' mengambil vitamin sekadar cukup makan. Sebab itu ada diantara mereka belum pun usia mencecah 50 tahun, sudah bermacam² penyakit ada dalam tubuh badan. Ketika itu, selalu tidak hadir ke pejabat & sedikit sebanyak akan menjejaskan mutu kerja seseorang & seterusnya menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi. Saya percaya ramai di antara mereka hendak berehat bila usia mencecah 50 tahun. Kenapa perlu dilanjutkan had usia persaraan sedangkan ramai diantara mereka memohon untuk bersara secara pilihan sebelum 50 tahun? Apabila permohonan tidak diluluskan oleh pihak atasan, mereka 'terpaksa' meletak jawatan. Apabila meletak jawatan, banyak kemudahan tidak dapat dinikmati oleh mereka. Ini adalah tidak adil bagi mereka yang telah berkhidmat lebih 30 tahun meletak jawatan secara terpaksa tanpa rela. Selain itu, adakah cadangan lanjutan had usia persaraan mengambil kira pandangan semua pekerja dari sektor awam mahu pun swasta? Atau ianya pandangan dari pihak² tertentu sahaja demi kepentingan peribadi? Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Berdasarkan slogan ini, adalah lebih baik diutamakan kebajikan pekerja dan seterusnya memberi peluang golongan muda menerajui sesuatu organisasi demi merealisasikan pencapaian dalam perkhidmatan dengan lebih cemerlang! 50 tahun sudah cukup! Mereka bukan robot! Mereka bukan hamba abdi! Mereka bukan buruh kasar! Mereka manusia biasa, berkhidmat demi sesuap nasi untuk menyara hidup menanggung keluarga.

4 kaum Adam di Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Daiso Japan

lps abis keje aweq aku ajak shopping jap kat IOI Mall Puchong. nak shopping kat kedai jepun katanye ;) salah satunye ade ler kain 'felt'. dia nak create menatang ape ntah name tu. kalo sempat dia nak wat utk bg tetamu ms wedding nanti :D hehehe.... maybe utk blah dia sempat kot coz kalo blah aku bape ratus nak kena wat. masa pun mcm x bape nak mcukupi aje :-ss lps shopping hampir 2 jam, kt org pun blk. lps aku anta dia  blk umah coz pale dia dah mula wat hal, aku pun terus ke umah member... open house dhari2 terakhir raya. mlm nie menu NASI LEMAK + AYAM GORENG. hehehe... spesel punyer tau. mn ade raya org bg nasi lemak :)) 2-3 kali gak aku btambah. mkn nasi lemak kan leh ngantuk. ibarat dsorongkan bantal... time nak balik tu aje hujan selebat2 hujan. syukur alhamdulillah! syok ler tido wei :-j

Daiso Japan @ IOI Mall Puchong

shopping...

shopping lagi...

sume nye RM5 x kira beso ke kecik ke brg tu

selepas 2 jam...

muka puas slps shopping :p

jamuan raya unit

guna powerpoint aje :p

kad jemputan raya yg sempat aku create kat opis td. jamuannye sok thari time lunch. so, aku pun buat ler ape yg tmampu guna bahan2 yg sedia ade.... powerpoint! hehehehe....dijangka 50-60 orang akan menghadiri sesi melantak beramai² nie. sblm tu unit aku akan buat meeting unit. mesti ade isu panas coz dah lm x wat meeting. ops! lantak ler... pekakkan telinga aje. bkn naik gaji pun :p hahaha... mlm nie kalo sempat aku potong kad raya tu coz aku print kat kertas warna aje :)) pastu kalo sempat lg aku email kat diorang yg ade kaler punye coz yg print cuma hitam putih aje. hehehe... selamat melantak sume!

facebook -vs- hendapbook

"KEPADA SEMUA KAWAN2 & AHLI KELUARGA SAYA DI FACEBOOK,


Boleh tolong sy utk buat satu perkara nih : halakan mouse anda pada nama saya, tunggu satu kotak keluar dan lihat pada option Subscribe. Cari "Comments & Likes" dan klik situ uncheck the choice atau Unscribed. Ini utk mengelakkan apa shj komen yg sy tinggalkan pada post/status/gambar kawan2 menjadi terlalu umum hingga boleh dilihat oleh orang2 yg tak berkenaan.


terima kasih banyak atas pertolongan :) lepas tu jangan lupa utk copy paste di wall anda untuk mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai.


seorang kawan berkongsi dgn sy dan sy harap anda semua sudi buat benda yg sama utk mengelakkan facebook menjadi hendapbook"
hehehe... tgelak aku tgk sorang² post statement kat wall fb masing². siap ade istilah baru... hendapbook! muahahaha.... nie ler masalahnye kalo x nak explore dgn lebih mdalam terutama bl ade perubahan² terkini². kalo ikutkan ade aje fungsi turn off subsriber nie. aku pun masih explore lg & mkaji lg. mn ler tau lps turn off... terus org lain x nampak ape² yg kite post atau komen. nanti kosong aje wall fb masing2 :)) hahaha....

