Out There We Are One

Kad Raya -vs- Kad Kahwin


lagi seminggu nak raya, makin sibuk orang hantar kad raya. walaupun sekarang segalanya dihujung jari, cara tradisional tetap menjadi pilihan walaupun dah berkurangan. 

aku? aku sendiri dah lm x anta kad raya nie. bkn dsbbkan sgalanya dihujung jari coz kad raya hujung jari tu pun aku x guna :p hehehe... biasanyer nak raya nie konpem bderet2 msg aku terima wish raya. nak mudahkan keje, aku just reply blk msg yg sm aku terima tu :p wakaka :))


setakat nie lebih kureng 80 kad kahwin yg aku pos. tp utk kengkawan punyer aje la. utk sdara mara lak, famili aku yg uruskan. nie pun utk mereka2 yg dah bg nama & alamat utk aku pos kad kawen. kalo x silap aku, isnin nie last kena hantar kad coz POS MALAYSIA bagi tempoh smpi isnin aje. kalo slps tu... kad akan smpi kpd penerima slps raya. almaklum ler, posmen pun nak cuti raya gak. 

so... kalo yg bg nama & alamat slps isnin nie... lps raya aje ler aku pos kan ;) aku pun nak blk kg cuti2 raya gak :p hehehe... drpd 1000 kad yg aku tempah, ade balance lebih kureng 20 keping. siapa cepat dia dapat :p


normal price 60sen setem utk anta kad. raya punyer pasal, POS MALAYSIA bg diskaun, cuma 50sen aje. kalo 10sen lagi bagus. hehehe... maybe tu salah satu punca nape kad raya dah kurang dpt sambutan. harga setem kadang kala lg mahal dr harga kad raya! cer citer cer citer

kalau dl dapat kad raya drpd kengkawan, konpem gantung buat hiasan kat rumah. sambil2 tu leh baca tulisan2 dlm kad tu. tp bl dah kurang dpt sambutan, tpaksa ler beli kad raya kosong & gantung wat hiasan. hihihi...

aku harap kad2 yg aku pos nie smpi ke penerima sblm raya nie. kalo smpi slps raya pun x kisah coz majlis aku pun time hujung2 raya :p hehehe...

No comments:

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com