mengucap panjang aku bila baca laporan berita hari ini. ape nak jadi dgn dunia skrg? ape nak jadi dgn Malaysia skrg? Negara Islam ke mcm nie?
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010. Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570). Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial. Enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.
utk tempoh 2 thn saja, jumlah anak luar nikah mcecah 152,182 orang! ini bermakna secara purata utk shari seramai 208 anak luar nikah dilahirkan! itu br 2 thn. bagaimana pula dgn thn² sblm nie? bagaimana pula dgn jumlah yg tidak direkodkan? pada tahun 2000 hingga 2009 jumlah anak luar nikah seramai 257,000 orang! saban hari kelahiran anak luar nikah semakin meningkat! Astaghfirullah! nape makin teruk manusia zaman skrg nie! semakin maju teknologi, semakin mundur mentaliti. secara keseluruhan, Malaysia tidak layak lagi menjadi Negara Islam. terlalu byk lg yg perlu diperbaiki. Negara Islam hanya kerana majoriti umat Islam tidak mbawa ape² makna jika Ad-Din tiada dlm diri masyarakat Islam itu sendiri terutama pemimpin² yg memimpin jutaan rakyat ke arah kebaikan yg diredha oleh Sang Pencipta!
inilah bahana seks bebas! yang hidup dilabelkan sbg anak luar nikah. yang tidak bernasib baik, dibuang merata² tempat & dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. dimana sifat kemanusiaan dalam diri manusia itu sendiri. binatang pun sayangkan anaknya. adakah manusia kini bersifat kebinatangan & binatang bersifat kemanusiaan? Nauzubillah!
Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan
kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun.
Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut
dengan anak haram kerana tidak ada seorang pun ingin lahir ke dunia dalam
keadaan dan berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui
perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang
haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki
dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.
Gejala sosial smakin menjadi². nak cegah, tapi pusat² hiburan disko/pub masih beroperasi shingga subuh. padahal kat situ punca keruntuhan moral/akhlak remaja skrg. perempuan, dadah, arak, judi... sume ade kat dalam tu. minum arak hukumnya haram, tapi kenapa masih gah lagi kilang Carlsberg di Shah Alam tu? judi pun haram, tapi pusat kasino di Genting Highland seolah² kebal. begitu gak dgn rokok yg dihukumkan haram. kenapa masih dijual lagi rokok secara terbuka? kenapa tidak tutup terus kilang² rokok? mat rempit atau pun samseng jalanan. marahkan mereka sbb bawa motor laju & mbahayakan keselamatan org lain. tapi kenapa tidak dihad kelajuan pada motor tsebut, sbaliknya hadkan kelajuan pada jalanraya. begitu gak dgn lain² kenderaan. lambakan filem berunsurkan seks pun bsepah². film kita ape bezanya? dibuat atas nama kesedaran kpd remaja².
bagaimana kita nak membendung sesuatu masalah jika kita tidak cegah dari akar umbinya? mmg tlalu sukar utk membendung masalah drpd terus merebak krn tiada sekatan diawal kewujudan masalah tersebut. bl virus dah menular ke dalam, penyakit btambah kritikal... baru thegeh² mcari penawar.
ini bukan isu anak luar nikah semata². ini mengenai sgala aktiviti keruntuhan moral & akhlak seseorang individu. pemimpin sendiri seolah² tidak ambil peduli & tiada inisiatif utk bsama² menangani masalah² yg blaku. hal dunia lebih penting dr sgalanya. begitu juga dgn kita sbg rakyat yg seolah² tutup mata. spt sudah menjadi kebiasaan apabila blaku dgn kerapnya.
sejak dari bangku sekolah kita diajar sejarah dunia. begitu juga dgn hiburan dunia. apa saja dr barat diangkat sbg role model utk perkembangan minda anak². siapa presiden amerika? sume org kenal. siapa michael jackson? sume org kenal. adakah anak² generasi skrg kenal siapa tokoh² Islam pada zaman dahulu? adakah anak² generasi skrg tau kebanyakkan saintis barat mcedok penemuan saintis Islam terkemuka suatu ketika dahulu? remaja² skrg lebih seronok meraikan Valentine's Day walaupun mereka tau ape yg blaku dsbalik perayaan tersebut. tapi bl meraikan perayaan² Islam... ala kadar aje. mcm x penting. sgalanya yg penting adalah dunia smata².
utk mlayakkan seseorang melanjutkan pelajar atau pun mendapatkan pekerjaan, seseorang perlu wajib/lulus subjek BM & BI. maybe Sains & Matematik. tapi Pendidikan Islam? x penting ke? Pendidikan Moral? x penting gak ke? disekolah mcm² buku teks ada. tapi dimana Al-Quran? x penting lg ke?
hiburan kite kian melampau². artis pun tanpa segan silu berpakaian seksi. sosial mmg jauh ke laut. tapi segelintir remaja masih mengagung²kan hiburan dunia. majalah² hiburan bangga dgn gambar artis seksi utk lariskan jualan. majalah² fesyen bangga dgn acuan barat yg dedah sana dedah sini. dimana fungsi JAKIM? kenapa tidak dinaiktaraf sebagai satu kementerian utk mengawal secara mutlak urusan hal ehwal Islam tanpa dicemari dgn anasir² luar yg x spatutnye.
salah siapa? pemimpin? masyarakat? ibubapa? atau kita sendiri?
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya).” (At-Tin : 4)
“Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.” (Al-Isra : 70)
Hadis Nabi yang bermaksud : “Setiap anak yang dilahirkan adalah fitrah”.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah berzina seorang hamba perempuan, maka nyatalah zinanya, maka hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina pula kali kedua, hendaklah dideranya sebagai hukuman dan janganlah dicacinya. Kemudian jika ia berzina kali ketiga, hendaklah dijualnya walaupun dengan (harga) tali dari bulu.”
Sumber: Anak Tak Sah Taraf Mengikut Syara' [klik sini]
Ya Allah Ya Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Mu , Kau yang menjadikan aku , dan aku adalah hamba-Mu, aku akan selalu menepati janji-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat yang telah Kau berikan. Aku kembali kepada-Mu dengan dosa, maka mapunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang boleh mengampuni dosa kecuali-Mu Ya Allah.
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com