Subscribe Button: kpd sume yg bkenaan yg asyik post kat wall dok merayu bagai supaya x subscribe itu ini begitu begini kononnye nak privacy, meh sini aku piat tinger memasing. yg gatai tangan klik butang 'Allow Subscribers' sape suruh? kalo dah klik bmakna korang dah ready utk di'subscribe' pastu pot pet suruh org jgn 'subscribe' komen la ape la. sabo aje ler. nie aku dah bg info, so.... pandai² ler cari butang 'Not Allow Subscribers' / 'UnSubscribers' tu k. tu pun kalo jumpa ler... (rajin² explore sesuatu yg baru OK)
 

btw, aku dah boring skit dgn pesbuk nie. x tau la nape. ms x de pesbuk, rajin aku mblogging & juga aktif dlm vf. sejak bpesbuk, terus senyap dua² xtvt tu. so... memandangkan aku dah mula bosan skit dgn pesbuk, xtvt mblogging kembali aktif spt skrg nie :D cuma xtvt vf tu akan dpertimbangkan suatu ketika nanti :D hehehehe... bak kata pepatah, ibarat sirih pulang ke gagang :D 

tudung seksi


nie la akibatnye bl tudung djadikan fesyen smata2, bkn memenuhi tuntutan Islam itu sendiri. natijahnya, 'bangsa' lain mpsendakan keIslaman org Islam itu sendiri. tutup atas, dedah bawah. susah sgt ke nak tutup aurat? kalau tutup aurat shingga menampakkan bentuk badan & menaikkan nafsu syahwat kaum adam... lebih baik bogel & telanjang aje. 

NIKON D3100

NIKON D3100
 dah lama aku mengidam nak beli DSLR brand NIKON. tp hajat sentiasa x kesampaian coz x de bajet. ms aku merayau2 kat alamanda, aku masuk kedai NIKON jap. kat kedai tu ade dsediakan tester product utk customer test market. so, aku pun test satu persatu. sume kaw2 punye. tp ikut pd bajet, maybe model D3100 yg paling sesuai kot. salesman tu ckp skrg harga dah turun RM1800++. lg pun model nie paling byk permintaan & sesuai utk entry level mcm aku nie yg br nak  bjinak dlm dunia DSLR. tgk la cam ne... kalo ade balance bajet kawen, aku sambar gak satu nie :D

Dual Sim: Nokia -vs- Samsung

MBI Q15



Nokia C2-03

Samsung Champ Duos
 
Akhirnya Nokia & Samsung ada produk dual sim yang aku cari2 selama ini ;) aku mls nak guna dua2 hp memandangkan aku guna 2 line. buat ms skrg nie aku guna model Q15 drpd MBI (Majlis Bandaraya Ipoh) muahahahaha! setakat nie x de masalah coz mudah dgunakan. aku x kisah sgt pasal brand. janji leh guna & berfungsi.  yg paling penting harganye MURAH! wat pe beli mahal2 kalo stakat guna utk sms/call aje. wat ms skrg aku kena survey dl kedua2 model hp tu dr segi penggunaannya & HARGAnye...

Kenaikan Gaji @ Bonus???


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.


Bagi aku gaji & bonus 2 perkara yang berbeza kerana gaji diberi setiap bulan manakala bonus diberi setahun sekali bergantung kepada kemampuan kerajaan. Sepatutnya tidak patut diberi pilihan sama ada gaji atau bonus. Adakah selepas kenaikan gaji, bermakna selepas ini tiada lagi bonus? Adakah bila diberi bonus selepas ini, tiada lagi kenaikan gaji? Sebab itu tidak wajar diwujudkan 'pilihan'. Selepas 5 tahun, sudah masanya kerajaan mengkaji kenaikan gaji selaras dengan peningkatan ekonomi sekarang. Manakala bonus terpulang kepada kemampuan kerajaan. Kalau ada, bagi lebih. Kalau tiada, bagi sikit. Lagi pun bukan duit siapa pun. Pusing sana pusing sini duit rakyat juga. Rakyat dah bayar macam² cukai. Nak makan kena cukai, nak jalan kena cukai, nak tengok tv (astro) pun kena cukai. Akan datang nak sms pun kena cukai. Gaji/pendapatan rakyat semuanya dihabiskan untuk membayar cukai dan juga 'bunga' bank/pinjaman.

