Saya telah membuat aduan pada 19/5/2013 di e-form AirAsia (Case
Number : CAS-3654584-L5Y3WG) tetapi tidak mendapat apa-apa balasan
daripada AirAsia. Ini adalah mengenai ketidak adilan AirAsia dengan
tidak membenarkan isteri saya menaiki penerbangan dan membatalkan
penerbangan saya, isteri saya dan ibu mentua saya setelah kami mendaftar
masuk tanpa sebab yang kukuh.
Saya tidak berpuas hati kerana AirAsia kerana telah membatalkan
penerbangan asal saya tanpa sebab yang manusabah sedangkan saya telah
mengikut syarat yang dikeluarkan oleh mereka. Dimana pada syarat mereka
telah menyatakan bahawa kandungan ibu 28-34 minggu harus mempunyai surat
doktor sedangkan saya telah menunjukkan surat doktor daripada klinik
kerajaan dan pada syarat mereka hanya menyatakan kandungan 35 minggu dan
keatas tidak boleh menaiki penerbangan. Ini menunjukkan kakitangan
AirAsia sendiri tidak faham akan syarat mereka.
Mereka telah menyusahkan pengguna seperti saya dimana saya dan
keluarga saya terpaksa pergi mencari klinik swasta untuk mendapatkan
mendapatkan surat pengesahan doktor yang lain. Doktor daripada klinik
swasta tersebut juga hairan dengan tindakan kakitangan AirAsia tersebut
sedangkan surat daripada klinik kerajaan telah diberikan.
Selepas mendapatkan surat pengesahan daripada klinik swasta dan
ditunjukkan kepada kakitangan AirAsia yang sama baru mereka membenarkan
kami menaiki penerbangan. AirAsia juga mengenakan yuran pengurusan RM100
setiap orang bagi penerbangan yang baru sedangkan mereka tidak sedar
kesilapan yang dibuat adalah dari pihak mereka.
Di sini saya ingin menyatakan AirAsia telah menyusahkan pengguna
seperti saya, lebih-lebih lagi kepada kepada isteri saya dan ibu mentua
saya di mana mereka adalah seorang wanita yang tengah sarat mengandung
dan seorang orang tua yang telah berpencen.
Apakah sebab-sebab kukuh AirAsia tidak membenarkan isteri saya
menaiki penerbangan sedangkan sudah ditunjukkan surat daripda Doktor
klinik kerajaan? Pihak AirAsia telah menyusahkan kami sebagai pengguna
sedangkan dokumen yang diperlukan telah ditunjukkan. Apa yang membezakan
surat daripada klinik kerajaan dengan klinik swasta?
Bayangkan seorang ibu mengandung terpaksa bersama saya mencari klinik
yang berdekatan dengan lcct, di mana klinik Pusrawi yang berdekatan
dengan lcct dan Bank Maybank pada masa itu tutup, klinik di kawasan
Bandar Salak pun tutup dan hanya menjumpai klinik di Bandar Enstek,
Nilai Negeri Sembilan.
Di sini saya mahu mendapatkan keadilan sebagai pengguna dan AirAsia
harus dikenakan tindakan yang berat dan sewajarnya. Mohon nasihat dan
tindakan daripada agensi yang bertanggungjawab.
By: Rickz
sumber: AduanRakyat
Apa kata aku:
"AirAsia memang bermasalah terutama bahagian perkhidmatan pelanggan. Terpaksa layan suara mesin dan dalam masa yang sama banyak duit ditelan sementara menunggu panggilan disambung kepada Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas. Bayangkan hampir RM2 caj yang dikenakan untuk seminit? Mengenai harga tiket, walaupun harga tambang agak 'murah', tapi caj² lain yang dikenakan agak tinggi."