KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan pihak yang menentang cadangan had umur persaraan kakitangan awam dan swasta dilanjutkan kepada 60 tahun adalah golongan tidak faham terhadap keperluan dan kepentingan masa depan. CUEPACS memperjuangkan supaya had umur persaraan dilanjutkan bagi membolehkan kakitangan dalam perkhidmatan berdepan pelbagai kenaikan kos sara hidup, termasuk perubatan, perumahan dan barangan keperluan harian. Sehubungan itu, Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya tidak berganjak dengan cadangannya supaya umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.- Berita Harian
Sepatutnya had usia persaraan
adalah 50 tahun tak kira sama ada di sektor awam mahu pun swasta. Mana boleh
paksa kerja dalam tempoh masa yang lama. Kena ikut suara majoriti. Sebelum buat
cadangan & keputusan, adakah pihak cuepacs sudah bertanya kepada semua
pekerja di malaysia? Sepatutnya usia persaraan 60-64 tahun adalah opsyen!
Dengan ini apabila usia mencecah 50 tahun, terpulang pada pekerja sama ada
untuk teruskan perkhidmatan atau sebaliknya. Andai benar 'pihak tertentu' larat
bekerja sehingga usia 100 tahun sekali pun, mereka boleh pilih opsyen untuk
terus berkhidmat. Tapi jangan sampai membebankan pihak yang lain. Andai kata
usia persaraan diluluskan untuk 60-64 tahun, adakah akan ada masalah jika
pekerja itu untuk bersara awal pada usia 50 tahun? Memang ya! Sekarang pun yang
mohon bersara awal sukar diluluskan. Cuma 2 pilihan diberi. Sama ada teruskan
kerja atau letak jawatan. Adilkah? Selain itu, memang sudah jelas & nyata,
cadangan ini menyekat peluang golongan muda. Berapa purata graduan yang keluar
universiti setiap tahun berbanding dengan peluang kerjaya yang ada. Kalau ada,
kerjaya tidak setimpal dengan akademik. Sebab itu berlambak kerani2
berpendidikan diploma dan juga ijazah! Adilkah? Ada ura2 mengatakan kerajaan
akan mansuhkan jawatan gred sokongan (upsr/pmr) untuk dinaiktaraf ke gred
sokongan (spm). Adilkah? Walaupun berjawatan kerani, sepatutnya kerajaan
membayar gaji mengikut pendidikan. Disebabkan graduan tidak memilih kerjalah
mereka menjadi kerani! Ada yang sudah 10 tahun menjadi kerani! Apa guna diploma
& ijazah mereka? Sekurang2nya jika gaji mengikut akademik, terjaga sedikit
kebajikan mereka. Tidaklah pihak ptptn/mara/jpa menjadi 'along' memburu
pelajar2 yang tidak bayar pinjaman sedangkan gaji mereka tidak mampu untuk
bayar pinjaman memandangkan jadual pembayaran setiap bulan adalah tinggi. Ada
suatu ketika pihak mara/ptptn mengatakan bayar serendah rm20 pun tidak mengapa
asalkan tidak bayar langsung. Hakikatnya, apabila ada diantara mereka membayar
rm20 sebulan, surat peguam yang mereka dapat! Adilkah? Aku bantah sekeras2nya
had usia persaraan 60-64 tahun ini! Aku cadangkan had usia persaraan adalah 50
tahun dan 60-64 tahun adalah opsyen! Fikir kebajikan pekerja terutama dari segi
kesihatan dan ruang kehidupan mereka bersama famili. Jangan hanya fikir untuk
mengejar jawatan besar, gred tertinggi & gaji terakhir saja. Bukan boleh
masuk kubur pun!
respon post sblm nie...
respon post sblm nie...
aku tak larat keje sampai umur 60 tahun, 58 tu pun rasa dah lama sangat!!
ReplyDeletetime tu otak dah tepu :)) tu yg asyik mc aje =)) 50 thn tu dah OK sgt. pastu kalo nak 'tolong', bg ler borang opsyen utk samb keje beberapa thn lg ikut larat la ;) bkn paksa keje lebih sparuh abad usia kite nie...nanti x sempat rasa duit pencen =))
ReplyDelete