Soalan kepada Najib Razak, "Antara makanan dan minuman, apa yang DS mahukan?" 

tunggu DS Najib Razak retweet aku ;) hehehe...

Jamuan Raya 2011

aku, bb, kak mas & ct
bahagian sumber manusia di opis aku buat jamuan raya. kali nie mcm kurang sambutan aje coz x ramai yg dtg. persembahan pun bikin aku ngantuk aje. memandangkan ramai x dtg, makanan pun byk stok. sate, lontong, nasi himpit, lemang, laksa, buah2an. mcm2 ade... aku bedal sume kecuali laksa :p

lu langsi wa kahwin lagi

Bini Biniku Gangster (Malaysia)

Lokasi: GSC Alamanda, Putrajaya
Tarikh: 22.09.2011
Masa: 08:15 PM

###############################

tepat jam 8:15 mlm aku smpi alamanda. sementara tunggu iklan, aku sempat beli popcorn besaq punyer. citer nie lebih kepada aksi komedi ringan. tajuk citer nie lebih kurang dgn citer My Wife Is a Gangster, film dr korea yng sudah masuk siri ke 3 kalo x silap aku. aku x pasti sm ade film  melayu nie spesis copy paste coz aku x pernah tgk lg citer asal versi korea tu. nampaknye aku kena cr gak citer korea tu.

My Wife Is a Gangster (Korea)

berbalik kpd citer Bini²ku Gangster... cuma satu aje yg aku x bape bkenan. tentang watak Intan Ladyana yg x berapa nak gangster sgt. bkn aku ckp lakonan dia x bagus, cuma dia mmg x sesuai bw watak ppuan ganas coz dia tu spesis lemah lembut. tendang kaki pun aku tgk skill ke laut. cam ne nak jd gangster? tp bab atas katil mmg tip top coz habis rabak baju sam dikerjakan! huhuhu... aku suka aksi gedik manja antara yana & sam sbg suami isteri.
kisah nie mengenai 2 kumpulan kongsi gelap yg dketuai oleh Manja & Min Siam. so, Ayahanda & konco² buat plan utk gabungkan puak² yg bpecah mjadi satu melalui perkahwinan antara Herry (Sam), Manja (Yana) dan Reanna (Intan) adik Min Siam.  aku x pasti citer nie ade kaitan dgn PEKIDA atau x coz penggunaan gelaran Ayahanda dlm film tu spt mn yg blaku dlm film KL Gangster. dlm PEKIDA ada gelaran Kak Yong x? hehehe...
jalan citer boleh tahan la, bkn stakat pasal aksi gaduh aje. tp ade gak unsur kekeluargaan yang cuba ditonjolkan oleh golongan gangster. diorang pun manusia gak kan ;) malas nak citer panjang... korang tgk la sendiri. aku bagi 7/10 bintang. citer best tapi perlu dperbaiki :D kpd Sam & Yana.... aku mmg suka lakonan korang berdua!

no more waiting room!

wow! setakat nie blanja tiket rm1689! tiket famili aku dah setel. tiket famili dia pun setel. tiket aku & dia pun dah setel. syukur alhamdulillah. so, aku ade masa 10 bulan lagi utk prepare mn2 yg patut. 10 bulan tu x lama. mcm 10 minit aje aku rasa. kadang2 rasa mcm 10 saat.

1/7 - 10/7 ~ 2 org

5/7 - 8/7 ~ 9 org

6/9 - 11/9 ~ 7 org

18 org sumenye yg akan terbang menaiki belon udara :)) muahahaha... nie hanya ahli keluarga saja. x dapek nak angkut sume :p baru urus tiket pun dah pening. alahai... lps nie konpem byk blanja akan dlaburkan. nasib baik ayah aku nak sponsor skit2 dgn duit pencen yg bpuluh ribu tu :p mmmmm... agak2 bape ek ayah aku nak sponsor? huhuhu....khemas, kerusi, meja... x yah pk coz guna opis ayah punye aje :D tu yg untung kalo keje uniform nie;)

Selamat Datang Mertuaku

jam 4 pagi aku dah tcongok mengadap laptop coz nak booking tiket murah punya pasal. cobaan! sabo aje ler :p hampir sejam gak aku tcongok kat waiting room tony fernandes nie. selepas sejam, akhirnya aku berjaya beli tiket dari Tawau ke KLIA. Alhamdulillah... so, pihak sini seramai 9 orang & pihak sana seramai 7 orang.

