Out There We Are One

15 Soalan Berkaitan 'Derma' RM2.6 Billion Dalam Akaun Peribadi @NajibRazak

Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;
1. Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?
2. Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
3. Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?
4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?
5. Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?
6. Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
7. Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
8. Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
9. Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
10. Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?
11. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?
12. Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
13. Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
14. Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
15. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti
Parlimen Belia Malaysia

Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.

Doa selepas solat tarawih yang menusuk kalbu


Ya Allah…ya Rahman…ya rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…

Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..

Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jdkanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…


Jual beli topup melalui aplikasi android


dulu aku pernah jual topup. tak silap aku, nama company Prepaid4U MyMode. skrg dah muflis kot. aku pun tak pasti status keahlian aku. btw, jual topup nie takde ler untung banyak mana pun. sekarang nie lagi ler kena GST. tapi takkan rugi. ade ler sikit income. sikit² lama² jadi bukit. melainkan kalo cari org jual topup. masyuk skit la. dulu aku 'baik hati' sgt dengan customer merangkap member sendiri. nak topup aje masuk buku 555, hujung bulan baru bayar. kawan² katakan, takkan nak berkira sangat kan. penyudahnya aku yang sakit. sebab nak rolling modal takde bajet. nak marah, kengkawan lak. akhirnya aku stop jual. just beli untuk diri sendiri.

kini aku aktif kembali. salah satu sebab utama adalah proses jual beli sangat mudah. jika dulu aku jual beli guna sms yang melibatkan kredit. maksud aku, siapa nak beli topup, aku kena hantar kod sms untuk jual topup. setiap kali hantar kod sms dah tentu akan tolak kredit even setakat 1sen aje.

so, skrg dah makin moden. jual beli topup dah boleh guna aplikasi android aje. so, boleh topup melalui smartphone, tablet atau pun mana² gajet yang menyokong android. aplikasi ini kena muat turun terlebih dahulu. cuma agen yang berdaftar saja boleh daftar masuk (log in).

selain topup kredit yang pelbagai telco (lihat gambar di atas), aplikasi ini juga boleh bayar bil² utiliti seperti TNB, Astro dan sebagainya.

sila layari laman web My Smart Reload 2U untuk mengetahui lebih lanjut mengenai biz jual beli topup, btw, laman web ini belum siap sepenuhnya setakat hari ini. tapi masih boleh tengok ape² yang patut.

secara ringkasnya, setakat nak jual topup saja... yuran pendaftaran cuma RM30 seumur hidup untuk jadi Agen. tapi kalau nak jadi Master Agen, yuran pendaftaran cuma RM120 seumur hidup. Master Agen boleh lantik Agen² di bawahnya. manakala Master Dealer pula boleh lantik Master Agen dan juga Agen di bawahnya dengan yuran keahlian sebanyak RM200 seumur hidup.

kalau anda jenis nak beli online, malas nak pergi ke kedai, biz ini sangat sesuai. segalanya dihujung jari. kalau tak nak jual takpe, boleh beli untuk diri sendiri.


















Ayahku menangis lagi...


hari ini kami sekeluarga pergi merisik keluarga perempuan bagi pihak adik lelaki aku. sekali gus ditunangkan. in sya Allah, tahun depan akan disatukan jika tiada aral melintang. dengan hantaran cuma RM8K, syukur Alhamdulillah. bukan senang nak dapat hantaran sebegitu pada zaman GST nie.

majlis serba ringkas dibuat memandangkan ianya sekadar risik dan tunang. hanya melibatkan keluarga kedua² belah pihak.


aku sendiri pun tak pernah bertunang, terus kahwin lepas merisik, itu pun sendiri² aje. bukan gelojoh, tapi jimat cermat.

