Perkara 24: Pelucutan
kewarganegaraan kerana memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.
(1) Jika Kerajaan Persekutuan
berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan
mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau
perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan) maka Kerajaan
Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.
(2) Jika Kerajaan Persekutuan
berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah menuntut dan menggunakan dengan sukarela di mana-mana negara di luar Persekutuan
apa-apa hak yang terdapat untuknya di bawah undang-undang negara itu, iaitu hak-hak
yang diberikan secara khusus kepada warganegara negara itu maka Kerajaan
Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.
(3) (Dimansuhkan).
(3A) Tanpa menjejaskan
keluasan Fasal (2), penggunaan hak undi dalam mana-mana pemilihan politik di
sesuatu tempat di luar Persekutuan hendaklah disifatkan sebagai penuntutan dan penggunaan
yang sukarela suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu; dan
bagi maksud Fasal (2), seseorang yang, selepas tarikh yang ditetapkan* oleh
Yang di-Pertuan Agong melalui perintah bagi maksud Fasal ini—
(a) memohon kepada pihak berkuasa sesuatu tempat di luar Persekutuan supaya pasport dikeluarkan atau dibaharui; atau
(b) menggunakan pasport yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu sebagai dokumen perjalanan, hendaklah disifatkan dengan sukarela menuntut dan menggunakan suatu hak yang terdapat di bawah undang-undang tempat itu, iaitu suatu hak yang diberikan secara khusus kepada warganegara tempat itu.
(4) Jika Kerajaan Persekutuan
berpuas hati bahawa mana-mana perempuan yang menjadi warganegara melalui
pendaftaran di bawah Fasal (1) Perkara 15 telah memperoleh kewarganegaraan
mana-mana negara di luar Persekutuan oleh sebab perkahwinannya dengan seseorang
yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah
melucutkan kewarganegaraan perempuan itu.
Sekadar Gambar Hiasan |
Sumber: Perlembagaan Persekutuan
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com