Promosi AirAsia

Mei 2012 - Oktober 2012


Promosi AirAsia kini kembali! hari nie aje shari suntuk aku ngadap AirAsia nie. x de dah waktu kemuncak. aku rasa stiap saat waktu kemuncak. punye ler susah aku nak buka web AirAsia nie! asyik2 kuar waiting room! waiting room! waiting room! mangkuk ayun tul tony fernandes nie! byk la ko punye room!

stress aku tgk waiting room nie!
mmg stress wei ngadap AirAsia nie! kalo call khidmat pelanggan mmg mcm harem jadah. pot pet pot pet... diorang caj hampir rm2 utk sminit. bayangkan just dgr sore mesin tu aje dah lebih sminit! pastu pot pet pot pet explain itu ini. kalo nak explain kat tepon, x guna ade web AirAsia coz kat web tu sendiri dah ade mcm2 info. pelanggan sume leh rujuk situ. dah ler susah nak ckp dgn 'org', tpaksa layan sore mesin yg ntah bl nak bhenti bckp. slagi x dpt ckp dgn 'org', slagi tu ler sore mesin tu repeat. aku rasa nak lempang aje si tony fernandes. upgrade ler skit sistem tu. dah ler makin lama makin mcekik harga2 tersembungi.

lebih kurang jam 4, berjaya gak aku booking! tu pun mcm nak stgh mampus aku ngadap waiting room. nasib baik ler diorang x letak muka tony fernandes kat waiting room tu. kalo x konpem kena sepak terajang monitor pc tu. aku tpaksa byr guna kad kredit member opis aku si Bibi coz Bank Islam x dterima. penat aje aku turun naik g bank semata2 nak aktifkan perbankan internet aku tu. kalo boleh letak sume bank. kan senang skit org ramai nak berurusan. 

buat masa skrg, aku just booking utk 9 org aje x tmasuk aku. even harga tiket cuma rm10 aje. tokok tambah caj sgala bagai tu ntah ape2 ntah, so...purata sorang dlm rm70. byk tul diorang caj kan. biawak padang pasir sungguh diorang nie. dsbbkan byr guna kad kredit, kena gak caj rm128. so, aku kena bayar kat member aku rm768 tunai!

tiket klia ke tawau dah setel utk bulan julai 2012. cuma tinggal tiket tawau ke klia utk bulan sept/okt 2012 aje x setel2 lg. pening aku dbuatnye. byk tul dugaan & cabaran nak kawen nie ek. 

senarai ahli keluarga aku yang akan berlepas ke Tawau
9 orang ahli keluarga aku yang akan turut serta dalam misi mencari cinta :p hehehehe... aku terpaksa gerak awal coz nak setel dl urusan disana. btw, depend pada harga tiket gak. kalo x, tpaksa aku follow skali ngan diorang. tu pun kalo ade seat kosong lg pd waktu yg sm. Ya Allah! permudahkanlah urusan hambaMu ini.... amin!






Adat merisik tak relevan?

masa otw ke opis pg td, spt biasa layan celoteh DJ² HOTfm... FBI & Ucop Wilca. topik pg nie mengenai adat merisik yg dkatakan dah x relevan dgn zaman skrg. mcm² pendapat yg dberi oleh pemanggil. ade yg kata x yah dah risik² nie coz masing² dah kenal. alasannya, pada zaman dahulu, x de kapel². sbb tu llk kena merisik utk kenal ppuan & familinyer. zaman skrg dah moden. kat pesbuk pun dah leh risik. hehehe... ade juga yg mptahankan adat melayu zaman bzaman nie. siap dgn hujah akak tu bdebat :p tp bg aku scara peribadi... kite melayu kerana adat. tanpa adat, dmana melayunye? btul x? bak kata hang tuah, "x kan melayu hilang didunia". walaupun dia org melayu pertama yg hilang kat dunia :p muahahahaha...

