“Saya tampar isteri untuk memberi peringatan pada dia agar tidak menderhaka dan tamparan itu langsung tidak mendatangkan kecederaan. Isteri ada melawan, saya dengar dia menangis dan selepas itu dia terus mendaftar keluar dari bilik Hotel Mecury di Thailand. Perselisihan faham sering berlaku kerana dia tersebut lebih suka melayan rakannya melalui laman Facebook, Blackberry Massenger (BBM) dan Ipad. Saya banyak kali menegur isteri supaya jangan menderhaka dan melayan saya sebagai seorang suami serta meninggalkan semua perbuatan sosialnya." - Jimmy Shanley
Secara peribadi, merujuk kepada sumber² yg boleh dipercayai... apa yang boleh aku simpulkan adalah....
Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 59 Akta 303, isteri yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah dari suaminya sehinggalah isteri kembali menjalankan tanggungjawabnya terhadap suami.
Contoh nusyuz:
- apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
- apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
- apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain.
Terhentinya sesuatu pembayaran nafkah/pemberian jika tamat tempoh edah, menjadi nusyuz atau berkahwin lain. Hukuman nusyuz telah dijelaskan oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang kalian khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidurnya, dan pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak membekas), jika mereka mentaati kalian, janganlah kalian mencari-cari alasan untuk menghukum mereka” [TMQ an-Nisa’(4):34)
No comments:
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda. Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus melalui email admin@d0d0l.com