"Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh
sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara
menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011
lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja
matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak
seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam
sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka
dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila
bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap,
dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu
sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu." - ShahGazer
sok aku ade kursus, sempat kot layan gerhana bulan penuh nie...
terlepas sudah aku nak layan gerhana bulan penuh kali nie... skali terlelap dalam kereta daaaaa
ReplyDelete