berbalik kisah tadi. selepas selesai sesi merisik dan berbalas beberapa hantaran, doa sebagai tanda kesyukuran dibacakan. sebaik doa dibacakan, tetiba ayah aku tertunduk dan menangis. aku tidak pasti apa yang berlaku disebalik hati seorang ayah. walau pun nampak garang, tapi dalam hati ada taman. masa aku nikah dulu pun, cuma ayah dan aku yang menangis beriya². yang lain hati kering.


kali ini maybe ayah aku menangis kerana seorang lagi anak lelaki bakal menjadi suami orang kelak. maybe juga disebabkan arwah bonda kami tiada di sisi di hari yang bahagia ini. aku pun sedih gak, tapi cuba bertahan even dah berair skit mata. masuk habuk.

al Fatihah buat bondaku.

tahniah buat adikku.

dulu @MyAltel kini @MyDigi #DigiLetInspire Pelan 1DiGI MNP Prepaid

Baru sempat guna Altel dalam tempoh 19 hari saja, aku dah tawar hati untuk teruskan. Tak dinafikan internet Altel boleh tahan laju. HP aku support 4G, memang sedap layan internet. Tapi apa guna jika dikenakan caj PPU (Pay Per Use) jika habis kuota even masih belum tamat langganan? Aku beli internet sebulan, tapi dalam tempoh seminggu dah habis kuota. Baki lagi 3 minggu kena caj PPU? Memang langsung tak berbaloi. Dengan caj GST yang membebankan. Aku rasa Altel dengan Celcom sama saja 2x5.

Aku pernah tweet Altel untuk kepastian mengenai PPU. So, ternyata betul sangkaan aku. Jawapan yang diberi amat menyakitkan hati. Menurut pihak Altel, “PPU dikenakan bia anda masih dalam langganan data tetapi sudah habis kuota.” Silap aku juga sebab tak check dulu betul² sebelum bertukar ke Altel.

Sehingga sekarang aku masih menggunakan Maxis untuk mobile internet di smartphone aku. Walau pun dah habis kuota, internet tetap ON kerana langganan sebulan masih ada tempoh lagi. Cuma kelajuan internet dikurangkan ke tahap minima. Janji boleh surf internet  yang ringan² seperti whatsapp dan twitter. PPU cuma dikenakan bila tamat tempoh langganan saja.

Dari Celcom, aku bertukar ke Altel. Dan kini beralih arah ke Digi. Ambil ambil pelan internet 1DiGI MNP Prepaid. Aku rasa internet Digi agak murah dengan kuota 1GB cuma berharga RM18 saja untuk tempoh langganan selama sebulan? Serius? Memang agak murah jika nak dibandingkan dengan lain² network. Pelan khas ini untuk pengguna MNP seperti aku yang bertukar dari network lain ke network Digi.

Actually aku tunggu masa nak terminate device wifi Yes4G. Sebab itu aku cuba berjinak² dengan internet Digi. Tak silap aku, Digi pun ada device wifi. Bukan sebab Yes4G tiada network, bukan sebab slow. Tapi penggunaan kuota yang agak memusykilkan aku. Aku ambil plan Super79 dengan kuota internet sebanyak 15GB yang dibahagi kepada 2 iaitu, 4.5GB mulai jam 8 pagi – 2 pagi dan 10.5GB mulai 2 pagi – 8 pagi. Aku selalu download macam² antara jam 2-8 pagi. Tapi macam tak luak² kuota 10.5GB. Yang selalu habis kuota 4.5GB. Aku rasa macam tak berbaloi aje. Serupa macam ambil plan kuota 4.5GB saja. Tengoklah macam mana, kena survey dulu.


So, buat masa sekarang aku kekalkan penggunaan internet Maxis di smartphone dan internet Digi di tablet. 

Masa mula² bertukar ke Altel, kena isi borang & kena bayar caj RM40, tapi dapat kredit RM25. Bermakna kena bayar RM15. Bila aku bertukar ke Digi, tak perlu isi borang, aku cuma kena bayar RM10, dapat kredit RM16. Bermakna percuma dan dapat tambahan RM6.