cite pasal merisik nie, aku pun ade pengalaman gak. hehehe... x silap aku bulan Mac 2010. bukan calang² merisik... naik flight tu! maklum ler... dpt sumandak made in tawau ;) ms tu malas nak pk pape coz x nak mcuakkan diri. 1st time aku smpi sana, 1st time aku kenal famili dia... 1st time gak aku merisik terus. hahaha... gelojoh sungguh! dgn berbekalkan sbentuk cincin belah rotan yg x bape nak  mahal tu, aku gagahi diri utk mluahkan isi hati. mlm pertama... x jadi coz tetiba gemuruh lak rasanye. masuk mlm kedua... lebih kurang jam 10 mlm operasi pun bermula coz aku tgk mak ayah dia nak tido dah. kat sana 10mlm dah mcm 12mlm. aku pun tido awal dok sana :p kalo kat sini, paling awal aku tido pun jam 12 mlm. operasi merisik nie paling sempoi yg aku dapat rasakan. time² nak tido kan, merisik pun pakai pakaian yg nak masuk tido ler. ayah dia pakai suar pendek, aku pun slamba pakai suar pendek. ape punye bakal menantu la aku nie. muahahaha... cuba bayangkan kipas besi yg besar gedabak mcm kat kedai² cina tu pasang kat sblh aku aje...tp peluh menitik² kat dahi aku! gemuruh x gemuruh ler time tu. aku pun dah lupa ape yg aku ckp. tau² aje aku bg cincin risik kat mak dia :D ms tu abg dia, adik² dia, akak ipar & anak² buah dia ade. tp sume tunggu kat dapur aje. jeng  jeng jeng.... tetiba lak diorang sume turun ke dapur. mesyuarat tingkap pulak dah. tinggal ler aku sorang² tnanti² kat dpn umah mcm nak tunggu hukuman gantung smpi mati aje. cuak beb! skali diorang bincang pasal hantaran & urusan kahwin. ops! apsal advance lak. aku nak merisik aje. bab hantaran & kahwin nie x de dlm plan pun. dialog pun x sempat buat. bincang punye bincang, tawar punye tawar. akhirnye keputusan pun diambil bsama. aku pun x de masalah (padahal pale dah ting tong pk nak cari fulus).

so... start dr tu mmg aku ikat perut tahap gaban kumpul fulus demi org tsayang. cewah! tapi dgn syarat. maybe adat diorang kot. memandangkan diorang dah offer baik punye hantaran, aku kena standby 'serba satu'. ingatkan kena bg barang kemas ke ape ke. tp diorang kata kena bg bahan² masak contohnya bawang, garam, gula dsb dlm kiraan 1kampit. lebih kurang la...aku pun dah lupa. so... setel sudah misi merisik mlm tu. bl aku pk blk, mmg aku gelak sorang². mn x nyer... ade ke patut aku merisik pakai suar pendek nak masuk tido tu. nasib baik aku x pakai boxer! muahahaha...

merisik sudah... tinggal meminang & menikah aje blum nie. mmmm... bl la nak smpi seru nie :p nanti usia dah stgh abad, anak² br nak abis skolah :))

moral of this story. adat merisik tu still relevan slagi masih ada melayu dmuka bumi ini asalkan tidak bcanggah dgn hukum hakam. maklum ler, adat buatan manusia nie sll ade tokok tambah seiring dgn peredaran zaman.

KLIA - Tawau

yes! yes! yes! akhirnya dapat gak aku beli tiket last minute coz promosi berakhir hari nie :)) mula² aku try booking jam 2 pagi. 2x try, 2x failed! last² aku tertido. pastu samb sesudah subuh. sementara nak tunggu loading, sempat aku mandi & bsiap². tepat jam 7 pagi... DONE! peerrrgggghhhhh! nasib baik masih ade seat kosong lagi. nak  kata murah tu x de la coz harga dah naik skit². dl bagasi 15kg rm20, skrg dah rm25. dl x de caj bahanapi, skrg dah rm40 seorang! nasib baik ler x de opsyen lain. hampeh tul! secara rasminya aku akan terbang ke sana mulai 24.03.2012 smpi 31.03.2012 untuk menyelesaikan segala urusan penting yang tertunggak gara² x de tiket murah sepanjang tahun ini dan kekangan bajet aku yg sll bocor poket. kali nie aku sebat gak even terpaksa ikat perut. janji aku smpi ke destinasi demi mencapai satu misi.


Sidang Video

kalau ikutkan jadual, sidang video bermula jam 8 mlm smpi 10 mlm. memandangkan aku nie expert bab sesat jalan, aku pun bgerak dr opis lebih kurang jam 6 ptg lps anta mem besar ke banglo 12 tingkatnya tu. time² puncak nie mmg konpem jem coz sume org bpusu² blk umah slps 8-10 jam mhadap boss dan juga pegawai yg mcm2 ragam. hehehe. bpandukan gugelmep yg aku dah siap print :)) aku pun meneruskan perjalanan. dah mcm semut aku tgk jln nie. lebih kurang 6:45 ptg aku smpi ke destinasi... Sekolah Menengah Sains Selangor. bhampiran dengan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur & Taman Tasik Permaisuri. nasib baik ade gerai... tetiba perut aku bkocok² ah. bedal naget pun jd ler.
jam 8 malam sidang video pun bermula. nie 1st time aku datang class coz yg 1st time tu aku datang gak...cuma x smpi2 aje :)) muahahhaha.... dengan 2 tv besar kat dpn + webcam.... bermula la sidang video antara seorang pensyarah dgn sume pelajar di pusat wilayah seluruh malaysia. memandangkan aku nie buleh tahan rabunnya...so, kena dok paling dpn skali. hehehe... 2 jam untuk 2 subjek. lebih kurang jam 10 mlm, tamatlah sudah sidang video. standby untuk esemen yang bakal diupload oleh pensyarah tersebut. memandangkan ade lebih kurang 7-9 esemen yang perlu disubmit, aku & 4 pelajar lain amik keputusan utk diskus kejap kat kedai makan yg bhampiran. nama group aku LESTARI. aku punye idea tu :p hehehe... 4 org tu dr AADK, aku aje dr KKM. diskus punye diskus... hampir jam 12 malam baru balik. aku smpi umah lebih kurang jam 1 pagi coz singgah bank utk bank-in duit (CDM). kena wat time tu gak coz aku nak book tiket flight ke tawau sblm promosi expired. gitu gini gitu gini... jam 2 pagi baru aku tido! zZzZzZz

