klik untuk info selanjutnya |
Tidak kira sama ada sektor awam
mahu swasta, had usia persaraan 60 tahun ke atas adalah sangat² tidak sesuai.
Saya bantah 100% cadangan yang agak 'bodoh' ini. Sepatutnya usia 50 tahun dah
boleh bersara wajib. Jika mereka masih larat berkerja, baru boleh mohon lanjut
sehingga 60 tahun atau pun 100 tahun sekali pun. Jika dikuatkuasakan had usia
persaraan antara 60 - 64 tahun, ia seolah² seperti memaksa buruh kasar
melakukan kerja tanpa rela. Jadikan had usia persaraan 60/64 tahun sebagai
opsyen, bukan sebagai mandatori. Adakah untuk tahun² mendatang akan keluar pula
arahan had usia persaraan wajib adalah 100 tahun? Ini adalah sangat tidak adil
kepada para pekerja. Selain itu, cadangan ini jika dilaksanakan juga akan
menjejaskan peluang kerjaya terutama naik pangkat bagi golongan muda &
seterusnya meningkatkan lagi masalah pengangguran. Berilah peluang golongan
muda untuk menerajui sesuatu organisasi. Bila usia semakin meningkat, kualiti
kerja akan sedikit turun walaupun tidak semua orang. Cadangan ini sebenarnya
lebih menguntungkan pihak atasan terutama golongan tertinggi yang berhajat
untuk mengejar pangkat besar, gred tertinggi selain mata gaji akhir. Alasan
supaya golongan berpengalaman lebih ramai adalah tidak rasional kerana golongan
muda lebih cepat pick up dengan urusan² perkhidmatan. Golongan² muda ini akan
lalui juga usia emas suatu hari nanti. Oleh yang demikian, tak perlu simpan
lama². Beri laluan kepada orang baru. Orang lama boleh berehat, tumpukan pada
keluarga serta 100% pada amal ibadat. Alasan jika had usia persaraan
meningkatkan akan menyenangkan mereka di usia tua adalah kurang munasabah.
Kenapa tidak dinaikkan saja gaji mereka? Sekurang²nya mereka mampu membuat
simpanan setiap bulan untuk kegunaan hari tua kelak. Lebih baik tumpukan pada
isu kenaikan gaji daripada isu had usia persaraan. Kalau boleh menteri² yang
dah 'senja' pun sepatutnya ditukar dengan pemimpin² yang muda. Berikan
kepercayaan kepada golongan muda. Jika golongan muda sudah berkhidmat seawal
usia 18 tahun, adakah tempoh perkhidmatan 32 tahun masih tidak cukup untuk
dikategorikan sebagai 'berpengalaman'? Adakalanya 'berpengalaman' akan bertukar
menjadi nyanyuk jika terlalu lama berkhidmat. Jangan fikir semua orang 'sihat'
selamanya untuk berkhidmat sampai menunggu saat kematian. Sepanjang tempoh
perkhidmatan, bermacam² beban yang akan ditanggung terutama bebanan kewangan.
Bila dah selalu berfikir, akan menyebabkan pekerja itu 'stress'. Golongan
atasan mungkin tiada masalah untuk berkerja lama memandangkan mereka 'mampu'
menelan vitamin² yang mampu bertahan lama. Bagi golongan sokongan dimana
pendapatan tidak seberapa, maybe 'mampu' mengambil vitamin sekadar cukup makan.
Sebab itu ada diantara mereka belum pun usia mencecah 50 tahun, sudah bermacam²
penyakit ada dalam tubuh badan. Ketika itu, selalu tidak hadir ke pejabat &
sedikit sebanyak akan menjejaskan mutu kerja seseorang & seterusnya
menjejaskan perjalanan sesebuah organisasi. Saya percaya ramai di antara mereka
hendak berehat bila usia mencecah 50 tahun. Kenapa perlu dilanjutkan had usia
persaraan sedangkan ramai diantara mereka memohon untuk bersara secara pilihan
sebelum 50 tahun? Apabila permohonan tidak diluluskan oleh pihak atasan, mereka
'terpaksa' meletak jawatan. Apabila meletak jawatan, banyak kemudahan tidak
dapat dinikmati oleh mereka. Ini adalah tidak adil bagi mereka yang telah
berkhidmat lebih 30 tahun meletak jawatan secara terpaksa tanpa rela. Selain
itu, adakah cadangan lanjutan had usia persaraan mengambil kira pandangan semua
pekerja dari sektor awam mahu pun swasta? Atau ianya pandangan dari pihak²
tertentu sahaja demi kepentingan peribadi? Rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan. Berdasarkan slogan ini, adalah lebih baik diutamakan kebajikan
pekerja dan seterusnya memberi peluang golongan muda menerajui sesuatu
organisasi demi merealisasikan pencapaian dalam perkhidmatan dengan lebih
cemerlang! 50 tahun sudah cukup! Mereka bukan robot! Mereka bukan hamba abdi!
Mereka bukan buruh kasar! Mereka manusia biasa, berkhidmat demi sesuap nasi
untuk menyara hidup menanggung keluarga.
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com