#Netbook1Malaysia #Lenovo #IdeaPadS110 #SKMM


Alhamdulillah... dapat juga netbook percuma daripada SKMM. Mungkin rezeki aku dapat sebab kerja di kolej. Netbook 1Malaysia merupakan salah satu projek² Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat inisiatif kerajaan melalui SKMM.

Apa yang aku faham, pemberian Netbook 1Malaysia untuk pelajar² dan juga individu yang bergaji bawah RM3000. Ini kerana kuota terakhir adalah di bawah KPM di mana sasarannya adalah sekolah, kolej dan universiti. Program ini dah bermula sejak 5 tahun yang lalu dan hampir 2 juta (kalau tak silap) telah diagihkan.

Pada mulanya aku cuba dapatkan untuk student² di kolej tempat aku kerja. Memandangkan di Johor ada 5 kolej, better bagi semua. Kira bernasib baik sebab baki netbook yang ada cukup² untuk diagihkan kepada semua student dan juga beberapa staff bergaji bawah RM3000 di 5 kolej. Salah seorangnya aku. hehehe...

Jenama netbook yang aku dapat adalah brand Lenovo model IdeaPad S110. Boleh dikatakan netbook nie jenis basic. Untuk kegunaan yang ringan². Saiz 10" dan takde cd drive. Janji boleh guna untuk buat kerja² atau bawa pergi kursus. Ringan aje pun...


Terima kasih SKMM

1MDB - Tun Dr Mahathir Mohamad #CheDet


13 March 2015
1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.
2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.
4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.
8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.
10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?
13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?
14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.
15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB.
16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.
18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.
19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.
20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!
21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.
22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.
24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.
25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!
26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.
27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.
28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.
29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

- Che Det


Nota: sehingga entry ini dipublish, blog http://chedet.cc masih digantung. tidak pasti disebabkan apa. kemungkinan kritikan lantang Mantan PM terhadap 1MIDB dan juga UMNO. Walau pun blog digantung, entry 1MDB masih boleh dibuka dan dibaca melalui Google Web Cache

Kemaskini: jam 12:30 malam 14/3/2015 didapati blog Che Det sudah kembali beroperasi selepas digantung akibat trafik luar biasa oleh pentadbir blog berkenaan.

Genap setahun bonda pergi



26 Februari 2014. Pejam celik pejam celik, hari ini genap setahun bonda meninggalkan kami semua. Pergi menemui Illahi. Sang Pencipta yang abadi.

Setiap saat, setiap minit, setiap hari, setiap masa, setiap waktu... sentiasa dalam hati, sentiasa dalam ingatan.

InsyaAllah, malam ini ada sedikit makan² untuk jemaah masjid disamping tahlil arwah buat bonda. Kebetulan malam jumaat. Elok sangat baca yassin berjemaah.

Ya Allah. Kau ampuni segala dosa-dosa bondaku. Kau luaskan kuburnya. Kau terangi kuburnya dengan NurMu. Kau sejahterakan rohnya. Kau jauhilah dia dari azab seksaan kuburMu. Kau lindungilah dia, Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia. Semoga bonda tenang bersemadi di sana. Tunggu kami di pintu syurga. InsyaAllah... Amin ðŸ™‡ 

Rindu Pada Yang Telah Tiada





mencarut² aku layan citer seram @SyafiqYusof #VillaNabila


malam tadi aku sempat layan citer seram #VillaNabila arahan Syafiq Yusof. memang lain daripada yang lain berbanding citer seram yang pernah aku tengok sebelum² nie.

kali nie aku tak jerit sangat. tapi banyak mencarut. terkejut punya pasal. sound effect main peranan penting.

ape yang buat citer nie lain skit ialah rakaman sebenar yang diselang-selitkan dalam citer nie. part tu yang buat seram sebenarnya. rasa macam kite pulak dalam citer nie. selain itu citer nie ala² dokumentari dimana ade pencerita. dan juga muka² baru yang mungkin membuatkan penonton tak jemu. aku cuma kenal Pekin Ibrahim aje.