Merdeka + Malaysia

Tugu Negara
sambutan kemerdekaan yg ke 54 tahun ini disambut serentak bersama sambutan penubuhan Malaysia pada 16 September 2011. so, tahun nie genaplah 48 tahun gabungan semenanjung + sabah + sarawak + labuan = Malaysia. even kita dah bebas dari cengkaman penjajah, tapi dari segi mentaliti masih lagi djajah secara halus. kadang2 aku pun naik pening tgk peel masing2 terutama bl dah tlampau taksub dgn 'boss' masing2.

Meja Bulat bersama Najib Razak




CAN WE CONTROL RISING PRICES. IF SO HOW?
Setiap rakyat Malaysia mempunyai MyKad. Pemegang MyKad juga membawa maksud dia adalah seorang warga Malaysia. Dicadangkan supaya segala transaksi dilakukan menggunakan MyKad. Selain itu, mana² pemegang MyKad yang berurusan menggunakan akan mendapat rebat iaitu merupakan subsidi. Ini bermakna, hanya rakyat Malaysia sahaja layak mendapat subsidi sesuatu barang yang dibeli. Sebagai contoh, seorang rakyat Malaysia mengisi petrol pada harga RM1.90 dengan menggunakan MyKad. Sebaliknya, rakyat asing yang mengisi petrol tanpa MyKad dikenakan harga tanpa subsidi iaitu RM3.28. Begitu juga dengan barangan-barangan keperluan harian seperti beras, minyak dan sebagainya. Jika harga minyak dijual pada harga RM2.50 pada pemegang MyKad, sebaliknya harga RM3.40 dijual kepada warga asing. Bukan saja petrol dan barangan keperluan harian saja, lebih afdal jika konsep ini digunapakai secara meluas kepada semua transaksi seperti termasuk bayaran tol, tiket kapalterbang, komuter dan lain-lain yang dirasakan perlu. Sebagai rakyat Malaysia, mereka layak mendapat keistimewaan yang orang asing tak dapat. Jika semua sama rata, dimana keistimewaan MyKad? Adakah ianya sekadar sekeping kad? Dari situ, sedikit sebanyak kerajaan akan dapat mengawal harga. Bukan tujuan untuk menindas orang luar terutama pelancong asing, tapi ini adalah hak keistimewaan yang patut dinikmati oleh rakyat Malaysia di tanahair mereka sendiri. Walau bagaimanapun, kerajaan harus menaiktaraf MyKad ke tahap keselamatan tertinggi memandangkan masih berlaku pemalsuan MyKad kepada rakyat bukan warganegara.

SHOULD WE CONTINUE WITH SUBSIDIES?
Mengenai subsidi, wajar diteruskan berdasarkan konsep yang telah diterangkan di jawapan no. 1 berhubung penggunaan MyKad dalam segala transaksi. Subsidi diberi untuk tujuan membantu mengurangkan beban rakyat ekoran peningkatan ekonomi. Adakah ekonomi akan turun? Adakah harga-harga akan turun?

