politik diISLAMkan, bukan ISLAM dipolitikkan. tak perlu megah dengan bangsa. apa guna jika di Malaysia majoritinya adalah bangsa Melayu tapi yang betul² Islam semakin menuju minoriti? semangat perkauman masih kuat dikalangan masyarakat sekarang tidak kira fahaman politik mana sekalipun. Melayu menangkan melayu, Cina menangkan cina, India menangkan india. begitu juga dengan bangsa² lain. skop terlalu sempit. hanya duduk selesa didalam kawasan sendiri. tapi siapa pula yang nak menangkan Islam? Melayu boleh menangkan Islam, Cina boleh menangkan Islam, India boleh menangkan Islam, bangsa lain pun boleh menangkan Islam. ini menunjukkan agama lebih besar kuasanya berbanding bangsa. apabila Islam dipolitikkan, rakyat berpecah belah & seterusnya wujud sentimen perkauman. masing² dengan hadith walhal agamanya sama, Tuhannya sama, bezanya cuma bangsa! kerana bangsa agama dipandang sepi seolah² sebagai penambah perisa penyedap rasa. jika dilihat sejarah terdahulu, sesebuah kerajaan tumbang bukan kerana kekuatan musuhnya, tapi kerana kelemahan sendiri. tapi kerana ego, tamak, harta & kuasa... segala kelemahan diketepikan saja. malah angkuh dengan kekuatan yang ada walaupun yang sebenarnya kelemahan demi kelemahan semakin ketara seperti anai² & kayu. rakyat sokong Barisan Nasional kerana mereka sokong. rakyat sokong Pakatan Rakyat kerana mereka sokong. tapi jangan lupa rakyat juga sokong Barisan Nasional kerana bencikan Pakatan Rakyat, bukan kerana sukakan Barisan Nasional. begitu juga dengan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. mereka sokong bukan kerana suka, tapi kerana benci kepada Barisan Nasional. apabila emosi menguasai diri, tiada lagi rasioanal dalam membuat keputusan. walaupun apa jua yang pihak BN buat untuk kebaikan, tetap dipandang negatif. jika PR buat kebajikan juga dipandang negatif. kalau buat baik pun salah, apatah lagi buat jahat. maka bermulalah perang saraf antara kedua² pihak. perang saraf secara halus berlandaskan fitnah semakin berleluasa. fitnah demi menjatuhkan sebelah pihak. tidak kira benar atau salah, hanya kemenangan yang ingin dicapai melalui fitnah.
komen balas aku nie merujuk kpd ulasan YBhg. Prof. Madya Dr.Mohd Asri Zainul Abidin (dr.MAZA) [klik sini] berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir sabtu lalu. aku x sebelah mn² pihak. dua² aku tibai :)) +ve ade, -ve ade. aku x minat poliTIKUS², tp sbg rakyat aku kena amik tau serba sedikit ler. skit pun jd ler. kalo byk² nanti mau bpinar pale hotak aku nie :)) muahahaha...
"Islam Didahulukan, Quran & Sunnah Diutamakan"
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com