jantung aku dup dap dup dap layan #VillaNabila nie. klimak citer nie bmula biler si huda dengan selamba berani giler tahap dewata raya cari laki dia sorang² kat #VillaNabila. dari sudut lain, memang ko hati kering sbb berani masuk #VillaNabila sorang². dari sudut lain, ko dah giler ke ape? tak reti nak ajak sape² temankan ke? kussssssemangat! nasib baik takde sape kena histeria. memandangkan citer nie based on true story, tu yg rasa seram sejuk. smpi balik rumah nak buka almari malam² pun cuak. mana tau tetiba buka tutup, muncul hantu kak limah, tak ke naya? nasib baik takde sound effect. bayangkan hidup kita ade sound effect sepanjang masa? pergh! tak tido malam dbuatnya.

overall, #VillaNabila memang best. rugi tak tengok. kalo orang Johor, lagi rugi tak tengok. makhluk ghaib nie mmg wujud. cuma dari segi penampakan tu tak bape pasti. setakat nie sume bjantinakan ppuan. mana ade hantu lelaki kan?

cuma jalan citer agak pendek. kalo buat 2jam kan best. masuk pawagam aje dah 15 minit iklan. filem² Malaysia memang limit sejam lebih ek? kalo filem² barat selamba aje 2jam lebih. kalo hindi konpem ler 3 jam. bayar tiket sama rata, tapi masa tayangan pendek.

aku harap ade filem Islamik di Malaysia. yang 100% Islamik. takde sentuhan bukan mahram, takde dedah aurat walau sehelai rambut. tapi berani ke Pengarah nak bikin filem 100% Islamik? nak ke pelakon terima tawaran 100% Islamik? bukan setakat tajuk aje Islamik, tapi jalan citer langsung tak mencerminkan ciri² Islamik.

Tahniah kepada Syafiq Yusof. Scary giler! 1-5, aku bagi 4.5 bintang! lain kali buat filem seram dalam 3D, konpem lari panggung!

Aku hampir buat tatu dibadan


aku hampir² buat tatu dibadan. aku pun tak pasti macam mana aku boleh terfikir nak buat tatu. dah tentu tatu nie haram hukumnya. aku dah pun sampai di kedai tatu. tunggu masa nak ditatukan. tapi aku dapat rasakan satu perasaan takut yang 50-50. separuh takut ditatu. separuh lagi takut dilaknat kerana bertatu.

beberapa saat sebelum ditatu, aku menolak untuk diteruskan. aku nekad tak nak buat tatu. biarlah orang kata tatu nampak lebih macho. bagi aku tatu lebih nampak hodoh sebenarnya. 

tak lama selepas itu, aku tersedar. mimpi rupanya. tapi apa maksud mimpi aku tu? apa yang terjadi jika aku bertatu dalam mimpi?

nauzubillah min zalik. minta dijauhkan. lebih baik aku buat tattoo yang naik beramai² atas satu motosikal besar. baru betul² macho.

 
Hukum bertatu mengikut pandangan Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
 
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
 
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
    Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
     
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
    Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani) 
     
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.
sumber: Fatwa Majlis Kebangsaan

@WhiteHouse @BarackObama WHO THE HELL IS @JoeBiden?


