IF This Then That atau lebih dikenali sebagai IFTTT. Ianya boleh dikatakan sebagai salah satu medium perantaraan yang menghubungkan pelbagai platform media sosial.
Sebagai contoh, jika anda ingin menjual sambal udang kepada orang ramai, di mana sambal udang itu perlu dihantar sampai depan pintu pelanggan. Pelanggan mungkin terdiri daripada sekolah, pejabat, kilang atau pun pasaraya. Anda tidak perlu bersusah payah menghantar sendiri dari pintu ke pintu. Oleh yang demikian, anda menggunakan perkhidatan despatch untuk menghantar sambal udang ke mana-mana lokasi pelanggan secara serentak. Anda cuma perlu buat sambal udang sahaja. Penghantaran, biar despatch yang buat. Semudah itu.
Begitu juga dengan IFTTT. Jika anda seorang blogger seperti saya yang ingin berkongsi setiap entri blog ke facebook dan juga twitter, maka IFTTT adalah penyelesaiannya. Anda cuma update dan publish entri blog, biar IFTTT yang kongsikan entri tersebut secara automatik ke mana-mana media sosial mengikut ketetapan yang anda telah buat. Dalam masa beberapa minit (maksima 15 minit), entri anda sudah diupdate di facebook dan juga twitter anda.
JOM KITA BUAT!
Langkah Pertama
Buka laman sesawang IFTTT di https://ifttt.com dan klik Join IFTTT
Langkah Kedua
Isikan username, email, password dan klik Create account untuk daftar
Langkah Ketiga
Klik Username, pilih Preferences dan Profile. Pilih senarai Channel seperti Facebook, Instagram & Twitter (FIT) untuk diaktifkan. Pastikan anda telah login (FIT) terlebih dahulu. Ikuti langkah demi langkah untuk proses activated sehingga selesai
Langkah Keempat
Klik Username (seperti Langkah Ketiga) dan pilih Create. Klik perkataan this di Create a Recipe dan pilih Trigger Channel. Ianya adalah punca kuasa di mana ia bermula. Sebagai contoh, jika anda ingin entri blog anda di update ke twitter atau facebook, pilih Trigger Channel jenis Blogger.
Langah Kelima
Sebagai contoh, jika nak upload gambar Instagram ke Twitter, pilih Trigger Channel jenis Instagram daripada senarai yang ada.
Pilih 'Any new photo by you' sebagai arahan kepada Instagram dan klik Create Trigger.
Langkah Keenam
Klik perkataan that untuk memilih Action Channel yang merupakan tindak balas terhadap Trigger Channel yang telah dipilih sebelum ini. Apa yang berlaku bila upload gambar di Instagram? Kongsi di Twitter? Satu langkah bijak memandangkan pihak Instagram & Twitter ada masalah peribadi di mana gambar Instagram tidak dapat dilihat di Twitter seperti sebelum ini.
Langkah Ketujuh
Pilih Twitter sebagai Action Channel dan klik Post a tweet with image untuk kongsi gambar Instagram di Twitter.
Langkah Kelapan
Tambah teks sendiri dan arahan di butang tambah (Add Ingredient) di kekotak What's happening? Teks ini akan terpapar di Twitter sebagai status. Manakala kekotak Image URL sebaik²nya diletak Image Source URL sahaja. Klik Create Action bila selesai.
Langkah Kesembilan
Jika dah selesai, klik Create Recipe.
Anda boleh mencipta pelbagai arahan untuk mendapat hasil yang pelbagai.
Langkah Kesepuluh (terakhir)
Cuba upload gambar di Instagram, dan tunggu di antara 1 minit hingga 15 minit untuk mendapatkan hasil seperti di atas.
Jika berlaku kelewatan melebihi 15 minit, klik Username dan pilih My Recipes yang terdiri daripada pelbagai arahan yang telah dibuat selepas Create Recipe (Langkah Kesembilan). Klik button play mana² recipe yang berkenaan. Klik butang Check untuk refresh agar arahan dapat dilaksanakan.
#FYI short url ift.tt merupakan link kepada url seperti blog
#FYI short url ift.tt merupakan link kepada url seperti blog
SEMOGA BERJAYA!
Terima kasih kepada Amanz.my yang kenalkan IFTTT kepada saya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com