HOW CAN PROGRAMMES TO ASSIST THE POOR AND LOW INCOME GROUP SUCH AS SUBSIDIES AND FOOD STAMPS, BE EFFECTIVE?
Mengenai program membantu  golongan berpendapatan miskin dan rendah, kerajaan harus melantik seseorang bagi setiap kawasan KECIL untuk memantau hal penduduk dibawah kawasannya. Sebagai contoh, seorang Ketua Kampung ‘wajib’ mempunyai maklumat terperinci setiap penduduk dibawah kawasannya. Maklumat-maklumat berkenaan termasuk dari segi tahap ekonomi sesebuah keluarga seperti jumlah ahli keluarga, pendapatan bulanan. Jangan lupa jumlah hutang kerana kebanyakkan data yang diperolehi hanyalah berdasarkan pendapatan bulanan tanpa mengira jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah atas sebab perubatan dan sebagainya. Ini adalah salah satu punca kenapa ada diantara mereka tidak layak mendapat bantuan sewajarnya. Selain itu, sikap ‘orang tengah’ yang suka pancung pun menjadi salah satu faktor bantuan tidak sampai ke penerima yang sepatutnya. Untuk lebih telus, data² penerima bantuan perlu disimpan dalam sistem pangkalan data dimana rakyat boleh mengakses, sama untuk tujuan menyemak, melihat atau membuat pertanyaan, aduan serta pembetulan. Dari situ rakyat boleh tahu sama ada mereka yang layak sudah terima bantuan atau belum. Atau mereka yang tidak layak pula yang terima bantuan? Sebagai Ketua Kampung, Ketua Kawasan, Ketua Penghulu… mereka seharusnya turun pandang mengambil sendiri data-data penduduk dibawah kawasannya tanpa perlu mengharap ‘orang tengah’ 100%. Sehubungan itu, satu sistem pangkalan data bagi setiap golongan berpendapatan miskin dan rendah diseluruh negeri termasuk sabah, sarawak dan labuan terutama KAWASAN PENDALAMAN yang selalunya tercicir dari pandangan mata kasar pemimpin-pemimpin berkenaan. Selain itu setiap kali menyalurkan bantuan, cukuplah sekadar atas nama KERAJAAN, bukan atas nama parti politik. Membuat kebajikan biarlah ikhlas dari hati. Kalau rakyat pun boleh menilai sejauh mana keikhlasan para pemimpin, bagaimana pula dengan DIA? Mengenai pemberian zakat, bagaimana rakyat hendak tahu sejauh mana ketelusan dalam pemberian kepada mereka yang memerlukan? Adakah jumlah kutipan wang zakat sudah habis diberi sama rata kepada mereka yang berkenaan? Antara pemberi-pemberi zakat terdiri daripada anak yatim piatu juga. Apa hukumnya makan harta anak yatim piatu walaupun sekadar RM7?