1.​The United States assumes that it is the greatest democracy in the world and is in a position to tell others what is right and what is wrong and what they should do and what they should not do. On this assumption Joe Biden, Vice President of the United States chastised Malaysia for retaining the Sedition Act and the trial of Anwar Ibrahim.
2.​Who is Joe Biden to take the moral high ground?
3.​Being the Vice President of a country that detains people without trial for more than a decade, torturing them while in detention; a country where torture is legal, a country which has no qualms about invading other countries, killing millions of innocent people, destroying towns and villages, leaving them without electricity, water supply and sewerage systems; what right has Biden to condemn the retaining of a law to prevent racial conflicts and violence in Malaysia.
4.​Today the United States is engaged in assassinating people opposed to America. Malaysia used to detain people without trial. But the United States passes death sentences without trial, without the knowledge of the victims even. Then drones are sent to kill the designated victims. The judgements and death sentence are not made in a court of law. They are made by officials. These people appoint themselves as judges, prosecutors and executioners. This is justice as practiced by America.
5.​And America dares to claim that it is doing all these to protect democracy. What democracy is there for the innocent people killed, wounded and maimed for life? Wherever the United States goes there would be deaths and destructions.
6. ​In the United States itself there is no justice. Within a short space of time police shot and strangled three blacks. The grand jury then says that there is no case for the police killers to answer.
7.​Arrogantly one white American official says the victims were killed because they resisted arrest. I saw the picture of a black raising up both hands. Is it how Americans resist arrest. The black teenager had no arms but was shot dead. A 12 year old boy had a toy gun. He too was shot dead.
8.​Then of course there is this condemnation of the legal action taken against America’s candidate for Prime Ministership of Malaysia. The Malaysian courts have been extra lenient, taking more than five years, listening to appeals after appeals with nearly 30 postponements. In America a grand jury (whatever that may mean) decide not to indict and the criminal is free. Where is due process?
9.​America is a land stolen from the Red Indians through genocide. Americans should really bow their heads down in shame forever.
10.​Just don’t go around telling people how to behave and what they should not do. Tell it to your own people, about how Americans prosper through slavery, through discrimination against blacks and Hispanics, about spying on your own people, about your controlled media etc. That is what Joe Biden should do.
credit to CheDet

@501Awani @KemPendidikan Wajarkah pelajar bawa telefon bimbit?


Secara peribadi aku tak setuju penggunaan telefon bimbit (HP) di sekolah. Ini termasuklah segala gajet² seperti tablet. Sekolah adalah tempat untuk kita sebagai murid/pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Bukan tempat untuk leka dan lalai dengan teknologi.

Tidak membawa HP ke sekolah bukan bermakna ketinggalan zaman. Semakin maju teknologi, semakin mundur mentaliti. Adakah mereka² ini layak memimpin jika sejak dibangku sekolah sudah leka dengan gajet?

Dulu lepak dengan kawan² di kedai makan, bersembang tanpa henti. Dulu berkumpul sekeluarga, berkongsi cerita. Dulu studi group sama², bertukar pendapat fokus pada topik yang didebat. Dulu suami isteri sembang² sambil layan TV.

Sekarang lepak dengan kawan² di kedai makan, berkumpul dengan keluarga, studi group dan sembang laki bini, tapi fokus kepada HP masing². Ada yang leka main Candy Crash mahu pun Clash of Clans. Itu belum termasuk layan WhatsApp terutama group pejabat, group bekas sekolah, group kelab, group persatuan, group biznes dan macam² group. Akhirnya tiada komunikasi.

Itu yang dewasa. Bagaimana pula dengan murid² yang ilmu tak tinggi mana, baru nak kenal kehidupan, belum masuk alam kerjaya, amalan lintang pukang, TAPI dah leka dan lalai dengan gajet². Ada juga ibubapa tak kisah anak mereka seawal kurang setahun untuk "bermesra" dengan gajet tanpa memikirkan kesan negatif. Selain tak campur masyarakat, otak tak berkembang, ia juga boleh merosakkan penglihatan kerana terlalu kerap mata terdedah dengan cahaya gajet.

Masa kecil² dulu, maybe ada di antara kita pernah dimarahi ibubapa bila tengok TV secara dekat kerana risau mata rosak. Tapi sekarang, dibiarkan anak² hadap gajet depan mata. Lebih dekat daripada tengok TV.

