pagi tadi aku g dgr taklimat pasal Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). saje release tension dok opis ngadap pc, baik g lyn taklimat. hehehe... mula² start aku dah rs ngantuk yg amat :)) wakaka... dah ler sejuk dewan taklimat tu. aku lupa lak nak bw blazer :p berat mata memandang...
tp lama² makin best pulak taklimat tu. untung ler pelajar² zaman skrg. dah smakin maju. x mcm zaman aku dolu². hihii...kalo skrg nie pembelajaran di sekolah adalah 100% teori. baca buku...pastu exam. baca buku... pastu exam. btul x? hehehe...aku pun kadang² 'malas' mbaca :)) hahahaha
so, mengikut kefahaman aku mengenai pelan TPV nie.. pihak KPM nak laksanakan pembelajaran berasaskan vokasional. maksud aku lebih kpd teknikal berbanding teori. sekolah² vokasional akan dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional. kursus yg ditawarkan maybe Diploma Vokasioanal Malaysia. jika Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tertumpun 100% kemahiran, melalui TPV pula 70% adalah kemahiran & 30% adalah teori. teori yg basic² aje. mcm BM, BI, Math, Agama dll.
kalo x silap aku TPV nie akan bermula seawal tingkatan 1. melentur buluh biar dr rebungnye kan :D untungkan diorang nie. buat ms nie cuma 15 sekolah yg terpilih menjadi projek perintis. akan dtg akan dperluaskan. maybe diorang nak buat semua sekolah di Malaysia 100% berasaskan vokasional coz nak melahirkan pekerja yang berkemahiran.
penceramah td ade bg byk contoh kejayaan org² yg ade kemahiran nie. smpi ade yg dpt gaji rm20ribu lebih sbulan! tp aku tertarik contoh yg satu nie. sorang lepasan spm apabila dpt keje oleh company A akan diberi gaji lebih kurang rm600. manakala company A nie akan mberi gaji lebih kurang rm1400 kpd lepasan vokasional. sbb ape? sbb ade kemahiran. kemahiran tu la yg dgunakan utk cr makan. campak la mn², kemahiran tu tetap akan org cari. kalo stakat spm aje tp x de kemahiran sesuatu bidang x guna gak. lain la kalo SPM dpt score sume A++. kena pk pelajar² yg kurang bijak. maybe diorang kurang bijak dr segi teori. mn tau diorang expert dlm bidang vokasional, btul x?
kalo pelajar tu suka repair motor...teruskan. kalo pelajar tu suka repair barang letrik... teruskan. skrg nie mmg x nampak hasilnye. tp akan dtg kemahiran² sebegini yg akan diperlukan. bkn saja di sini, maybe di luar negara pun perlukan org yg bkemahiran dlm bidang tertentu. tetiba aku rs mcm nak masuk skolah blk amik vokasioanal. wakaka :))
untungkan pelajar² akan dtg nie. kepada ibubapa yg ade anak yg bakal masuk tingkatan 1 tu, terus la daftar ke sekolah teknik / vokasional. tanya diorang minat nak buat ape? suka buat ape? jgn tanya dah beso nak jd ape? soklan tu dah lapuk ;) nak tunggu beso lama lg kan... hehehe. aku dl ms kecik² bcita² nak jd polis. tp dah beso nie rajin pulak kena saman ngan polis :)) muahahaha....
if ade skill and kemahuan segalanya boleh jadi..tambh skg budang kemahiran dh mule dipandang oleh kerajaan dan pihak swasta..ape pun sume kene balance la..
ReplyDeleteslm ziarah dan follow sini..tq