HOW DO WE INCREASE WAGES WITHOUT ERODING COMPETITIVENESS?
Peningkatan gaji adalah perlu kerana faktor ekonomi yang sentiasa naik dari tahun ke tahun. Seharusnya kenaikan gaji selaras dengan kenaikan ekonomi memandangkan harga-harga keperluan harian dan sebagainya berdasarkan peningkatan ekonomi. 10 tahun lalu, RM50ribu boleh beli sebuah rumah teres 1 tingkat. Sekarang harganya melambung sehingga mencecah RM200ribu. Adakah gaji meningkat 4 kali ganda sejak 10 tahun lalu? Mungkin Malaysia akan mencapai Negara Berpendapatan Tinggi. Malangnya rakyat akan mencapai kemiskinan tertinggi walaupun pada mata kasar gaji agak tinggi. Jika sekarang harga rumah boleh mencecah RM200ribu, apa akan berlaku pada 10 tahun akan datang? RM800ribu? Dimana rakyat ketika itu? Merempat dinegara sendiri? Kenapa golongan kaya terus kaya & golong miskin terus miskin? Contoh paling dekat adalah pemberian BONUS pada penjawat awam baru-baru ini. Bukan untuk mengungkit (syukur Alhamdulillah), tapi untuk mengkaji semula kewajarannya. Bonus diberi separuh gaji atau minima RM500. Disitu sudah terang, jelas dan nyata ianya memberi kelebihan kepada golongan atasan dimana gaji mereka yang berpuluh-puluh ribu sudah tentu mendapat bonus pun berpuluh ribu sedangkan golongan rendah (sokongan) sekadar bersyukur dengan pemberian RM500 sahaja. Dimana ketelusan & keadilan yang cuba ditunjukkan. Kenapa tidak diseragamkan agar semua mendapat maksima RM500 tanpa mengikut pangkat dan gred? Dari situ pihak kerajaan sendiri sudah boleh berjimat memandangkan peruntukan untuk pemberian bonus adalah sebanyak RM2bilion! Jika semua dapat maksima RM500, sekurang-kurangnya… lebihan duit yang diperuntukkan boleh diperuntukkan untuk kenaikan gaji atau pun boleh disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, mualaf, badan kebajikan, rumah anak yatim dan sebagainya.
Jika dikaji semula elaun-elaun yang diterima oleh golongan atasan terutama pengurusan tertinggi seperti elaun petrol/tol, elaun telefon, elaun keraian, elaun tambang percuma… sejauh mana kewajarannya? Apabila berlaku kenaikan harga petrol, rakyat memberontak terutama golongan berpendapatan rendah. Begitu juga apabila tol lebuhraya dinaikkan. Yang terbaru caj perkhidmatan untuk pengguna pra bayar sebanyak 6%. Sudah tentu rakyat memberontak. Bukan kerana kenaikan harga-harga tersebut, tetapi memberontak kerana gaji masih ditakuk lama, tidak dapat menampung kos sara hidup yang kian meningkat tahun demi tahun. Golongan yang berpendapatan rendah terpaksa bayar jika melalui tol setiap hari jika ingin ke pejabat. Mereka juga perlu mengisi petrol hampir setiap hari bergantung pada lokasi. Sudahlah rakyat dibebankan dengan macam2 cukai, hendak tambah nilai pun kena caj. Jika dilihat cuma golongan berpendapatan rendah yang sentiasa tidak berpuas hati dengan setiap kenaikan yang berlaku. Bagaimana pula dengan golongan atasan seperti pegawai pengurusan tertinggi? Mereka pergi pejabat, disediakan kereta, disediakan kad untuk tambah nilai minyak dan tol dimana boleh ditebus balik. Mereka tidak bising sebab mereka tidak perlu bayar minyak mahu pun tol. Telefon bimbit pun diperuntukkan dimana bil ditanggung oleh pihak kerajaan. Elaun keraian yang tidak sewajarnya diberi memandangkan ramai telah menyalahgunakannya. Sepatutnya apa-apa keraian boleh menggunakan sumber yang telah diperuntukkan, bukan setiap bulan diberi kepada mereka tidak kira sama ada guna atau tidak guna. Adakah pihak atasan sanggup turun sedikit gaji dan naikkan gaji golongan berpendapatan rendah? Jawapannya sudah tentu TIDAK kerana mereka tidak sanggup bersusah-susah bersama rakyat.  Daya saing sentiasa ada dimana-mana, tapi dimana pula keadilan dalam mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah?
Pada pandangan saya, pemberian gaji kepada pekerja terutama kepada penjawat awam mungkin tiada masalah. Tapi pemberian elaun-elaun yang dirasakan tidak adil kepada semua pihak. Kelayakkan seseorang terutama dari segi pendidikan menentu penanda aras gaji seseorang pegawai. Tapi pemberian elaun sepatutnya diberi sama rata tanpa mengira pangkat atau gred mengikut kesesuaian elaun tersebut. Sebagai contoh elaun perumahan seorang pegawai gred tertinggi adalah RM2000 sebulan, manakala elaun perumahan seorang pegawai gred rendah adalah RM200. Jika dilihat, hampir 10 kali ganda perbezaan jumlahnya. Mungkin mereka akan bagi alasan, belajar tinggi-tinggi… inilah yang sepatutnya dapat. Tapi bagi saya… setinggi mana ilmu yang dipelajari, perbezaan sepatutnya pada gaji sahaja, bukan pada elaun. Berdasarkan harga pasaran rumah yang semakin meningkat saban tahun, adakah penjual akan menjual rumah tersebut mengikut gred? Kepada pegawai tinggi, harga rumah adalah RM200ribu dan kepada pegawai rendah, harga rumah adalah RM20ribu. Adakah begitu? Adakah harga kereta dijual mengikut kelayakan pendidikan seseorang? Pegawai yang ada Ijazah membeli kereta pada harga RM50ribu manakala pegawai yang cuma ada sijil sahaja boleh beli kereta pada harga cuma RM5ribu sahaja. Adakah begitu? Oleh yang demikian, kenapa perlu dibezakan? Kenapa perlu diluaskan lagi jurang diantara yang kaya dan yang miskin?

KESIMPULANNYA:
Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!" Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar." Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?" Jawabnya: "Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai." Kata Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman." Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: "Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku". Jawabnya: "Ya!" Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar." (Ibn Qutaibah, Uyun al-Akhbar,1/55).

RAKYAT bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas.
Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan. Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil, amanah terhadap harta negara.
Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan. Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terserlah keadilannya.


btw, statement kat atas ini adalah pandangan/pendapat aku tentang topik perbincangan meja bulat bsama Najib Razak di portal beliau. cuma kat portal tu x leh taip pjg2. aku nie kalo dah taip susah nak bhenti. so, aku taip skit kat situ & dlm ms yg sm aku bg link bhubung statement aku yg pjg lebar tu yg aku upload kat tenet. expired dlm tempoh stahun sblm delete scara automatik. boleh klik link nie utk tgk...