Wajarkah murid² bawa segala jenis gajet ke sekolah? Sekali lagi, bagi aku sangat² tak wajar. Sepatutnya Kementerian Pendidikan tegas dengan isu ini. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan anak bangsa mendapat ilmu pendidikan yang sewajarnya, mereka harus tau kesan² negatif ini. Tidak perlu dipertimbangkan semula isu ini. Tidak perlu dilayan desakan murid² mahu pun ibubapa murid itu sendiri.

Hal kecemasan menjadi alasan utama ibubapa bagi mendesak penggunaan HP di sekolah. Alasan itu bagi aku tak logik langsung. Aku pasti setiap sekolah ada menyediakan telefon. Jika ada apa² masalah atau kecemasan, guna saja telefon pejabat. Setiap sekolah wajib memberikan no telefon sekolah kepada setiap ibubapa murid² berkenaan. Jika tidak menjadi keberatan, mungkin cikgu² kelas boleh memberikan no HP kepada ibubapa murid yang diajarnya. Begitu juga dengan ibubapa yang perlu memberi no HP kepada cikgu anak mereka. Cikgu ada senarai no HP ibubapa muridnya. Ibubapa pun ada senarai no HP cikgu anak mereka. Tapi bagi aku no HP cikgu tak digalakkan kerana akan menggangu mereka mengajar. Cukuplah setakat telefon pejabat di sekolah dan juga "runner" untuk memaklumkan kepada cikgu berkenaan jika ada panggilan kecemasan daripada ibubapa murid. Paling mudah, buat pengumuman di pembesar suara.

Bagaimana pula dengan murid yang tinggal di asrama? Tinggalkan saja HP dan gajet² di asrama. Sediakan kabinet berkunci untuk setiap murid menyimpan barang² peribadi. Jangan bawa masuk HP dalam kawasan kelas/bilik darjah.

Di sekolah, biarlah murid² 100% fokus pada ilmu yang disampaikan oleh cikgu. Nak melentur buluh, biar dari rebungnya. Jangan terlambat akibat kecuaian kita sendiri dalam mengejar teknologi yang semakin maju. Biarlah anak bangsa kita mendahului teknologi. Jangan biar teknologi menguasai kita. Mahukah generasi kita menjadi hamba teknologi?

Kepada Kementerian Pendidikan, mohon halang 100% penggunaan HP di sekolah oleh murid². Lebih banyak negatif daripada positif. Sebagai golongan pendidik, mereka juga harus menunjukkan contoh kepada murid². Cikgu perlu menetapkan mood silent/vibrate pada HP apabila mengajar. Cikgu fokus mengajar, murid. fokus yang diajar.

TIDAK WAJAR 200%


Ustaz Hasbullah: Reflexology Urut, Bekam dan Terapi Ion di Kluang, Johor


Alhamdulillah, selesai sudah sesi urut mengurut dan juga bekam. Sebelum nie berurut dengan Pak Hassan di Skudai, Johor. Kali nie aku cuba berurut dengan Ustaz Hasbullah di Kluang, Johor. Dekat sikit dengan rumah aku.

Aku berurut nie pun gara² jatuh tergelincir sebab licin, dan tulang pinggul aku terhentak pada batu. Pergh! seluruh badan jadi sengal. Rasanya dah 2-3 minggu badan aku tak berapa best. Aku tak pasti sama ada setakat bengkak aje, atau ade tulang teralih skit.

Ada juga yang suruh aku wat pemeriksaan X-Ray. Tapi biarlah aku berurut dulu. Mana tau makin OK kan. Tapi kena kerap berurut baru berkesan. Yang pasti sebelum aku masuk hutan daki gunung hujung bulan nie, aku kena berurut lagi.

Ustaz Hasbullah nie bekas pengajar di Kolej Vokasional Kluang. Tapi sekarang dah bersara awal dan jadi tukang urut sepenuh masa. Aku tanya kenapa bersara awal. Lebih kurang dia kata ikut macam Tun Dr Mahathir Mohamad. Maksudnya berhenti ketika berada di puncak.

