4 hari lepas aku terima surat daripada SPA. mula² aku ingatkan surat tawaran kerja. sekali surat untuk exam jawatan PPTM F29. Alhamdulillah... mudah²an ada rezeki utk pengantin baru nie :p hihihi..
nak kata excited tu, x de la sgt coz sblm nie pun aku pernah g tduga jawatan yg sama. tp x lepas sbb x dpt nak jwb soklan drpd panel tduga tu. aku nie dl studi major in multimedia. tp time tduga tu diorang tanya pasal programming la, pasal network la... konpem la aku blur nak jwb. kalo tanya pasal multimedia tu buleh la aku jwb skit². bkn x de subjek programming & network ms studi dl. ade... tp basic aje ler. so, kali nie aku redha & tawakal aje la. tapi dalam ms yg sama tetap mharap.
aku start keje tahun 2004. maknanye dah 9 tahun aku keje. selama 9 thn tu ler aku punyer Diploma tu mcm x bape nak laku. frust? mmg frust pun! rasa mcm nak buat frame aje Diploma aku tu kat dinding rumah. aku rs sijil SPM aku tu lebih bnilai drpd Diploma even SPM free aje pun kalo nak banding ngan Diploma tu yg kena byr beribu² lemon. smpi skrg dok byr hutang kat MARA aje. memandangkan gaji aku ciput, aku byr bulan² kat MARA pun ciput la. kalo ikut perkiraan aku, dijangka tamat byr hutang time aku pencen nanti. wakaka :))
btw, ramai aje pemegang Diploma yg keje guna SPM. tak tkira ramainyer tmasuk aku ler salah sorang mangsa keadaan. tapi nak wat mcm mn kan. lum ade rezeki. zaman skrg nie x leh nak memilih keje sgt. zaman dl keje cr org, zaman skrg org cr keje. so... dah dpt mn² keje tu sambar aje. tentu ada hikmahnya Allah SWT bagi rezeki stakat tu aje buat ms skrg. maybe ada rezeki yg lebih baik utk ms2 mdatang. kena sentiasa pk positif :D ngeeee
berbalik pasal exam, tarikh telah ditetapkan pada 29 September 2012 (Sabtu) & pusat exam adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Seremban, Negeri Sembilan. mangai! apo jauh bebenor tompek den amik exam nie? dah x do jauh laie ko? tp x pe... leh jln² cari pasal kat Seremban :)) wakaka... lg pun dah lm aku x turun Seremban. maklum ler, aku studi kat Seremban, start keje pun kat Seremban. member pun ramai kat Seremban. bini aku pun nak follow skali. nak shopping ler tu. maklum ler, time tu br lps gaji. tp x leh nak boros sgt sbb bulan dpn nak blk Tawau, Sabah coz raya haji.
bl aku gugel, ramai gak yg tcari² info pasal exam nie. ok gak tu, leh btukar2 pendapat sblm tiba hari exam tu. kalo refer blk pada surat SPA tu, ada 2 seksyen iaitu Seksyen A: Pengetahuan Am & Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah. Seksyen A diberi masa 40 minit utk jawab 50 soklan bkaitan ICT, isu semasa...maybe ada pasal politik skit kot. Seksyen B lak ade 3 bahagian iaitu Kemahiran Menggunakan Logik, Kebolehan Menginterpretasikan Data & Konsep² Matematik dlm tempog 45 minit. alahai... bab kira² nie yg buat aku lemau. kena studi blk nie coz soklan bkaitan algebra & geometri :D pastu ade lg, tp bkn exam kot. nie lebih kureng mcm nak test personaliti diri, iaitu Penaksiran Personaliti. ada 185 soklan & masa yg dberikan hanyalah sejam! pergh! total keseluruhan adalah 3 jam 25 minit! pastu shopping time! terbaek la... wakaka :))
ms aku gugel td ade la beberapa tips yg boleh dikongsi bsama. antaranya pasal Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Perkembangan Gajet² terkini dan juga isu² semasa yang berlaku dalam masa terdekat nie. slain tu, calon² boleh muat turun Panduan Peperiksaan sbg rujukan sblm exam nanti :D kalo ade calon² yg terbaca entry aku kali nie, jgn kedekut ilmu tau. sharing is caring. yg dah pernah amik exam pun amat² dialukan utk bg petua, tips mahupun teknik :D kalo ade soklan bocor lagi cantek! wakaka =))