Alhamdulillah... yang ditunggu2 selama ini telah tiba. 7 tahun menanti akhirnya dapat juga walaupun sekadar panggilan temu duga saja. Kira OK ler tu daripada x de langsung kan. Dengar citer SPA buat temu duga besar2an. Kalau lihat pada jadual, ada 2 peringkat. Peringkat pertama mulai 2 Mei 2013 sehingga 11 Mei 2013, manakala peringkat kedua mulai 12 Mei 2013 sehingga 14 Jun 2013. Aku calon peringkat kedua. Kalau dikira balik, lebih kurang sbulan lebih sesi temu duga nie. Agak lama juga tu. Tapi tak pasti berapa ramai calon & berapa ramai pula yang diperlukan. Yang pasti persaingan amat sengit.
Awal pagi tadi aku dapat email daripada SPA berhubung jadual temu duga aku nie. Rajin sungguh staff SPA nie smpi jam 2:37 pagi hantar email kat aku. hihihi... Syukur ssgt. Bak kata orang, sebelah kaki dah melangkah masuk, tinggal lagi sebelah kaki untuk turut melangkah... insya'Allah. Banyak juga dokumen2 yang perlu aku sediakan nanti. Yang penting resume kena cantek! Memandangkan calon beribu2 orang, x de la aku nak berharap sgt walaupun mmg nak sgt jawatan nie. Kalau ada rezeki tak kemana... Amin. Aku dengar citer gak yang pengambilan ini lebih kepada calon yang ada Diploma. Betul atau tak? wallahu'alam. Kita tunggu dan lihat OK.
Aku dijadualkan pada 22 Mei 2013 (Rabu) bertempat di SPA Putrajaya. So, lebih kurang 2 minggu aje lagi. Aku dah banyak kali temu duga SPA nie, tapi jawatan PPT N27 baru pertama kali. Sejak aku berkhidmat secara tetap 7 tahun yang lalu, mmg aku sentiasa apply jawatan PPT N27 nie. Malangnya tidak memenuhi syarat. Aku tak pasti dimana silapnya. Setiap tahun aku update permohonan walaupun aku tahu ianya tidak memenuhi syarat. Tetiba tahun nie status bertukar layak! Pergh.... syukur Alhamdulillah ssgt. Tetiba terasa berbaloi aku amik Diploma dulu. Kalau dihitung balik, sudah 10 tahun Diploma aku terperap, dah macam bahan arkib kat muzium. berhabuk sudah....tapi masih bernilai OK.
|
Sila klik gambar untuk buat semakan layak temu duga |
Doakan kami calon2 PPT N27 agar dapat melalui sesi temu duga dengan tenang dan lancar. Agak2nya apa soklan yang akan ditanya oleh panel2 temu duga tu kan? Ada yang bgtau, ada 5 orang panel dalam 1 bilik. Tetiba goyang pulak lutut aku nie. Aku setakat nak jawab soklan, insya'Allah tiada masalah. Betul ke salah ke, yang penting cara kita menjawab setiap soalan yang dilontarkan. Tapi yang paling2 aku risau kalau kena speaking omputih! Bukan setakat goyang lutut, rasa nak tcabut aje pale lutut nie. huhuhu... aku ngaku mmg failed ckp omputih nie. Kadang2 paham la skit2 bila org ckp omputih. Cuma bila nak speaking balik... kelu lidah untuk berkata2. hahaha....
|
Doa menghadiri Temu Duga - Dibaca sebanyak 25 kali. Mulakan dengan Bismillah... |