Ramai juga yang datang mengurut. Nasib baik aku orang pertama sampai. Kalau tak konpem kena Q. Sebab tu kena book kalau nak datang berurut.

Urutan Ustaz Hasbullah memang best. Sakit mengurut tu perkara biasa. Cuma kena tahan skit la. Aku suruh Ustaz Hasbullah urut satu badan. Dari hujung jari kaki sampai ke kepala Ustaz Hasbullah urut. Memang melegakan. Ustaz cakap badan aku tiada masalah, urat pun OK. Siap boleh teka umur aku dengan agak tepat.

Kebetulan badan aku banyak angin, Ustaz buat bekam. Yang tu memang agak menyakitnya bila kulit kita disedut kuat² dalam cup. Habis belakang aku disedut²nya sampai tinggal kesan bekam. Rasanya dalam seminggu dua baru hilang kesan bekam. Berbekam nie bagus untuk kesihatan. Ia juga sunnah Rasulullah SAW.

Ustaz cakap kalau bangun pagi nanti badan² akan rasa tegang. Sekarang pun dah rasa ketat aje badan aku terutama bahagian belakang yang penuh bekam. Sepanjang proses mengurut dan berbekam, Ustaz Hasbullah sentiasa membaca ayat² suci AlQuran. Tapi ada masanya aku ajak borak sebab nak tahan sakit. Ustaz pesan, kalau sakit dah kurang sikit, jangan lupa sujud syukur. Malam nie tidur meniarap ler nampaknya. Ngeri pulak kalau nak baring. Rasa macam ngilu gitu.

Banyak juga Ustaz bagi nasihat dan tips. Antaranya yang sempat aku ingat...

i. Banyakkan minum air jarang
ii. Kurangkan makan segala jenis kekacang sebab ia punca utama angin dalam badan.
iii. Jangan kencing berdiri coz itu sifat orang Jahilliah.
iv. Tumbuk halia sampai lumat dan lumurkan pada bahagian yang bengkak.
v. Jangan makan banyak

Aku rekomen sesangat sesiapa yang nak berurut, berbekam dan sebagainya dengan Ustaz Hasbullah nie. Harga? Sangat berbaloi. Sangat berpatutan. Sesuai dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Ustaz Hasbullah
No.9, Jalan Delima 2
Taman Delima 2
86000 Kluang
Johor
+6O127648O17

KITA HANYA BERIKHTIAR, YANG MENYEMBUHKAN ALLAH

Pasukan Pembersihan Fasiliti KKM Pasca Bencana Banjir di Pantai Timur

Mesyuarat Pasca Bencana Banjir

Aku orang pertama yang tawarkan diri menjadi sukarelawan, tapi aku orang yang terakhir mengundur diri di saat² akhir akibat masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Memang kecewa sesangat sebab tak dapat join kerja amal yang dah lama aku nantikan. Tapi nak buat macam mana kan.

InsyaAllah malam ini selepas Isyak, rakan² pejabat akan berkonvoi sebanyak 2 van menuju ke Kelantan. Dan InsyaAllah juga, aku cuba turun ke pejabat untuk membantu apa-apa yang patut sebelum mereka bertolak.

Pejabat aku dipertanggungjawabkan untuk membersih fasiliti² KKM seperti klinik² yang terjejas teruk akibat banjir besar baru-baru ini. Kerana diarahkan last minute malam ini juga, petang ini segala peralatan dan kelengkapan akan dibeli untuk dibawa ke sana. Semua yang terlibat diberi kelepasan untuk pulang awal selepas waktu rehat untuk membuat persediaan diri memandangkan urusan pembersihan ini mengambil masa 3-4 hari. Ini semua bergantung kepada keadaan di sana.

