aku nie x de la suka sgt layan drama² mleleh mcm nie. tapi skali dah layan... susah nak bhenti. ada kelainan skit dlm drama Dejavu di Kinabalu nie :p lepas nie boleh bikin drama Dejavu di Tawau lak :)) wakaka.. aku pasti ramai gak yg layan drama nie sm ade di TV mahu pun di web tonton.
hari nie 26 Julai 2012 adalah hari terakhir utk anda mengundi antara Bazli atau Ammar, siapakah pilihan hati Nadira? pastikan anda undi sblm jam 11.59 mlm ini. aku? aku undi Ammar! jgn tanya nape ;) tapi x kisah pun sape yg jd pilihan Nadira tu, bkn aku dpt kawen dgn Tiz Zaqyah pun :)) wakaka... so, jgn lupa undi! kalo x undi, pasti Nadira akan terlepas ke tangan FBI! Inara tu bkn pelakon Lagenda Budak Setan ke? tetiba off topic lak :p hihihi...
untuk mengundi, anda cuma taip DEJAVU A atau DEJAVU B dan hantar ke 33399. A utk Ammar & B utk Bazli. ada 15 jam lg sblm undian ditutup! nanti korang akan dpt msg nie, RM0.50 Terima Kasih kerana mengundi. Jangan lupa menonton Dejavu Di Kinabalu Isnin-Khamis, 7mlm. Teruskan undian anda! Utk bantuan: 03-79557736
kalo x smpt undi, anda undi aje kat facebook :)) hehehe... bkn kena bayar pun. kat TV3 aje kena bayar 50sen :)) wakaka... klik sini untuk undi :p bila tgk Aqasha blakon, teringat drama Cinta Tiga Musim lakonannya bsama Amy Mastura yg kecik molek tu :p
sedikit sinopsis utk tatapan korang :p copy paste dari TV3 hehehe....
Ammar menyintai Inara sepenuh hatinya dan mereka telah memeterai cinta mereka di puncak Gunung Kinabalu. Akan tetapi, kisah cinta mereka tersemadi apabila Inara pergi dijemput Ilahi. Namun, kasih sayang Ammar terhadap Inara tidak pernah luput walau sedetik pun. Sebelum akhir hayatnya, Inara telah mendaftar sebagai penderma organ.Nadira merupakan seorang pesakit jantung dan juga kekasih Bazli. Bazli begitu menyintai dan mengambil berat terhadap Nadira dan dialah yang membiayai kos pembedahan pemindahan jantungnya. Jantung yang diterima Nadira merupakan jantung Inara.Takdir menemukan Ammar dengan Nadira. Ammar tidak mengerti mengapa seperti ada sesuatu yang menarik dirinya ke arah Nadira. Setiap kali menatap wajah Nadira, bayangan Inara seakan-akan muncul di depan mata. Nadira juga begitu, jantungnya berdegup tatkala Ammar berada di hadapannya. Adakah Ammar sebenarnya menyintai Nadira kerana Nadira atau kerana Nadira mengingatkannya kepada Inara? Bagaimana pula dengan kasih sayang Bazli terhadap Nadira? Siapakah pula pilihan hati Nadira - Ammar atau Bazli?
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com