Memandangkan aku tak dapat nak pergi, aku dipertanggungjawabkan untuk membuat persediaan lapor diri dan pendaftaran pelatih baru pada Isnin depan. Tugas aku adalah untuk menyiapkan bunting dan banner selain menjadi jurugambar pada hari tersebut.

Kepada rakan² yang pergi ke Kelantan, semoga selamat pergi dan selamat kembali serta dipermudahkan segala urusan. Aku? Perah otak cari idea nak design bunting & banner.

#PrayForPantaiTimur

Kalendar dan buku nota 2015


just nak bagitau, kalendar dan buku nota nie untuk kegunaan aku di pejabat nanti. beli sendiri aje. dulu masa kerja di HQ, memang konpem dapat diari setiap tahun. ada kalendar & nota dalam diari. bila dah kerja di cawangan kecil²an nie, kena cari sendiri sape nak sponsor. last² sendiri sponsor. ok la tu, beli ikut citarasa sendiri. rasa berbaloi dan puas hati.

macam² jenis kalendar ade jual kat kedai buku. tapi aku tertarik dengan konsep islamik. ade ler skit info pasal Islam setiap bulan, selain daripada waktu solat dan tarikh bulan Islam (Hijrah). saje aku beli saiz beso skit, senang nak tgk bape hb selain leh note pape kat tarikh² tertentu.

buku nota tu pun aku amik saiz A4. selalu aku guna masa mesyuarat. senang skit, leh tulis 1 muka surat. kalo yang saiz biasa, kadang kala smpi 2-3 muka surat. maklum ler, bila dah meeting nie byk sgt input even x de kaitan dgn diri sendiri. sekadar rujukan utk akan² datang. 

alat² tulis di pejabat kebanyakkan aku beli sendiri. puas hati kot sebab lain drpd lain even kena kuar modal sendiri. takde ler sepesen aje satu pejabat. kalau yang kerap habis guna pejabat punya aje, seperti bullet stapler. lain² hak aku sendiri, bukan hak kerajaan Malaysia. hehehe...

p/s: nak kursus ape ek tahun 2015 nie?

Harga petrol turun lagi, tapi...

Selamat Tahun Baru 2015. Ini entry aku yang pertama untuk tahun ini. Bila masuk tahun baru, semua dengan azam masing². Azam aku tahun ini adalah nak tunaikan azam tahun lepas. hehehe...

Harga petrol turun lagi. Berita yang sangat menggembirakan di tahun baru memandangkan semua sudah sedia maklum yang negara kita dilanda pelbagai tragedi daripada insiden kapalterbang sehingga kepada insiden banjir besar.


Harga seliter petrol bulan ini bagi RON97 adalah RM2.11, manakala RON95 adalah RM1.91. Dengan perbezaan 20¢, tak salah nak cuba RON97. Tapi berlaku lagi perkara yang tak diingini iaitu RON97 tiada. Ada yang rosak, ada yang sedang dibaiki, ada yang habis stok. Perkara ini bukan kali pertama berlaku. Tapi memang sudah dijangka memandangkan perbezaan harga tak begitu jauh. Semalam OK, tetiba hari ini macam² masalah ada. Kebetulan atau sabotaj?

Petang nanti nak cuba lagi. Pagi tadi berlaku di Shell, harap di Caltex tiada masalah memandangkan aku pengguna tegar Caltex. Kalau 'darurat' baru aku cari Shell, macam pagi tadi yang kebetulan tangki hampir kering. Petronas? Dah lama aku boikot. Sendiri export minyak, tapi harga sama dengan yang import. Lebih baik aku beli yang import kan. Harga tetap sama, cuma dari segi keuntungan, maybe Petronas akan terjejas kalau semua boikot. Tepuk dada tanya selera. Setakat ini, aku puas hati dengan prestasi Caltex.

p/s: orang kata RON97 lebih jimat daripada RON95, betul ke?